Isnin, 13 Disember 2010

RIAK : Virus yang membinasakan segala kebaikan.

Sesungguhnya kita adalah insan yang sangat lemah. Allah swt sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firman-NYA yang bermaksud:


"dan manusia dijadikan bersifat lemah"(surah an-Nisaa' ayat 28)


Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja dan sesiapa sahaja...termasuklah seorang da'ie itu sendiri.

Entri ana kali ini adalah sebagai muhasabah kita bersama khususnya buat para duat atau da'ie ilallah. Antara bencana besar yang sangat berisiko menimpa kita sebagai da'ie, murabbi, ketua, pemimpin atau sesiapa sahaja yang memiliki kelebihan atau kedudukan ialah bencana"RIAK".. Ana akan cuba mengupas serba sedikit tantang apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini antum dan ana sendiri dapat mengambil ibrah dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri kita dan ini secara tidak langsung, sekurang-kurangnya kita sama2 boleh membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati tersebut.

Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, wujud tanpa kita sedar, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan seluruh ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:


"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)



Takrif Riak

Riak adalah penyakit rohani yang boleh mengancam aqidah umat Islam. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Imam al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Allah swt berfirman mafhumnya:


"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"

Firman ALLAH lagi yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
(surah al-Baqarah, ayat 264)

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau pernghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan ALLAH.




Jenis-jenis riak

Orang yang tidak ikhlas menunaikan kerja ibadatnya adalah orang yang diserang penyakit riak yang membatalkan ibadatnya.
Riak terbahagi kepada dua:
1- riak khusus
2- riak bercampur.

Riak khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata daripada amalan yang dikerjakan.

Mengikut pendapat (Qaul) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riak itu. Yang jelas, riak itu mengakibatkan amalan tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Diriwayatkan, apabila seseorang hamba Allah yang riak menuntut pahala amalannya
pada hari kiamat, Allah swt lalu berfirman bermaksud:


Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?

Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:


"Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu)
mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku."

Mengikut riwayat lain:


Pada hari kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk,
'Hai orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku.'

Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya: 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riak, pengadu domba dan pendengki."

Mengikut Imam al-Ghazali 'Bakhil dalam hadith tersebut bermaksud, bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan La Ilaha Illallah,Muhammadun Rasulullah. Manakala riak itu pula ialah sejahat-jahat riak, iaitu riak orang munafik, menunjuk-nunjuk imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan perbuatan, tetapi di dalam hatinya berlainan. Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riak tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran, lalu terluputlah daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka.

Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda,
bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari kiamat ialah:

Lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran; 
Lelaki yang banyak harta; 
Lelaki yang terkorban dalam perang sabil. 

Kepada lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran, Allah berfirman bermaksud:


"Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?" Apabila
lelaki itu menjawab, 'Ya, wahai Tuhanku', Allah berfirman lagi, 'Apa yang engkau
amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Quran itu?' Jika lelaki itu
berbohong, Allah berfirman kepadanya, 'Engkau dusta!'. Para Malaikat juga turut
berkata demikian. 'Engkau sebenarnya mahukan sebutan atau pujian orang.
Seungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran
untukmu.'



Kepada orang kaya pula Allah berfirman bermaksud:


"Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?" Jawab orang kaya itu, 'Ya, wahai Tuhanku'. Lalu Allah berfirman lagi, Apakah yang
engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu? Jika orang kaya itu
menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan
bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. Engkau berdusta!
Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah
memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!

Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil,


"apabila dia berbohong dengan mengatakan, Engkau perintah kami berjihad fi
sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku
dibunuh."

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah bersabda maksudnya,


Sesungguhnya neraka dan penghu-ninya menjerit-jerit kerana orang-orang riak. Ibnu Abbas lalubertanya, Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riak.

Riak khusus pula Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia,walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah juga termasuk dalam riak.

Menurut ulama riak itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tidak kira, sama ada daripada Allah atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki, maka itu dikira riak.

 

Firman Allah mafhumnya:


'Barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman akhirat, Kami tambahkan baginya hasil tanamannya dan barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman dunia, Kami kurniakan kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tiada sedikitpun baginya bahagian akhirat.' 
(Surah asy-Syuura: Ayat 20).

Jika manfaat dunia yang dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat, maka itu dikira riak, kerana manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi.

Jadi, niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riak. Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat pengorbanan orang ramai dengan cara meninggalkan taraf hidup kita, semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, mi-salnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.

Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk
akhirat), kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan,
kebesaran, kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi.


Perkara yang diriakkan oleh manusia


1- Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.


5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat riak
1- Riak Akbar

Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )

Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )

Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Cara untuk menghindarinya. 

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak.Sabda Baginda yang bermaksud:


"Awaslah kamu..jangan mencampuradukkan antara taat pada ALLAH dengan keinginan dipuji orang(riak), nescaya gugur amalanmu"
(hadis riwayat Ad-Dailami)

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." 
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).

Allah berfirman bermaksud: 

"Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun."(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuatkan dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan ALLAH di akhirat nanti.Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama-kelamaan ia akan membinasakan kemurniaan aqidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, wara' atau rajin beribadah. Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini dingatkan ALLAH dalam firman bermaksud:


"Dan janganlah kamu turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu dari (agama) ALLAH". (Surah Sad: 26)

Akhirul kalam dari ana, untuk menjauhkan diri ataupun membersihkan hati daripada amalan riak maka setiap Muslim hendaklah memperhitungkan diri sendiri berapa banyak kebaikan serta dosa yang dilakukan supaya terus berhati-hati dalam setiap gerakan dan apa juga tindakan yang akan dilakukan.

Firman ALLAH swt yang bermaksud:


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah ali-Imran: 135)


Wallahua'lam..



Sumber:
Ustaz Ahmad Shukri Yusoff:_
http://www.fitrahpower.com/tazkirah-bersiri/hakikat-penyakit-riak

http://pingitanhiasanduniawi.blogspot.com/2010/03/riak-binasa-segala-kebaikan.html

imej : google

KARNIVAL 1 BELIA 1 KEMAHIRAN - HARI BELIA NEGARA 2011

"1 BELIA 1 MALAYSIA"
'HIMPUNAN SEJUTA BELIA - PUTRAJAYA MEI 2011



Sempena HARI BELIA NEGARA 2011, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia sekali lagi  dipertanggungjawab mengendalikan pameran pendidikan dan kerjaya yang dikenali sebagai KARNIVAL 1 BELIA 1 KEMAHIRAN - HARI BELIA NEGARA 2011.

Sehubungan dengan itu, JKMRM-MBM mempelawa mana-mana IPTA/IPTS/Institut Latihan Kemahiran Awam/Institut Latihan Kemahiran Swasta untuk turut sama menyertai pameran ini. Untuk tahun 2011, sasaran kehadiran belia dari seluruh negara adalah seramai 1 juta orang. Pameran akan berlangsung pada 27-29 Mei 2011 (Jumaat-Ahad) bertempat di Putrajaya.

PENYERTAAN UNTUK KARNIVAL 1 BELIA 1 KEMAHIRAN-HARI BELIA NEGARA 2011 KINI SUDAH DIBUKA.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:

MOHAMMAD RIZAN HASSAN
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA
MAJLIS BELIA MALAYSIA
NO. TEL: +60122853630 / +60137733676

Sekian terima kasih.


Ahad, 12 Disember 2010

Najjah Model Search Contest 2010


Bismillahirahmanirrahim…..Assalamualaikum…


I am really exited to share this info with you all. I heard about this brand www.najjah.com from my student Ahmad Syauqi . He tagged me on this poster. 


Then I found Najjah Muslimah on FB  After that, I add Putri Noraini . Now we are friend.. So excited I got new friend today. Tq dear for your kindness. Hopefully, I can win!! hehehe. Wish me luck!!!

Asean Conference on Civil Service Matters (ACCSM) 2010


Course on Strategic Management 

 Asean Conference on Civil Service Matters (ACCSM) Officers

22nd to 26th NOVEMBER 2010
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia.


 List of Participants
 
MALAYSIA
MR. SHAFIKKULLAH BIN HJ. MOHD SHAFIEE
Head of Librarian
MR. MOHD SHAHFIE BIN JABARULLAH
Senior Programme Coordinator
MS. SAFINATUNNAJAH BINTI AHMADI
Vocational Training Officer

  
PHILIPPINES
MR. SHASTRI BUDDIN
Senior Personnel Specialist
MRS. FLOR B. RAMOS
Director III Civil Service Commission
MR. ARIS WINDIYANTO
Head of Planning Program Division

  
INDONESIA
MR. ARIS WINDIYANTO
Head of Planning Program Division
MR. ENDANG KOSASIH
Head of Division NCSA Regional Office IV
MRS. DEWI SARTIKA
Head Section of Data and Information Exchange

MYANMAR
MRS. MU MU SWE
Assistant Lecturer
MRS. TIN TIN WIN
Assistant Director
MRS. NU NU LWIN
Staff Office

  
BRUNEI
HAJAH NORMASIDAH BINTI HAJI ABD MAJID
Senior Management Services Officer
HAJAH NORHAZLIAH BINTI HAJI MAT SALLEH
Management Services Officer

SINGAPORE
MS.WONG SIEW FONG
Manager (Admin)
MR.JONATHAN LEE
Assistant Director

  
CAMBODIA
MRS. SENG SEREYVATHANA
Vice Head of Administrative Office
MR.CHAP DINA
Deputy Director of Asean Resource
MS. ENG SETSOTA
Vice Head of Civil Service Data Office

VIETNAM
MR. DO VIET MINH
Vice Head of Civil Servant and Public Employee Division
MR. PHUNG DOAN HUNG
Expert of Department of Administrative Reform

Sabtu, 11 Disember 2010

Pendidikan Awal Pelaburan Terbaik Negara


Pembangunan dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak berusia bawah lima tahun merupakan kaedah paling efektif untuk mengurangkan jurang kemiskinan rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendidikan pada usia muda merupakan asas untuk membentuk kualiti dan karismatik seseorang apabila meningkat ke usia dewasa kelak.
Menurut beliau, ini kerana sejak dari kecil kanak-kanak akan didedahkan dengan cabaran semasa dan akan datang menerusi sistem pembelajaran yang berkesan.

"Laporan Bank Dunia pada 2006 mengenai pembangunan aspek pendidikan kanak-kanak merumuskan bahawa sejak lahir sehingga usia enam tahun merupakan masa yang terbaik untuk pembinaan modal insan.
"Kanak-kanak yang dididik sedari awal pastinya bukan sekadar mampu meghadapi cabaran yang berlaku pada masa sekarang tetapi juga pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kit panduan Bagaimana Untuk Menyediakan Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Tempat Kerja. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin dan Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam, Hans Olsen.

Kit panduan itu merupakan dokumen yang akan melengkapkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) 1/2010 berkaitan pengekalan dan kebajikan kanak-kanak dalam persekitaran korporat yang dilancarkan pada 28 Januari lalu.

Pekeliling dan kit panduan itu menyentuh tentang garis panduan dan syarat-syarat penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja oleh majikan swasta.

Menurut Rosmah, dalam proses penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak di pejabat, setiap majikan perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan keperluan menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti supaya dapat membentuk tahap potensi maksimum dalam diri kanak-kanak.

"Untuk mencapai tahap terbaik dalam mencungkil potensi kanak-kanak, setiap aktiviti dan kurikulum yang disediakan perlu mengajar mereka menggunakan kesemua deria untuk meneroka pengalaman baru dalam proses pembelajaran," ujarnya.


sumber : http://permata-media.blogspot.com

Kre8tif! Digital Content Conference


 I want to join this!!!!

Anak itu Anugerah Terindah!!!


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Antara tips yang di berikan ;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Jumaat, 10 Disember 2010

MENGENALPASTI BENTUK SIHIR DAN TANDA-TANDA SIHIR


Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta dan kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni untuk dibicarakan. Berkata Ibnu Manzur : " Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal" Ibnu Qayyim :"Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan)."Abu Laits berkata : Sihir adalah suatu perbuatan yang dilakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.

 
TAKRIF SIHIR
Al-Qurtubi dalam menakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu mampu terkesan kepada sakit badan1 atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat alat khusus.

 
DALIL AL QURAN
Terdapat hujah yang kukuh berkenaan sihir ini, di antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102 Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa2 yang dibaca oleh syaitan-syaitan3 pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui."
DALIL HADIS
Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin 'Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu 'anhu telah menetapkan perintah, yaitu: "Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan." Kata Bajalah selanjutnya: "Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan." (Riwayat Bukhari)

 
DALIL SIRAH
Pada tahun ke 7 hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang terkenal iaitu Lubaid bin Al-Asam Dari Bani Zuraiq, telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan seolah-olah telah bersama dengan isterinya selama enam bulan sedangkan ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril dan mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki Rasulullah lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut di letak di dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan tersebut dan ditanam bahan tersebut.

 
SIFAT YANG ADA KEPADA PENYIHIR
  1. Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.
  2. Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.
  3. Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.
  4. Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
  5. Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap kerjanya.
  6. Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
  7. Seboleh mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada manusia.
(As- sihru m.s 38-39 oleh Ibrahim Muhammad Jamal)

 

 
BAGAIMANA CARA PENYIHIR MENIMBULKAN KESAN KEPADA BADAN
Terjadinya hubungan bahan bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara :
  1. Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan
  2. Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.
  3. Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
  4. Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.



 
JENIS JENIS SIHIR

 
  1. Sihir pemisah (perceraian)
    Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah.

     
  2. Sihir Percintaan (penunduk)
    Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan.

     
  3. Sihir membatal atau menunda perkahwinan
    Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan.
    1. Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
    2. Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

     
  4. Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan
    Kepada lelaki :
    1. sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
    2. alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.
    3. Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.

     
    Kepada perempuan pula :
    1. Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
    2. Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
    3. Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.


     
  5. Sihir di mandulkan
    Tidak dapat zuriat walau pun disahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.

     
  6. Sihir pukau
    Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
    Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bagaimana terjadi pukau?
    1. Pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (member salam dan mengarahkan).
    2. Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut :
    "Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin." (Riwayat Ahmad dan Hakim)


     
7) Sihir Gila
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

 
  1. Sihir Sakit anggota badan
    1. Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

     
    1. Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :
"Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya"
(Riwayat al tarmizi hadis Hasan shahih. Menurut Al bukhari hadis ini martabatnya hasan)

 
10) Sihir Santau

Santau dapatlah di bahagikan kepada dua bahagian. 1) santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang14. 2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca.15. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.

 
11- Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.

 
TANDA-TANDA UMUM DI SIHIR
1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
imej (google)

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)