Memaparkan catatan dengan label UK brands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UK brands. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2016

Fenomena Black Friday





Hari ini 25 November 2016 adalah Black Friday. Apa itu Black Friday ?


"Black Friday is the day after Thanksgiving Day and the Friday before Cyber Monday in the United States. It is a busy shopping day and is a holiday in some states. Black Friday, which is the day after Thanksgiving Day, is a busy shopping day." - Google


Black Friday pada asalnya adalah tradisi Amerika, jatuh pada hari selepas Kesyukuran setiap tahun. Black Friday juga telah melanda United Kingdom dan mungkin juga negara-negara lain.


http://www.blackfridaydealsonline.co.uk/

Sebelum sampai ke UK saya hanya tahu tentang "Boxing Day". Rupanya ada banyak lagi temasya membeli belah di sini. Pokok pangkalnya, sediakan sahaja 'wishlist' dan bajetnya sekali.

Keadaan ekonomi pun tak berapa baik sekarang. Jadi sebaik-baiknya kita rancang perbelanjaan dan kedudukan kewangan kita. Boleh sahaja nak membeli belah, tetapi dahulukan keperluan berbanding kehendak.

Jika kita memang berimpian untuk membeli produk idaman yang agak mahal dan bukan bersifat keperluan, kita boleh mendapatkannya sewaktu jualan murah dengan menggunakan duit tabungan kita. Ikut seperti saranan yang pernah saya kongsikan tentang tabung si hijau, si oren atau si ungu.

Kami di sini menggunakan kesempatan waktu jualan murah ini untuk melengkapkan keperluan bayi yang bakal lahir Januari nanti. Alhamdulillah. Memang berbaloi membeli semasa jualan murah. Dapat diskaun, produk percuma, malah ada diberikan vouncher tunai.


Alhamdulillah.

Syukur atas segala anugerah dan nikmat yang Allah berikan.


Safinatunnajah Ahmadi
Membeli dengan bijak
Liverpool, UK.



Isnin, 15 Disember 2014

Life in UK #2 : UK Brands (part 1)

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tiba di bumi United Kigdom (UK), kami telah menerima pelbagai tempahan dari rakan-rakan di Malaysia. Kata orang UK adalah syurga membeli belah. Betul ke? Atau mungkinkah UK adalah destinasi membeli belah yang terbaik? Banyak jenama terkenal yang memang dijamin kualitinya adalah terbaik ada di UK. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang meminati sesuatu jenama. Tiada favorite brand yang selalu dibeli. Kalau saya berkenan dan suka, saya akan beli. Tidak kisah la ia berjenama atau tidak, murah atau mahal. Jenama bukanlah prioriti saya ketika membeli belah.

Walaubagaimanapun, sejak berada di UK, saya melihat sendiri betapa banyaknya jenama UK yang berkualiti tinggi tetapi kurang dikenali di Malaysia. Ini kerana, kebanyakan outlet jenama luar negara di Malaysia datangnya daripada USA. Ketika membuat carian di Goggle berkenaan UK Brands, apa yang saya temui adalah...


UK Brands yang popular

Kebanyakan jenama UK memang tidak saya kenali. Lagipun saya bukan peminat barangan berjenama. Tetapi bila berada di sini, pilihan memang banyak. Rambang mata dibuatnya. Tambahan pula di sini ada banyak designer outlet. Jadi memang boleh membeli jenama terkenal dengan harga yang lebih murah. Lebih jimat! Tiada istilah "Biar Papa asalkan Bergaya" dalam kamus hidup saya. Bergayalah  ikut kemampuan kita. Tidak semestinya dengan memakai jenama mahal dan terkenal sahaja kita boleh bergaya bukan? Jadilah pengguna yang bijak bergaya dan bijak berbelanja. 



UK handbags

Membeli belah di UK amat mudah! Kalau buka TV ada banyak channel TV shopping.  Belum lagi secara online. Ada banyak syarikat yang menawarkan servis yang tip-top. Tak perlu lagi berpusu-pusu ke shopping complex. Duduk di depan komputer pun boleh shopping. Tambahan pula kebanyakan orang hari ini mempunyai smart phone. Semuanya di hujung jari. Shopping online. On-line banking. Semuanya boleh selesai dalam masa yang singkat. Mungkin itulah gaya hidup masa kini. Semuanya cepat dan mudah. 

Saya suka sistem shopping di UK. Bagi saya memang sangat efisien dan teratur. Pilihannya pun banyak. Penghantaran yang cepat dan sangat memuaskan. Kalau nak cerita memang panjang. Nanti kita sambung cerita lagi okey.. 

Shopaholic sekalian boleh la rujuk senarai 100 online shop di UK ni. Boleh cuci-cuci mata. Boleh start buat wishlist. Yang penting membeli belah dan bergaya  ikut kemampuan masing-masing okey! Jumpa lagi...


p/s: Kami menyediakan servis shopping dan shipping ke Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh WA atau PM saya.  Najazhar UK Shoppe. 



Sekian. Happy Shopping. Terima kasih.



LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)