Memaparkan catatan dengan label jodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jodoh. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2016

Nota Inspirasi #39 : Suamiku Ustaz?

Assalamualaikum wbt.


Ramai teman saya secara peribadi bertanya bagaimana saya boleh berkahwin dengan suami saya. Macam mana saya boleh bertemu jodoh dengan seorang bergelar Ustaz. 
.
.
Siapa yang telah lama mengenali saya pasti tahu saya ini bagaimana orangnya. Saya bukanlah 'baik' sangat. Saya bukanlah seorang yang nampak 'alim' yang akan jadi pilihan seorang yang bergelar ustaz untuk diperisterikan. Entah. Pelik kan soal jodoh ni. Semuanya rahsia Allah.
.
.
Orang tidak tahu bahawa sebenarnya saya memang memilih dia sebagai suami saya. Ya. Kalau diceritakan bagaimana pertemuan kami memang agak lucu. Tapi itulah yang telah ditakdirkan oleh Allah.
.
.
Saya mengenali Mohd Azhar Othman sejak bangku sekolah lagi. Tetapi kami tidak pernah bertegur sapa. Tetapi selepas SPM kami bertemu kembali. Ketika itu saya sedang menyulam cinta dengan A. Saya bertemu Azhar yang 'baru' ketika kami berumur 19 tahun.
.
.
Ketika itu saya dan dia sedang mengikuti pengajian Diploma. Masih lagi saya ingat, kami sama-sama terlibat dengan kem MANTAP. Kem pemantapan motivasi untuk pelajar sekolah lama kami. Ketika itu, saya lihat Azhar bukan seperti yang saya kenali sewaktu sekolah. Dia telah berubah. Kalau dulu dia dikenali sebagai atlet, agak 'nakal' di sekolah. Tetapi pada tahun 1999 Azhar telah berubah. 
.
.
Ketika ke program itu dia membawa bersama setiausahanya yang ketika itu saya kenali sebagai Nani. Nani berjubah dan bertudung litup. Sangkaan saya ketika itu, mungkin itulah bakal isteri Azhar. Hebatnya pilihan hati Azhar. Patutlah Azhar telah berubah.
.
. 
Selepas habis program tersebut kami terus tidak pernah berhubung. Sehingga pada tahun 2011, Allah mempertemukan kami semula di bulan Ramadhan. Saya dan beberapa rakan sekolah mengadakan program berbuka puasa.
.
.
Kebanyakan rakan sekolah saya telah berkeluarga dan membawa ahli keluarga masing-masing. Selesai sahaja program berbuka puasa dan saya hendak pulang ke rumah, rakan baik saya Muriza Hazrul mengatakan bahawa Azhar akan datang. Dia juga memaklumkan bahawa Azhar masih single. (Really?? Boleh isi borang ni...)
.
.
Dipendekkan cerita, di situ lah kami bertemu dan dia secara tidak sengaja meluahkan di depan rakan-rakan kami tanpa menyedari saya ada di situ. Katanya dari sekolah lagi dia nak kawan dengan saya tapi tak berani nak tegur sebab saya ini budak pandai, mana nak kawan dengan dia. (ye ke?)
.
.
Pulang dari majlis itu, hati saya rasa sesuatu. Saya pernah tanyakan satu soalan pada sahabat saya Shadiya Abbas tentang Mr. Right. Saya tanyakan pada dia bagaimana dia benar-benar yakin bahawa suami dia sekarang itu jodoh terbaik buat dia. Katanya, bila kau jumpa jodoh tu kau rasa macam kena elektrik. Rasa tak keruan, rasa macam-macam la. Susah nak gambarkan.
.
.
Ya, kali itu saya memang ada rasa seperti kena elektrik. Mungkinkah terkena panahan cinta?? Saya masih ingat, selepas pulang dari majlis itu saya terus sujud pada Sang Pemilik Segala Cinta. Saya benar-benar menangis dan meminta pada Dia. 
.
.
Dalam sujud saya berdoa...
.
.
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin...
.
.
Itu doa yang panjang. Tapi sebetulnya di dalam hati saya ketika itu, saya nyatakan pada Allah dalam sujud saya dan sedu sedan
.
.

" Ya Allah, aku tahu diriku hina, banyak berdosa. Aku tak layak untuk dapat lelaki seperti dia. Sebaik dia. Tapi Ya Allah, aku perlukan lelaki sebaik dia untuk menjadi imamku. Untuk memimpinku, membimbingku dan melengkapkan diriku. Ya Allah, aku mohon padaMu agar kau jodohan aku dengan dia. Aku benar-benar mengharapkan kasih sayangMu."
.
.
Saya kerap melakukan solat taubat, tahajjud, istikharah dan hajat. Sebelum benar-benar Allah takdirkan pertemuan kami seterusnya, saya banyak memperbaiki diri. Saya juga memutuskan hubungan dengan semua lelaki lain. (Ya ketika itu, saya ada berkawan dengan orang lain)
.
.
Entahlah..saya pun tak tahu bagaimana boleh saya jadi senekad itu untuk memiliki dia. Saya tahu dia seorang Ustaz yang mengajar di sekolah agama. Untuk mebolehkan saya meraih cinta dia, saya raih dahulu cinta Allah. Ketika itu saya sangat gemar menulis di blog. Kebanyakan entri adalah berkisar tentang CINTA.
.
.
Antara strategi saya adalah saya pernah menulis di atas sekeping kertas, dengan membayangkan bahawa saya sudah mempunyai suami. Dalam skrip SUAMI yang saya IDAMKAN itu saya nyatakan betapa saya bahagia memiliki seorang suami yang :

  1. boleh jadi Imam dan kami selalu solat berjemaah bersama.
  2. sangat sayang pada ibunya, kerana saya yakin lelaki yang sayang pada ibunya dan menjaga ibunya dengan baik mampu menyayangi saya dan menjaga sayal
  3. suka melancong, saya bahagia dia selalu membawa saya jalan-jalan
  4. memberi dorongan dan motivasi, bukan sahaja untuk saya tapi insan lain.
  5. meminati sukan hiking, kami gembira dapat hobi yang sama
  6. mudah bergaul dengan kwan-kawan saya, saya juga senang berkawan dengan kawan dia.
.
.
dan banyak lagi...


Kasut ini menjadi bukti kami memanjat gunung bersama kawan-kawan pada tahun 2011.
Kami punya hobi yang sama.


.
Tapi...
Saya tidak tulis pun yang inginkan seorang Ustaz sebagai suami saya ???


Tuan suami semasa ceramah motivasi pelajar tahun 2014

.
.

Jadi tips yang saya ingin berikan adalah...buat SKRIP SUAMI IDAMAN anda.
Bayangkan anda sedang bersama dia dan bahagia membahagiakan. Alhamdulillah saya dapat suami seperi yang saya mahu. Skrip suami idaman utu saya tulis pada tahun 2008 lagi. Selepas saya dapat berita A berkahwin dengan R.
.
.
Anda berhak memilih pasangan yang anda mahukan. Tuliskan skrip itu dan berdoalah degan setulusnya agar ia menjadi realiti. Insya Allah, doa kita akan diangkat ke langit dan diaminkan oleh para malaikat.

.
.
Saya juga pernah kongsikan di blog saya..

10 TANDA DIA JODOH KITA.
.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih kerana menyokong penulisan saya.
Saya sayang anda semua




Semasa kami 'duet' dalam program motivasi  kepimpinan pelajar



Nota inpirasi ini bukan sekadar ditujukan untuk anda semua, tetapi juga istimewa buat tuan suami saya Rayyan Hakimi. Dia pun tak tahu kisah benar ini. Saya bocorkan rahsia ni... (malu sebenarnya)
Tuan suami yang saya sayangi kerana Allah, terima kasih atas segala kasih sayang, kesabaran, kerajinan dan pengorbanan dan juga segala-galanya yang kita kongsikan bersama.
.
.

Mohon kalian semua doakan kami bahagia selama-lamanya sampai ke syurga.




From Liverpool with Love heart emoticon

09.03.2016






Isnin, 6 Januari 2014

Monolog #42 : Doa Isteri Solehah








Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,


Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….







Alhamdulillah... 

Segala puji-pujian pada Allah
Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanmu kepada kami. 



Rabu, 15 Februari 2012

Officially..Mrs. Rayyan Hakimi


Assalamualaikum...

Mohon maaf...rumah saya ni dah lama bersawang..penuh sgt sarang labah2 kat sini. Kebelakangan ini sangat sibuk menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan semuanya berjalan dengan lancar dan mudah.

Hari ini genap 11 hari saya menjadi isteri kepada suami tercinta Mohd Azhar Othman a.k.a Rayyan Hakimi. Kami selamat diijabkabulkan oleh rakan sekolah kami Ustaz Khairul Nizam di Surau Jalan Haji Musran pada 4 Februari 2012 bersamaan 11 Rabiul Awal 1433H jam 11.30 pagi.

kucupan pertama sang suami

Majlis Malam Berinai diadakan pada malam hari 4 Feb. 2012. 

ala2 filem hindi

Seterusnya Majlis Resepsi diadakan keesokan harinya pada 5 Feb. 2012 (Ahad). Alhamdulillah tetamu yg datang tidak putus-putus. Rakan-rakan dari utara dan selatan sanggup turun untuk memeriahkan majlis kami. Kami sangat2 terharu dan berbesar hati menerima kehadiran kalian sekeluarga. Jutaan terima kasih diucapkan buat kalian.
rombongan pengantin tiba

Kami sekeluarga juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa majlis berlangsung. Saya agak terkilan kerana tidak dapat melayan semua rakan2 yang hadir. Ada yang sempat bergambar..ada juga yang hanya sempat melambai tangan dari jauh. Apapun, saya terharu dengan kehadiran semua tetamu. 

sama2 memohon restu dan doa

Alhamdulillah..telah 11 hari kami melayari bahtera rumahtangga dan bergelar suami isteri...kami sangat bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami bertemu dan disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Semoga bunga-bunga kebahagiaan ini akan terus mekar sepanjang perjalanan hidup kami. Semoga ikatan suci ini menjadi jambatan..untuk kami meniti kebahagian yang abadi di syurga nanti. 

ehem...ehem...


p/s: majlis sambut menantu / bertandang bulan Mac nanti. jemput datang yer...


Khamis, 12 Januari 2012

Azam baru lagi?? hehehe....


Lagi azam Tahun Baru...azam baru...Azam saya tahun ni.... pertamanya..saya nak tamatkan zaman anak dara @ zaman bujang.. dah puas dh hidup sorang...buat apa saja tanpa ada org kata jangan..tak boleh...buat apa saja ikut kemahuan diri dan rasa hati... Lepas ni nak buat apa2 kena minta izin dari Encik Suami la pulak.. erm...erm..erm..berat gak tu... sebabnya saya ni dh biasa buat keputusan sendiri. mak & ayah saya pun jarang berkata TIDAK dengan apa yg sy ingin lakukan...tentu saja saya waras berfikir dan selalu menggunakan akal & mata hati dalam setiap tindakan...kadang kala sedikit tersasar..tapi saya ambil itu semua sebagai satu pengajaran demi pengalaman..(chewah...ayat bukan main lagi)...

ok le..banyak merapu malam ni... saya nak announce ni... kad kawen saya dh siap...tapi blom cetak lagi... jom tengok..cantik tak??


kad kawen saya simple jer..idea saya mmg nk kad kawen doodle..tapi..ni kira lg best la sbb dapat kartun yg mukanya sebijik muka kami...hehehe...idea sy sket je..tapi tengok hasilnya...sangat2 seronok dan puas hati... design ekslusif oleh Akmal Samsudin @ Kemal Kumal.. pastu di touch-up oleh Suzabaidi Ishak... Terima kasih sebab realisasikan impian saya..sayang korang...ops...syg sbg kawan jer... 







Dengan itu, kami ingin menjemput semua rakan2 tak kira dimana anda berada...untuk menyerikan lagi majlis kami....jemput datang yer.....

Hish..tak sabar la nak kawen...

Untuk makluman semua...persiapan kawen kami semuanya DIY...apa tu DIY...Do It Yourself... maksudnya kami buat sendiri la..weeding planner saya sendiri & Mr. RH saya... kad kawen design sendiri..tapi dengan bantuan kawan2....baju pengantin pon..xde amek pakej pengantin.. kami beli kain..bg idea sndiri..minta kawan jahitkan... pelamin pon takde sewa2 ke...saya design sendiri...buat sendiri..tp dengan bantuan kawan2 jugak la nanti...make up pon...xde amek mak andam...tapi BFF saya Aisya Zaharin nak tolong make up saya... kek kawin & kek hantaran saya tempah kt senior kami..kak Izlin Idayu Musa.. erm..apa lagi..banyak sebenarnya..saya tak sempat nk bwt checklist....

Saya betul2 beruntung kerana semua persiapan majlis perkahwinan kami berjalan dengan sgt lancar.. kalau diikutkan kami decide nak kawin masa akhir bulan 12 tahun 2011.. pulun settle dokumen permohonan nikah...buat HIV test dalam akhir bulan 12. Tapi semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah... Moga Allah mudahkan semuanya.....

Terima kasih yg tak terhingga kepada semua ahli keluarga..sanak keluarga..sahabat2 yang sudi membantu kami. Kami sangat2 menghargai usaha kalian. 

So...nak bgtau ni... tema wedding day kami.... LOVE & FRIENDSHIP...
ala2 garden weeding....dekorasi ala2 dalam taman..insyaallah...
colour tema..Deep Pink , Green & White

Setakat ni..tu je kot...saya duk pulun packing2 doorgift ni...nanti story lagi.....bye....



p/s: risau gak..sempat ke edarkan semua kad jemputan dalam masa 2 minggu ni....banyak lagi nak kena settle ni...baju pengantin siap 20.1.2012 ni....tak sabar nk try.......



Jumaat, 2 Disember 2011

Suami Setia?? Amalkan Doa Ini....






MAKSUDNYA: 
Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya"

Caranya:
Baca doa ini setiap kali selepas solat. InsyaAllah, Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut.


Sumber : muka buku....

Jumaat, 28 Oktober 2011

Monolog # 15 : Cinta, Airmata & Doa





Cinta dan airmata tidak dapat dipisahkan.. tetapi tidak berbaloi kita menangisi cinta yang kecundang. Kita boleh bersedih...kita boleh menangis..tapi jangan kita meratapi perpisahan itu dan menangisinya sepanjang hayat. Itu tindakan yang bodoh dan sia-sia...


~✿..Jika kamu menangis kerana lelaki, berhenti dan cuba fikir kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan kata-kata manis? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh memimpin kamu kelak? Boleh pandu bahtera keluargamu ke arah yang diredhainya? Boleh menyayangi kamu sepenuh hati, terima seadanya cacat cela? ✿~


✿~Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu lebih penting, sesungguhnya harga air mata mu lebih bernilai..lebih berharga jika dibazirkan untuk lelaki itu..bersabarlah, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..Yakin dengan Janji Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu layak untuk orang yang lebih baik..(✿◠‿◠)



Hidup ini terlalu singkat untuk kita merasa dukacita.. Hidup yang sesingkat ini sewajarnya kita manfaatkan dengan sebaiknya. Carilah kebahagian dan kegembiraan. Bahagia itu ada dimana-mana. Kita perlu mencarinya..







Panjatkan doa pada yang Maha Kuasa....






~✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi kekosongan ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang terbaik untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana... jika dialah yang tertulis sebagai teman hidup dan matiku, panjangkanlah hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~



Alhamdulillah...Saya amat bersyukur... Sesungguhnya Allah telah mendengar dan memakbulkan doa saya.....Saya percaya anda di luar sana pasti menemuinya juga kelak.....


Berusaha...berdoa dan bersabar...





Untuk yang tersayang...Mohd Azhar Othman a.k.a Mr. RH...




Terima kasih Sayang....
Hadirmu memberi sejuta makna dalam hidup ini...
Moga ikatan suci ini berpanjangan hingga ke syurga...
Sayang CINTA kan Ayang dunia & akhirat tau!!





p/s: Mr. RH..terharu tak dengan entri ni???










Ahad, 16 Oktober 2011

Saya dan Mr. RH ada Lesung Pipit..

Korang ada lesung pipit tak?? Bukan batu lesung tuk menumbuk sambal belacan tu.. Lesung pipit tu mcm lubang kat muka la...ada orang bila senyum je nmpak lubang @ lesung pipt tu. ada org yg lesung pipit dia dalam...dia x senyum pun bleh nampak dah. kira macam lekuk kat pipi la....

Saya ada lesung pipit tau. Tapi bila senyum je la baru nampak...paling ketara yang belah pipi kanan. Macam ne lesung pipit boleh jadi yer??? comel tak ada lesung pipit. Kalau saya senyum orang kata macam Pretty Zinta.. Hehehe.. Ala2 bolloywood tu...



comelkan dia ni...



dalam pic ni tak nampak la lesung pipit saya tu....




nampak tak lekuk kat pipi kanan tu...




okey...kita tengok apa sebenarnya lesung pipit tu eh....




Satu artikel berkenaan lesung pipit. Mengikut sumber ni, sebenarnya lesung pipit yang menjadi kegilaan sesetengah orang ni merupakan kecacatan yang berlaku pada otot di kawasan pipi kulit muka.


Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang itu tersenyum atau ketawa maka akan berlaku satu daya tarikan kulit yang akan menghasilkan lesung pipit (efek penarikan kulit tersebut).




Secara anatomi, lesung pipit (dimple) adalah sejenis kecacatan.


Apa yang menariknya, lesung pipit ini adalah satu kecacatan yang menjadi rebutan apabila ada satu kaedah pembedahan bagi mewujudkan lesung pipit pada raut wajah asli.


Menurut kajian yang dah dijalankan, lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan lebih menarik lesung pipit adalah gen yang dominan. Maksudnya, kalau mana-mana pasangan yang salah sorangnya ada lesung pipit, anak yang bakal lahir akan ada berpotensi untuk dapat lesung pipit sebanyak 20-50%.


Jom kita usha jejaka2 yang mempunyai lesung pipit yang dikatakan kecacatan yang menarik ni...



hensem kan BF saya ni...



ni pun...bikin hati cair jer...





ni sorang lagi...adus....sabar2....\



tapi yang betul2 buat saya jatuh hati.....


.
.
.
.
.
.
.
.


siapa lagi??? tentulah Mr. RH saya



sweet sangat dia dengan lesung pipit dia tu...sama dengan saya pulak tu...


Hensem kan Mr. RH saya... Hehehe...alamat kembang la cik abang saya ni bila baca entri ni. Tapi memang hakikat bahawa saya jatuh cinta dengan lesung pipit dia tu. Kalau nak marah..nk merajuk dengan dia...tapi bila tgk dia senyum kat kita...aduhai...cair dibuatnya...sebab tu saya tak boleh nk merajuk & marah dia....x bleh tahan dengan senyuman dan lirikan mata dia tu....dush...dush..kantoi!!!




p/s: kira kami ni ada kecacatan jugak la yer??? tapi sweet kan???










Sabtu, 15 Oktober 2011

Monolog # 13 :Bagaimana Menyayangi Seseorang ??




  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke semasa.
  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
  6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.
  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

p/s: mr. RH...ni kira tips2 la ni...hehehe...



Selasa, 20 September 2011

Monolog # 7 : Terima Kasih ♥




Asam garam kehidupan, kita tak selalu dapat apa yang kita mahukan. apa yang kita miliki tak mungkin kekal abadi. begitu juga cinta... tak semua cinta bersatu... cinta yang telah bersatu pun boleh terlerai.. hakikatnya, tiada apa milik kita. semuanya milik Allah juga. Semua hanya pinjaman buat kita di dunia ini. 

saya pernah tulis entry tentang mengapa kita ditemukan dengan orang yang salah. Dulu saya selalu bertanya pada diri...

mengapa mesti saya kecewa??
mengapa mesti saya dicurangi??
mengapa mesti saya disakiti??



saya seoarang yang terlalu menjaga hati orang lain. Saya seorang yang kadang kala terlalu lurus dan tidak tahu bersangka tidak baik. Oleh kerana itu, saya mudah tertipu. saya mudah terpesona dengan kebaikan dan janji manis yang ditaburkan orang pada saya. saya mudah percaya. Saya mudah meletakkan harapan dan memasang impian pada sesuatu yang belum pasti.

Sebagai insan kerdil di muka bumi ini, saya pasrah akhirnya. Kerana saya tahu mengapa Allah menemukan kita dengan orang yang salah. Mengapa??

Beginilah jawapannya...

  • supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
  • supaya kita dapat kasih sayang terbaik khas untuk diri kita. .
  • supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya
  • supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya
  • supaya kita lebih faham bahawa cinta terbaik hanya ada bersama Allah.  
  • orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.





Benar.. hikmahnya amat besar sekiranya kita mengambil setiap perkara negatif yang berlaku dalam hidup kita melalui perspektif yang lebih positif. Apabila kita dapat mencari kebaikan dalam keburukan. Apabila kita dapat melihat pelangi selepas hujan membasahi bumi. 

Benar.. setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. setiap keburukan akan dibalas dengan keburukan. Kitalah insan yang paling beruntung sekiranya kita dapat mencari sebutir permata yang terpendam dalam selut lumpur penuh noda. Kita insan yang bertuah apabila kita mampu bangkit kembali dari kegagalan masa lalu. Pastinya kita akan menjadi orang yang lebih berjaya di masa akan datang. 

Percayalah....Allah tidak penah menganiaya hambanya... Allah tidak pernah zalim pada kita. Allah Maha Pengasih...Allah Maha Penyayang...Dia tidak pernah melupakan kita. Sedangkan kita selalu alpa dan lupa serta ingkar dalam mentaati suruhannya.


benarlah kata pepatah... 

"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis
 supaya awak sedar bahawa awak layak 
mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum" 
(Shafaza Zara, 2011)




Dan...Allah telah mendengar rintihan hati saya... dimana akhirnya dia memakbulkan doa saya. Terima Kasih Allah..terima kasih kerana mengizinkan dia hadir dalam hidup saya..merawat segala kelukaan dan kedukaan...diganti dengan kebahagian yang tidak berbelah bagi....


Buat insan tersayang....



Terima kasih  Sayang kerana hadir dalam hidup saya. Awak memberikan SINAR baru dalam hidup saya. Saya amat bersyukur pada Allah kerana akhirnya dia menemukan saya dengan orang yang TEPAT. Setelah berbagai liku dan ranjau kehidupan yang pernah kita lalui dulu, kini kita sama-sama sedar bahawa pengalaman lalu mengajar kita tentang kehidupan. Menjadikan kita insan yang lebih MATANG untuk menempuhi cabaran dan melayari bahtera kehidupan. Semoga awak adalah JODOH terbaik pilihanNya buat saya.

Terima kasih sayang..... I ♥ U Sayang......






p/s:
cerita cinta kami boleh dinovelkan tau...hehehehe










Isnin, 19 September 2011

Monolog # 5: Yakinlah Sayang...





YAKINLAH SAYANG


mataku memang tak bisa 
melihat dirimu dalam kegelapan
tapi hatiku merasakan kehadiranmu disisiku
mencintai dirimu
mencintai jiwamu
takkan ada cinta lain yang singgah di hatiku
harusnya aku berfikir
demi sejuta kata sayang
yang akan kuucapkan kepadamu
tulus dari hatiku yang paling dalam

yakinlah sayang

jangan pernah berpaling dariku
aku tak ingin kau tinggalkanku
aku berjanji.akan berbagi cintaku dengan dirimu
aku ingin semua kisah kisah yang terindah ini
hanya untukmu seorang

yakinlah sayang







Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku





LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)