Khamis, 11 April 2013

Demam PRU 13



Assalamualaikum wbt



Tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 adalah seperti yang berikut:

Tarikh Keluar  Writ        
:
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya        
:
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon
:
20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal
:
30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi 

:
05 MEI 2013 (AHAD)

Anda yang telah layak mengundi jangan lepaskan peluang dan hak kalian. Masing-masing ada pendirian politik masing-masing bukan?

Tapi sebelum itu, dah buat semakan daftar pemilih dan lokasi tempat mengundi belum??

Kalau belum.. sila semak disini..




Pesanan daripada pihak SPRM:


Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon agar semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU Ke-13. Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan oleh SPR.



Saya nak kongsi sedikit pandangan daripada Dr. Hazrul Syazwan yang saya temui di FB.


Oleh: DrHazrul Syazwan,
Saya menonton TV 1, 2, 3 dan juga Astro, serta membaca pelbagai jenis akhbar samaada yang pro kerajaan atau Pakatan Rakyat (PR), serta mendengar radio yang pro BN dan pro PR. Saya juga menonton video-video ceramah politik di You Tube dari pemimpin BN dan PR. Berdasarkan pelbagai sumber maklumat, saya telah membandingkan perbezaan pentadbiran antara negeri2 yang ditadbir oleh BN dengan negeri yang ditadbir oleh PR. Saya tidak hanya fokus kepada kekurangan PR yang dipamerkan oleh media2 pro BN, tetapi saya fokus kepada kelebihan dan perubahan yang dibawa oleh PR dalam negeri yang ditadbirnya, walaupun negeri mereka disekat dengan pelbagai cara, contohnya Kelantan yang disekat hak royalti minyak mereka, namun negeri yang ditadbir PR masih boleh berjasa kepada rakyat dengan pelbagai cara. Itu dalam keadaan disekat, apatah lagi jika PR mentadbir Malaysia, sudah tentu pelbagai kebaikan dan jasa yang boleh mereka berikan kepada kita sebagai rakyat. Dan saya menilai dari banyak sudut dan akhirnya saya jauh lebih yakin dengan PR. Pendedahan saya ini tiada sebarang kepentingan, kerana adik beradik malahan saudara mara saya tidak ada seorang pun yang menjadi wakil rakyat samaada mewakili parti BN atau PR. Saya hanya mahu seluruh rakyat Malaysia buka minda dengan melihat dan mengkaji politik Malaysia dari pelbagai sudut dan sumber termasuk memanfaatkan info2 dari halaman politik di Facebook dan website yang berautoriti. Jangan kita sempitkan minda dengan hanya menilai dari sebelah pihak samaada dari media yang pro BN atau PR, tetapi lihatlah dari pelbagai sudut, add lah rakan FB kita dari pelbagai bangsa dan agama, yang menyokong BN atau PR. Ingatlah bahawa, negara ini teramat kaya dengan pelbagai hasil bumi serta aset, jadi kaji lah betul-betul parti yang akan kita undi, kerana kekayaan yang kita miliki sepatutnya dinikmati oleh kita semua. [nak share, dipersilakan]




Saya juga seperti beliau. Saya tidak memihak kepada mana-mana parti. Saya tiada kepentingan dalam mana-mana parti. Adik beradik saya..keluarga saya...tiada yang bertanding dalam mana-mana parti. Walaupun mungkin kami berbeza ideologi politik.. Saya percaya kita cukup matang untuk menilai..membandingkan dan seterusnya membuat keputusan.


 Biarpun pelbagai berita..cerita..skandal..video dan sebagainya dipaparkan di dada akhbar, laman sosial mahupun youtube... Kalian buatlah pilihan yang betul! kita sebagai rakyat mempunyai hak! Hak untuk memilih. Jadi, pilihlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga, masyarakat, agama dan bangsa serta negara tercinta. Jangan lepas tangan okey!!!




Jangan hanya jadi jaguh di pentas FB, twitter dan pelbagai media sosial sahaja. Jangan hanya tahu memaki, mengutuk dan mengeluarkan kata-kata nista. Baik kepada PR atau BN. Silalah bertanding secara adil dan bersih. Tunjukkkan DEMOKRASI yang sebenar-benarnya!!




Selamat maju jaya buat semua calon yang bertanding nanti!!





p/s : Ini bukan kempen ye. Sekadar pandangan peribadi saya sendiri. 






Monolog # 30 : C♥ NTA kerana Allah

♥ ♥ Assalamualaikum wbt ♥ ♥ 

Perkongsian hari ini untuk renungan bersama




Sabda Rasulallah s.a.w. :

“Ada tiga perkara yang barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan kemanisan) iman, iaitu;

1. Orang yang cinta kepada Allah dan Rasulnya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.
2. Orang yang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah SWT.
3. Orang yang benci untuk kembali kepada kekafiran, setelah Allah SWT melepaskannya daripada belenggu kekafiran itu, sama dengan kebenciannya daripada dijatuhkan ke dalam neraka.”

(daripada Anas bin Malik r.a.)

p/s: 
"Tanpa cinta hidup tak bermakna. kerana cinta kita lahir ke dunia ini. Dek kerana cinta juga manusia boleh hilang pertimbangan. Apapun..pastikan kita paksikan cinta kita baik pada sesiapa pun.. adalah hanya kerana ALLAH. Kerana dialah pemilik segalanya. Moga cinta yang dibina adalah cinta sejati, tulus, ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Insyaallah.. cinta itu sampai ke SYURGA..... Saya  ♥  suami saya.. Abang... terima kasih kerana sudi menerima  ♥ ini..




Rabu, 10 April 2013

Monolog # 29 : Hati terluka...


Assalamualaikum...








p/s: kata-kata yg menghiris lebih tajam daripada pedang. Walaupun tak nampak di pandangan mata..hati yg berdarah....luka yang tinggalkan takkan hilang begitu sahaja....


Wallahua'lam






Monolog # 28 : Memilih pemimpin...


Assalamualaikum...





p/s: pilihanraya dah dekat ni. gunakan hak kita untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui masa hadapan. Jangan nafikan hak diri sendiri. Kalau tersilap pilih bukan sahaja diri sendiri yang rugi..tapi masa depan..anak bangsa..agama dan negara jadi taruhan..


Wallahu'alam...




Selasa, 9 April 2013

Ohhh....my PhD...


Assalamualaikum wbt. 


Hi semua. Apa khabar?? Dah berkurun lamanya saya tak update blog ni. Banyak nak cerita. Tapi kekangan masa menghambat diri.(chewah...)  .sibuk dengan pertandingan kemahiran.. pertandingan inovasi dan yang sewaktu dengannya bermula dari awal tahun sampai sekarang ni. Sekarang ini baru mula nak bernafas sedikit. Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Yang Maha Esa.. Yang Maha Kaya.. Yang Maha Mengetahui..... 
Hati ini.. semangat ini.. jiwa ini NEKAD kali ini!!! Tak akan berpaling lagi.. impian akan jadi kenyataan. Usaha telah dicurahkan. Moga Allah mempermudahkan segalanya buat saya. 

Semoga rezeki berpihak pada saya. Amin...

Saya baru apply ......
.
.
.
.
.
.
.




Hihi...baru isi borang online.. tengah bersemangat ni. Banyak pulak dokumen nak kena upload..  Jom kawan2! kita apply sama-sama. Mari kita tingkatkan potensi diri!!!!



p/s : Doakan agar semuanya dipermudahkan Allah ye... <3 p="">





Khamis, 21 Mac 2013

Keputusan SPM dah keluar??

Assalamualaikum...


Hari ini adik-adik yang menduduki SPM dapat keputusan SPM mereka. Macam mana keputusan SPM anda semua?? Kepada yang mendapat keputusan cemerlang, TAHNIAH diucapkan. Moga ia menjadi tiket untuk menempa kejayaan di masa akan datang. Moga dengan keputusan tersebut anda semua dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.





Pasti ibu-bapa semua tersenyum gembira hari ini. Bagi yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan, jangan sedih. Mungkin boleh usaha lagi di masa akan datang. Masih banyak lagi peluang menanti anda. Mungkin tidak di laluan akademik. Apa salahnya cuba nasib di aliran kemahiran pula.



                                                  


Teringat pula semasa saya mengambil keputusan SPM dulu. Debarannya...Allah sahaja yang tahu. Terbayang wajah ibu dan ayah. Macam mana la kalau saya tak dapat keputusan yang cemerlang. Risaunya bukan kepalang. Masa nak ambil keputusan tu saya naik bas. Lepas tu nak samapi ke sekoalh berjalan kaki dari Stesen Bas Klang ke sekolah saya. Dalam perjalan tu terserempak dengan kawan-kawan. semua ucapkan tahniah pada saya. Kata mereka saya dapat 8. Erm.. 8 Agregate ke?? zaman saya dulu masih pakai sistem gred/pangkat dan agregate. Syukur la kalau dapat 8 agregate..pangkat 1.

Sampai je sekolah...jeng..jeng..jeng.. inilah keputusan SPM saya...
.
.
.
.
.
.
.
.



Alhamdulillah. Saya pelajar terbaik keseluruhan tahun itu. Tak sangka jugak dapat keputusan seperti ini. Syukur... Tapi tu cerita 15 tahu yang lalu.... hehehehe. Kenangan manis yang terlakar di dalam diari hidup saya....







Selasa, 22 Januari 2013

#1 Entri Pertama Tahun 2013



Assalamualaikum wbt.

Sudah 22 hari kita berada di tahun 2013. Pejam celik..sekelip mata masa berlalu. Sudah berkurun lama saya  tak post entri. Kekangan masa yang menghimpit (ayat..cheh)

Sebagai entri pembuka bicara 2013, saya hanya nak kongsi yang saya telah tukar hiasan rumah saya ini. Ntah berapa kali dah tukar. Tapi semua tak memenuhi citarasa dan kehendak hati.

Akhirnya siap juga. Persembahkan hiasan baru rumah saya ini.



Entri seterusnya?? entah bila la dapat update. Banyak nak tulis..tapi 'mood' belum datang. Banyak report nak kena buat sekarang ni.

Ok semua. Bertemu di lain siaran yer..

Wassalam...



Rabu, 5 Disember 2012

Kilauan Emas RIID 2012- Bahagian II



Sudah hampir sebulan blog saya ini ditinggalkan. Dah hampir bersawang agaknya. Banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi kekangan masa menghalang saya untuk menulis. Cerita tentang RIID 2012 pun saya tak habis ceritakan lagi. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya.


Hampir tiba ke lokasi. Dulu semasa belajar di Kolej UNITI saya kerap juga lalu jalan ini. 


Akhirnya tiba di UiTM Kampus Alor Gajah. Selama ini jalan ini sahaja. Baru berpeluang masuk ke sini. Kampus yang indah & permai. Seronok kalau dapat belajar / bekerja di sini. Jauh dari hiruk-pikuk kota.

Sampai di Dewan Taming Sari. Mereka sediakan booth ini. Siap dengan lapik meja. 



booth kami no 84 & 85


suasana pentas utama. ketika ini mereka tengah buat rehearsal.


Tapi booth yang disediakan agak kecil. Mesin yang kami bawa besar. Nasib baik la dapat sebelah tepi. Lepas setup booth beginilah gambarannnya.


pandangan sisi





Poster CCM


Poster APF



Pada awalnya hanya saya seorang daripada kumpulan saya yang hadir. Jenuh juga la nak mengangkut semua peralatan dan mesin. Syukur sebab ada rakan sejawat yang lain yang sangat membantu dan memberi sokongan. Terima kasih rakan seperjuangan Norakmal Maamor, Nor Azlan Abdul Rahman, Raja Shahrizal Raja Mad Yatim, Mohd Fauzi Abu Bakar dan Muhd Hazrin Redzuan.Kumpulan mereka memang mantap. Kalau mereka tiada hari itu tak tahu la macam mana keadaanya.

Rakan seperjuangan saya hadir agak lewat. Gara-gara tersesat ke UiTM Melaka. Patutnya ke UiTM Alor Gajah. Nasib baik ketika juri sampai ke booth kami mereka dah selamat tiba. Kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli iaitu saya sendiri, Ahmad Nizam Yaacob selaku ketua kumpulan, Mohd Azmi Abd Rahman, Hemi Azwan Ikhwan dan  Shahruddin Abdul Rahman. Mereka semua dari Bahagian Teknologi Pembuatan. Walaubagaimanapun hanya 2 orang ahli kumpulan saya yang dapat hadir akibat kekangan tugas/modul. Minggu itu mereka sangat sibuk dengan tugas pengajaran & peperiksaan.

Penjurian RIID 2012 adalah selama 2 hari. Juri kami daripada MIDA. Semasa penjurian, ahlhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Cuma kami kurang mata kerana belum membuat permohonan pendaftaran harta intelek.

Hari kedua, terdapat dua sesi ceramah sebelum majlis penutup dan pengumuman pemenang dilakukan.


ceramah GENOVASI


persembahan yang kreatif





Gimik perasmian. siap ada maskot lagi..


Akhirnya penantian kami berbaloi. Memang sangat berdebar masa nak tunggu pengumuman.

Akhirnya...pingat perak..milik kami...


silver- projek Steering Wheel Alignment Jig

Tidak disangka-sangka kumpulan kami berjaya mendapat 2 pingat emas


Gold - Can Crusher Machine & Automatic Poultry Feeder


Sejarah yang terukir..memang manis. 
Hilang segala jerih payah....
 untuk berada di tahap ini bukan suatu yang mudah...







Sebenarnya ini adalah penglibatan pertama kami bersaing dengan IPTA lain. Selama ini hanya merasa bertanding di peringkat JTM sahaja. Tetapi tidak beroleh apa-apa. Ramai yang kurang yakin pada awalnya. Tetapi berkat kesabaran dan semangat yang tidak berbelah bagi dari  rakan seperjuangan, akhirnya ternyata kami mampu. Mungkin ada produk lain yang lebih baik daripada projek yang kami pertaruhkan. Tetapi, hakikatnya kejayaan ini boleh dijadikan batu loncatan dan pemangkin untuk meraih kejayaan lain yang lebih besar di masa akan datang. Moga ianya jadi inspirasi kepada pelajar-pelajar kami dan juga rakan seperjuangan yang lain.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada kami. Tanpa kalian, siapalah kami. Tanpa sokongan dan iringan doa kalin, kejayaan ini hampir mustahil.




p/s: mimpi suami saya jadi kenyataan. mimpi saya juga jadi realiti....tak salah kita bermimpi..insyaallah..jika diizinkan olehNya..tiada yang mustahil.....







LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)