Memaparkan catatan dengan label university. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label university. Papar semua catatan

Selasa, 20 Disember 2016

PhD #15 : Perkhidmatan Percetakan di University of Liverpool


Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kemudahan yang disediakan di Universiti of Liverpool. Iaitu perkhidmatan percetakan. Ini adalah antara servis yang sering saya gunakan sejak dari tahun pertama PhD.


Kebiasaannya sebelum menghadiri mesyuarat dengan penyelia saya akan mencetak dahulu dokumen yang akan saya bawa untuk perbincangan. Sehari sebelum mesyuarat saya akan emailkan salinan dokumen kepada penyelia saya untuk semakan dan persediaan untuk mesyuarat. Agar penyelia saya juga turut sama bersedia dengan input yang terkini untuk diperbincangkan kelak.


Kemudian saya akan hantar dokumen secara dalam talian untuk dicetak. Ia boleh dibuat secara terus dari aplikasi program di komputer ataupun secara email kepada pelayan pencetak (printer server). Jadi kita bebas untuk mengambil dokumen yang dicetak dimana-mana lokasi pencetak yang kita mahu.


Perpustakaan Harold Cohen


Biasanya saya akan mengambil hasil dokumen yang dicetak di pencetak pejabat saya di tingkat 5 ataupun di perpustakaan Harold Cohen. Turun sahaja dari bas saya akan terus ke perpustakaan yang terletak hanya beberapa meter dari perhentian bas sebelum saya masuk ke pejabat. Mudah bukan?


Lokasi servis

Saya hanya perlu sentuh kad matriks dan senarai dokumen yang saya telah hantar sebelum itu akan dipaparkan. 

Paparan senarai dokumen yang hendak dicetak

Kemudian pilih dokumen yang saya mahu cetak dan sahkan. Sekelip mata dokumen siap dicetak.

Hasil dokumen yang telah dicetak


Saya tak perlu lagi buka komputer. Pesanan yang dibuat terus ke pelayan pencetak yang boleh diakses dimana sahaja sangat memudahkan urusan dan menjimatkan masa.


Mahal ke perkhidmatan percetakan ini?? Boleh rujuk gambar tertera. 


Senarai harga cetakan

Oh ya. Tentang kaedah bayaran, ia menggunakan kaedah seperti pra-bayar. Tapi bagi kami pelajar PhD tak perlu tambah nilai dalam kad tersebut. Boleh cetak tanpa had. Best kan??


Mesin untuk tambah kredit


Kita juga boleh cetak pelbagai jenis saiz seperti A4, A3 dan juga poster. Pilihan samada kualiti berwarna dan hitam putih. Tapi harga tentulah berbeza mengikut kualiti cetakan.


Khidmat 'binding' layan diri juga disediakan


Bila dapat servis terbaik sebegini kita patut bersyukur kan? Ia banyak memudahkan perjalanan PhD saya dan membuatkan saya sangat gembira. Ini pun juga satu nikmat. 


Alhamdulillah.

.


Wallahua'lam. 
Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galaNya.


Menghargai teknologi dan servis yang efisien
Harold Cohen Library, University of Liverpool.
20.12.2016

Sabtu, 16 April 2016

NOTA INSPIRASI #52 : SURAT BIASISWA




Hari ini seperti biasa cikgu masuk ke kelas kami. Kelas 4 (2). Kelas yang dihuni oleh 40 pelajar perempuan. Bila cikgu masuk dalam kelas, baru semua diam. Senyap. Tapi diam itu tidak lama. Perempuan. Mulutnya sukar dikunci.

.

Cikgu beri tugasan. Hari ini kami kena buat "Surat rasmi memohon biasiswa". Saya diam. Tidak gembira seperti selalu. Entah kenapa??. Saya pandang sahabat saya Shadiya Abbas. Kami berborak.

" Macam mana nak tulis surat ni" tanya saya.
" Tulis macam biasa la. Kan kita selalu buat surat rasmi dan tak rasmi." balas Shadiya. 
" Yelah, tapi apa nak kena tulis??" tanya saya lagi
" Kau cerita lah pasal latar belakang keluarga kau. Tulis kenapa nak minta biasiswa. " sambung Shadiya.

.

Saya masih buntu. Fikiran jauh melayang. Jauh terbang ditiup angin bayu. Ibarat sehelai daun kering yang ditiup angin, begitulah rasanya. Tanpa tujuan. Tanpa paksaan.

.

Ayat pertama yang saya tulis ...

Saya ingin memohon biasiswa untuk menyambung pelajaran ke universiti.....
.
.
Saya sambung lagi...

Saya merupakan anak sulung kepada 8 orang adik beradik. Ayah saya bekerja sebagai buruh.

.

Saya buntu.
Pena berhenti menari.
Fikiran saya jauh melayang hingga ke memori silam semasa saya darjah 6.

.

"Ayah kerja apa?" tanya guru besar.
"Buruh cikgu" jawab saya ringkas.
"Apa? Burung?" soal guru besar lagi.
.

Hahahaha. 
Kedengaran satu kelas ketawa. Guru besar juga ketawa. 
Betapa saya terasa sangat malu kerana dimalukan sebegitu.
Sungguh.Saya sedih dan pilu kerana ditertawakan oleh mereka semua.
.

Ketika itu guru besar datang ke kelas bertemu saya. Kerana sudah 3 bulan, yuran sekolah masih belum dibayar. Tapi wajarkah saya ditertawakan kerana pekerjaan ayah adalah buruh? Hina sangatkah? Sampai tiada sekelumit simpati dihati seorang guru besar kepada anak orang miskin? Hingga dia boleh memperlekehkan kami??

.
.
Sedih. 
Kecewa. 
Marah. 
Semua perasaan ada ketika itu.

.

Mengenangkan peristiwa itu sahaja sudah cukup membuatkan saya rasa rendah diri. Saya tak mampu nak tulis cerita berkenaan pekerjaan bapa saya. Saya sedih. Saya malu kerana ditertawakan orang.

.

Terus muka saya tekupkan ke meja. Air mata saya gugur lagi. Saya tak mampu kawal perasaan ketika itu. Lantas saya bangun dari kerusi dan mohon izin daripada cikgu untuk keluar dari kelas.

.

Dalam tandas saya menangis. 
.
.
"Najah, kau ok ke?" terdengar satu suara.
"Eh. Aku ok" balas saya.
"Kenapa kau menangis di sini?" tanya sahabat saya.
"Tak ada apalah. Jom kita masuk kelas semula" balas saya.

.

Mata merah, berair. Mana mungkin dapat saya menipu. Sahabat saya memang sangat tahu dan faham isi hati saya. Dalam kelas dia bertanya lagi.

"Kenapa kau menangis?" tanya dia.
"Aku teringat keluarga aku." balas saya.
"Kenapa?" tanya dia lagi
"Buat apa aku nak tulis karangan ini. Aku bukan dapat masuk universiti pun nanti." jawab saya

.
"Kenapa pula? Kau kan pandai. Antara kita semua kaulah pelajar paling pandai. Bukankah haritu kau dapat No.1 dalam peperiksaan. Haritu kan kau dapat No.1 keseluruhan tingkatan." sahabat saya cuba meyakinkan.

.


Tahun 1997 saya tamat sekolah menegah.

"Untuk apa aku belajar pandai-pandai. Keluarga aku miskin. Mereka tak mampu membiayai aku belajar sampai ke universiti. Nak beli buku pun aku bergaduh dengan mak. Kena marah. Kalau aku nak masuk universiti lagi banyak belanja nanti." balas saya

"Takpe Najah. Kita kan sahabat. Nanti aku tolong kau. Kau jangan risau." kata sahabat saya.

.
.

Saya meneruskan penulisan karangan surat biasiswa dengan babak airmata. Karangan yang mudah, tapi sangat sukar untuk saya tulis ketika itu. Sukar, kerana ia sarat dengan emosi dan airmata.

.

Surat untuk memohon ke universiti di UK




Wallahua'lam. 
Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galaNya.

.

Penerima biasiswa JPA

Khamis, 2 Januari 2014

PhD #3: Top 100 universities in the world

Misi mencari universiti diteruskan lagi. Bukan mudah sebenarnya untuk memilih universiti yang terbaik untuk kajian PhD kita. Pentingkah status ranking?? Seorang sahabat saya menyatakan bila kita buat PhD, ranking universiti bukanlah perkara utama di dalam pemilihan sesebuah universiti. Tetapi yang penting adalah supervisor yang kita nak pilih.

Tapi bagi saya, kalau boleh memang saya nak dapatkkan universiti yang terkemuka di dunia. Kalau boleh universiti yang salah pilih mestilah di dalam ranking TOP 100. Ikutkan impian memang saya memasang angan-angan untuk ke University of Cambridge. Ikut ranking dunia #6.



.
.
.




.
.
.






Kalau dapat universiti terkemuka, orang kata payah nak lulus PhD. Entah la, macam-macam pendapat dan pengalaman orang yang saya baca. Tak yah fikir-fikir sangatlah. Mohon sahaja. Pastu tawakkal pada Allah. Rezeki tu Allah kan dah tulis di Luh Mahfuz. Kita tinggal nak usahakan jer.



All the best to me! :-)







LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)