ERTI PENGORBANAN
Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman
Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan
Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah
Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa
Salam Aidil Adha 1430. Dari lubuk terdalam hati ini , saya mengucapkan Selamat Menyelami Erti Perngorbanan.Sesungguhnya, saya tidak pernah merasakan bahawa Aidil Adha 1430 ini patut kita lalui dengan sia-sia sahaja. Seharusnya, kita laluinya dengan kefahaman yang sebenar. Selamat Hari Raya Aidul Adha, salah silap saya mohon maaf, dan yang lebih penting, saya ingin mengajak kita semua mencari dan menghayati makna pengorbanan, seiring dengan itu menterjemahkannya di dalam kehidupan kita di dunia yang fana ini.
Firman Allah Ta'ala (maksud) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu. [Hadith Qudsi diriwayatkan oleh Imam Muslim]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan