Memaparkan catatan dengan label career. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label career. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2011

Spontaneous Thursday # 5 : BUSY + ALONE


Dah 3 hari saya bersendirian kat BKKL ni... 
Macam ni la keadaan saya tau...



p/s: tension jugak wo......










Selasa, 18 Oktober 2011

1 Malaysia Training : BLOG

Minggu lepas saya terlibat lagi dengan kelas untuk Latihan 1 Malaysia. Sejak kelas tu start bln 4 hari tu..saya memang terlibat setiap bulan. Kali ni saya ditugaskan untuk mengajar Blog & Web Design. saya memang suka sgt2!! Sbb saya kan Blogger...dulu pun syaa pernah jadi Webmaster masa kerja kat Kolej Brindley tahun 2003 dulu.

Pengalaman mengajar??? erm.. so far... memang best. Walaupun berbagai cabaran yang dihadapi...pengalaman tu memang menarik. kadang2 dapat student yang superb..kadang2 dapat yg so-so jer... yang slow pon tak kurang jugak. Tapi yangs eronoknya..saya jumpa dengan berbagai ragam orang. sedikit sebanyak saya dapat kongsikan ilmu & kemahiran yang saya miliki...

Kelas Blog & Web Design tu kami...Nur Azua Rahim dan saya sendiri mengajar pada minggu lepas... first time saya ajar kursus ni..Selalu saya ajar Office Application dan Adobe Photoshop.. bila kena mengajar kursus cuak la jugak..sebab tak sempat nak prepaer sangat....aduhai..nak ajar apa ?? macam ne nak mengajar??

Nasib baik la Nadiah Ahmad dan Azhari Salleh sporting...siap sharing nota dengan kami.. so...memudahkan lah kami sedikit sebanyak... Saya memang tak prepare sangat tuk kelas ni..tapi berbekalkan pengalaman yang ada...since saya jugak aktif berblog sejak akhir2 ni...so...kiranya misi  kali ni berjaya la..

Semua student2 saya dah berjaya ada blog sendiri... Tahniah!!!!



masa presentation...saya suruh semua orang present hasil kerja masing2....


ini pic bersama semua peserta kursus hari tu...
first time saya amek gambar dengan semua student...selalu tak ambil pun..
...huhuhuu...



semua ada 17 orang..tapi ada 3 orang tak datang...



p/s: sesiapa yang berminat nak join kursus Latihan 1 Malaysia ni...pendaftaran masih dibuka. jom la join...PERCUMA tau!!!!











Selasa, 11 Oktober 2011

MOOD : Busy..huhuhuhu


Assalamualaikum....

saya sangat sibuk sejak akhir-akhir ini.. dengan tahap kesihatan yang tidak menentu...gara2 serangan virus2 jahat...bencinya!!! okey...jangan fikir banyak2..jangan tension...jangan stressss




Walaupun keadaan diri saya sekarang ni amat2 sibuk..konon2 jadual dah penuh la..dari pagi sampai malam... nak update My-Diary ni pun takde masa..kena curik2 masa tau....



Kerja saya dah melambak2 ni... hari tu dh buat 5S...kejap je clear...sekarang ni dah penuh balik meja saya ni...tapi belum la samapi menimbun macam gambar kat bawah ni.....






Okey la... Selamat bekerja semua... Oleh kerana tahun ni dapat bonus...pastu next year gaji naik kan...semangat la sket!!! CAIYOK!!!!


p/s: alhamdulillah..rezeki tahun ni....SUKA!!!!!!




Isnin, 3 Oktober 2011

MOOD : Hari pertama bekerja di bulan OKTOBER

Hari ini saya bersemangat sangat nak pergi kerja... seawal 5.30 pagi dah bangun...pastu kejut Mr. RH...bersahur dengan susu strawberi & roti raisin....kemas2 bilik... pastu solat subuh... kul 6.50 pagi dah keluar dari rumah. Peh! awalnya saya keluar hari ni...(selalu punch card ade je merah)

Sampai office kul 7.30 pagi...seronok memulakan hari pertama bekerja di bulan OKTOBER. caiyok!!! lepas sampai office telefon Mr. RH. saje gediks...buat morning call lagi... mood pun bertukar lebih ceria..seolah2 mendapat energy tambahan...konon la...kata orang cinta adalah motivasi terhebat!!! betul tak??? hehehe.. saya kembali berCINTA ker?? macam kelakar je bila orang 'tua' bercinta. kalah remaja muda mudi tau!!

Lepas call Mr. RH saya pun memulakan tugas... buka PC... nak update status kat FB la kononnya...nak check email. kot2 ada benda urgent yg perlu diselesaikan.... tapi HAMPA.... internet down......bencinya!!


kucing pun ada mood tau..



Saya pun cuba aplikasikan kepakaran yg ada..konon2 nk renew ip..godek2 la setting....hampeh... x boleh jugak... terus mood saya bertukar menjadi DOWN. terus Tensi...tahu apa itu tensi??? TENSION....



konon nak pakai command prompt la....


Hampeh betul la...spoil mood saya tau. Saya malas nak layan perasaan it.....terus la kemas2 meja.. sambung kerja2 5S hari jumaat hari tu. Punyanya banyak kertas2 yang tidak berguna lagi...tu baru SEIRI@ SISIH tau....pas sisih kita SEITON @ SUSUN...susun la kertas2 yang ada tu... saya terus ubah kedudukan PC...kurangkan barang2 yang ada kat atas meja...baru rasa lapang sket!! 




5S


Sebenarnya belum siap kemas lagi..tapi saya dah mula BOSAN...tu nak buat entri ni...lagipun internet baru boleh beroperasi pada jam 9.30 pagi,...huhuhu..nasib baik la dh ok..kalau tak ok...memang spoil la mood saya 1 hari ni....

ok la...nak sambung buat 5S lagi....meja pon tengah berselerak lagi  ni...


SELAMAT BEKERJA
CAIYOK!!!!!





Isnin, 26 September 2011

BONUS...NAIK GAJI ???



Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012



KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.


p/s: bestnya......kalau dapat BONUS...confirm la.........




Sabtu, 25 Disember 2010

My Notes : An Opportunity To Meet Prime Minister






Assalamualaikum YAB Dato' Seri

Saya telah menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications bersama Saudara Yusof Zaky Omar, pengasas SCHOOL OF LIFE™ dan telah melaksanakan demonstrasi prototaip SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer di YTL Communication pada 21 Disember 2010 yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan projek tersebut, saya melihat bahawa negara kita mempunyai banyak potensi untuk mengetengahkan idea dan hasil innovasi kepada seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan mampu bersaing di peringkat global.

Sebagai seorang Pegawai Latihan Vokasional yang berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, saya telah terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan latihan kemahiran / vokasional. Saya berbangga kerana dapat melatih anak bangsa Malaysia menjadi tenaga mahir yang berketrampilan kepada negara. JTM telah menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia melalui program Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan secara sepenuh masa. Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dalam melatih pekerja kurang mahir, separa-mahir dan mahir bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian melalui pelbagai kursus separuh masa.

Melalui pengamatan saya, pelajar-pelajar latihan kemahiran / vokasional masih dianggap sebagai pelajar Kelas Kedua di mata masyarakat. Latihan kemahiran juga masih kurang mendapat perhatian dan bukan merupakan pilihan UTAMA untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM. Adalah kurang bijak sekiranya masyarakat kita mengganggap latihan kemahiran negara tidak berkualiti ataupun "2nd Class" kerana modal insan yang dilahirkan sebenarnya telah menerajui kemajuan sektor perindustrian di Malaysia kini.

Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, saya berpendapat bahawa seharusnya latihan kemahiran dan vokasional ini perlu diberi perhatian yang serius setanding dengan aliran akademik seperti IPTA/IPTS yang lain. Latihan kemahiran perlu dijenamakan semula (rebranding) agar masyarakat kita sedar bahawa kemahiran dan kepandaian (IQ) haruslah seiring dan perlu dititikberatkan. Insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan moral serta berkemahiran tinggi merupakan ASET UTAMA negara yang tidak akan pupus bahkan akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa seterusnya mampu menjana perkembangan sektor perindustrian negara mahupun dunia kelak.

Saya percaya sekiranya masyarakat mula sedar dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap latihan kemahiran dan vokasional, negara kita pasti dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi yang mampu menerajui sektor perindustrian dan menjana perkembangan ekonomi negara kelak. Seterusnya, hasrat dan impian menjadi negara maju menjelang 2020 bukanlah impian semata-mata tetapi satu REALITI.

Malaysia Boleh.

Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Safinatunnajah Ahmadi
Pegawai Latihan Vokasional
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.




P/S: kawan-kawan blogger, LIKE please!!!


link : http://www.1malaysia.com.my/blog/an-opportunity-to-meet/

Isnin, 13 Disember 2010

Ucapan Graduan: Majlis Konvokesyen UPM ke 31 (2007)


Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Rozali bin Ismail
Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia

 
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. Haji Nayan bin Ariffin
Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia

 
Yang Berbahagia Tan Sri Dato Sri Lim Ah Lek
Pro Canselor Universiti Putra Malaysia

 
Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Zainul Ariff bin Haji Hussain
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti

 
Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha bin Raja Abdullah
Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia

 
Wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam
Ahli Lembaga Pengarah Universiti
Ahli Senat Universiti
Dif-dif jemputan
Pegawai-pegawai universiti
Para graduan dan sidang hadirin yang dihormati sekalian

 
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Majlis Konvokesyen UPM ke 31 kerana memberikan kepercayaan dan peluang kepada saya bagi menyampaiakan ucapan pada hari ni. Bersyukur kita ke hadrat yang Maha Esa atas segala limpah kurnianya, majlis ini dapat disempurnakan dengan cemerlang dan jayanya. Majlis yang penuh dengan tradisi keilmuan ini amat bermakna kepada para graduan sekalian. Hari ini menandakan titik permulaan sebuah kejayaan dalam kehidupan saudara-saudari sebagai mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan diploma dan ijazah dalam bidang masing-masing.

 
Hadirin sekalian,
Universiti Putra Malaysia merupakan salah sebuah universiti tempatan yang mempunyai kemudahan prasarana dan infrastruktur yang serba lengkap dan terkini. UPM kini menjadi satu daripada empat universiti yang diberi pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan di negara ini. Hari ini, UPM merupakan gedung ilmu yang menjadi tumpuan rakyat tempatan dan warga asing yang ingin sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

 
Rutin hidup sebagai seorang mahasiswa menuntut erti pengorbanan dan seribu kesabaran. Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di kampus ini, kita berikrar dan berjanji bahawa kita akan menimba ilmu dan pengalaman sebagai bekalan di hari muka. Tugas kita bukan sekadar menghadiri kuliah semata-mata. Banyak lagi yang perlu kita pelajari. Ternyata, bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang dan berketrampilan. Untuk benar-benar cemerlang, kita haruslah cemerlang dari setiap aspek; akademik, rohani, sahsiah , emosi dan jasmani. Itulah lambang mahasiswa unggul hari ini.

 
"Kampus Hijau" ini telah menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk kita membuktikan potensi diri. Berbagai-bagai aktiviti telah diatur oleh pihak universiti samada di peringkat kolej, fakulti, universiti, malah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa telah berjaya mendidik dan melahirkan mahasiswa yang berkebolehan, berkeyakinan, cekal, kreatif, inovatif dan proaktif. Kini sudah tiba masanya untuk kita membuktikan bahawa graduan UPM berkebolehan dan mampu bersaing di era globalisasi. Cabaran dihadapan menuntut anjakan paradigma dilakukan agar kita bergerak maju seiring dengan kehendak semasa.

Hadirin yang dihormati,

Sedar tak sedar, tinggal 13 tahun sahaja lagi untuk kita mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi mencapai status negara maju yang disegani di mata dunia. Justeru itu, sebagai barisan belia yang bakal menerajui kepimpinan masa depan, kita harus berganding bahu menjana keutuhan dan kempuhan seluruh aspek pembangunan negara sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun sosial. Gunakanlah segala ilmu dan pengalaman sebagai pedoman untuk kita di hari muka.

Dunia bagai lautan dalam
Gelombang besar karangnya tajam
Tanpa ilmu kita tenggelam
Tanpa amal hidup pun suram

Justeru, segala pengetahuan dan pengalaman harus dijadikan sebagai landasan dan pedoman dalam merealisasikan wawasan negara seiring dengan tanggungjawab kita dalam mendukung moto universiti "Berilmu, Berbakti". Di zaman kompetatif di mana persaingan menjadi semakin sengit, kita tidak boleh alpa. Kita harus sentiasa peka dan bersikap responsif dengan perubahan semasa agar tidak jauh ketinggalan.

 
Hadirin sekalian,
Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke 50 marilah kita bersama-sama merenung kembali jasa dan pengorbanan pemimpin masa lalu yang telah berjuang bermati-matian demi sebuah kemerdekaan. Bukan sekadar kemerdekaan dari tangan penjajah, tetapi apa yang lebih bererti adalah merdekanya jiwa dan pemikiran mereka demi masa depan anak bangsa pada hari ini.

 
Keris berhulu tinggalan pusaka
Diasah selalu tajam berbisa
Kita anak jiwa merdeka
Menggalas harapan dan maruah bangsa

 
Sehubungan itu, kita harus memerdekakan diri dari mentaliti jumud dan mempunyai mentaliti minda kelas pertama. Marilah kita bersama-sama berusaha mengekalkan erti kemerdekaan ini dan mempertahankannya demi masa depan anak bangsa kita seterusnya. Tanpa merdeka dahulu, takkan ada merdeka hari ini. Tanpa usaha mengekalkan kemerdekaan hari ini, tidak mustahil akan hilangnya jiwa merdeka di masa hadapan.

 
Hadirin sekalian,
Dalam kita meraikan kegembiraan kita pada hari ini, sewajarnya kita memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti, para pensyarah dan pegawai yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan, bantuan dan galakan yang telah menjadikan kejayaan pada hari ini satu kenyataan. Ucapan apresiasi ini juga ditujukan khusus kepada ibubapa dan ahli keluarga yang telah banyak berkorban dan memberikan semangat untuk kita terus berjuang. Kejayaan ini bukan kejayaan kita semata-mata. Kejayaan ini adalah kejayaan kalian semua. Justeru, saya menyeru kepada rakan graduan sekalian untuk bangun .....<berhenti seketika> dan memberikan tepukan paling gemuruh kepada mereka yang telah disebut sebentar tadi.
<terima kasih rakan graduan>

 
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat yang menyimpan seribu lipatan kenangan. Walaupun kami akan meninggalkan kampus ini, semangat dan jiwa kami akan terus berada di sini. Kemana sahaja kami berada, kami tetap alumni UPM yang menjadi duta dan rakan setia universiti ini. Justeru, kami berjanji akan turut serta bersama Persatuan Alumni UPM dalam usaha menyumbang bakti kepada kecemerlangan Universiti Putra Malaysia di masa akan datang.

 
Sebelum saya mengundur diri, renungkanlah bait-bait sajak yang akan saya deklamasikan ini, nukilan Dr. Zaitul Azma dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. 

"Delima Seorang Ibu Tua"

Dulu, setiap kali dihidangkan sarapan pagi
Pulut tanak bersama kelapa parut dan ikan belanak kering
Diamlah, suara anak-anak yang dari tadi bertanya
Bilakah boleh makan ibu, perut dah berkeroncong
Tetapi masih berdendang merdu lagu " Aku Anak Desa"

 
Santapan tengah hari cukup istimewa
Dengan rebus sayur kangkung, sambal belacan dan ikan haruan goreng
Anak-anak bersandar kekenyangan tapi tidak pernah lupa
Menelaah pelajaran, dengan harapan segunung intan
Untuk mendirikan rumah baru buat ibu
Dan menyenangkan hidupnya
 
Ibu tua
Kini menanti dan menanti
Siapakah yang akan makan bersamanya lagi
Pulut tanak bersama kelapa parut dan ikan belanak kering
Yang sering terbiar sejuk, tidak dijamah hingga ke petang
Kerana, makanan mereka, kankah sandwich dan kek keju?

Anak mana pula yang akan mencicah sayur kangkung
Dengan sambal belacan bersama ikan haruan goreng
Ibu tua masih belum ada jawapan
Dan dia kini mulai tahu
Ikan haruan hanya dijadikan ubat

 
"Kerja banyak, anak sekolah tiada cuti",
Menjadi hidangan manis
Dari anak-anak yang sudah dewasa
Yang sudah mampu tersenyum selalu
Tanpa menanti perut keroncong dahulu

 
Ibu tua
Kini, kau merawat usia senjamu
Di pelabuhan rindu dan sepi...

 
Akhir kata, mak, ayah dan yang tersayang kejayaan ini hadiah buat kalian. Tanpa kalian tak mungkin kami berada di sini. Saya pasti ungkapan ini tersirat jua di sanubari rakan-rakan yang lain. Walaupun kejayaan ini takkan dapat membayar segala jerih-payah kalian, namun kami berharap agar hari ini kalian dapat tersenyum puas dan bangga.

Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 
SAFINATUNNAJAH AHMADI
Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi)
Majlis Konvokesyen UPM KE 31
30.08.2007

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)