Memaparkan catatan dengan label latihan kemahiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latihan kemahiran. Papar semua catatan

Rabu, 5 Disember 2012

Kilauan Emas RIID 2012- Bahagian II



Sudah hampir sebulan blog saya ini ditinggalkan. Dah hampir bersawang agaknya. Banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi kekangan masa menghalang saya untuk menulis. Cerita tentang RIID 2012 pun saya tak habis ceritakan lagi. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya.


Hampir tiba ke lokasi. Dulu semasa belajar di Kolej UNITI saya kerap juga lalu jalan ini. 


Akhirnya tiba di UiTM Kampus Alor Gajah. Selama ini jalan ini sahaja. Baru berpeluang masuk ke sini. Kampus yang indah & permai. Seronok kalau dapat belajar / bekerja di sini. Jauh dari hiruk-pikuk kota.

Sampai di Dewan Taming Sari. Mereka sediakan booth ini. Siap dengan lapik meja. 



booth kami no 84 & 85


suasana pentas utama. ketika ini mereka tengah buat rehearsal.


Tapi booth yang disediakan agak kecil. Mesin yang kami bawa besar. Nasib baik la dapat sebelah tepi. Lepas setup booth beginilah gambarannnya.


pandangan sisi





Poster CCM


Poster APF



Pada awalnya hanya saya seorang daripada kumpulan saya yang hadir. Jenuh juga la nak mengangkut semua peralatan dan mesin. Syukur sebab ada rakan sejawat yang lain yang sangat membantu dan memberi sokongan. Terima kasih rakan seperjuangan Norakmal Maamor, Nor Azlan Abdul Rahman, Raja Shahrizal Raja Mad Yatim, Mohd Fauzi Abu Bakar dan Muhd Hazrin Redzuan.Kumpulan mereka memang mantap. Kalau mereka tiada hari itu tak tahu la macam mana keadaanya.

Rakan seperjuangan saya hadir agak lewat. Gara-gara tersesat ke UiTM Melaka. Patutnya ke UiTM Alor Gajah. Nasib baik ketika juri sampai ke booth kami mereka dah selamat tiba. Kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli iaitu saya sendiri, Ahmad Nizam Yaacob selaku ketua kumpulan, Mohd Azmi Abd Rahman, Hemi Azwan Ikhwan dan  Shahruddin Abdul Rahman. Mereka semua dari Bahagian Teknologi Pembuatan. Walaubagaimanapun hanya 2 orang ahli kumpulan saya yang dapat hadir akibat kekangan tugas/modul. Minggu itu mereka sangat sibuk dengan tugas pengajaran & peperiksaan.

Penjurian RIID 2012 adalah selama 2 hari. Juri kami daripada MIDA. Semasa penjurian, ahlhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Cuma kami kurang mata kerana belum membuat permohonan pendaftaran harta intelek.

Hari kedua, terdapat dua sesi ceramah sebelum majlis penutup dan pengumuman pemenang dilakukan.


ceramah GENOVASI


persembahan yang kreatif





Gimik perasmian. siap ada maskot lagi..


Akhirnya penantian kami berbaloi. Memang sangat berdebar masa nak tunggu pengumuman.

Akhirnya...pingat perak..milik kami...


silver- projek Steering Wheel Alignment Jig

Tidak disangka-sangka kumpulan kami berjaya mendapat 2 pingat emas


Gold - Can Crusher Machine & Automatic Poultry Feeder


Sejarah yang terukir..memang manis. 
Hilang segala jerih payah....
 untuk berada di tahap ini bukan suatu yang mudah...







Sebenarnya ini adalah penglibatan pertama kami bersaing dengan IPTA lain. Selama ini hanya merasa bertanding di peringkat JTM sahaja. Tetapi tidak beroleh apa-apa. Ramai yang kurang yakin pada awalnya. Tetapi berkat kesabaran dan semangat yang tidak berbelah bagi dari  rakan seperjuangan, akhirnya ternyata kami mampu. Mungkin ada produk lain yang lebih baik daripada projek yang kami pertaruhkan. Tetapi, hakikatnya kejayaan ini boleh dijadikan batu loncatan dan pemangkin untuk meraih kejayaan lain yang lebih besar di masa akan datang. Moga ianya jadi inspirasi kepada pelajar-pelajar kami dan juga rakan seperjuangan yang lain.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada kami. Tanpa kalian, siapalah kami. Tanpa sokongan dan iringan doa kalin, kejayaan ini hampir mustahil.




p/s: mimpi suami saya jadi kenyataan. mimpi saya juga jadi realiti....tak salah kita bermimpi..insyaallah..jika diizinkan olehNya..tiada yang mustahil.....







Khamis, 4 Oktober 2012

Ceritera BAJET 2013






BAJET 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia secara terang-terangan membuktikan bahawa kerajaan begitu serius dan komited menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Menerusi peruntukan di peringkat sekolah menengah menerusi pendidikan teknikal dan vokasional, juga kepada lepasan sekolah menengah dan menaiktaraf peralatan latihan kemahiran dilihat sebagai pelengkap dalam konteks membangunkan modal insan berkemahiran yang mempunyai minda kelas pertama dan berpengetahuan tinggi.


PERKARA 1: TAHUN 2013, SEJUMAH RM 3.7 BILION AKAN DISEDIAKAN UNTUK MELATIH PELAJAR DALAM BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia menyambut baik kesungguhan kerajaan untuk pembangunan belia berkemahiran dalam usaha secara holistik menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Saya berkeyakinan peruntukan yang akan diagihkan kepada semua kementerian yang menjalankan latihan kemahiran mampu merealisasikan hasrat itu.


Sasaran negara mencapai 40 peratus tenaga kerjanya adalah tenaga kerja berkemahiran tinggi akan tercapai menerusi gerakan bersepadu semua institusi latihan kemahiran awam dan swasta (ILKA/S). Ini benar-benar menjadikan Persijilan Kemahiran Malaysia di martabatkan dan pelaburan domestik dan antarabangsa akan lebih meningkat dengan keyakinan sistem latihan sedia ada mampu melahirkan tenaga mahir secara berterusan.


PERKARA 2: PERUNTUKAN RM 440 JUTA KEPADA PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK) BAGI MEMBERI PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA BELIA YANG MEMILIH LATIHAN KEMAHIRAN DIPERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 1 HINGGA 5


Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyelami dan mendegar denyutan nadi para belia berkemahiran yang rata-ratanya adalah dari golongan tercicir akademik, keluarga berpendapatan rendah, miskin dan luar bandar. Menerusi peruntukan yang dilihat agak memberangsangkan ini, saya menaruh keyakinan agar sistem kuota yang diamalkan oleh PTPK akibat kekurangan dana dalam member bantuan pinjaman dapat di hapuskan. Maka dengan itu, lebih ramai golongan sasar berkenaan akan berpeluang menjalani latihan kemahiran seterusnya menempatkan diri dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir untuk keperluan industry negara. Pada masa yang sama juga, Institusi Latihan Kemahiran (ILKS) di sarankan agar dapat meningkatkan lagi kualiti latihan dan juga penambahbaikan fasiliti dalam memastikan mutu latihan benar-benar menepati keperluan industri negara. Diulangi sekali lagi, menjadi satu harapan besar agar sistem kuota yang diamalkan kini dapat dihapuskan supaya 40,000 orang belia yang dinyatakan di dalam pembentangan Bajet 2013 ini benar-benar menikmatinya.








PERKARA 3: SEBANYAK RM366 JUTA BAGI MENAIK TARAF SERTA PEMBELIAN PERALATAN DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) DAN INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN)


Pembangunan belia berkemahiran tidak hanya mencakupi soal latihan sahaja, tetapi kelengkapan latihan yang memenuhi keperluan industri juga perlu seiring. Saya melihat, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan adalah sebagai pelengkap dalam melahirkan tenaga mahir untuk keperluan industri. Dengan adanya peruntukan ini, institusi latihan kemahiran awam terbabit seharusnya lebih menumpukan kepada kursus atau program yang berkemahiran tinggi atau pun yang mendapat permintaan tinggi industri seperti automotif, perhotelan, pelancongan,gas dan minyak dan perkapalan.


PERKARA 4: PERUNTUKAN SEBANYAK RM 50 JUTA UNTUK MELATIH 3,200 ORANG BELIA INDIA BAGI MEMPERLENGKAPKAN MEREKA DENGAN KEMAHIRAN YANG AKAN DI KENDALIKAN OLEH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN KOLEJ-KOLEJ DI BAWAH PERLAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah sebuah sistem terbaik di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di mana ianya melibatkan secara terus pihak industri di dalam pembangunan latihan. Dengan adanya insentif ini, diharapkan lebih banyak institusi latihan kemahiran swasta (ILKS) akan tampil membantu kerajaan dalam melahirkan lebih ramai lagi golongan belia berkemahiran. Pihak industri yang seringkali mengeluh kerana kekurangan tenaga kerja disarankan mendaftar sebagai rakan kerjasama menerusi sistem ini yang diyakini mampu mengatasi masalah tersebut.


Akhirnya sekali, ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran serta para pejuang pembangunan belia berkemahiran yang bersungguh-sungguh mahukan Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Tahniah semua.


petikan dari : sini



Komen saya pula bagaimana?? Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memartabatkan latihan vokasional & kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi. Moga matlmat tersebut dapat dicapai dan diharapkan semua pihak KSM, MOE, MOHE dan lain-lain agensi terlibat dapat menggembling tenaga merealisasikan hasrat murni ini. Peruntukan RM 3.7 Billion bukan nilai yg sedikit... Ketelusan & integriti yang tinggi perlu diterapkan agar semua objektif dapat dicapai dan pelaksanaan mencapai sasaran yang diharapkan.
sekian. 








Selasa, 18 Oktober 2011

1 Malaysia Training : BLOG

Minggu lepas saya terlibat lagi dengan kelas untuk Latihan 1 Malaysia. Sejak kelas tu start bln 4 hari tu..saya memang terlibat setiap bulan. Kali ni saya ditugaskan untuk mengajar Blog & Web Design. saya memang suka sgt2!! Sbb saya kan Blogger...dulu pun syaa pernah jadi Webmaster masa kerja kat Kolej Brindley tahun 2003 dulu.

Pengalaman mengajar??? erm.. so far... memang best. Walaupun berbagai cabaran yang dihadapi...pengalaman tu memang menarik. kadang2 dapat student yang superb..kadang2 dapat yg so-so jer... yang slow pon tak kurang jugak. Tapi yangs eronoknya..saya jumpa dengan berbagai ragam orang. sedikit sebanyak saya dapat kongsikan ilmu & kemahiran yang saya miliki...

Kelas Blog & Web Design tu kami...Nur Azua Rahim dan saya sendiri mengajar pada minggu lepas... first time saya ajar kursus ni..Selalu saya ajar Office Application dan Adobe Photoshop.. bila kena mengajar kursus cuak la jugak..sebab tak sempat nak prepaer sangat....aduhai..nak ajar apa ?? macam ne nak mengajar??

Nasib baik la Nadiah Ahmad dan Azhari Salleh sporting...siap sharing nota dengan kami.. so...memudahkan lah kami sedikit sebanyak... Saya memang tak prepare sangat tuk kelas ni..tapi berbekalkan pengalaman yang ada...since saya jugak aktif berblog sejak akhir2 ni...so...kiranya misi  kali ni berjaya la..

Semua student2 saya dah berjaya ada blog sendiri... Tahniah!!!!



masa presentation...saya suruh semua orang present hasil kerja masing2....


ini pic bersama semua peserta kursus hari tu...
first time saya amek gambar dengan semua student...selalu tak ambil pun..
...huhuhuu...



semua ada 17 orang..tapi ada 3 orang tak datang...



p/s: sesiapa yang berminat nak join kursus Latihan 1 Malaysia ni...pendaftaran masih dibuka. jom la join...PERCUMA tau!!!!











Sabtu, 25 Disember 2010

My Notes : An Opportunity To Meet Prime Minister






Assalamualaikum YAB Dato' Seri

Saya telah menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications bersama Saudara Yusof Zaky Omar, pengasas SCHOOL OF LIFE™ dan telah melaksanakan demonstrasi prototaip SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer di YTL Communication pada 21 Disember 2010 yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan projek tersebut, saya melihat bahawa negara kita mempunyai banyak potensi untuk mengetengahkan idea dan hasil innovasi kepada seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan mampu bersaing di peringkat global.

Sebagai seorang Pegawai Latihan Vokasional yang berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, saya telah terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan latihan kemahiran / vokasional. Saya berbangga kerana dapat melatih anak bangsa Malaysia menjadi tenaga mahir yang berketrampilan kepada negara. JTM telah menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia melalui program Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan secara sepenuh masa. Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dalam melatih pekerja kurang mahir, separa-mahir dan mahir bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian melalui pelbagai kursus separuh masa.

Melalui pengamatan saya, pelajar-pelajar latihan kemahiran / vokasional masih dianggap sebagai pelajar Kelas Kedua di mata masyarakat. Latihan kemahiran juga masih kurang mendapat perhatian dan bukan merupakan pilihan UTAMA untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM. Adalah kurang bijak sekiranya masyarakat kita mengganggap latihan kemahiran negara tidak berkualiti ataupun "2nd Class" kerana modal insan yang dilahirkan sebenarnya telah menerajui kemajuan sektor perindustrian di Malaysia kini.

Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, saya berpendapat bahawa seharusnya latihan kemahiran dan vokasional ini perlu diberi perhatian yang serius setanding dengan aliran akademik seperti IPTA/IPTS yang lain. Latihan kemahiran perlu dijenamakan semula (rebranding) agar masyarakat kita sedar bahawa kemahiran dan kepandaian (IQ) haruslah seiring dan perlu dititikberatkan. Insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan moral serta berkemahiran tinggi merupakan ASET UTAMA negara yang tidak akan pupus bahkan akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa seterusnya mampu menjana perkembangan sektor perindustrian negara mahupun dunia kelak.

Saya percaya sekiranya masyarakat mula sedar dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap latihan kemahiran dan vokasional, negara kita pasti dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi yang mampu menerajui sektor perindustrian dan menjana perkembangan ekonomi negara kelak. Seterusnya, hasrat dan impian menjadi negara maju menjelang 2020 bukanlah impian semata-mata tetapi satu REALITI.

Malaysia Boleh.

Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Safinatunnajah Ahmadi
Pegawai Latihan Vokasional
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.




P/S: kawan-kawan blogger, LIKE please!!!


link : http://www.1malaysia.com.my/blog/an-opportunity-to-meet/

Selasa, 14 Disember 2010

SCHOOL OF LIFE™



Program Simulasi SCHOOL OF LIFE™ yang diasaskan oleh The Finishing Academy of Malaysia ini dikesan oleh MINDA sebagai sesuatu yang hebat dan unik kerana kaedah pembelajaran yang diperkenalkan tidak berpijak pada kaedah konvensional dan pendekatan yang digunakan sangat ringkas, santai dan menghiburkan serta dapat dijadikan medium alternatif penyampaian ilmu dan medium menurunkan pengalaman dan ianya boleh diubahsuai kepada pelbagai kumpulan sasar iaitu pelajar menengah/rendah, pelajar IPTA/IPTS, kakitangan awam/korporat, usahawan dan OKU.

Terdapat beberapa produk dari program ini iaitu Latihan Korporat, Simulasi Dari Rumah, Slot Acara dan juga boleh dijadikan program TV.

Simulasi Dari Rumah adalah dalam bentuk yang menghiburkan dan santai yang boleh dibuat di mana sahaja seperti dalam bas, sambil menonton TV, ketika rehat dan ketika menunggu rakan di restoran atau di mana sahaja yang terluang seorang diri atau boleh juga membuat simulasi ini dengan keluarga dan rakan.
Asasnya ialah melalui ‘Peta Simulasi’ dan simulasi ini dilakukan untuk mencapai sasaran dalam tempoh yang paling cepat. Kejayaan simulasi bergantung kepada keseimbangan penghasilan kekayaan dan nilai diri.
Data kewangan silam  amanah saham, saham, bon, emas, sukuk, hartanah, peluang perniagaan dan semua bentuk pelaburan yang berada di persekitaran  dan yang boleh diambil faedahnya oleh golongan makan gaji atau ahli perniagaan dalam mengurus kewangan peribadi dihimpun dalam dua bahagian iaitu Senario Suka/ Subur dan Senario Duka/ Tandus yang berada dalam kitaran ekonomi dijadikan situasi untuk pilihan dalam simulasi ini.

Dengan strategi dan kepintaran, maka pilihan dan keputusan yang tepat perlu dibuat untuk mencapai sasaran dalam tempoh yang singkat tetapi nilai diri perlu dikutip untuk digunakan dalam meniti ‘Jalan Neraca’  untuk ke ‘Tapak Sasaran’.

Nilai ini boleh sesuaikan kepada subjek, mata pelajaran dan perkara-perkara yang perlu diingat jika ianya untuk edisi pelajar UPSR, PMR, IPTA atau modul sesuatu latihan bagi memangkin daya ingatan.
Ianya boleh juga dimasukkan dalam mana-mana latihan korporat pada akhir sessi bagi menguji kefahaman dan keberkesanan sesuatu program latihan dan sangat berguna kepada pihak sumber manusia untuk menilai dan mengumpul data kefahaman peserta.

Ianya telah diuji mulai January 2010 untuk semua peringkat umur dan pendidikan dan terbukti dapat memangkin daya ingatan, membuka minda kepada bentuk pelaburan yang positif seperti menjauhi ‘main saham’ tetapi ‘melabur’ dengan bijak dan ‘sabar’, memberi kesedaran kepada masalah utama dalam pelaburan iaitu emosi, memberi fokus kepada kerjaya kerana kebebasan kewangan adalah milik sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan kerjaya, memberi keyakinan untuk belajar bersungguh-sungguh kerana kesukaran yang lebih jika tanpa pendidikan, kesungguhan menabung kerana dapat melihat kehebatan penjanaan pendapatan dan keajaiban faedah kompaun, dapat melihat kebaikan kaedah Dollar Cost Averaging dalam pelaburan, dapat menghargai masa dan dapat menerima maklumat atau nasihat yang disalurkan kerana ianya disampaikan dalam bentuk santai dan menghiburkan.

Pada 9hb Oktober 2010, SCHOOL OF LIFE™ telah terpilih antara inovasi berkualiti tinggi dalam Malaysian Inventors Challenge 2010 yang dianjurkan oleh Sirim, Mosti, Proton dan TV3 . SCHOOL OF LIFE™  Alat Asas dengan saiz A5 yang mudah dibawa ke mana sahaja dan akan diisi dengan data kewangan silam untuk diambil manfaat dari sejarah.

Isnin, 13 Disember 2010

KARNIVAL 1 BELIA 1 KEMAHIRAN - HARI BELIA NEGARA 2011

"1 BELIA 1 MALAYSIA"
'HIMPUNAN SEJUTA BELIA - PUTRAJAYA MEI 2011



Sempena HARI BELIA NEGARA 2011, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia sekali lagi  dipertanggungjawab mengendalikan pameran pendidikan dan kerjaya yang dikenali sebagai KARNIVAL 1 BELIA 1 KEMAHIRAN - HARI BELIA NEGARA 2011.

Sehubungan dengan itu, JKMRM-MBM mempelawa mana-mana IPTA/IPTS/Institut Latihan Kemahiran Awam/Institut Latihan Kemahiran Swasta untuk turut sama menyertai pameran ini. Untuk tahun 2011, sasaran kehadiran belia dari seluruh negara adalah seramai 1 juta orang. Pameran akan berlangsung pada 27-29 Mei 2011 (Jumaat-Ahad) bertempat di Putrajaya.

PENYERTAAN UNTUK KARNIVAL 1 BELIA 1 KEMAHIRAN-HARI BELIA NEGARA 2011 KINI SUDAH DIBUKA.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:

MOHAMMAD RIZAN HASSAN
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA
MAJLIS BELIA MALAYSIA
NO. TEL: +60122853630 / +60137733676

Sekian terima kasih.


LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)