Assalamualaikum wbt.
Seronok sangat bercuti selama 10 hari. Saya mula bercuti mulai 31 Mei 2013 (Jumaat). Pada hari Khamis 30 Mei 2013, jam 10.00 malam selesai sahaja menonton program Celik Hati bersama Prof Muhaya di TV 9, kami mula bertolak dari rumah menuju ke Kemaman. Alhamdulillah.. kami tiba di Cherating jam 6.00 pagi. Kami solat subuh di Masjid Cherating. Kemudian meneruskan perjalanan ke Kemaman. Hajat di hati nak singgah ke rumah sahabat saya Affero Ismail. Tapi kenduri kahwin beliau akan bermula esok harinya (Sabtu).
Kami ke Pantai Mak Nik @ Monica Bay untuk menikmati matahari terbit. Sambil itu, suami saya dapat melelapkan mata sekejap. Saya berjalan seorang di persisiran pantai Monica Bay. Ada sepasang suami isteri berjalan beriringan dan kemudiannya jogging di watu pagi begini. Nyaman sungguh.. Subhanallah. Kalau hari-hari begini alangkah indahnya.
menanti matahari terbit
nyaman dan indah suasana pagi di persisiran pantai
matahari mula menyinar
Kemudian kami bertolak menuju ke rumah Affero. Berkali-kali call dia tak dapat. Pelik la..dia dah tukar nombor kot?? Terlintas di hati saya untuk menelefon isterinya Ummi Aishah. Nasib baik ada nombor pada kad jemputan mereka. Alhamdulillah dapat juga hubungi Affero. Rumah dia tak jauh dari bandar Kemaman. Tapi kami singgah dahulu bersarapan pagi dahulu. Selepas itu baru kami ke rumah Affero. Rumah beliau terletak betul-betul di dalam bandar kemaman. Tak sangka di dalam bandar ada kampung pula. Macam di Kampung Baru, Kuala Lumpur pula. Kami sekadar singgah sekejap untuk menyampaikan hadiah kecil dan ucapan tahniah. Mohon maaf ye sahabat tak dapat nak hadir esok harinya dan melihat kalian bersanding. Kami ada misi lain. Hihihih.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum itu, kami sempat singgah di Marang untuk minum petang sambil menikmati keindahan pantai di sana.
Mr. RH dah lapar sangat..tak toleh kiri kanan...
nampak tak pantai kat belakang tu.. minum petang di tepi pantai memang syok!
kami singgah minum petang di sini.. nyaman...angin bayu menyapa di pipi...
dapat pulak air kelapa yang fresh begini....
Selepas itu kami meneruskan perjalan malaui persisiran pantai sepanjang jalan. Subhanallah. Di Terengganu memang kaya dengan khazanah alam yang indah. Kami singgah di Pasar Payang untuk membeli sedikit cenderamata untuk adik-adik. Saya beli kain untuk baju hari raya.
candid..suami saya ni tak pandai ambil shoot la..muka masam :(
ni ok sket..gaya shopaholic.. hehehe
♥ pose sendiri...
seronok lepak di tepi laut begini.... saujana mata memandang....
Kami bermalam di Kuala Terengganu. Esok paginya, awal-awal kena keluar. Sebab bot menanti kami jam 9.00 pagi. Sekian cerita untuk hari pertama. Bertemu lagi di entri seterusnya.. Itu pun kalau saya rajin.. heheh.. Terima kasih kerana sudi membaca cerita kami yang tidak seberapa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan