Sambung cerita semalam... Hari ketiga dah nak balik. Maka berakhirlah bukan madu kami yang ke...entah berapa banyak kali dah?? tiap-tiap bulan honeymoon....hehehe
Bangun apgi hari tu, badan pun sakit-sakit. letih sangat snorkeling dan berenang semalam. nak bangkit dari katil pun malas. Gagahkan tubuh dan bersiap-siap untuk pulang.
pemandangan dari bilik kami...
air laut nan surut
panorama
sunyi sepi pagi hari
sendirian
cinta
en.suami menanti di sana
nun jauh di sana
ramai yang nak pulang pag itu
menanti bot kami
bulan madu kami di sini
Kalau ada rezeki kami nak datang lagi ke Pulau Perhentian. Tetapi kali itu kami nak ambil lesen menyelam pula la. Dah survey harga..kalau 4 hari 3 malam berharga RM 1k +++ seorang. oleh mula menabung dari sekarang la...
Tak lama kemudian bot kami pun sampai. Kami naik bot besar kepunyaan Flora Bay Resort.
mula-mula kena naik bot kecil
lepas itu berpindah ke bot besar pula
siap sedia sebelum bertolak pulang...
selamat tinggal Pulau Perhentian
bot meluncur laju
kelihatan bot Jabatan Laut yang meronda
adik manis bertudung litup..comel kan??
penumpang bot yang bersama-sama kami
abang bersama staf Flora Bay yang menguruskan perjalan balik kami
Tiba di Jeti Kuala Besut
Bot Jabatan laut tadi dah sampai dulu lah
bot pergi dan pulang
pose dari kami
Sempat membeli sedikit cenderahati tanda ingatan untuk rakan-rakan dan keluarga
Kami meneruskan misi untuk menjejakkan kaki ke Kampung Raja untuk menziarah Mek. Alang-alang dah sampai ke sini jengah sekejap keluarga mertua adik saya di Kampung Raja, Kuala Besut. Tak susah sangat nak cari kampung tu. Tapi sesat jugak la..sebab sekali je jejak kaki ke sini. Itu pun masa adik saya kawin. Pusing-pusing kampung tak jugak jumpa rumah Mek. Akhirnya berhenti di depan Sekolah Kebangsaan Gong Bayor, sekolah Saidi semasa kecil. Tunggu Mek datang jemput kami di sini.
Kelas Iqra Al- Najah
terima kasih Mek dan Adik datang jemput ami yang dah sesat dalam kampung..hehehe
laju betul Mek bawa kereta...
suasana kampung
lembu yang dibela ayah Saidi.. patutlah Amer suka balik kampung...
ini lah ayah Saidi dan @ pak mertua adik saya
Kami singgah di sini kira-kira 3 jam juga la.. Sempat sembang-sembang, solat dan makan tengahari di sini. Mek ajak kami tidur di sini. tapi kami tak nak menyusahkan Mek sekeluarga. Kunjungan mengejut ini pun saya rancang dan taknak beritahu sebab nanti Mek susah-susah sediakan macam-macam untuk kami. Terima kasih Mek sekeluarga. lain kali kami datang lagi. dah tahu jalan..senang lah..
seronok dapat jumpa Mek..tapi minta maaf bebanyak...tak dapat nak bermalam di rumah Mek kali ini..
p/s: hari raya nanti nak balik kampung di terengganu la pula..Boleh tak abang??
wah...dah request awal2 nak balik kampung raya ye :)
BalasPadam