Isnin, 15 Disember 2014

Life in UK #1 : Portmeirion Lovers


Assalamualaikum wbt.

Sebelum datang ke UK, kami memang tidak pernah tahu berkenaan pottery. Jenama yang kami kenal hanyalah Correll.Menyimpan koleksi pottery juga bukanlah minat kami ketika di Malaysia. Tetapi, apabila berada di sini, rakan-rakan di UK sibuk memperkatakan tentang jenama Portmerion. Kata mereka jenama ini terkenal di Malaysia dan harganya agak mahal.

Pada mulanya kami tidak ambil tahu sangat. Akan tetapi, ramai juga rakan-rakan yang bertanya dan meminta kami untuk survey harganya di sini. Rentetan daripada permintaan peminat Portmeirion, maka kami pun mula berjinak-jinak mendekati jenama ini. 

Bermula dengan membuat carian di laman web Portmerion UK kami agak terkejut. Boleh tahan mahal harganya. Kalau di Malaysia memang kami takkan beli kot? Pembelian pertama koleksi Portmeirion kami adalah koleksi Water Garden.

Kami jatuh cinta dengan koleksi ini.


Koleksi Water Garden




Antara yang kami beli adalah Set Water Garden 12 pcs ini. Kebetulan ada sales.. Jimat 50%!



Hari ini kami ke Port Meirion Factory Shop pula. Harga yangditawarkan juah lebih murah. Kualiti mutu kedua / 2nd Quality. Ada minor defect tapi still OK!






Kami sampai di Factory Shop, Stoke. 

Antara pilihan koleksi Portmeirion

Botanic Garden



Blue Italian



kegemaran ramai pencinta Portmeirion.- Botanic Garden 

Set menawan Botanic Blue (BB)


Modern style..



Koleksi yang popular - Botanic Garden (BG)


Koleksi Vintage Kellogs pun menarik & ekslusif




Akhrnya, inilah hasil tangkapan....kiriman kawan-kawan...



kepada peminat Portmeirion yang lain..
 Kalau nak order boleh PM  atau  email kami ye.
 Kami sedia berkhidmat dan menawarkan perkhidmatan. 
Insya allah.


email : najazharukshoppe@gmail.com


Terima kasih. Happy shopping!



Ahad, 14 Disember 2014

Monolog #44 : Ayat 7




Ayat Tujuh juga dipanggil "Ayat Munjiyat" adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al-Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab Majmu’ syarif.


Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai "Ayat-Ayat Pelindung dan Penyelamat" ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin RA sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.


Ayat Pelindung Diri


Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. Insya-Allah akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.

Ayat 7 terdiri daripada ayat seperti berikut :

1. Surah At-Taubah : Ayat 51

A051

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (At-Taubah 9:51)

2. Surah Yunus : ayat ke-107

A107

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Yunus 10:107)


3. Surah Hud: ayat ke-6

A006

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(Hud 11:6)

4. Surah Hud : ayat ke-56

A056

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Hud 11:56)

5. Surah al-Ankabut: ayat ke-60

A060

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Al-'Ankabuut 29:60)



6. Surah al-Fathir: ayat ke-2

A002

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Faatir 35:2)


7. Surah az-Zumar : ayat ke-38

A038

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Az-Zumar 39:38)






Khasiat Ayat-Ayat Munjiyat



Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:-

  • Penangkal Sihir
  • Menyerikan wajah
  • Ditunaikan segala hajat
  • Membawa keberkatan
  • Dicatat pahala yang banyak
  • Dijauhkan dari gangguan iblis
  • Terpelihara dari tipu daya musuh
  • Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.


Menurut Ka’abul Akhbar:-


"Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT."


Berkata Saidina Ali bin Abi Talib RA:-


"Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah SWT."


Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan solat Subuh), Insya-Allah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah SWT serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.


Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, Insya-Allah akan memperolehi faedah yang amat banyak.


Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, Insya-Allah akan dimudahkan sakaratul-maut dan bakal memperolehi pahala yang besar.


Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, Insya-Allah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.


Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali divsiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.


Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.


Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Ayat-ayat Syifa’untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.


Semoga bermanfaat. Insya allah.

Wallahua'lam bis sawab.



Sumber :
http://bit.ly/19MUp2z
http://bit.ly/1wpHIcA




Jumaat, 12 Disember 2014

PhD Journey #1 : Malaysia - London - Manchester - Liverpool (part 1)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Sekian lama menyepi. Tanpa sebarang coretan sejak Februari 2014. Diam tak diam kita sekarang berada di penghujung tahun 2014. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang 2014. Tak banyak yang saya kongsikan di blog ini. Insya allah, nanti akan dikongsikan secara throwback satu persatu.

Antara cerita yang benar-benar ingin saya kongsikan di sini adalah my PhD journey. Alhamdulillah, segala urusan permohonan saya dipermudahkan Allah. Insya Allah akan saya kongsikan bagaimana perjalanan saya ketika mula-mula hendak memohon universiti, mencari supervisor, membuat urusan visa dan sebagainya. Banyak prosedur yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, kita merancang.. Allah Maha Mengetahui dan perancanganNya adalah yang terbaik buat kita.


Part 1: Malaysia - London - Manchester - Liverpool

Macam episod drama?? Ya!  berbagai episod kehidupan kami lalui. Ini filem kami! Filem kehidupan kami. Ada babak sedih..ada babak gembira..ada babak ketawa..ada babak air mata juga.. Inilah realiti kehidupan. Kita hanyalah manusia biasa...hamba Allah swt.

Yang dahulu sedih, kini bila kenangkan balik terasa manisnya. Pahit akan manis akhirnya.. Teringat lagu popular kumpulan UKAYS..tahun 1990an dahulu..

Bila dikenangakan semua itu, terasa betapa kerdilnya kita sebaagai hamba dan betapa besarnya kuasa Allah SWT. Suatu yang kami rasakan mustahil pada awalnya, kini menjadi realiti. Impian menjadi kenyataan! Ini bukan penamat segalanya. Kerana bagi saya, ianya baru bermula. Mungkin kisah yang akan saya kongsikan nanti, boleh dijadikan panduan untuk orang lain suatu masa nanti. Siapa tahu kan? 


Cukuplah setakat ini.. sebagai intro..


I'm back!!! I'll write my PhD Journey stories here again! 



Antara gambar yang telah dikongsikan di facebook. Masih dalam proses menyusun semula album digital. Dengan ICT album gambar tidak lagi simpan di rumah kita.. Semuanya tersimpan di server..merata-rata.. FB.. Intagram..Twitter..What's App..Telegram dan sebagainya. Mudahkan??


Throwback... ketika di Heathrow Airport, London.

seronok dapat online wifi..terus update status FB

...Heathrow Airport, London.


menanti penerbangan seterusnya ke Manchester....


Akhirnya kami sampai di Manchester.




Ketika mula-mula sampai di Manchester Airport


akhirnya sampai ke destinasi dituju.. LIVERPOOL.. 
You never walk alone!! 



Wassalam.











Monolog #43 Jom Baca Al Quran : Ayat 15



Bismillah. SAW | Ayat 15

Ayat 15 terdiri daripada ayat berikut :

1. Ali Imran : 1-2 dan 18 

الم

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya.

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

2. Al-An`am : 95

إِنَّ اللَّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ ذَلِكُمُ اللَّهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ

Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?

3. Ar-Ra`d : 31

وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الأرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَلْ لِلَّهِ الأمْرُ جَمِيعًا أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا وَلا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُمْ بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِنْ دَارِهِمْ حَتَّى يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentu Al Qur’an itulah dia). Sebenarnya segala itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.


4. Yasin : 82

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.


5. Al-Fath : 2

لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,


6. Qaf : 15

أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الأوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ

Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru.


7. Al-Hadid : 4 dan 25

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


8. At-Taghabun : 13

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

(Dia-lah) Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakal kepada Allah saja.


9. Ath-Thalaq : 3

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


10. Al-Jinn : 28

لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا

Supaya Dia mengetahui, bahwa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.

11. Al-Muzzammil : 9

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا

(Dia-lah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.

12. An-Naba : 38

يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلائِكَةُ صَفًّا لا يَتَكَلَّمُونَ إِلا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَقَالَ صَوَابًا

Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar.

13. Abasa : 18-19

مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ

Dari apakah Allah menciptakannya?

مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ

Dari setitis mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya.


14. At-Takwir : 20

ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ

yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy

15. Al-Buruj : 20-22

وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ

padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka.

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيدٌ

Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Qur’an yang mulia,

فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ

yang (tersimpan) dalam Lohmahfuz.

"Membaca ayat lima belas dengan seizin Allah SWT dapat berfaedah memenuhi kebutuhan hidup, menyembuhkan orang sakit atau keracunan, serta memberikan keselamatan dan keamanan. "

Insya allah. Allahuakbar. Subhanallah.



Post by Safinatunnajah Ahmadi : Personal Blog.

Jumaat, 14 Februari 2014

Seminar Transformasi Imej dan Personaliti Siri 1/2014



Bismillah | SAW



Assalamualaikum wbt.

Apa khabar tuan/cikpuan blogger yang dikasihi dan sentiasa dirahmati Allah. Lama sungguh saya tak update bloge kesayangan. Macam-macam aktiviti menarik berlaku di dalam hidup kami. Kami hanya sempat kongsikan dengan rakan-rakan di FB dan instagram. Tapi syukur alhamdulillah, kita tak pernah putus silaturrahim.

Insya allah, program terbaru anjuran kami Najazhar HIO Empires .....


.
.
.

SEMINAR TRANSFORMASI IMEJ DAN PERSONALITI SIRI 1/2014






Khusus untuk para PELAJAR tak mengira peringkat umur atau pendidikan, anda amat dialu-alukan. Potongan diskaun 50% diberikan. 





Pelbagai aktiviti menarik seperti :

Kelas Basic Make-up
Hijab Stailista
 Forum : Cantiknya Wanita di Mata Lelaki
Cabutan Bertuah 
Tips Cantik dan Menawan


dan pelbagai gerai jualan disediakan. 



Untuk maklumat lanjut KLIK DISINI

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tuan boleh hubungi nombor tertera.


KAMI AMAT SUKA TUAN/CIKPUAN HADIR!!!



Sekian, terima kasih.


~Safinatunnajah Ahmadi~



Isnin, 6 Januari 2014

Monolog #42 : Doa Isteri Solehah








Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,


Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….







Alhamdulillah... 

Segala puji-pujian pada Allah
Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanmu kepada kami. 



Jumaat, 3 Januari 2014

Monolog #41 : Anak Kecil Merenung Masa Hadapan






Cuti persekolahan telah tamat. Bermula 02.01.2014 semua anak-anak telah kembali bersekolah. Teringat semasa saya kecil, waktu nak ke sekolah adalah waktu yang paling saya nanti-natikan untuk bertemu kawan-kawan. Walaupun mempunyai adik beradikyang ramai dan boleh bermain bersama mereka, saya sebenarnya lebih suka bermain dengan kawan-kawan saya. 


Benarlah kata ilmuwan, bahawa semasa fasa awal kanak-kanak yang berumur antara 7-16 tahun, anak-anak kita lebih senang dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding ibu bapa. Anak-anak kita lebih mudah mengikut apa yang kawan mereka buat berbanding apa yang ibu bapa suruh. Oleh itu, amatlah penting bagi ibu bapa untuk mengenal kawan baik anak-anak mereka. 


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Semalam, saya menunggu suami saya di sekolah beliau, saya terpandang pada seorang anak kecil yang sedang duduk termenung. Mukanya nampak sedih dan sayu. Dia bersendirian. Melihat kawan-kawan yang lain bermain. Saya perhatikan apa yang dia lihat. Saya melihat dari kanta anak kecil itu. 



"Alangkah seronoknya mereka. Betapa gembiranya mereka. Segalanya serba baharu. Beg, kasut, baju dan semuanya baharu. Sedangkan saya...erm..beg ini pun dah 3 tahun tak berganti. Baju yang saya pakai pun dah 2 tahun saya pakai. Yang koyak dah dijahit dan ditampal. Dah agak lusuh. Baju kawan warnanya putih. Cantik dan bersih. Baju saya dah kusam..warnanya pun dah bertukar kelabu. Putihnya kasut kawan. Saya renung kasut yang saya pakai dah lusuh. Dah berjahit 3-4 kali pun. Teringat gigihnya ayah jahit kasut sekolah saya. Saya faham, ayah tak mampu nak belikan yang baru. Selagi boleh dibaiki dan muat lagi, saya pakai juga. Tak sanggup nak minta ayah ganti yang baru sebab saya kasihan melihat ayah bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki buat kami 8 beradik."




Terus hati saya menjadi sayu dan mutiara jernih menitis ke pipi.



Saya merasakan inilah yang bersarang di hati anak kecil itu. Jauh di sudut hati kecilnya merintih.. Tiada sesiapa yang tahu apa yang dia alami. Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu apa yang dia rasakan. Saya percaya ibu dan ayahnya telah mencuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi kerana kesempitan wang dan kenaikan taraf hidup yang melampau, benar-benar menghimpit rakyat marhaen. Apatah lagi bagi mereka yang bergaji kecil. Bukan tidak berjimat, bahkan telah berjimat sehabis mungkin. Bukan tidak bersyukur atas nikmat yang ada, tetapi terkilan dan merasa tertindas.










Mungkinkah pihak pemerintah melihat keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi melalui kanta anak kecil yang tidak punya apa-apa seperti adik ini. Sewaktu saya kecil dahulu memang susah. Kerana kesempitan hidup saya berusaha lebih dari kawan-kawan lain yang memiliki segala yang saya tiada. Saya berfikir sendiri..merenung masa depan sendiri. Bagaimana saya mampu mengubah nasib keluarga saya? Ianya bermula dengan impian dan memasang angan-angan. Imaginasi yang  tiada batasan!










Saya masih teringat, di saat kawan-kawan yang lain boleh bergembira dan bermain, saya membantu nenek saya membuat bermacam jenis kerepek dan kuih tradisional. Semua saya dah pernah buat.. Kerepek pisang pelbagai jenis, kerepek ubi, bahulu gulung, bahulu cermai, cakar ayam, sagu dan macam-macam lagi. ada zaman itu bukan mudah nak pasarkan produk seperti hari ini. Saya menjualnya di sekolah dan hantar ke kedai-kedai. Hikmahnya adalah, Allah hendak mengajar saya ilmu keusahawanan dan perniagaan.

Di kala kawan-kawan yang lain dihantar ke pusat tuisyen, saya belajar sendiri di rumah. Bukan mudah nak belajar di rumah dengan adik-adik lain yang ramai. Suasana dalam rumah yang meriah dengan gelak tawa mereka, menyebabkan sya tidak boleh fokus untuk belajar sendiri. Tetapi saya mengambil inisiatif untuk belajar sewaktu mereka semua tidur. Saya bangun seawal pagi dan belajar sendiri. Sebelum masuk kelas saya akan buat nota - nota kecil dan mengambil point-point penting daripada buku teks yang saya baca. Jadi, semasa waktu kelas saya hanya fokus pada apa yang saya tak faham dan kan tanyakan pada cikgu saya. Itulah cara saya belajar.


Saya bukan pelajar yang dilahirkan genius. Tetapi saya berusaha untuk menjadi pelajar yang SMART. Saya fokuskan segala usaha untuk berjaya dengan cuba berimaginasi yang saya telah berjaya mendapat apa yang saya impikan. Malah sebelum tahu keputusan peperiksaan, saya dah bayangkan awal-awal yang saya akan dapat No.1. Siapa sangka ianya jadi realiti?? Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia beri apa yang kita mahukan. Kan Allah Maha Berkuasa dan Maha Memiliki segala-galanya di muka bumi ini, baik di langit ataupun di bumi.Itulah sekolah kehidupan saya.










Untuk berjaya di dalam hidup tidaklah payah kalau kita tahu potensi diri kita. Jika kita kenal diri kita dan sentiasa berusaha mengatasi kelemah diri, saya percaya kita boleh berjaya seperti orang lain. Malah, mungkin lebih berjaya dari orang lain. 

Dari kecil memang saya belajar reset minda saya sendiri. Tiada siapa yang mengajarkan ilmu motivasi kepada saya. Pada masa itu, tak ramai pakar motivasi seperti hari ini. Tetapi saya termotivasi bila melihat kepayahan nenek saya, ayah saya dan ibu saya bekerja demi meneruskan kehidupan. 

Motivasi terunggul saya adalah Tiada yang Mustahil bagi Allah. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana mampu memciptkan apa sahaja. Dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hambanya.









Kita kena selalu ingat bahawa Allah sentiasa Wujud!!














Hakikatya, kita memang boleh berjaya. Kejayaan pertama kita adalah kita telah lahir ke muka bumi ini.  Kita dipilih oleh Allah untuk hidup dan menjadi khalifah. Ingatlah tujuan hidup kita hanyalah sebagai hamba kepada tuhan kita iaitu Allah. Kita perlu tahu apa yang kita mahukan di dalam hidup dan apakah makna hidup ini. Bilamana kita meletakkan Allah lebih besar dan takut serta tunduk hanya pada Allah sahaja, sekalian makhluk menjadi kecil dan akan tunduk pada kita. Letakkan Allah sebagai segala-galanya. Ingatlah Allah sentiasa baik waktu kita senang mahupun kita rasa sukar. Insya allah hati kita akan lebih tenang dan bahagia. 


Cukuplah Allah bagi ku...


 Insya Allah.. semuanya pasti OK!




Khamis, 2 Januari 2014

PhD #3: Top 100 universities in the world

Misi mencari universiti diteruskan lagi. Bukan mudah sebenarnya untuk memilih universiti yang terbaik untuk kajian PhD kita. Pentingkah status ranking?? Seorang sahabat saya menyatakan bila kita buat PhD, ranking universiti bukanlah perkara utama di dalam pemilihan sesebuah universiti. Tetapi yang penting adalah supervisor yang kita nak pilih.

Tapi bagi saya, kalau boleh memang saya nak dapatkkan universiti yang terkemuka di dunia. Kalau boleh universiti yang salah pilih mestilah di dalam ranking TOP 100. Ikutkan impian memang saya memasang angan-angan untuk ke University of Cambridge. Ikut ranking dunia #6.



.
.
.




.
.
.






Kalau dapat universiti terkemuka, orang kata payah nak lulus PhD. Entah la, macam-macam pendapat dan pengalaman orang yang saya baca. Tak yah fikir-fikir sangatlah. Mohon sahaja. Pastu tawakkal pada Allah. Rezeki tu Allah kan dah tulis di Luh Mahfuz. Kita tinggal nak usahakan jer.



All the best to me! :-)







LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)