Khamis, 27 Jun 2013

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah..pagi ini cukup bahagia dan seronok. Rupanya ada rezeki yang menanti. Sahabat saya Affero Ismail asyik suruh saya semak samada dapat tak panggilan temuduga untuk HLP 2014 yang saya mohon tempoh hari. Dek kesibukan dengan tugas dan berbagai aktiviti..saya terlupa untuk hubungi pihak ibu pejabat untuk membuat semakan samada permohonan saya terpilih atau tidak. Hari ini sahabat saya Affero Ismail bertanyakan lagi berkenaan hal itu. Lantas saya pun teringat yang saya belum lagi hubungi pihak HQ. Entah dapat ke tidak??

Rupanya mulai 25 Jun 2013 (Isnin) yang lalu dah boleh buat semakan. Dua hari saya demam dan MC. Semalam baru kembali bertugas. Banyak benda yang ketinggalan. Alhamdulillah ada sahabat yang baik dan tolong mengingatkan saya. Kepada sesiapa yang memohon HLP 2014 boleh lah membuat semakan disini ye.. 



Alhamdulillah..saya dah semak.. dan keputusannya adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
 SAYA BERJAYA



Kepada semua yang berjaya jangan lupa cetak surat panggilan temuduga dan buat persedian sewajarnya. 





GARIS PANDUAN TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2014

BAGI PENGAJIAN PERINGKAT Ph.D SAHAJA


1.   Calon peringkat Ph.D diwajibkan membuat pembentangan kertas cadangan penyelidikan menggunakan slaid PowerPoint secara individu  dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya.

2.   Slaid pembentangan perlulah mematuhi perkara - perkara berikut:
 i.    6 muka surat sahaja (tidak termasuk muka tajuk dan muka kata penutup).
ii.     Menggunakan format PowerPoint versi 2003.
iii.  Tiada  hyperlink dan tiada tulisan merah
iv.   Isi  slaid yang tepat dan kemas yang meliputi perkara berikut:
o    Objektif.
o    Penyataan Masalah.
o    Latar Belakang
o    Kepentingan Kajian
o    Metodologi dan rangka jadual kerja (Gant chart/ milestone)
o    Potensi penyelidikan kepada perkhidmatan awam dan Negara

v.     Dicetak dalam tiga (3) salinan iaitu:
o    Satu (1) salinan dikemukakan kepada Urus Setia semasa pendaftaran.
o    Dua (2) salinan dikemukakan kepada Panel Penilai sebelum sesi pembentangan bermula.
o    Dicetak secara Slides (1slide per page), black and white, scale to fit paper dan dicetak di kedua-dua belah muka surat.

- Dikepilkan dengan stapler sekali sahaja pada bucu atas sebelah kiri.
- Softcopy Powerpoint disalin masuk ke dalam komputer di bilik pembentangan sebelum sesi temuduga calon bermula.


3.   Setiap calon diberikan masa selama 20 minit untuk sesi pembentangan yang diperincikan seperti berikut:
a.   15 minit sesi pembentangan
b.   5 minit sesi soal jawab oleh Panel Penilai.
c. Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-13 sebagai peringatan bahawa masa pembentangan hampir tamat. Loceng kedua pula akan dibunyikan pada minit ke-15 menandakan masa pembentangan telah tamat

4.   Sesi temuduga secara individu akan dijalankan secara 25 minit sejurus selepas pembentangan tersebut.




Apa pun, saya kena mula berlatih membuat persembahan terbaik sebelum temuduga tersebut. Kena siapkan slaid pembentangan secepat mungkin. Affero Ismail dah menawarkan diri untuk saya rehearsal bersama dia. Bersyukur sangat saya dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan sudi menghulurkan tangan membantu saya. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Terima kasih atas segala kata-kata semangat dan doa sahabat-sahabat semua. Doakan saya berjaya dalam temuduga tersebut ye...



p/s: impian untuk bergelar Dr. semakin hampir. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...Amin..




2 ulasan:

  1. salam sis, nak tanya presentation tu sis buat dalam bahasa melayu ke English?

    BalasPadam
    Balasan
    1. presentation semasa interview tu saya buat dalam bahasa inggeris sebab saya apply luar negara. Maaf baru perasan mesej

      Padam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)