Jumaat, 20 Julai 2012
Isnin, 7 Mei 2012
Monolog # 20 : Suami terCINTA...
SUAMIku yang tercinta... CITA-CITAku adalah redhamu...
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
p/s: Cinta..Kasih...Sayang abang dunia akhirat ;-)
sumber : incik google + makcik mukabuku....
Selasa, 17 April 2012
Monolog # 19 : Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu??

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Jumaat, 6 April 2012
USD 10 jer???
Saya cuba check la berapa nilai najahmadi.blogspot.com ni di persada antarabangsa.. cheh... bajet best jer.. huhuhu.. nak gelak pon ada.. USD 10 jer?? hahaha.. memang patut pon.. saya bukan rajin update blog ni... pastu bukan ramai follower pon.. entri pon so..so.. jer..
cuba korang check pulak..tekan SINI...
p/s: Blogger2 yg glamer mesti mahal kan blog derang tu...
Rabu, 4 April 2012
Sudah 2 bulan...ke baru 2 bulan

Pada tika ini...dua bulan yg lalu..saya berperang dgn debaran sebelum menjadi suri hidup Mr. RH.
Bila kenang kembali..masa tu perasaan sy memang nervous. Antara percaya atau tidak yg sy bakal mengakhiri zaman hidup sendiri...akan hidup berteman..berkongsi segalanya dengan suami..
Alhamdulillah..kini sudah dua bulan kami melayari hidup bersama. Beberapa fasa kehidupan telah kami lalui. Sekarang kami dah duduk rumah sendiri. Inilah syurga kami. Insyaallah.. moga Allah murahkan rezeki kami.
Published with Blogger-droid v2.0.3
Rabu, 29 Februari 2012
Mata Bulat..Bulu Mata Melentik !!
Apa yer??
Tajuk entri bukan main lagi...
Mata bulat...
Bulu Mata Melentik...
Hehehe...
Cuba tengok...
.
.
.
.
Bulatnya mata...iris warna hitam...pastu bulu mata melentik kan!!
Sangat2 la kiut!!! Saya suka sangat 1000000x!!!
TQ Aliff Ismail. Doodle ni sangat comel... Setelah 6 bulan request Doodle dari Aliff Ismail... tengok entri ini... Akhirnya...impian saya tercapai.. Aliff..ni kira hadiah kahwin ke apa eh?? boleh la kiranya...Terima kasih bebanyak...Saya sangat2 menghargainya... Nnnt sy nk buat profile pic kat FB saya... hehehe...
Korang...meh jenguk2 karya Aliff kat SINI...
Banyak tau doodle yang Aliff buat tuk jiran2 bloggers... Meh la follow dia...pastu korang request la nak doodle macam yang dia buatkan tuk saya ni.....
p/s: lama tak lukis doodle...nnt nk lukis doodle balik...nak hadiahkan kpd jiran2 blogger yg hadiahkan doole tu saya...
Rabu, 15 Februari 2012
Officially..Mrs. Rayyan Hakimi
Assalamualaikum...
Mohon maaf...rumah saya ni dah lama bersawang..penuh sgt sarang labah2 kat sini. Kebelakangan ini sangat sibuk menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan semuanya berjalan dengan lancar dan mudah.
Hari ini genap 11 hari saya menjadi isteri kepada suami tercinta Mohd Azhar Othman a.k.a Rayyan Hakimi. Kami selamat diijabkabulkan oleh rakan sekolah kami Ustaz Khairul Nizam di Surau Jalan Haji Musran pada 4 Februari 2012 bersamaan 11 Rabiul Awal 1433H jam 11.30 pagi.
kucupan pertama sang suami
Majlis Malam Berinai diadakan pada malam hari 4 Feb. 2012.
ala2 filem hindi
Seterusnya Majlis Resepsi diadakan keesokan harinya pada 5 Feb. 2012 (Ahad). Alhamdulillah tetamu yg datang tidak putus-putus. Rakan-rakan dari utara dan selatan sanggup turun untuk memeriahkan majlis kami. Kami sangat2 terharu dan berbesar hati menerima kehadiran kalian sekeluarga. Jutaan terima kasih diucapkan buat kalian.

rombongan pengantin tiba
Kami sekeluarga juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa majlis berlangsung. Saya agak terkilan kerana tidak dapat melayan semua rakan2 yang hadir. Ada yang sempat bergambar..ada juga yang hanya sempat melambai tangan dari jauh. Apapun, saya terharu dengan kehadiran semua tetamu.

sama2 memohon restu dan doa
Alhamdulillah..telah 11 hari kami melayari bahtera rumahtangga dan bergelar suami isteri...kami sangat bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami bertemu dan disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Semoga bunga-bunga kebahagiaan ini akan terus mekar sepanjang perjalanan hidup kami. Semoga ikatan suci ini menjadi jambatan..untuk kami meniti kebahagian yang abadi di syurga nanti.
ehem...ehem...
p/s: majlis sambut menantu / bertandang bulan Mac nanti. jemput datang yer...
Khamis, 12 Januari 2012
Azam baru lagi?? hehehe....
Lagi azam Tahun Baru...azam baru...Azam saya tahun ni.... pertamanya..saya nak tamatkan zaman anak dara @ zaman bujang.. dah puas dh hidup sorang...buat apa saja tanpa ada org kata jangan..tak boleh...buat apa saja ikut kemahuan diri dan rasa hati... Lepas ni nak buat apa2 kena minta izin dari Encik Suami la pulak.. erm...erm..erm..berat gak tu... sebabnya saya ni dh biasa buat keputusan sendiri. mak & ayah saya pun jarang berkata TIDAK dengan apa yg sy ingin lakukan...tentu saja saya waras berfikir dan selalu menggunakan akal & mata hati dalam setiap tindakan...kadang kala sedikit tersasar..tapi saya ambil itu semua sebagai satu pengajaran demi pengalaman..(chewah...ayat bukan main lagi)...
ok le..banyak merapu malam ni... saya nak announce ni... kad kawen saya dh siap...tapi blom cetak lagi... jom tengok..cantik tak??
kad kawen saya simple jer..idea saya mmg nk kad kawen doodle..tapi..ni kira lg best la sbb dapat kartun yg mukanya sebijik muka kami...hehehe...idea sy sket je..tapi tengok hasilnya...sangat2 seronok dan puas hati... design ekslusif oleh Akmal Samsudin @ Kemal Kumal.. pastu di touch-up oleh Suzabaidi Ishak... Terima kasih sebab realisasikan impian saya..sayang korang...ops...syg sbg kawan jer...
Dengan itu, kami ingin menjemput semua rakan2 tak kira dimana anda berada...untuk menyerikan lagi majlis kami....jemput datang yer.....
Hish..tak sabar la nak kawen...
Untuk makluman semua...persiapan kawen kami semuanya DIY...apa tu DIY...Do It Yourself... maksudnya kami buat sendiri la..weeding planner saya sendiri & Mr. RH saya... kad kawen design sendiri..tapi dengan bantuan kawan2....baju pengantin pon..xde amek pakej pengantin.. kami beli kain..bg idea sndiri..minta kawan jahitkan... pelamin pon takde sewa2 ke...saya design sendiri...buat sendiri..tp dengan bantuan kawan2 jugak la nanti...make up pon...xde amek mak andam...tapi BFF saya Aisya Zaharin nak tolong make up saya... kek kawin & kek hantaran saya tempah kt senior kami..kak Izlin Idayu Musa.. erm..apa lagi..banyak sebenarnya..saya tak sempat nk bwt checklist....
Saya betul2 beruntung kerana semua persiapan majlis perkahwinan kami berjalan dengan sgt lancar.. kalau diikutkan kami decide nak kawin masa akhir bulan 12 tahun 2011.. pulun settle dokumen permohonan nikah...buat HIV test dalam akhir bulan 12. Tapi semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah... Moga Allah mudahkan semuanya.....
Terima kasih yg tak terhingga kepada semua ahli keluarga..sanak keluarga..sahabat2 yang sudi membantu kami. Kami sangat2 menghargai usaha kalian.
So...nak bgtau ni... tema wedding day kami.... LOVE & FRIENDSHIP...
ala2 garden weeding....dekorasi ala2 dalam taman..insyaallah...
colour tema..Deep Pink , Green & White
Setakat ni..tu je kot...saya duk pulun packing2 doorgift ni...nanti story lagi.....bye....
p/s: risau gak..sempat ke edarkan semua kad jemputan dalam masa 2 minggu ni....banyak lagi nak kena settle ni...baju pengantin siap 20.1.2012 ni....tak sabar nk try.......
Rabu, 11 Januari 2012
Azam 2012...apa eh??
Assalamualaikum...
Aduhai..dah masuk hari ke-11 tahun 2012... saya baru sempat update blog ni...hehehe.. Ok.. bagi memulakan tahun 2012.. saya nka buat transformasi... sana..sini..semua org sibut ngn transformasi.. saya pon terikut sama la..
Tahun 2012...saya telah mencapai impian KECIL saya... walaupun tak de la jadi cover majalah...dapat masuk muka skit jer pon..tapi rasa puas sebab dapat la merasa g photoshoot...ditemubual...then masuk muka dalam majalah.. bukan niat nak berbangga..tidak!! jauh sekali tidak..sebab ramai org dh jadi cover girl..relax jer... cuma saya sekadar berkongsi kegembiraan diri ni..dapat berkongsi sedikit pengalaman buat pedoman rakan yg lain...
Aduhai..dah masuk hari ke-11 tahun 2012... saya baru sempat update blog ni...hehehe.. Ok.. bagi memulakan tahun 2012.. saya nka buat transformasi... sana..sini..semua org sibut ngn transformasi.. saya pon terikut sama la..
Tahun 2012...saya telah mencapai impian KECIL saya... walaupun tak de la jadi cover majalah...dapat masuk muka skit jer pon..tapi rasa puas sebab dapat la merasa g photoshoot...ditemubual...then masuk muka dalam majalah.. bukan niat nak berbangga..tidak!! jauh sekali tidak..sebab ramai org dh jadi cover girl..relax jer... cuma saya sekadar berkongsi kegembiraan diri ni..dapat berkongsi sedikit pengalaman buat pedoman rakan yg lain...
Saya bercakap melalui pengalaman saya sendiri...buakan mudah untuk menghadapi kekecewaan dan kelukaan.. apapun...pada saya..kita kena kuat...jangan mudah mengalah..carilah kebahagian selagi mana kita hidup di muka bumi ini.. hidup ini terlalu singkat.. jangan kita sia-siakan.. Masalah yang datang tukarkan jadi peluang untuk kita berjuang demi mencapai kejayaan..(macam motivator pulak dah..)
Bila tengok kan..aduhai..muka saya..tembamnya macam kuih pau pulak..takpe la..gebu..hahahah...
so apa lagi... dapatkan Majalah Nur Edisi Januari 2012 sekarang..
nanti sambung citer lagi yer....
p/s: saya sedang buat persiapan ni...aduhai...byk lagi kena settle...siapa nk tolong ringankan beban sy??
Selasa, 20 Disember 2011
Microsoft Office Specialist-EXCEL 2010
Assalamualaikum...
Saya cuti2 masa update blog ni sementara rehat masa Kursus Microsoft Office Specialist (SOS)-Excel 2010. Kursus ini berlangsungSo far, kursus ni sangat2 best sebab saya banyak belajar benda baru. Selama ni saya ajar orang (student, pekerja indusrti, peserta Latihan 1 Malaysia) ikut kemahiran @ pengetahuan yang saya ada jer. takde pon sijil yg mengiktiraf saya dalah pakar dalam bidang berkenaan.
Microsoft Office Specialist Logo
Kalau boleh lain kali saya nak apply semua kursus MOS ni. Saya pernah masuk My Skills tahun 2011 dalam bidang IT Software Business Solution. Tapi tak kesampaian untuk ke peringkat akhir. Bukan saya je tersingkir. Tapi semua peserta..hehehe.. Mungkin kami semua belum mencapai tahap piawaina yang ditetapkan kot.
Hopefully, bila dah ada sijil MSO ni nanti akan menjadikan saya lebih confident bila mengajar nanti. Seronok tau bila kita dapat berkongsi ilmu & kemahiran yg kita ada. Moga2 ia adalah 3 amalan yang ganjarannya tidak akan putus2 walaupun kita dah meninggalkan dunia ini...

agaknya macam ni la rupanya sijil MOS saya nanati...kalau lulus la....
Tahun hadapan ada My Skills lagi. Nak masuk lagi ke tak?? Masuk je lebih...tapi belum rezeki masuk peringkat akhir apatah lagi nak menang. Mungkin saya belum cukup pakar lagi kot?? hehehehe
p/s: selagi masih bernafas, jangan putus asa meningkatkan prestasi dan 'nilai' dan 'harga' diri
p/s: selagi masih bernafas, jangan putus asa meningkatkan prestasi dan 'nilai' dan 'harga' diri
Langgan:
Catatan (Atom)














