Memaparkan catatan dengan label love story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love story. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2016

NOTA CINTA #2 : HIKMAH DI SEBALIK UJIAN






Kita lihat situasi berikut:


Situasi 1

-----------

A ditipu oleh suaminya X. Tiba-tiba A terjumpa foto suaminya X dengan sahabat baiknya S. Gambar itu sangat intim. Selama mereka bersahabat A selalu menceritakan masaalahnya kepada S. A tak sangka S mengambil kesempatan di atas masalah yang berlaku antara A dan X.

.



Situasi 2

-------------

R seorang ibu anak 5. Dia seorang yang sangat aktif dengan NGO dan bisnes. Sehingga urusan penjagaan anak-anak diserahkan sebulat-bulatnya kepada pembantu rumah. Sehingga segala keperluan suami dan anak-anak dilunaskan oleh pembantu rumah. Satu hari, R pulang awal ke rumah kerana tertinggal dokumen penting. Dia masuk ke bilik dan melihat pembantu rumah sedang mengurut suaminya. Mereka bertengkar suami R mengungkit segala-galanya. Suami R mengatakan dia dan pembantu rumah mereka telah bernikah. Mereka suami isteri yang sah.

.


Situasi 3

------------

XXX seorang suri rumah tangga sepenuh masa. XXX pernah mempunyai kerjaya yang hebat sebelum ini. Tetapi kerana lebih sayangkan keluarga dan ingin memberi tumpuan penuh kepada anak-anak, XXX mengorbankan kerjayanya. Namun, selepas berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa baru dia sedar bahawa tugas seorang suri rumah sepenuh masa lebih berat. Dahulu, walaupun dia berkerjaya anak-anak lebih terurus. Dia mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih teratur. Waktu bekerja anak-anak dihantar ke rumah pengasuh. Selepas jam 6, XXX mengambil anak-anaknya dari rumah pengasuh. Sampai di rumah ketika suaminya melayan anak-anak XXX akan menyediakan juadah untuk makan malam mereka. Suaminya rajin membantu dia. Namun, sekarang semuanya telah berubah. Selepas bergelar suri rumah sepenuh masa suaminya sudah tidak mahu membantu lagi. XXX merasa sangat tertekan.

.
.
.

Berdasarkan 3 situasi di atas, kita dapat lihat 3 ujian yang berbeza. Bagaimanakah cara untuk bersabar dan mencari penyelesaian bagi setiap masalah yang berbeza? Cukup dengan hanya bersabar???

.

Jika anda adalah rakan-rakan mereka. Apa tindakan anda? Apakah nasihat yang dapat anda berikan kepada mereka untuk terus bersabar dan mencari hikmah disebalik ujian yang mereka lalui?


.

Sebenarnya, bila orang lain diuji oleh Allah, kita juga turut diuji. Percaya tidak? 
1. Allah uji samada kita punya hati yang baik atau tidak
2. Allah uji samada kita melihat ujian orang sebagai peluang untuk kita sama-sama merenung diri sendiri.
3. Allah memberi peringatan kepada kita. Adakah kita mampu bersabar jika diuji sedemikian.
4. Allah uji samada kita mampu bersangka baik kepada orang.
5. Allah uji samada kita boleh bantu rakan kita atau tidak.
6. Jika kita ingin bantu, adakah kita cuba menjernihkan atau menghancurkan?
7. Allah uji untuk kita sama-sama percaya bahawa tiada satu pun di dunia ini yang benar-benar milik kita. 
8. Allah uji untuk kita muhasabah diri kita juga.
9. Allah uji untuk lihat samaada kita ini benar-benar hamba atau kita mahu ambil alih tugas tuhan.
10. Allah uji kesabaran kita. Bagaimana kita berdepan dengan masalah.

.
.
.
dan banyak lagi hikmahnya.






.


Saya selalu menjadi tempat rujuk kawan-kawan saya bila mereka ada masalah. Situasi di atas hanya 3 situasi daripada beribu situasi yang kawan-kawan sahaja hadapi. Bila mereka diuji saya selalu ingtakan diri bahawa sebenarnya Allah sedang menguji saya juga.



Anda bagaimana???

Tepuk dada tanya IMAN. 
Jangan tanya Aiman, sebab Aiman tak kisah. 






Salam sayang <3 div="">

Kaunselor tak bertauliah
Liverpool.

Sabtu, 9 April 2016

NOTA CINTA # 1 : DEMI SYURGA



Sebagai anak sulung saya sangat bertuah. Ayah dan ibu saya tak pernah menetapkan masa depan saya dengan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bermaksud, ayah dan ibu saya tidak pernah memaksa saya untuk belajar. Tetapi kerana kesusahan hidup semasa kami kecil, ia menjadi inspirasi untuk saya mengubah nasib keluarga kami.

Oleh kerana saya merupakan anak yang sulung, saya terdidik untuk menjadi role model kepada adik-adik saya. Malah, saya sebenarnya yang mencungkil bakal dan menggilap potensi adik saya.



Ibu saya tak pernah berpeluang untuk bersekolah. Beliau lahir dalam keluarga yang agak berada tetapi kurang bernasib baik. Menurut cerita ayah, keluarga ibu saya orang berharta. Arwah nenek sebelah ibu saya merupakan anak tunggal dan mewarisi banyak tanah pusaka. Datuk saya merupakan seorang pekerja kepada keluarga nenek saya. Kemudian dijodohkan dengan nenek saya. 

.

Walaupun bagaimanapun, selepas mereka berkahwin dan nenek saya melahirkan pakcik saya yang bongsu, nenek saya jatuh sakit. Sehingga, ibu saya diserahkan kepada saudara mara untuk dibela oleh mereka. Ibu saya selalu bercerita bagaimana susahnya hidup 'terbuang' dan menumpang kasih di rumah saudara. Dari satu keluarga ke keluarga yang lain ibu saya diserahkan. 

Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan itu. Tentu sangat sukar bukan? Tetapi hikmahnya besar. Jiwa ibu saya semakin kental dan tabah. Bila menceritakan kisah ini, ibu saya selalu mengesat air mata. Saya yang ketika itu sangat kecil tak mampu memahami. Tetapi saya sangat ingat kisah ini.
.

.

"Mak ni, kalau sekolah mak dah jadi cikgu"

" Tapi mak takde peluang nak sekolah dahulu. Hidup menumpang kasih di rumah saudara"

" Sepupu mak baik. Mereka selalu ajar mak kenal ABC. Sampai mak boleh membaca"

" Dulu mak daftar diri sendiri untuk ke sekolah agama. Yurannya 5 sen je. Mak jual ais kepal. Dapat duit hasil jualan itulah mak bayar yuran. "

" Mak nak anak mak semua dapat belajar. Kalau belajar biar betul-betul tau. Kalau tak nanti kakak hidup susah macam mak dengan ayah."


.
.
.


Banyak pesanan mak sebenarnya. Tak mampu saya nak luahkan semua. Itu cerita masa saya berumur 4 tahun. Tapi saya masih ingat. Mak ceritakan sambil menyisir rambut saya. Mak bercerita sampai saya terlena.

.


Satu sebab kenapa saya ingin terus belajar ialah saya nak tunaikan impian ibu saya. Tiap kali saya bergraduasi, saya akan pakaikan jubah konvo pada ibu dan ayah saya. Saya harap mereka berbangga. Kerana itu kejayaan mereka sebenarnya. Allah beri peluang untuk saya tebus cita-cita tertunda ibu dan ayah saya. 

.


Kini, saya merantau jauh demi segulung ijazah PhD. Bukan untuk gelaran Dr. semata-mata. Tapi, saya nak bawa ibu dah ayah saya naik kapal terbang sampai ke England. Saya nak sarungkan jubah konvo nanti pada tubuh mereka.


.

Tempoh hari, saya dapat berita ayah saya sakit, hati saya meronta-ronta nak pulang ke tanah air. Tapi, masa itu saya belum persembahankan proposal saya. Saya belum lulus untuk sambung pengajian ke tahun kedua.

.
Siang dan malam saya menangis. Saya merayu pada Allah agar sembuhkan ayah saya. Sungguh... Saya belum puas berbakti pada mereka. Mereka terlalu banyak berkorban untuk saya. Saya harap sangat-sangat agar adik-adik saya dapat jaga dan bahagiakan ibu dan ayah kami. Merekalah syurga kami.

.



keluarga kami


Dahulu, setiap hari saya dapat tatap wajah ibu dan ayah. Kini, bila dah jauh di perantauan saya hilang nikmat itu. Saya tak dapat nak lepak minum petang dengan ayah sambil dengar ayah bercerita. Saya tak dapat dengar mak cerita pada waktu malam bila mak tak boleh tidur.


Kadangkala saya tanya kenapa mak tak boleh tidur. 
Apa yang mak risaukan?? 

.
Mak akan jawab..ENTAHLAH....

.

Tapi saya tahu, dia risaukan anak-anaknya. 
Hati ibu..begitu kan???

.


Tulus,

Yang merindui
Liverpool.



Selasa, 10 Februari 2015

Nota Inspirasi #33 : Vespa Ferrari


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sewaktu saya kecil dahulu, hidup kami sekeluarga agak susah. Kerana kesempitan hidup saya berusaha lebih dari kawan-kawan lain yang memiliki segala yang saya tiada. Saya sering bertanya dan berfikir sendiri. Saya kerap merenung masa depan saya dan keluarga. Saya sering bertanya, bagaimana saya mampu mengubah nasib keluarga saya?


Ianya bermula dengan impian dan memasang angan-angan. Imaginasi yang tiada batasan! Imaginasi yang menerobos ke seluruh ruang galaksi. Ketika kami kecil, kami tiada kereta. Ayah hanya mempunyai sebuah Vespa. Saya masih ingat, rakan-rakan saya selalu mengejek vespa ayah saya. Mereka selalu mempersendakan kenderaan yang banyak berjasa untuk kami sekeluarga.

Saya sedih. Saya marah. Tetapi saya hanya senyum dan diam. Sememangnya keluarga saya mskin harta, tetapi ayah kerap selalu berpesan biar kita miskin harta, jangan miskin budi pekerti. Itu pesanan yang sentiasa saya semat di hati hingga ke hari ini.

Dahulu, kami hanya ada sebuah vespa buruk. Vespa buruk milik ayah yang dibeli sekitar tahun 1970an. Ketika zaman ayah bujang. Vespa itu harta ayah. Harta yang amat dia kasihi. Vespa itu sering dibasuh dan digilap. Ia dijaga rapi. Buruk hanya pada mata orang lain. Tapi di mata ayah, vespa itu sentiasa baru. Sentiasa di jaga rapi. Vespa itu mungkin lambag prestij. Vespa itu menjadi menjadi imej diri.

Kebanyakan orang mengenali ayah dengan vespa itu. Saya masih ingat lagi, vespa ayah ada kuda dihadapannya. Kuda itu diletakkan di atas penutup roda. Mungkin itulah Ferrari ayah.
Vespa Ferrari gelaran yang saya beri. Ferrari ayah ini banyak berjasanya kepada kami sekeluarga. Sehingga hari ini ayah saya masih menyimpan vespa kesayangannya.

Malah ketika saya hendak melangsungkan perkahwinan, kad undangan perkahwinan saya ada gambar vespa. Vespa Ferrari saya abadikan di hari untuk hari bahagia kami.


foto : kad undangan +  vespa ayah


Mencari inspirasi dari cerita Vespa Ferrari? Apakah yang anda dapat? Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan adalah abaikan kata-kata negatif. Mereka yang mengejek dan mempersendakan kita sebenarnya tidak penting di dalam proses kejayaan kita.

Sebaliknya, ubah kata-kata negatif tersebut menjadi menjadi inspirasi dan motivasi untuk kita maju kehadapan dan bertindak dengan cara yang lebih positif. Kita perlu terus mengatur startegi untuk terus sukses.

Jangan ambil hati. Jauh sekali untuk sentiasa memikirkannya dan membuat ia tertanam di dalam minda kita.Segalanya bermula dari dalam diri. Apa yang penting adalah kita reset minda kita.

Buang jauh-jauh apayang tidak baik dan tidak berguna untuk kejayaaan kita. Jadikan segala cacian, sindiran dan upatan orang sebagai semangat untuk kita lebih berusaha. Kita tidak perlu melawan kata-kata meraka dan membalasnya kata-kata yang serupa.

Jika kita bertindak sedemikian, tiadalah bezanya kita dan mereka. Itu bukan tindakan yang bijak dan attitud orang yang berjaya. Malah, tindakan tersebut semakin menjatuhkan imej diri kita. Ia membuatkan ‘musuh-musuh’ kita suka dan bertepuk tangan.

Itu tanda kita telah tewas. Kita tewas menahan marah dan mengikut hasutan syaitan. Sudahnya, kita lebih banyak mengumpul dosa dan merugikan energi kita ada.

Jadi apa perlu buat? Maafkan mereka atas kejhilan mereka. Berterima kasih kepada mereka keran membangkitkan semangat kita untuk berjaua. Buktikan kata-kata mereka itu satu kesilapan yang besar. Kita terus reset minda dan berdoa agar Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan.

Fokuskan segala usaha dan energi mencari jalan menuju kejayaan. Terus maju ke hadapan tanpa menoleh lagi. Sebenarnya, kejayaan itu sudah berada di dalam genggaman.

Sekian.


#notainspirasi #projekbuku #mudahnyauntukberjaya #DrNajah #DrSukses

Isnin, 9 Februari 2015

Nota Inspirasi #32 : Anak Orang Miskin





Isi hati seorang anak kecil...




"Alangkah seronoknya mereka. Betapa gembiranya mereka. Segalanya serba baharu. Beg, kasut, baju dan semuanya baharu. Sedangkan saya? “ bisik hati sambil merenung diri sendiri.

“Beg ini pun dah 3 tahun tak berganti. Baju sekolah ini dah dipakai pagi tadi. Hanya ada sepasang. Yang dipakai pagi dan petang. Itupun dah 2 tahun tak berganti. Dahulunya putih kini kian kelabu. Yang koyak sudah dijahit dan ditampal. Memang sudah agak lusuh. Tapi masih muat dan selesa dipakai. Baju kawan warnanya putih dan bergosok. Cantik dan bersih. Baju saya pula? Entahlah”


“Putihnya kasut kawan-kawan. Saya renung kasut yang saya pakai dah lusuh sangat. Dahulu longgar kini dah makin ketat. Dah berjahit 3-4 kali pun. Teringat gigihnya ayah jahit kasut sekolah saya.


Foto : Kasut sekolah. Lusuh lagi kasut sekolah saya yang koyak dan berjahit.


Saya faham, ayah tak mampu nak belikan yang baru. Selagi boleh dibaiki dan muat lagi, saya pakai juga. Tak sanggup nak minta ayah ganti yang baru sebab saya kasihan melihat ayah bekerja siang dan malam. “

Mengenagkan kisah waktu kecil, hati saya menjadi sayu. Mutiara jernih menitis ke pipi. Itulah kanta mata saya sewaktu kecil. Kanta seorang anak keluarga yang miskin.

Walaupun bersekolah di sekolah yang sama, duduk di atas kerusi yang sama, diajar oleh guru yang sama, tetapi latar belakang yang membezakan kita. 

Anak si miskin yang tidak punya wang saku.
Teringat kembali...

Sewaktu rakan-rakan yang lain berpusu-pusu menuju kantin sekolah, anak kecil ini menuju ke belakang kantin. Duduk termenung. Sebolehnya tidak mahu dilihat oleh rakannya dia bersendirian. 

Kadang kala kerana lapar dan haus, dia ke pili paip di sebelah tandas. Dapat minum air paip sudah cukup nikmat. Dapat menghilangkan dahaga dan mengalas perut yang berkeroncong.

Kemiskinan tidak sedikit pun mematahkan semangatnya. Kepayahan dan keperitan menjadikan dia seorang yang cekal hati. Tekadnya dalam diri, dia ingin berjaya. Lebih berjaya dari rakan-rakan sebaya.


Walaupun dalam serba kekurangan, setiap kali peperiksaan, dia kan mendapat keputusan yang memberangsangkan. Walaupun belajar daam keadaan yang kurang selesa, tidak dapat mengikuti kelas tuisyen dan bantuan buku rujukan seperti rakannya yang lain, dia tetap berusaha menjadi bijaksana.


Tempat yang selalu dituju adalah perpustakaan. Waktu rehat itulah tempat yang sentiasa dituju selain tempat pili paip di tepi tandas. Kalau kebetulan ibu dapat meyiapkan bekal makanan, dia akan menuju ke belakang kantin. 

Pohon besar belakang kantin menjadi teman karibnya. Pohon besar itu juga menyaksikan dia menikmati bekal jejemput kelapa dengan penuh nikmat dan syukur.


Bagaimana pula kita? 

Anak kecil yang miskin dan serba kekurangan itu tidak pernah mengeluh dan merungut. 
Setiap rezeki yang diperolehi amat dia syukuri.

Tidak pernah dia persoalkan pada ayah.
Mengapa mereka sekeluarga miskin?
 Tidak pernah dipersoalkan pada Allah.
Mengapa dia dilahirkan dalam keluarga yang susah? 
Tidak pernah sekalipun dia mengeluh jauh sekali merungut.



Untuk menjadi insan yang berjaya, kita perlu kuat. Kita perlu sentiasa tekadkan azam tanpa banyak persoalan. Tanpa menyalahkan takdir dan ketentuan dari Tuhan. Tiada siapa meminta dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan susah. Tiada siapa dapat memilih siapa ibu dan ayahnya sebelum dia lahir ke dunia.


Tetapi mengapa bila kita semakin dewasa, banyak pula yang kita selalu persoalkan? Mengapa banyak sungguh rungutan dan keluhan? Mengapa tidak kita usahakan dengan segala kudrat dan tenaga. Mengapa tidak kita fokuskan segala energi untuk bertindak menuju kejayaan?

Dahulu, anak kecil itu tidak pernah persoalkan apa-apa. Mungkin kerana dia belum mampu berfikir jauh. Mungkin juga pergaulannya yang terbatas, maka dunianya sangat kecil. Dunia yang dilihat dari kanta matanya berbeza dengan orang lain.

Kanta mata kita sekarang pula bagaimana?Jika ingin berjaya, kita perlu mengubah kanta mata kita.
Melihat dari perspektif yang berbeza dan jarak penglihatan itu lebih jauh daripada apa yang ada di depan mata.

Bagaimana masa depan kita nanti?
 10 tahun lagi kita dimana?
 20 tahun lagi kita siapa? 
Adakah masih di kedudukan yang serupa?



Allah SWT ada berfirman, maksudnya :
“Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka.” (Surah al-Ra'ad : 11)

Ayuh! Apa kita tunggu lagi. Mari gandakan usaha dan tetapkan strategi untuk berjaya. Kerahkan segala kudrat dan energi yang ada membina jalan kejayaan yang terbentang luas, seluas alam semesta.



Foto : ihsan Google.

Selasa, 3 Februari 2015

Nota Inspirasi : Doa untuk Kekasih


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ 



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Ya Allah , Tuhan pemilik semesta alam.




Aku sekarang tinggal di rumah impianku
Aku mempunyai rak buku yang amat besar
Aku punyai sofa yang sangat empuk dan selesa
Aku punya capaian internet yang pantas dan murah di rumahku
Aku punya gajet yang sangat praktikal dan yang ku idamkan
Aku langsing, sihat dan bertenaga
Aku punya kerusi urut di rumahku
Aku punya pendapatan tetap dan lumayan
Aku punya bisnes yang maju
Aku menikmati hidup yang indah dan bahagia
Aku menikmati waktu tidur yang cukup
Aku sentiasa tenang, relaks dan positif
Aku percaya hidupku mudah dan indah
Aku susun perjalanan hidupku
Aku percaya Engkau mempermudahkan segalanya
Aku menikmati hari yang bahagia dan membahagiakan
Aku suka setiap apa yang aku lakukan
Aku lakukannya dengan penuh minat dan bertenaga
Aku sentiasa memberi inspirasi kepada insan lain
Aku sentiasa dapat membantu makhlukmu
Aku sentiasa tersenyum dan ceria
Hidupku sangat indah seindah syurgamu
Aku tahu aku sentiasa dalam bimbinganmu
Aku tahu Engkau sentiasa menjagaku
Engkau sentiasa memerhati gerak-geriku
Aku percaya Engkau sentiasa ada di sisiku
Setiap saat dan ketika
Aku bahagia kerana aku ada Allah
Aku amat menyayangi suamiku
Aku selalu solat berjemaah dengan dia
Aku dapat bimbingan dan tunjuk ajar darinya
Kami saling lengkap melengkapi antara satu sama lain
Kami mempunyai hobi yang sama
Kami mengembara ke seluruh dunia
Kami menjelajah alam ciptaanmu yang indah
Kami menikmati bahagianya hidup di dunia
Kami sentiasa seronok mencari ilmu
Kami sentiasa suka berkongsi ilmu yang kami miliki
Kami suka melihat makhluk ciptaanmu juga bahagia
Kami sentiasa tenang dalam apa jua situasi
Kami saling memberi inspirasi
Kami berjaya mencapai impian kami
Kami memimpin keluarga kami
Kami sama-sama mencari cinta yang kekal abadi
Cintamu Ya Rabbi.

Amin Ya Robbal 'Alamin.




P/S : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke- 3 buat suamiku, Mr. RH. Inilah hadiah teristimewa buat abang sempena ulang tahun pernikahan kita. Tiada yang lebih bermakna, melainkan doa untuk kita terus kekal bahagia. Agar kita terus mengejar cinta Allah. Menuju bahagia dunia dan akhirat sana.




Selasa, 18 Jun 2013

♥ From Perhentian Island with ♥ Part 2

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..tugas - tugas hakiki telah dibereskan semuanya. Markah peperiksaan pelajar telah dimasukkan dalam sistem TMS. Cetakan SPC dah dibuat. Alhamdulillah, semua pelajar saya lulus. Lega.. Jadi, boleh la sambung cerita semalam yang tak sudah...


Hari kedua di Pulau Perhentian dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Selepas itu, golek-golek kat katil sekejap..Jam 8 pagi dah siap untuk sarapan pagi. Kami bersarapan di Arwana Resort. Tak jauh dari resort kami. Jalan kaki selama kira-kira 8 minit dah sampai.






Kami ambil bufet breakfast berharga RM 21.00 seorang. Agak banyak pilihan makan yang disediakan. Berbaloi dengan harganya dan rasanya pun sedap. Kami memilih untuk duduk di luar. Bukan senang nak dapat moment begini. Bersarapan di tepi pantai sambil menikmati bayu pagi menyapa di pipi...


cik abang tak sabar nak makan..dah lapar sangat kot..

antara yang menu pagi itu...

nikmati panorama pagi nan indah

bot menunggu penumpang



mereka nak pergi snorkeling kot?

cantik kan pemandangan disini...


Bot kami tiba agak lewat. Dalam jam 11.00 pagi baru sampai. Penat menunggu. Dah lah di sini susah nak dapat line telefon. Berkali-kali kami cuba hubungi Abang Sham, pengusaha bot yang akan bawa kami snorkeling pagi itu. Akhirnya sampai juga bot kami.

Bermulalah jelajah snorkeling & island hoping kami hari itu...


Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kami duduk di Pulau Perhentian Besar.




pose istimewa dari cik abang


kami pose dulu semasa bot sedang dilambung ombak


pemandangan dari atas bot


destinasi pertama..Shark Point..tak ramai orang lagi...



hasil terjunan..berkocak air laut..habis lari semua ikan...



peace..saya minta tolong abang bot ambil gambar kami



dah tak toleh kamera dah bila nampak banyak ikan yang cantik.. 
tapi takde rezeki nak jumpa SHARK...



Kemudian teruskan perjalan ke Fish Point pula...


sebelum terjun ke dalam laut...


air yang amat jernih..cantik! subhanallah...


panorama di Fish Point


siap sedia pakai mask dan google sebelum terjunan

ada banyak lagi ikan dan coral yang cantik di sini.. rugi takde water-proof camera...



Destinasi kami seterusnya adalah Turtle Point. Rezeki kami, sampai sahaja di situ ada seekor penyu sedang berenang mencari makanan..



nampak tak penyu??


Kami pun berenang bersama penyu..Memang besar badan penyu tu. saya sempat berenang mengejar penyu. Kami tidak dibenarkan menyentuh penyu tu. Memang Dekat sangat jarak kami dengan penyu tu. Tak sampai 1 meter pun. Tak lama kemudian penyu tu terus berenang pergi jauh dari kami bila dah kenya. Terus lagi snorkeling..rezeki kami, terjumpa lagi seekor penyu yang lain. Memang seronok. tak dapat digambarkan dengan perkataan perasaan itu..


Kemudian kami dibawa ke Perkampungan Nelayan untuk makan tengahari di situ.


Banyak bot parkir di sini



Subhanallah..antara pemandangan indah yang sempat dirakam

ramai pelancong asing yang makan di gerai ini..


sempat juga saya pegang anak penyu yang comel ini..



nampak tak boya warna oren tu..itu la lot parkir bot...


Sesudah itu kami meneruskan perjalanan untuk ke Light House. tetapi laut bergelora..Ombak pun sangat kuat. Tak jadi meneruskan perjalan ke sana kerana kalau ombak kuat bahaya kalau snorkeling. Bot pun nak ke sana susah sedikit. Bimbang kalau bot terbalik.. 




laut bergelora agak kuat. nak ambil gambar pun payah..


Kesudahannya kai balik lah. Bot terus hantar penumpang ke Long Beach Bay. Sambil itu, kami minta abang bot untuk rehat sebentar di sini. Kami pun ambil mask dan google..mana tahu nak snorkeling pula di sini nanti kan... Kami bersantai sambil merehatkan badan di sini. Sambil berbaring di atas pasir nan memutih..memang bahagia sangat... Ramai pasangan pelancong asing yang sedang berjemuran di sini.


payung untuk di sewa

ramai yang berjemur di sini

pemandangan indah


Selepas itu kami sambil snorkeling. Air kat sini sangat cetek. Kami tanggalkan life jacket dan terus menyelam ke dasar. Memang sangat seronok sebab bila kita menyelam ke dasar..kita lebih bebas untuk berinteraksi dengan ikan-ikan di sini. Tepat jam 6 petang kami terus beredar dari sini dan pulang ke Flora Beach Resort. Lagipun belum solat lagi......nasib baik jarak tak jauh. Sempat kami solat jamak zohor dan asar.
Sekian aktiviti hari ke-2 di sini. Esok harinya dah nak balik...huhuhu...


Terima kasih kerana sudi baca kisah kami....


Isnin, 17 Jun 2013

♥ From Perhentian Island with ♥ Part 1

Assalamualaikum wbt.

Sambung cerita kembali dikesempatan ini semasa ada mood..Cerita asal rujuk entri sebelumnya..

Kami bertolak dari hotel di Kuala Terengganu pada jam 7.00 pagi. Selesai sahaja solat subuh berjemaah bersama ,  kami terus kemas barang dan check-out dari hotel. Jarak dari Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut kira-kira 106 km dan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Kami menyelusuri jalan pantai menuju ke Jeti Kuala Besut. Panorama indah benar-benar menggamit perasaan.





Kami tiba di jeti sebelum jam 9.00 pagi. Bot telah pun menanti. Tak sempat sarapan pagi terus naik bot. Tapi saya sempat bungkus nasi berlauk buat bekalan.






sampai di jeti. parkir kereta di sini



pemandangan di jeti


pastikan pakai life-jacket dahulu


antara mereka yang naik bot bersama kami


bot singgah di jeti ini menurunkan penumpang


air yang jernih..kelihatan ikan berenang-renang


peace..


kami seronok naik bot..


antara tempat penginapan menarik

resort ni pun menarik juga


sampai sudah


dah sampai destinasi kami


indahnya...subhanallah..

kami menginap di Flora Bay Resort



check in

sarapan dahulu sebelum masuk bilik

ini omelet + toast yang berharga RM 8.00..takde la sedap sangat pun..


selesai mengalas perut terus berjalan menuju ke bilik kami..


indahnya..subhanallah...

bilik kami di tingkat atas

mula memanjat tangga ye

ini bilik kami..simple..tapi lengkap dengan peti sejuk dan air-cond


Selepas solat kami, bersiap-siap untuk berjalan0jalan di pesisiran pantai pula. takkan la nak dulu dalam bilik je. Rugi kalau tak menikmati keindahan alam ciptaan tuhan di pulau ini.


jom jalan-jalan

cuaca sedang elok..tak panas sangat..



terasa lapar pula..sempat minum petang di sini..suasana yang cukup indah




Teruskan dengan aktiviti
.
.
.
.
.



kayak!!




kayuh laju-laju


laju lagi ye abang...


akhirnya sampai di sini



panorama indah


Tak larat nak bercerita..layan gambar je la ye...


malam pun menjelma


 our candle light dinner ♥

our ♥  story

menu : lobster, sotong, ikan bakar = simple



panorama waktu malam


ditemani bintang-bintang...




Selamat Malam... 


Sekian cerita hari pertama.. Hari seterusnya saya sambung cerita di entri seterusnya..
Itu pun kalau rajin la ye... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. 


p/s : best kan kalau hari-hari tak payah pergi kerja..bercuti jer....indahnya dunia...











LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)