Memaparkan catatan dengan label School of Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label School of Life. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

Monolog #41 : Anak Kecil Merenung Masa Hadapan






Cuti persekolahan telah tamat. Bermula 02.01.2014 semua anak-anak telah kembali bersekolah. Teringat semasa saya kecil, waktu nak ke sekolah adalah waktu yang paling saya nanti-natikan untuk bertemu kawan-kawan. Walaupun mempunyai adik beradikyang ramai dan boleh bermain bersama mereka, saya sebenarnya lebih suka bermain dengan kawan-kawan saya. 


Benarlah kata ilmuwan, bahawa semasa fasa awal kanak-kanak yang berumur antara 7-16 tahun, anak-anak kita lebih senang dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding ibu bapa. Anak-anak kita lebih mudah mengikut apa yang kawan mereka buat berbanding apa yang ibu bapa suruh. Oleh itu, amatlah penting bagi ibu bapa untuk mengenal kawan baik anak-anak mereka. 


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Semalam, saya menunggu suami saya di sekolah beliau, saya terpandang pada seorang anak kecil yang sedang duduk termenung. Mukanya nampak sedih dan sayu. Dia bersendirian. Melihat kawan-kawan yang lain bermain. Saya perhatikan apa yang dia lihat. Saya melihat dari kanta anak kecil itu. 



"Alangkah seronoknya mereka. Betapa gembiranya mereka. Segalanya serba baharu. Beg, kasut, baju dan semuanya baharu. Sedangkan saya...erm..beg ini pun dah 3 tahun tak berganti. Baju yang saya pakai pun dah 2 tahun saya pakai. Yang koyak dah dijahit dan ditampal. Dah agak lusuh. Baju kawan warnanya putih. Cantik dan bersih. Baju saya dah kusam..warnanya pun dah bertukar kelabu. Putihnya kasut kawan. Saya renung kasut yang saya pakai dah lusuh. Dah berjahit 3-4 kali pun. Teringat gigihnya ayah jahit kasut sekolah saya. Saya faham, ayah tak mampu nak belikan yang baru. Selagi boleh dibaiki dan muat lagi, saya pakai juga. Tak sanggup nak minta ayah ganti yang baru sebab saya kasihan melihat ayah bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki buat kami 8 beradik."




Terus hati saya menjadi sayu dan mutiara jernih menitis ke pipi.



Saya merasakan inilah yang bersarang di hati anak kecil itu. Jauh di sudut hati kecilnya merintih.. Tiada sesiapa yang tahu apa yang dia alami. Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu apa yang dia rasakan. Saya percaya ibu dan ayahnya telah mencuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi kerana kesempitan wang dan kenaikan taraf hidup yang melampau, benar-benar menghimpit rakyat marhaen. Apatah lagi bagi mereka yang bergaji kecil. Bukan tidak berjimat, bahkan telah berjimat sehabis mungkin. Bukan tidak bersyukur atas nikmat yang ada, tetapi terkilan dan merasa tertindas.










Mungkinkah pihak pemerintah melihat keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi melalui kanta anak kecil yang tidak punya apa-apa seperti adik ini. Sewaktu saya kecil dahulu memang susah. Kerana kesempitan hidup saya berusaha lebih dari kawan-kawan lain yang memiliki segala yang saya tiada. Saya berfikir sendiri..merenung masa depan sendiri. Bagaimana saya mampu mengubah nasib keluarga saya? Ianya bermula dengan impian dan memasang angan-angan. Imaginasi yang  tiada batasan!










Saya masih teringat, di saat kawan-kawan yang lain boleh bergembira dan bermain, saya membantu nenek saya membuat bermacam jenis kerepek dan kuih tradisional. Semua saya dah pernah buat.. Kerepek pisang pelbagai jenis, kerepek ubi, bahulu gulung, bahulu cermai, cakar ayam, sagu dan macam-macam lagi. ada zaman itu bukan mudah nak pasarkan produk seperti hari ini. Saya menjualnya di sekolah dan hantar ke kedai-kedai. Hikmahnya adalah, Allah hendak mengajar saya ilmu keusahawanan dan perniagaan.

Di kala kawan-kawan yang lain dihantar ke pusat tuisyen, saya belajar sendiri di rumah. Bukan mudah nak belajar di rumah dengan adik-adik lain yang ramai. Suasana dalam rumah yang meriah dengan gelak tawa mereka, menyebabkan sya tidak boleh fokus untuk belajar sendiri. Tetapi saya mengambil inisiatif untuk belajar sewaktu mereka semua tidur. Saya bangun seawal pagi dan belajar sendiri. Sebelum masuk kelas saya akan buat nota - nota kecil dan mengambil point-point penting daripada buku teks yang saya baca. Jadi, semasa waktu kelas saya hanya fokus pada apa yang saya tak faham dan kan tanyakan pada cikgu saya. Itulah cara saya belajar.


Saya bukan pelajar yang dilahirkan genius. Tetapi saya berusaha untuk menjadi pelajar yang SMART. Saya fokuskan segala usaha untuk berjaya dengan cuba berimaginasi yang saya telah berjaya mendapat apa yang saya impikan. Malah sebelum tahu keputusan peperiksaan, saya dah bayangkan awal-awal yang saya akan dapat No.1. Siapa sangka ianya jadi realiti?? Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia beri apa yang kita mahukan. Kan Allah Maha Berkuasa dan Maha Memiliki segala-galanya di muka bumi ini, baik di langit ataupun di bumi.Itulah sekolah kehidupan saya.










Untuk berjaya di dalam hidup tidaklah payah kalau kita tahu potensi diri kita. Jika kita kenal diri kita dan sentiasa berusaha mengatasi kelemah diri, saya percaya kita boleh berjaya seperti orang lain. Malah, mungkin lebih berjaya dari orang lain. 

Dari kecil memang saya belajar reset minda saya sendiri. Tiada siapa yang mengajarkan ilmu motivasi kepada saya. Pada masa itu, tak ramai pakar motivasi seperti hari ini. Tetapi saya termotivasi bila melihat kepayahan nenek saya, ayah saya dan ibu saya bekerja demi meneruskan kehidupan. 

Motivasi terunggul saya adalah Tiada yang Mustahil bagi Allah. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana mampu memciptkan apa sahaja. Dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hambanya.









Kita kena selalu ingat bahawa Allah sentiasa Wujud!!














Hakikatya, kita memang boleh berjaya. Kejayaan pertama kita adalah kita telah lahir ke muka bumi ini.  Kita dipilih oleh Allah untuk hidup dan menjadi khalifah. Ingatlah tujuan hidup kita hanyalah sebagai hamba kepada tuhan kita iaitu Allah. Kita perlu tahu apa yang kita mahukan di dalam hidup dan apakah makna hidup ini. Bilamana kita meletakkan Allah lebih besar dan takut serta tunduk hanya pada Allah sahaja, sekalian makhluk menjadi kecil dan akan tunduk pada kita. Letakkan Allah sebagai segala-galanya. Ingatlah Allah sentiasa baik waktu kita senang mahupun kita rasa sukar. Insya allah hati kita akan lebih tenang dan bahagia. 


Cukuplah Allah bagi ku...


 Insya Allah.. semuanya pasti OK!




Jumaat, 31 Disember 2010

My Story : Azam Baru 2011


Azam tahun 2011

Apa azam tahun 2011 anda semua?? Mesti panjang senarainya kan?? Untuk saya sndiri..memang ada banyak target dan gol saya untuk 2011. Tapi saya pecahkan ikut kategori la; kategori kerjaya,  kategori personal dan  kategori keluarga. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah kategori kerjaya. Antaranya adalah seperti berkut:
  1. Bangunkan Mobile Application School of Life (jangkaan siap Feb 2011)
  2. Pembentangan kertas teknikal NCET di JMTI (April 2011)
  3. Terbitkan buku mengenai Pengurusan Projek ICT ( jangkaan siap Mac 2011)
  4. Sambung pengajian ke peringkat PhD (mulai Julai 2011)


Setakat ni baru 4 projek besar untuk kerjaya saya. Masih banyak yang berlegar-legar di fikiran ini. Tetapi kalau perancangannya terlalu banyak dan tidak teratur, pelaksanaan projek-projek ini akan jadi kelam-kabut juga kan. Tak mengapa la. FOKUS dulu yang ini. Kira ini target suku tahun 2011 la ye.

Moga-moga Allah mempermudahkan semua urusan saya dan rakan kongsi saya kelak. Biarlah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. AMIN.
Erm..bagaimana dengan kalian semua?? Kongsi-kongsikan lah…boleh??


xoxo
Safinatunnajah Ahmadi
31 Disember 2010


Sabtu, 25 Disember 2010

My Notes : An Opportunity To Meet Prime Minister






Assalamualaikum YAB Dato' Seri

Saya telah menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications bersama Saudara Yusof Zaky Omar, pengasas SCHOOL OF LIFE™ dan telah melaksanakan demonstrasi prototaip SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer di YTL Communication pada 21 Disember 2010 yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan projek tersebut, saya melihat bahawa negara kita mempunyai banyak potensi untuk mengetengahkan idea dan hasil innovasi kepada seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan mampu bersaing di peringkat global.

Sebagai seorang Pegawai Latihan Vokasional yang berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, saya telah terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan latihan kemahiran / vokasional. Saya berbangga kerana dapat melatih anak bangsa Malaysia menjadi tenaga mahir yang berketrampilan kepada negara. JTM telah menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia melalui program Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan secara sepenuh masa. Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dalam melatih pekerja kurang mahir, separa-mahir dan mahir bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian melalui pelbagai kursus separuh masa.

Melalui pengamatan saya, pelajar-pelajar latihan kemahiran / vokasional masih dianggap sebagai pelajar Kelas Kedua di mata masyarakat. Latihan kemahiran juga masih kurang mendapat perhatian dan bukan merupakan pilihan UTAMA untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM. Adalah kurang bijak sekiranya masyarakat kita mengganggap latihan kemahiran negara tidak berkualiti ataupun "2nd Class" kerana modal insan yang dilahirkan sebenarnya telah menerajui kemajuan sektor perindustrian di Malaysia kini.

Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, saya berpendapat bahawa seharusnya latihan kemahiran dan vokasional ini perlu diberi perhatian yang serius setanding dengan aliran akademik seperti IPTA/IPTS yang lain. Latihan kemahiran perlu dijenamakan semula (rebranding) agar masyarakat kita sedar bahawa kemahiran dan kepandaian (IQ) haruslah seiring dan perlu dititikberatkan. Insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan moral serta berkemahiran tinggi merupakan ASET UTAMA negara yang tidak akan pupus bahkan akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa seterusnya mampu menjana perkembangan sektor perindustrian negara mahupun dunia kelak.

Saya percaya sekiranya masyarakat mula sedar dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap latihan kemahiran dan vokasional, negara kita pasti dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi yang mampu menerajui sektor perindustrian dan menjana perkembangan ekonomi negara kelak. Seterusnya, hasrat dan impian menjadi negara maju menjelang 2020 bukanlah impian semata-mata tetapi satu REALITI.

Malaysia Boleh.

Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Safinatunnajah Ahmadi
Pegawai Latihan Vokasional
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.




P/S: kawan-kawan blogger, LIKE please!!!


link : http://www.1malaysia.com.my/blog/an-opportunity-to-meet/

Jumaat, 24 Disember 2010

SCHOOL OF LIFE™ :An Opportunity to Meet Prime Minister


While on sick leave, I had some time to reflect on the growing number of my online friends, particularly on Facebook, and the interactions I’ve had with all of you. I have met hundreds of you who had travelled from all over the country to meet with me at the 1Malaysia Tea event last March. Hundreds more had intended to travel to Putrajaya for the postponed dinner.
However, this number remains a fraction of the 500,000 or so Malaysians scattered across the country who have connected with me online. While the tea and dinner events allow me to connect with some of you directly, I appreciate that travelling to Putrajaya can be challenging due to various considerations. Still, I would like to ensure that everyone has an opportunity to meet with me. After some thought, here is how I plan to reconcile this issue.
As my work takes me around the country, I would like to connect with as many of you near where you live. If you would like to meet with me during my travels to your area, submit your details in the form here. Beginning next year, when I am confirmed to visit your state or district, my office will contact you with more information on our exclusive meet up.
I look forward to many more meaningful interactions with all of you, whether online or in person.

Prime Minister of Malaysia





 Our Comment :

Salam YAB Dato' Seri,

Saya adalah tetamu Dato' Seri yang terpilih pada Jamuan 1Malaysia iaitu perjumpaan pertama dengan rakan internet Dato' Seri.

Pengalaman hebat itu tak akan dapat saya lupa dan merasa kagum dengan pendekatan ini yang menunjukkkan YAB amat menghargai pandangan setiap rakyat Malaysia.

Justeru, sebagai sokongan padu terhadap 1Malaysia, saya telah mencipta sebuah media baru SCHOOL OF LIFE™ yang santai dan menghiburkan dalam bentuk aplikasi komputer dan manual seakan-akan 'brain teaser' like SUDOKU yang akan mendidik rakyat Malaysia peri penting 8 nilai aspirasi pada kehidupan dan kewangan.

Saya bercadang mempersembahkan inovasi ini pada YAB Dato' Seri apabila berpeluang sebagai sumbangan kecil yang mungkin akan memberi kesan besar pada nilai tambah khususnya para pelajar IPTA, eksekutif muda dan usahawan.

Saya juga ada menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications dan SCHOOL OF LIFE™ telah disenaraipendek dan jika berjaya dalam pertandingan bertaraf dunia ini maka telefon menerusi aplikasi SCHOOL OF LIFE™ akan menjadi sebuah medium pendidikan yang dapat disalurkan pelbagai subjek, modul, ilmu dan maklumat menerusi kaedah simulasi yang santai dan menghiburkan.

Terbaru, sebuah syarikat penyedia latihan terkemuka INMIND yang membawa modul Bina Insan suatu ketika dulu telah menjemput saya mengendalikan pembinaan modul Bina 1Malaysia dan saya laporan yang saya terima dari adaptasi modul tersebut kepada beberapa buah sekolah, persatuan belia dan komuniti amat bagus dan setiap selesai program latihan ini, peserta dapat menyebut 8 nilai aspirasi 1Malaysia dan yakin bahawa jika setiap individu memiliki 8 nilai ini maka kejayaan adalah pasti menjadi miliknya. Kejayaan tersebut membuatkan INMIND yakin dan menjempit saya untuk mengendalikan pembinaan satu lagi modul Bina 1Malaysia khusus untuk penjawat awam, pemimpin masyarakat dan bakal pemimpin dari IPTA.

Saya mengambil prinsip Edgar Dale 1969 yang mengatakan kaedah simulasi dapat memberi kesan 90% kepada ingatan dan ketiadaan alat simulasi di pasaran sebagai dorongan untuk mencipta SCHOOL OF LIFE™ dengan membuat satu sasaran dalam perjalanan simulasi kehidupan ini yang menuntut keseimbangan antara Wang dan Nilai untuk kejayaan.

Saya menulis di sini kerana yakin bahawa pentadbiran Dato' Seri amat memberi perhatian kepada komunikasi melalui internet kerana saya menerima maklumat ini secara terus dalam perjumpaan rakan internet tempohari.

Saya juga ada menulis untuk mempersembahkan inovasi ini pada beberapa jabatan dan institusi tetapi pada hakikatnya, ramai yang tidak dapat menerima inovasi yang dihasilkan di Malaysia oleh rakyat Malaysia lalu saya langsung tidak berpeluang walaupun untuk membuat demo atau persembahan.


Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Yusoff Zaky Omar
Pengarah, The Finishing Academy of  Malaysia Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Minda Kebangsaan. 


P/S : Dear blogger please support us by clicking LIKE button as : LIKE


Million Thanks..

xoxo

Safinatunnajah Ahmadi
Project Developer
SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer
Global Developer Challenge 2010
YES-YTL  Communication










LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)