Memaparkan catatan dengan label celik hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label celik hati. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

Monolog #41 : Anak Kecil Merenung Masa Hadapan






Cuti persekolahan telah tamat. Bermula 02.01.2014 semua anak-anak telah kembali bersekolah. Teringat semasa saya kecil, waktu nak ke sekolah adalah waktu yang paling saya nanti-natikan untuk bertemu kawan-kawan. Walaupun mempunyai adik beradikyang ramai dan boleh bermain bersama mereka, saya sebenarnya lebih suka bermain dengan kawan-kawan saya. 


Benarlah kata ilmuwan, bahawa semasa fasa awal kanak-kanak yang berumur antara 7-16 tahun, anak-anak kita lebih senang dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding ibu bapa. Anak-anak kita lebih mudah mengikut apa yang kawan mereka buat berbanding apa yang ibu bapa suruh. Oleh itu, amatlah penting bagi ibu bapa untuk mengenal kawan baik anak-anak mereka. 


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Semalam, saya menunggu suami saya di sekolah beliau, saya terpandang pada seorang anak kecil yang sedang duduk termenung. Mukanya nampak sedih dan sayu. Dia bersendirian. Melihat kawan-kawan yang lain bermain. Saya perhatikan apa yang dia lihat. Saya melihat dari kanta anak kecil itu. 



"Alangkah seronoknya mereka. Betapa gembiranya mereka. Segalanya serba baharu. Beg, kasut, baju dan semuanya baharu. Sedangkan saya...erm..beg ini pun dah 3 tahun tak berganti. Baju yang saya pakai pun dah 2 tahun saya pakai. Yang koyak dah dijahit dan ditampal. Dah agak lusuh. Baju kawan warnanya putih. Cantik dan bersih. Baju saya dah kusam..warnanya pun dah bertukar kelabu. Putihnya kasut kawan. Saya renung kasut yang saya pakai dah lusuh. Dah berjahit 3-4 kali pun. Teringat gigihnya ayah jahit kasut sekolah saya. Saya faham, ayah tak mampu nak belikan yang baru. Selagi boleh dibaiki dan muat lagi, saya pakai juga. Tak sanggup nak minta ayah ganti yang baru sebab saya kasihan melihat ayah bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki buat kami 8 beradik."




Terus hati saya menjadi sayu dan mutiara jernih menitis ke pipi.



Saya merasakan inilah yang bersarang di hati anak kecil itu. Jauh di sudut hati kecilnya merintih.. Tiada sesiapa yang tahu apa yang dia alami. Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu apa yang dia rasakan. Saya percaya ibu dan ayahnya telah mencuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi kerana kesempitan wang dan kenaikan taraf hidup yang melampau, benar-benar menghimpit rakyat marhaen. Apatah lagi bagi mereka yang bergaji kecil. Bukan tidak berjimat, bahkan telah berjimat sehabis mungkin. Bukan tidak bersyukur atas nikmat yang ada, tetapi terkilan dan merasa tertindas.










Mungkinkah pihak pemerintah melihat keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi melalui kanta anak kecil yang tidak punya apa-apa seperti adik ini. Sewaktu saya kecil dahulu memang susah. Kerana kesempitan hidup saya berusaha lebih dari kawan-kawan lain yang memiliki segala yang saya tiada. Saya berfikir sendiri..merenung masa depan sendiri. Bagaimana saya mampu mengubah nasib keluarga saya? Ianya bermula dengan impian dan memasang angan-angan. Imaginasi yang  tiada batasan!










Saya masih teringat, di saat kawan-kawan yang lain boleh bergembira dan bermain, saya membantu nenek saya membuat bermacam jenis kerepek dan kuih tradisional. Semua saya dah pernah buat.. Kerepek pisang pelbagai jenis, kerepek ubi, bahulu gulung, bahulu cermai, cakar ayam, sagu dan macam-macam lagi. ada zaman itu bukan mudah nak pasarkan produk seperti hari ini. Saya menjualnya di sekolah dan hantar ke kedai-kedai. Hikmahnya adalah, Allah hendak mengajar saya ilmu keusahawanan dan perniagaan.

Di kala kawan-kawan yang lain dihantar ke pusat tuisyen, saya belajar sendiri di rumah. Bukan mudah nak belajar di rumah dengan adik-adik lain yang ramai. Suasana dalam rumah yang meriah dengan gelak tawa mereka, menyebabkan sya tidak boleh fokus untuk belajar sendiri. Tetapi saya mengambil inisiatif untuk belajar sewaktu mereka semua tidur. Saya bangun seawal pagi dan belajar sendiri. Sebelum masuk kelas saya akan buat nota - nota kecil dan mengambil point-point penting daripada buku teks yang saya baca. Jadi, semasa waktu kelas saya hanya fokus pada apa yang saya tak faham dan kan tanyakan pada cikgu saya. Itulah cara saya belajar.


Saya bukan pelajar yang dilahirkan genius. Tetapi saya berusaha untuk menjadi pelajar yang SMART. Saya fokuskan segala usaha untuk berjaya dengan cuba berimaginasi yang saya telah berjaya mendapat apa yang saya impikan. Malah sebelum tahu keputusan peperiksaan, saya dah bayangkan awal-awal yang saya akan dapat No.1. Siapa sangka ianya jadi realiti?? Tiada yang mustahil bagi Allah. Dia beri apa yang kita mahukan. Kan Allah Maha Berkuasa dan Maha Memiliki segala-galanya di muka bumi ini, baik di langit ataupun di bumi.Itulah sekolah kehidupan saya.










Untuk berjaya di dalam hidup tidaklah payah kalau kita tahu potensi diri kita. Jika kita kenal diri kita dan sentiasa berusaha mengatasi kelemah diri, saya percaya kita boleh berjaya seperti orang lain. Malah, mungkin lebih berjaya dari orang lain. 

Dari kecil memang saya belajar reset minda saya sendiri. Tiada siapa yang mengajarkan ilmu motivasi kepada saya. Pada masa itu, tak ramai pakar motivasi seperti hari ini. Tetapi saya termotivasi bila melihat kepayahan nenek saya, ayah saya dan ibu saya bekerja demi meneruskan kehidupan. 

Motivasi terunggul saya adalah Tiada yang Mustahil bagi Allah. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana mampu memciptkan apa sahaja. Dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hambanya.









Kita kena selalu ingat bahawa Allah sentiasa Wujud!!














Hakikatya, kita memang boleh berjaya. Kejayaan pertama kita adalah kita telah lahir ke muka bumi ini.  Kita dipilih oleh Allah untuk hidup dan menjadi khalifah. Ingatlah tujuan hidup kita hanyalah sebagai hamba kepada tuhan kita iaitu Allah. Kita perlu tahu apa yang kita mahukan di dalam hidup dan apakah makna hidup ini. Bilamana kita meletakkan Allah lebih besar dan takut serta tunduk hanya pada Allah sahaja, sekalian makhluk menjadi kecil dan akan tunduk pada kita. Letakkan Allah sebagai segala-galanya. Ingatlah Allah sentiasa baik waktu kita senang mahupun kita rasa sukar. Insya allah hati kita akan lebih tenang dan bahagia. 


Cukuplah Allah bagi ku...


 Insya Allah.. semuanya pasti OK!




Rabu, 18 Disember 2013

Monolog #40 : Makna Hidup Ini



Hidup kita penuh warna-warni. Ada suka..ada duka. Ada tawa..dan juga airmata. Tetapi pastinya, semua inginkan ketenangan dan kebahagian di dalam hidup ini. Kerana,  hidup ini bermakna dan seharusnya memberi makna kepada kita. Bila saya flash back perjalanan hidup saya, banyak pengajaran dan pengalaman hidup yang telah tercatat di dalam diari hidup ini.





Keputusan yang saya pilih 20 tahun dulu menentukan apa yang saya ada hari ini . Pilihan yang saya buat dahulu dan jugakeputusan yang saya ambil dahulu menentukan siapa diri saya dan dimana saya hari ini. Kejayaan yang datang bukan bergolek begitu sahaja. 



Saya masih ingat lagi, saya bukanlah pelajar yang pandai. Tetapi saya tahu saya seorang yang cekal dan kuat berusaha. saya memilih untuk menjadi cemerlang dan berjaya. kerana makna nama yang diberi kepada saya Najah = Kejayaan. 


 






Keperitan hidup mengajar saya bagaimana untuk bangkit dan berjuang. kita tidak boleh menyalahkan takdir jikalau kita miskin. Mungkin ibu dan ayah kita tidak bernasib baik seperti kita. Tetapi tidak boleh mengubah nasib diri kita dengan iktihar dan usaha. Usaha saya adalah dengan menuntut ilmu. Perjuangan saya adalah mencari ilmu dan mengamalkan apa yang saya tahu dan faham. saya mencari makna hidup ini dengan ilmu juga. 






















Adalah amat penting bagi kita mencari makna kehidupan. Kita lahir ke muka bumi ini dengan tujuan. Bukan sekadar memenuhi keperluan dan tuntutan untuk hidup. Tetapi bagaimana untuk menjadikan hidup kita bermakna dan memberi makna kepada orang lain? Hidup kita kan bermakna bila mana kita mengenal Allah. Orang yang kenal Allah, takut pada Allah tidak akan tergamak untuk berbuat kejahatan dan kerosakan di muka bumi ini.









Insya allah, bila kita beri kebaikan kepada orang, kita akan dapat kebaikan juga. Dan bila kita membalas kebaikan atas keburukan yang orang lakukan kepada kita.. kebaikan akan datang kepada kita. Sekalipun ianyan perit..maafkanlah..mungkin dia tidak sedar apa yang dilakukan. 

Buangkan rasa EGO dalam diri kita.  Kita sebagai manusia juga berbuat banyak kejahatan dan keburukan. tetapi kerana kasih sayang Allah..Ya Rahman..Ya Rahim dan juga kerana sifat Ya Ghafur..kita sentiasa diberikan ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri. 

 



Buatlah pilihan yang bijak dan keputusan yang tepat. Keputusan yang kita buat masa lalu menentukan siapa kita hari ini. Keputusan dan pilihan kita hari ini menentukan siapa dan dimana kita pada masa hadapan. Alhamdulillah..saya tak pernah kesali apa yang telah saya lalui dahulu. Allah akan berikan apa yang kita minta semasa kita berdoa kepadanya. Jangan pernah kita berputus asa dan lupa bahawa Allah sentiasa ADA bersama kita.








Dikongsikan Celik Hati TV9- Makna Hidup Ini..





Wallahua'lam..





Khamis, 13 Jun 2013

From Terengganu with ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum wbt.

Seronok sangat bercuti selama 10 hari. Saya mula bercuti mulai 31 Mei 2013 (Jumaat). Pada hari Khamis 30 Mei 2013, jam 10.00 malam selesai sahaja menonton program Celik Hati bersama Prof Muhaya di TV 9,  kami mula bertolak dari rumah menuju ke Kemaman. Alhamdulillah.. kami tiba di Cherating jam 6.00 pagi. Kami solat subuh di Masjid Cherating. Kemudian meneruskan perjalanan ke Kemaman. Hajat di hati nak singgah ke rumah sahabat saya Affero Ismail. Tapi kenduri kahwin beliau akan bermula esok harinya (Sabtu).

Kami ke Pantai Mak Nik @ Monica Bay untuk menikmati matahari terbit. Sambil itu, suami saya dapat melelapkan mata sekejap. Saya berjalan seorang di persisiran pantai Monica Bay. Ada sepasang suami isteri berjalan beriringan dan kemudiannya jogging di watu pagi begini. Nyaman sungguh.. Subhanallah. Kalau hari-hari begini alangkah indahnya.


menanti matahari terbit



nyaman dan indah suasana pagi di persisiran pantai



matahari mula menyinar

Kemudian kami bertolak menuju ke rumah Affero. Berkali-kali call dia tak dapat. Pelik la..dia dah tukar nombor kot?? Terlintas di hati saya untuk menelefon isterinya Ummi Aishah. Nasib baik ada nombor pada kad jemputan mereka. Alhamdulillah dapat juga hubungi Affero. Rumah dia tak jauh dari bandar Kemaman. Tapi kami singgah dahulu bersarapan pagi dahulu. Selepas itu baru kami ke rumah Affero. Rumah beliau terletak betul-betul di dalam bandar kemaman. Tak sangka di dalam bandar ada kampung pula. Macam di Kampung Baru, Kuala Lumpur pula. Kami sekadar singgah sekejap untuk menyampaikan hadiah kecil dan ucapan tahniah. Mohon maaf ye sahabat tak dapat nak hadir esok harinya dan melihat kalian bersanding. Kami ada misi lain. Hihihih.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum itu, kami sempat singgah di Marang untuk minum petang sambil menikmati keindahan pantai di sana.



Mr. RH dah lapar sangat..tak toleh kiri kanan...



nampak tak pantai kat belakang tu.. minum petang di tepi pantai memang syok!



kami singgah minum petang di sini.. nyaman...angin bayu menyapa di pipi...




dapat pulak air kelapa yang fresh begini....


Selepas itu kami meneruskan perjalan malaui persisiran pantai sepanjang jalan. Subhanallah. Di Terengganu memang kaya dengan khazanah alam yang indah. Kami singgah di Pasar Payang untuk membeli sedikit cenderamata untuk adik-adik. Saya beli kain untuk baju hari raya.




candid..suami saya ni tak pandai ambil shoot la..muka masam :(



ni ok sket..gaya shopaholic.. hehehe



♥  pose sendiri...



seronok lepak di tepi laut begini.... saujana mata memandang....


Kami bermalam di Kuala Terengganu. Esok paginya, awal-awal kena keluar. Sebab bot menanti kami jam 9.00 pagi. Sekian cerita untuk hari pertama. Bertemu lagi di entri seterusnya.. Itu pun kalau saya rajin.. heheh.. Terima kasih kerana sudi membaca cerita kami yang tidak seberapa..



Khamis, 30 Mei 2013

Celik Hati ♥ Prof. Dr. Muhaya ♥

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dalam kesibukan harian dengan kelas dan sesi lawatan, menyemak kertas ujian dan tugasan, saya masih sempat untuk memenuhi undangan dari penerbit Celik Hati +Shadiya Abbas untuk menjadi tetamu/panel jemputan program Celik Hati, TV9 bersama idola saya Prof. Dr. Muhaya.

Saya menerima panggilan daripada sahabat saya pada hari isnin 20 Mei 2013 yang lalu. Saya pernah mengusulkan kepada beliau berkenaan penambahbaikan program itu. Saya merupakan salah seorang penonton setia program Celik Hati yang bersiaran setiap hari Khamis jam 9.30 -10.00 malam. Waktu siaran selama 30 minit dirasakan tidak cukup. Rasa tak puas nank dengar tips dan inpirasi daripada Prof. dr. Muhaya. Saya turut mengusulkan agar Prof bersiaran dengan panel jemputan. Barulah program nampak lebih interaktif dan dinamik. 

Sewaktu panggilan telefon, saya turut mengusulkan lagi cadangan tersebut. Siapa tahu sahabat saya mengusulkan cadangan tersebut kepada boss nya. Hasil mesyuarat bersetuju dan tak sangka saya pula yang dipilih untuk bersiaran bersama Prof Dr. Muhaya semasa episod yang ke-8 dengan topik " Kita berbeza tetapi serupa".

Memang agak kelam kabut kerana on-call pada hari Selasa, dan program akan bersiaran pada hari khamis. Mula la kelam kabut saya nak cari baju apa yang sesuai..tudung apa yang sesuai. Kot-kotlah ada kawan-kawan yang buka butik nak sponsor saya malam tu ?? Kawan-kawan memang sporting. Ramai nak sponsor baju & make-up. Make-up tak payah nak risau sebab sebelum masuk studio memang akan di 'make-up' kan.  Boleh lah feeling ala-ala selebriti gitu. hehehe..



Sebelum On-Air

Sebelum ke udara, kami diberi sedikit mukadimah dan arahan daripada pihak produksi. Dimana kamera, apa nak buat dan sebagainya. Saya dah tak gusar sangat kali ini. Sebab dah ada pengalaman sedikit. Dah tak hairan kalau muka nampak besar..sebab dah tahu memang kalau depan TV kita nampak besar 30% daripada sebenar. 


sebelum on-air....

Sebenarnya kami tiada skrip malam itu. Prof pun kata beliau tidak suka skrip. Apa yang beliau kongsikan sememangnya daripada hati. Saya pun sebenarnya tak sempat nak tengok soalan yang diemelkan kepada saya. Sampai sahaja di studio saya minta sahabat saya cetak RO..running order...boleh lah bersedia sedikit.  Sebelum program on-air, Prof Dr. Muhaya mengajak kami sama-sama membaca Surah Al-Fatihah dan niatkan di dalam hati semoga apa yang kami lakukan ini semata-mata ibadah kepada Allah dan memdapat keberkatanya. Subhanallah.. Hati saya betul-betul tersentuh. Betapa hebatnya insan yang duduk di sebelah saya. 

Sebelum betul-betul on-air, kami panel jemputan iaitu saya dan Ustaz Nordin (ex-Raihan) berbincang sesama sendiri dan berkongsi apa yang akan diperkatakan kepada audiens. Konon-konon testing la dulu. Sampailah apabila pihak produksi minta kami bercakap..kami ingat dah nak mula ke udara..Rupa-rupanya test mikrofon dulu. 

Itu antara a moment yang indah ketika bersiaran secara langsung. Walaupun kami testing sebelum on-air, apa yang terjadi ialah, apa yang kita cakap masa testing tu lain daripada apa yang kita kongsikan bersama audiens (penonton) bila program ke udara. 



Semasa ke udara secara langsung

on air..

on air..

 dan on air..
.
.
.
.


Akhirnya... tamat siaran...


..kandid..


Kenangan indah saya bersiaran secara langsung bersama Prof Dr. Muhaya



Sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam mimpi pun ye jugak. Alhamdulillah... Malam itu saya relaks sangat. Memang tiada langsung skrip. Hanya ada apa yang saya skripkan di minda saya. Saya kongsikan ilmu yang ada, pengalaman sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan. Tapi memang rasa tak puas..

Bukan saya sahaja rasa sebegitu..penonton yang lain pun minta agar program dipanjangkan ke 60 minit atau 1 jam. Moga-moga pihak penerbitan dan produksi akan memanjangkan waktu siaran program ini di masa akan datang.


diantara komen daripada penonton dari FB Prof. Dr. Muhaya




Sesi fotografi

kami..

dan kami.. 

dan kami..


dan kami bersama penerbit Shadiya Abbas




Seronok berborak dengan Prof. dan suaminya



kami sahabat baik..insyaallah sahabat dunia akhirat



Antara komen-komen di FB saya






Terima kasih kepada semua penonton Celik Hati  ♥ TV9 malam itu. Terima kasih kepada sahabat saya Shadiya Abbas atas peluang keemasan yang diberikan. Saya sangat terharu kerana diberi kepercayaan untuk muncul secara live di TV9 bersama idola saya Prof. Dr. Muhaya. Ibarat mimpi menjadi realiti, impian saya terlaksana dengan izin Allah SWT. Syukur ya Allah, saya berjaya dan tidak gugup malam itu. Semuanya dipermudahkan olehNya.  Terima kasih juga kepada sahabat saya Nurul Hana Mokhyi yang sudi menjadi perunding imej dan pembantu peribadi (bajet macam selebriti ada PA). Terima kasih kerana sponsor busana yang indah. Terus jadi hadiah pulak tu. Memang dah lama saya cari busana putih yang indah seperti itu. Tak sangka pulak sahabat saya hadiahkan. Terima kasih  Hana kerana menemani saya. Akhirnya, dia dapat juga bertemu dan bergambar bersama Prof. Muhaya. Untuk makluman, suami saya tidak dapat menemani saya malam itu kerana terlibat dengan program Solat Hajat di sekolahnya. Kalau dia ada mesti lagi seronok!!! ♥♥♥



p/s: tak salah kita mempunyai impian dan berangan-angan.. mana tahu ada rezeki Allah beri..jadi REALITI yang penting kita kenalah CELIK ♥ HATI !! 







LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)