Ahad, 6 Mac 2016

Nota Inspirasi #37 | SUPERHERO

\
Bismillah. Nabi Muhammad SAW. 


Siapakah Superhero anda? Kalau ditanyakan soalan ini pada anak kecil, mungkin jawapan mereka adalah Ultraman, Superman, Batman dan sebagainya. Mengapa terjadi begitu?

.

Ini kerana mereka didedahkan dengan superhero yang ada di dalam filem kegemaran mereka yang ditonton setiap hari menerusi skrin TV. Di situlah mereka mengenali karekter filem sehingga menjadi ikutan mereka. Hinggakan alat permainan mereka pun berbentuk imej superhero. Superhero menjadi idola dan kesukaan mereka hinggakan ibubapa pun terpaksa beralah membelikan permainan yang mahal untuk anak-anak mereka. Malah, ibubapa juga terpaksa menyerahkan "remote control TV" ke tangan anak mereka.


Jadi, siapa sebenarnya yang mendidik anak-anak kita? kita sebagai ibubapanya atau Supehero mereka??? 

.

Sama-sama kita bayangkan, apakah yang akan terjadi jika anak-anak kita tidak terdedah langsung kepada TV??
.

Nampak agak mustahil untuk anak-anak di zaman ICT yang serba canggih untuk tidak terdedah langsung. Tapi boleh sebenarnya. Kunci kawalan pada tangan kita. Kita jangan mudah mengalah kerana desakan anak-anak.

.
Sekiranya, kita tidak mendedahkan anak-anak mereka dengan pengaruh TV, telefon bimbit atau apa-apa gajet, agaknya siapakah Superhero mereka?





.
.

Superhero play is a special type of fantasy play that refers to “the active physical play of children pretending to be media characters
imbued with extraordinary abilities, including superhuman strength or the ability to transform themselves into superhuman entities” (Boyd, 1997, p. 23).

Some researchers and practitioners warn about the violent and
aggressive nature of superhero play (Carlsson-Paige & Levin, 1990; Kostelnik, Whiren, & Stein, 1986; Kuykendall, 1995)
.
.

Adakah superhero memberi kesan positif / negatif kepada pembangunan jiwa anak-anak kita??

.
.

Saya percaya dalam hidup setiap insan, mereka mempunyai idola atau role model.
Sengaja saya gunakan istilah Superhero kerana seperti di dalam animasi filem, Superhero digambarkan sebagai penyelamat dunia.

Superhero sangat kuat. Mempunyai kekuatan luar biasa melebih manusia normal. Superhero mempunyai senjata rahsianya yang membolehkan dia bertempur dan melawan segala jenis musuh.

Superhero sangat hebat. Tapi jangan kita samakan dengan pencipta. Pencipta seluruh alam jauh lebih hebat. Tidak boleh disamakan langsung dengan ciptaanNya. Apatah lagi ciptaan atau rekaan kita.

Secara peribadi, saya juga mempunyai Superhero saya. Sebelum saya mengenal Superhero lain yang ada di kaca TV, saya hanya punya ibu, ayah dan nenek saya.

Sejak kecil saya memang tinggal bersama arwah nenek saya. Rumah kami dengan nenek hanya sepelaung sahaja. Ayah bina rumah untuk ibunya (nenek) di belakang rumah kami. Sebelum itu, rumah nenek agak jauh sedikit dari rumah kami. Jadi saya diamanahkan sejak kecil untuk menjaga nenek. Ops...nampak macam nenek yang jaga saya. Sebab kan masa tu saya kecil lagi.

Nenek saya bernama Badiah binti Kamarjo. Seorang wanita keturunan Jawa. Nenek seorang ibu tunggal. Suaminya (datuk) meninggal dunia sewaktu nenek mengandungkan makcik saya. Bayangkan, seorang ibu beranak 6 dengan bayi dalam kandungan yang kematian suami. Tanpa mempunyai pendapatan tetap, datuk saya seorang pemanjat pokok kelapa. Dikhabarkan datuk saya jatuh dari pokok kelapa, kemudian sakit hingga meninggal dunia.

.
Jika kita selami hati seorang isteri yang kehilangan tempat bergantung dan berlindung secara tiba-tiba. Di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu, memang amat susah. Nenek sangat setia. Beliau gigih membesarkan anak-anaknya seorang diri. Di saat itu juga, ayah yang ketika itu berusia 9 tahun tidak dapat meneruskan persekolahan. Mengambil tanggungjawab mencari rezeki untuk adik-adik.
.

Dihina, dikeji menjadi asam garam mereka anak beranak. Janda muda beranak 6, tentulah sentiasa jadi buah mulut orang kampung. Hidup serba kekurangan. Entah cukup makan pakai atau tidak, hanya mereka yang tahu. Tapi saya dapat bayangkan keadaan mereka yang sangat susah.

.
Nenek mencari daun nipah untuk dibuat atap. Saya masih ingat. Saya pernah meredah hutan belukar dan paya bersama nenek untuk mencari daun nipah. Bukan senang. Dengan susuk tubuh yang kecil dan rendah, itu bukan halangan.

.
Nenek mempunyai kekuatan luar biasa. Beliau boleh memotong pelepah nipah dan mengumpulkannya seorang diri. Kemudian memikulnya balik ke rumah sebelum dianyam menjadi atap.

.

Hebat kan seorang wanita. Tanpa seorang lelaki di sisinya, dia mampu buat kerja lelaki. Malah mungkin lebih hebat dari itu.

.
Nanti saya sambung lagi.. Nak kesat airmata dahulu. Rindunya pada arwah nenek.

Ya Allah. Limpahkanlah rahmat untuk arwah nenek. Moga dia tenang di alam barzakh sana. Nenek..nanti kita jumpa lagi di syurga ye. Rindu nak peluk nenek. 
😍

Rujukan :
Superhero Toys and Boys' Physically Active and Imaginative Play (Amy Parsons & Nina Howe, 2009)

Sabtu, 5 Mac 2016

Monolog #54 : PercaturanMu


Ya Allah
PercaturanMU sangat tepat
Aturanmu tersangat hebat
Kau kabulkan apa yang aku pinta
Kau penuhi apa yang aku perlu

Ya Allah
Kau selalu hadirkan mentari
Bilamana hidupku mendung
Kau hadirkan pelangi
Bilamana hujan airmata
Menitis di pipi
Aku kesat sendiri
Dengan keyakinan di hati
Kau selalu ada di sisi

Ya Allah
Kau segala-galanya bagiku
Ku tahu kau tak perlu melupakan aku
Walaupun terkadang
Aku lupa memujiMu
Aku lupa menyebut Asma'Mu


(Safinatunnajah Ahmadi, 2016)
Liverpool, United Kingdom


Monolog #53 : Anugerah








Anugerah


Berkali-kali ku cuba mengerti tentang dirimu
Tapi selalu saja tak pernah kau sedari
Renungkanlah begitu besar harapan yang ku bawa 
Ku ingin kau selalu temani ku setiap hari ku


Begitu banyak bintang di langit
Namun kau tetap pujaan hati
Kan ku tunggu sampai kau mengerti


Cinta adalah anugerah
Rasakan dia dan jaga perasaannya
Jangan kau salahkan takdir
Bila cinta kita berakhir


Jika kau sia-siakan
Kesempatan yang telah kau dapatkan
Usah kau berharap lagi
Aku selalu ada untuk mu


Begitu banyak bintang di langit
Namun kau tetap pujaan hati 
Kan ku tunggu sampai kau mengerti


Cinta adalah anugerah
Rasakan dia dan jaga perasaannya
Jangan kau salahkan takdir
Bila cinta kita berakhir


Jika kau sia-siakan
Kesempatan yang telah kau dapatkan
Usah kau berharap lagi
Aku selalu ada untuk mu


Cinta adalah anugerah
Rasakan dia dan jaga perasaannya
Simpan dia dalam hati mu
Aku selalu ada untuk mu
Selamanya






Dedikasi untuk semua yang menerima ANUGERAH ini.
Jangan dipersiakannya. 



Isnin, 1 Februari 2016

Monolog #52 : Jangan Sombong



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


ﻭَﻻَ ﺗُﺼَﻌِّﺮْ ﺧَﺪَّﻙَ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻭَﻻَ ﺗَﻤْﺶِ ﻓِﻲ اﻷَْﺭْﺽِ ﻣَﺮَﺣًﺎ ۖ ﺇِﻥَّ اﻟﻠَّﻪَ ﻻَ ﻳُﺤِﺐُّ ﻛُﻞَّ ﻣُﺨْﺘَﺎﻝٍ ﻓَﺨُﻮﺭٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." 
(Luqman 31:18)



Jumaat, 29 Januari 2016

Nota Inspirasi #36 : Rancang Masa

Kita selalu memberikan alasan kita sibuk. Sibuk benarkah kita? Berapa banyak masa yang kita ada sebenarnya? Semua orang mempunyai masa yang sama banyaknya.

Sebanyak 24 jam sehari.
24 jam x 60 minit = 1,440 minit
1,440 minit x 60 saat = 86, 400 saat / hari

Kita mempunyai sebanyak 86,400 saat sehari. Tidak cukupkah? Bagaimana kalau kita kira selama seminggu, sebulan, setahun? Pasti tak terhitung kan.

Sepanjang hidup kita selama ini, berapa banyak masa yang kita habiskan untuk jalan Ilahi? Cuba kita hitung sendiri. Berapa banyak masa kita habiskan untuk mencari ilmu? Berapa banyak yang kita habiskan untuk mengejar urusan dunia? Antara urusan dunia dan akhirat, mungkinkah lebih banyak hanya untuk urusan dunia semata-mata? Bagaimanakah kita mengisi masa kita? Adakah aktiviti yang kita lakukan lebih mendekatkan kita kepada syurga? Ataukah sebenarnya kita menuju neraka?




Apakah alasan sebenar kita? Mungkinkah sebenarnya kita ego kerana merasakan diri kita sudah cukup berilmu? Mungkinkah kita sememangnya sangat sibuk dengan urusan seharian yang tidak sudah-sudah dan tidak pernah habis?

Sememangnya urusan dunia tidak akan habis selagi nyawa masih dikandung badan. Urusan dunia banyak melalaikan kita daripada menyiapkan bekalan untuk bertemu Allah SWT kelak.





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Demi Masa!



Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.



Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

( Surah Al -Asr 103 : 1-3)


Alangkah ruginya kita. Betapa bijaknya syaitan menipu dan memperdayakan kita. Kita sedar syaitan memang sentiasa menghasut dan memperdaya. Tetapi mengapa kita mudah tertipu? 

Tidakkah kita boleh berfikir. Bukankah kita dikurniakan anugerah Allah yang terindah iaitu akal. Yang membezakan kita daripada makhluk Allah yang lain. Kita istimewa kerana kita dikurnikan akal untuk berfikir. Tepapi mengapa kadangkala tindak tanduk kita lebih buruk daripada haiwan yang tidak berakal?

Adakah akal kita dipandu oleh ilmu ataupun nafsu? Sebenarnya ilmu dan iman membezakan darjat kita. sentiasa mencari ilmu dan mendekatkan dirinya dengan orang yang 'alim (berilmu).

Orang yang berjaya sentiasa sibuk mencari ilmu dan bekalan ke akhirat. Apakah kelak kita akan beri alasan di hadapan Allah bahawa dahulu kita tak punya masa untuk lebih mendekatkan diri kita kepadaNya?



Khamis, 19 Februari 2015

Monolog #50 : Make Me Strong



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


Writer(s): Sami Yusuf



Rabu, 18 Februari 2015

Nota Inspirasi #35 : Lihat Ke Bawah






Dalam kehidupan kita di dunia, kita perlu selalu memandang ke bawah. Kita perlu melihat orang yang lebih rendah dan kurang bernasib baik berbanding kita agar kita tidak meremehkan nikmat yang Allah SWT berikan.



Sabda Rasulullah SAW:


“Lihatlah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau lihat orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.”

(Hadis Riwayat Muslim).

Hadis di atas memberi arahan kepada setiap muslim agar selalu melihat ke bawah dalam perkara dunia dan jangan melihat kepada orang yang melebihinya.


Jika kita hanya memandang ke atas, ia menyebabkan kita mudah berkeluh kesah dan merasa sempit dada bilamana kita melihat orang lain yang melebihi kita. Kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Seterusnya kita mudah cemburu dan merasa dengki pada orang lain. Dan mungkin bertindak secara negartif dan merosakkan diri sendiri. Bukankah kita juga yang rugi?




Melihat ke bawah membantu kita untuk lebih fokus kepada makna kejayaan. Kejayaan bukan bermakna kita melebihi orang lain dari segenap aspek kehidupan ; harta, pangkat, nama, kuasa dan sebagainya.


Kejayaan yang memberi makna kepada kehidupan. Kejayaan kita mengubah diri kita kea rah yang lebih baik dan cemerlang. Kejayaan kita bermakna dan memberi makna kepada insan lain. Bukankah itu lebih bermakna?


Oleh yang demikian, orang yang berjaya tidak akan selalu mendabik dada. Orang yang berjaya selalu melihat ke bawah kerana ia menjadikan kita insan yang merendah diri dan lebih mensyukuri nikmat yang Allah SWT. Menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah matlamat yang sebenar.


#notainspirasi #DrNajah #DrSukses
#projekbuku #mudahnyauntukberjaya


sumber gambar : google.





Jumaat, 13 Februari 2015

Monolog #49 : Puisi untuk Murabbi


اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



Dedikasi Puisi Untuk Murabbi


Malam sepi seakan mengerti
Bintang di langit turut memahami
Seluruh alam juga menangisi
Hilangnya seorang murabbi

Yang hidup tetap akan mati
Yang pergi takkan kembali
Hilangya tiada galang ganti
Terimalah hakikat ini

Lelaki hebat yang tidak berada
Iman dan Taqwa penuh di dada
Juang dan bakti untuk agama
Demi  Islam tercinta

Dia pemimpin ummah  di dunia 
Tunai amanah dari Yang Maha Esa
Buat bekalan untuk ke sana
Moga bertemu di taman syurga


Segala pujian untuk Allah
Selawat dan salam buat Rasulullah
Ingatlah pesan dan tunai amanah
Usah tergadai dan jangan punah


Safinatunnajah Ahmadi
13.02.2015
Liverpool, UK.


 


Hari terakhir seorang Murabbi




P/S:
Ucapan takziah kepada seluruh keluarga, kaum kerabat dan sekalian rakyat yang merasai kehilangannya.

Rabu, 11 Februari 2015

Nota Inspirasi #34 : Siapa BOSS?


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Kadangkala kita terlalu optimis. Kita yakin segala apa yang kita lakukan sasarannya kita yakin pasti berjaya. Kita rancang dengan strategik dan teratur. Kita sibuk dengan sasaran dan target kita.


Kadangkala kita terlalu yakin dengan kemampuan diri. Dan kadangkala, kita memandang rendah kemampuan insan lain. Sedangkan diri kita ini juga pinjaman dari Allah. Sedarkah kita?


Dalam kita merancang yang terbaik untuk diri kita, kita seringkali lupa bahawasanya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Hanya Allah sebaik-baik perancang. Kita lupa untuk sandarkan segala perancangan yang kita buat dengan menyebut insha allah.


Insha Allah - Dengan izin Allah. Kita wajib percaya bahawa semua yang berlaku di dalam hidup kita adalah dengan izin Allah. Baik atau buruk hanyalah pada pandangan kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.


Sebenarnya Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk kita. Walaupun pada pandangan kita sebagai manusia sesuatu yang buruk kita namakan musibah, bala, kafarah dan sebagainya.


Siapalah kita untuk menilai dan melabel? Bukankah kita hanya HAMBA. Tetapi, kita selalu bertindak seolah-olah kita ini tuhan. Kita mudah menilai, melabel dan menghukum mahkluk Allah yang lain.


Hanya Allah al- Hasib, yang Maha Membuat Perhitungan. Siapakah kita untuk cuba menghitung dosa dan pahala orang lain? Sedangkan tindak tanduk kita juga tidak lepas daripada perhitungan Allah. Astagfirullah.


Jangan kita berdukacita bilamana perhitungan manusia terhadap kita tidak adil dan saksama.  Kita punya Allah yang Maha Adil dan Maha Menyaksikan. Tiada satu pun yang terlepas daripada pandangan Allah.


Usah gusar jika apa yang kita rancang mungkin pada mata manusia seolah ianya gagal. Tetapi, di sisi Allah ia telah BERJAYA. Allah menilai usaha kita. Bukan semata-mata hasilnya. Asalkan kita niatkan semuanya adalah ibadah kerana Allah. Insha Allah, kita raih ganjarannya. 

Ganjaran yang Allah berikan tak sama seperti ganjaran yang manusia berikan. Sebagai contoh jika kita cemerlang dalam bekerja dan Key Performance Indicator (KPI)  tercapai dan kita mendapat markah 99%. Mungkin kita akan terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan terima hadiahnya dalam bentuk RM dan Sijil. 

Tetapi, berbeza sedikit dengan APC yang Allah berikan pada kita. Mungkin ganjarannya kita tidak dapat lihat secara fizikal dan dalam bentuk wang ringgit. Ganjarannya adalah pahala. Indikatornya adalah keberkatan hidup kita. Hidup ini berkat bilamana kita merasa cukup dan selesa. 

Oleh itu, sungguhpun kita telah berusaha dan bekerja dengan cemerlang, akan tetapi tidak mendapat penilaian yang adil daripada bos kita. Janganlah kita sedih. Janganlah kita lupa. Sentiasa ingat dan percaya.  Bahawasanya hanya Allah SWT sahaja BOSS yang sebenar. Boss inilah yang Maha Berkuasa!!




Pesanan :
Biarlah kita kecil dan hina di mata manusia. Asalkan kita mulia di sisi Allah.


Wallahua'lam.


LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)