Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2016

NOTA CINTA #2 : HIKMAH DI SEBALIK UJIAN






Kita lihat situasi berikut:


Situasi 1

-----------

A ditipu oleh suaminya X. Tiba-tiba A terjumpa foto suaminya X dengan sahabat baiknya S. Gambar itu sangat intim. Selama mereka bersahabat A selalu menceritakan masaalahnya kepada S. A tak sangka S mengambil kesempatan di atas masalah yang berlaku antara A dan X.

.



Situasi 2

-------------

R seorang ibu anak 5. Dia seorang yang sangat aktif dengan NGO dan bisnes. Sehingga urusan penjagaan anak-anak diserahkan sebulat-bulatnya kepada pembantu rumah. Sehingga segala keperluan suami dan anak-anak dilunaskan oleh pembantu rumah. Satu hari, R pulang awal ke rumah kerana tertinggal dokumen penting. Dia masuk ke bilik dan melihat pembantu rumah sedang mengurut suaminya. Mereka bertengkar suami R mengungkit segala-galanya. Suami R mengatakan dia dan pembantu rumah mereka telah bernikah. Mereka suami isteri yang sah.

.


Situasi 3

------------

XXX seorang suri rumah tangga sepenuh masa. XXX pernah mempunyai kerjaya yang hebat sebelum ini. Tetapi kerana lebih sayangkan keluarga dan ingin memberi tumpuan penuh kepada anak-anak, XXX mengorbankan kerjayanya. Namun, selepas berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa baru dia sedar bahawa tugas seorang suri rumah sepenuh masa lebih berat. Dahulu, walaupun dia berkerjaya anak-anak lebih terurus. Dia mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih teratur. Waktu bekerja anak-anak dihantar ke rumah pengasuh. Selepas jam 6, XXX mengambil anak-anaknya dari rumah pengasuh. Sampai di rumah ketika suaminya melayan anak-anak XXX akan menyediakan juadah untuk makan malam mereka. Suaminya rajin membantu dia. Namun, sekarang semuanya telah berubah. Selepas bergelar suri rumah sepenuh masa suaminya sudah tidak mahu membantu lagi. XXX merasa sangat tertekan.

.
.
.

Berdasarkan 3 situasi di atas, kita dapat lihat 3 ujian yang berbeza. Bagaimanakah cara untuk bersabar dan mencari penyelesaian bagi setiap masalah yang berbeza? Cukup dengan hanya bersabar???

.

Jika anda adalah rakan-rakan mereka. Apa tindakan anda? Apakah nasihat yang dapat anda berikan kepada mereka untuk terus bersabar dan mencari hikmah disebalik ujian yang mereka lalui?


.

Sebenarnya, bila orang lain diuji oleh Allah, kita juga turut diuji. Percaya tidak? 
1. Allah uji samada kita punya hati yang baik atau tidak
2. Allah uji samada kita melihat ujian orang sebagai peluang untuk kita sama-sama merenung diri sendiri.
3. Allah memberi peringatan kepada kita. Adakah kita mampu bersabar jika diuji sedemikian.
4. Allah uji samada kita mampu bersangka baik kepada orang.
5. Allah uji samada kita boleh bantu rakan kita atau tidak.
6. Jika kita ingin bantu, adakah kita cuba menjernihkan atau menghancurkan?
7. Allah uji untuk kita sama-sama percaya bahawa tiada satu pun di dunia ini yang benar-benar milik kita. 
8. Allah uji untuk kita muhasabah diri kita juga.
9. Allah uji untuk lihat samaada kita ini benar-benar hamba atau kita mahu ambil alih tugas tuhan.
10. Allah uji kesabaran kita. Bagaimana kita berdepan dengan masalah.

.
.
.
dan banyak lagi hikmahnya.






.


Saya selalu menjadi tempat rujuk kawan-kawan saya bila mereka ada masalah. Situasi di atas hanya 3 situasi daripada beribu situasi yang kawan-kawan sahaja hadapi. Bila mereka diuji saya selalu ingtakan diri bahawa sebenarnya Allah sedang menguji saya juga.



Anda bagaimana???

Tepuk dada tanya IMAN. 
Jangan tanya Aiman, sebab Aiman tak kisah. 






Salam sayang <3 div="">

Kaunselor tak bertauliah
Liverpool.

Sabtu, 9 April 2016

NOTA CINTA # 1 : DEMI SYURGA



Sebagai anak sulung saya sangat bertuah. Ayah dan ibu saya tak pernah menetapkan masa depan saya dengan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bermaksud, ayah dan ibu saya tidak pernah memaksa saya untuk belajar. Tetapi kerana kesusahan hidup semasa kami kecil, ia menjadi inspirasi untuk saya mengubah nasib keluarga kami.

Oleh kerana saya merupakan anak yang sulung, saya terdidik untuk menjadi role model kepada adik-adik saya. Malah, saya sebenarnya yang mencungkil bakal dan menggilap potensi adik saya.



Ibu saya tak pernah berpeluang untuk bersekolah. Beliau lahir dalam keluarga yang agak berada tetapi kurang bernasib baik. Menurut cerita ayah, keluarga ibu saya orang berharta. Arwah nenek sebelah ibu saya merupakan anak tunggal dan mewarisi banyak tanah pusaka. Datuk saya merupakan seorang pekerja kepada keluarga nenek saya. Kemudian dijodohkan dengan nenek saya. 

.

Walaupun bagaimanapun, selepas mereka berkahwin dan nenek saya melahirkan pakcik saya yang bongsu, nenek saya jatuh sakit. Sehingga, ibu saya diserahkan kepada saudara mara untuk dibela oleh mereka. Ibu saya selalu bercerita bagaimana susahnya hidup 'terbuang' dan menumpang kasih di rumah saudara. Dari satu keluarga ke keluarga yang lain ibu saya diserahkan. 

Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan itu. Tentu sangat sukar bukan? Tetapi hikmahnya besar. Jiwa ibu saya semakin kental dan tabah. Bila menceritakan kisah ini, ibu saya selalu mengesat air mata. Saya yang ketika itu sangat kecil tak mampu memahami. Tetapi saya sangat ingat kisah ini.
.

.

"Mak ni, kalau sekolah mak dah jadi cikgu"

" Tapi mak takde peluang nak sekolah dahulu. Hidup menumpang kasih di rumah saudara"

" Sepupu mak baik. Mereka selalu ajar mak kenal ABC. Sampai mak boleh membaca"

" Dulu mak daftar diri sendiri untuk ke sekolah agama. Yurannya 5 sen je. Mak jual ais kepal. Dapat duit hasil jualan itulah mak bayar yuran. "

" Mak nak anak mak semua dapat belajar. Kalau belajar biar betul-betul tau. Kalau tak nanti kakak hidup susah macam mak dengan ayah."


.
.
.


Banyak pesanan mak sebenarnya. Tak mampu saya nak luahkan semua. Itu cerita masa saya berumur 4 tahun. Tapi saya masih ingat. Mak ceritakan sambil menyisir rambut saya. Mak bercerita sampai saya terlena.

.


Satu sebab kenapa saya ingin terus belajar ialah saya nak tunaikan impian ibu saya. Tiap kali saya bergraduasi, saya akan pakaikan jubah konvo pada ibu dan ayah saya. Saya harap mereka berbangga. Kerana itu kejayaan mereka sebenarnya. Allah beri peluang untuk saya tebus cita-cita tertunda ibu dan ayah saya. 

.


Kini, saya merantau jauh demi segulung ijazah PhD. Bukan untuk gelaran Dr. semata-mata. Tapi, saya nak bawa ibu dah ayah saya naik kapal terbang sampai ke England. Saya nak sarungkan jubah konvo nanti pada tubuh mereka.


.

Tempoh hari, saya dapat berita ayah saya sakit, hati saya meronta-ronta nak pulang ke tanah air. Tapi, masa itu saya belum persembahankan proposal saya. Saya belum lulus untuk sambung pengajian ke tahun kedua.

.
Siang dan malam saya menangis. Saya merayu pada Allah agar sembuhkan ayah saya. Sungguh... Saya belum puas berbakti pada mereka. Mereka terlalu banyak berkorban untuk saya. Saya harap sangat-sangat agar adik-adik saya dapat jaga dan bahagiakan ibu dan ayah kami. Merekalah syurga kami.

.



keluarga kami


Dahulu, setiap hari saya dapat tatap wajah ibu dan ayah. Kini, bila dah jauh di perantauan saya hilang nikmat itu. Saya tak dapat nak lepak minum petang dengan ayah sambil dengar ayah bercerita. Saya tak dapat dengar mak cerita pada waktu malam bila mak tak boleh tidur.


Kadangkala saya tanya kenapa mak tak boleh tidur. 
Apa yang mak risaukan?? 

.
Mak akan jawab..ENTAHLAH....

.

Tapi saya tahu, dia risaukan anak-anaknya. 
Hati ibu..begitu kan???

.


Tulus,

Yang merindui
Liverpool.



Rabu, 6 April 2016

Nota Bisnes #1 : Budak Kecil Penjual Aiskrim



Kanak-kanak suka makan aiskrim. Itu kisah biasa. Jarang-jarang kita jumpa kanak-kanak menjual aiskrim. Apatah lagi, digalas bersama ke sekolah bersama buku-buku dan alat tulis. Beg sekolah seorang budak sekolah yang biasa, dimuatkan dengan buku-buku dan alat tulis pun dah cukup berat. Untuk kanak-kanak bertubuh kecil, berdayakan dia memikul 'beban' tambahan?


Bersama Prof Steve Evans ketika mendaki gunung Mom Tor

Ingin saya ceritakan. Ini kisah benar. Pengalaman yang dilalui sendiri. Bukan rekaan. Dahulu, saya adalah kanak-kanak bertubuh kecil yang menggalas beg sekolah sambil membawa plastik berisi aiskrim. Bukan untuk jadi santapan sendiri. Tetapi untuk mencari rezeki, buat mengisi poket yang kosong.

Sewaktu saya darjah 2, saya sudah biasa ke sekolah tanpa wang saku. Di rumah, apa yang ada jadi alas perut. Kalau hari itu ada nasi, makan nasi jadi alas perut yang kosong. Kalau ada pisang rebus, itu pun dah bersyukur.


Untuk budak sekolah yang seusia dengan saya ketika itu, mungkin mereka tak pernah alami nasib seperti saya. Adik beradik saya ramai. Ayah bekerja siang dan malam. Ibu saya juga bekerja di kilang. Sepeninggalan mereka, kami dijaga oleh nenek yang berhati waja.

Saya sangat bertuah. Sejak kecil saya terbiasa berdiri atas kaki sendiri. Sudah biasa membantu nenek menarik daun nipah untuk dijadikan atap. Atap yang sudah siap dianyam kemas, dijual kepada taukeh cina. Hasilnya, ia adalah rezeki untuk kami syukuri.


Mungkin untuk orang yang senang ketika zaman 80an, kisah ini mungkin tak wujud. Bukan tiada, tetapi anda tak pernah dengar. Mungkin, anda bertuah dilahirkan dalam keluarga senang.


Budak penjual aiskrim selalu gembira. Bila jualan nya laris dan saku yang kosong berisi syiling. Terbayang, alangkah bahagia bila nanti dapat serahkan saku wang syiling itu kepada mak. Mak pasti senyum, kerana ada rezeki untuk dikongsi anak beranak. Separuh dijadikan modal pusingan. Separuh lagi diserahkan ke tangan anak-anaknya buat wang saku mereka.


Sejak kecil, anak-anak dilatih untuk berkongsi. Seekor ikan dicarik halus-halus dan digaul bersama nasi. Disuapkan ke dalam mulut seorang demi seorang. Betapa kasihnya seorang emak. Tangannya menyuap anak-anaknya, sedangkan perutnya sendiri belum terisi apa-apa.


Budak kecil penjual aiskrim, pernah diberi amaran oleh gurunya. Agar tak menjual aiskrim lagi di sekolah. Pihak kantin yang dapat tahu turut marah, mungkin terjejas pendapatan kerana jualan budak kecil itu. Mereka tak tahu, bukannya budak kecil untung beribu. Hanya sekadar mengisi saku yang kosong, buat alas perut-perut yang berkeroncong.

Dahulu, budak kecil penjual aiskrim hanya dapat rasa sejuknya aiskrim. Tapi kini, dapat pegang sendiri salju yang dingin membeku.

Alhamdulilah. Sampai di puncak



Alhamdulillah. 
Segala puji-pujian hanya untuk Allah.




Budak kecil penjual aiskrim kini dah tak jual aiskrim. Tapi sambung warisan neneknya menjual kueh tradisional. Tapi kali ini, kuehnya sampai ke Liverpool.



Ex- penjual aiskrim Malaysia 
Founder Kueh Liverpool

Kad bisnes Kueh Liverpool

Rabu, 18 Disember 2013

Monolog #40 : Makna Hidup Ini



Hidup kita penuh warna-warni. Ada suka..ada duka. Ada tawa..dan juga airmata. Tetapi pastinya, semua inginkan ketenangan dan kebahagian di dalam hidup ini. Kerana,  hidup ini bermakna dan seharusnya memberi makna kepada kita. Bila saya flash back perjalanan hidup saya, banyak pengajaran dan pengalaman hidup yang telah tercatat di dalam diari hidup ini.





Keputusan yang saya pilih 20 tahun dulu menentukan apa yang saya ada hari ini . Pilihan yang saya buat dahulu dan jugakeputusan yang saya ambil dahulu menentukan siapa diri saya dan dimana saya hari ini. Kejayaan yang datang bukan bergolek begitu sahaja. 



Saya masih ingat lagi, saya bukanlah pelajar yang pandai. Tetapi saya tahu saya seorang yang cekal dan kuat berusaha. saya memilih untuk menjadi cemerlang dan berjaya. kerana makna nama yang diberi kepada saya Najah = Kejayaan. 


 






Keperitan hidup mengajar saya bagaimana untuk bangkit dan berjuang. kita tidak boleh menyalahkan takdir jikalau kita miskin. Mungkin ibu dan ayah kita tidak bernasib baik seperti kita. Tetapi tidak boleh mengubah nasib diri kita dengan iktihar dan usaha. Usaha saya adalah dengan menuntut ilmu. Perjuangan saya adalah mencari ilmu dan mengamalkan apa yang saya tahu dan faham. saya mencari makna hidup ini dengan ilmu juga. 






















Adalah amat penting bagi kita mencari makna kehidupan. Kita lahir ke muka bumi ini dengan tujuan. Bukan sekadar memenuhi keperluan dan tuntutan untuk hidup. Tetapi bagaimana untuk menjadikan hidup kita bermakna dan memberi makna kepada orang lain? Hidup kita kan bermakna bila mana kita mengenal Allah. Orang yang kenal Allah, takut pada Allah tidak akan tergamak untuk berbuat kejahatan dan kerosakan di muka bumi ini.









Insya allah, bila kita beri kebaikan kepada orang, kita akan dapat kebaikan juga. Dan bila kita membalas kebaikan atas keburukan yang orang lakukan kepada kita.. kebaikan akan datang kepada kita. Sekalipun ianyan perit..maafkanlah..mungkin dia tidak sedar apa yang dilakukan. 

Buangkan rasa EGO dalam diri kita.  Kita sebagai manusia juga berbuat banyak kejahatan dan keburukan. tetapi kerana kasih sayang Allah..Ya Rahman..Ya Rahim dan juga kerana sifat Ya Ghafur..kita sentiasa diberikan ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri. 

 



Buatlah pilihan yang bijak dan keputusan yang tepat. Keputusan yang kita buat masa lalu menentukan siapa kita hari ini. Keputusan dan pilihan kita hari ini menentukan siapa dan dimana kita pada masa hadapan. Alhamdulillah..saya tak pernah kesali apa yang telah saya lalui dahulu. Allah akan berikan apa yang kita minta semasa kita berdoa kepadanya. Jangan pernah kita berputus asa dan lupa bahawa Allah sentiasa ADA bersama kita.








Dikongsikan Celik Hati TV9- Makna Hidup Ini..





Wallahua'lam..





Jumaat, 10 Ogos 2012

Monolog # 22 : Bertuahnya kita...


Hati ini sangat tersentuh menonton iklan raya ni....



p/s : sedihkan...bukan semua orang bertuah mempunyai keluarga..hargailah keluarga kita..terutama ibu bapa kita...sementara mereka masih ada.....

Khamis, 3 November 2011

Adakah Suami Anda Seorang Yang Manja?




Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di bumi ini untuk saling sayang menyayangi dan saling melengkapi. Berikut adalah ciri dia manja terhadap anda !

1. Melalui bertentang mata
Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri jangan pula mengalihkan pandangan pula,teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda!

2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah (api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra!

3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini!

4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.

5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya..


sumber : SINI



p/s : bakal suami saya memang seorang yang sangat MANJA...ye ke Mr. RH ?? awak memang anak manja kan???? hehehe






Ahad, 25 September 2011

Rumah Terbuka AidilFitri 2011


Alhamdulillah..pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1342H majlis Rumah Terbuka AidilFitri yang dirancangkan telah selesai dan berjalan lancar. Pada mulanya memang tak rancang pun nka buat open-house. tapi rindu kat kawan2. kalau buat openhouse senang derang nak datang & dapatlah berkumpul sama2.

Walaupun tarikh asal telah diubah beberapa kali kerana berlaku pertindihan dengan majls kawan2 yang lain..tapi memang x dapat nak dielakkan juga. Jadi saya mhon maaf kepada rakan2 yang telah menjemput saya hadir ke majlis mereka. Hajat dihati memang nak sangat datang. Tapi apakan daya...xpe la..next year insyallah.. memang kena pakat ramai2 dan bwt jadul yang betul2 la....

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Kehadiran kalian sangat bermakna. Moga ukhwah ini akan berkekalan hingga ke akhirnya...erm..malas nak nak story-mory... layan kenangan semasa majlis kat rumah saya ni..kalau nak tengok full-version..jenguk la FB saya ye :)



Menu : nasi impit, kuah kacang,-ayam, rendang daging, daging masak kicap, mee kari, lepat pulut-special, bubur kacang durian, puding jagung, tembikai, minuman-rozell special-home made


tetamu pertama saya Fizah 



sepupu saya Dewi Ilyanah


bersama sepupu sepapat




opis-mate saya Kak Gee






BFF saya : sayang kamu!!!





Opis-mate saya : Nadiah Ahmad & keluarga






sesi MERISIK..hahaha


BFF saya :)




p/s: mohon maats atas segala kekurangan sepanjang majlis tersebut

Ahad, 7 Ogos 2011

Cinta Muka Buku

Muka Buku ?? Apa tu?? Macam Ulat Buku ker?? No..no..no... muka buku tu FACEBOOK la... Ada ke orang bercinta dalam facebook?? jangan tak tahu artis pon ada yg bercinta dalam FB tau.. sampai ke jinjang pelamin lagi... 
contohnya macam Zed Zaidi & Natalia Mustafa…siap kad kawin pon stail facebook lagi….cuba tengok ni






kad kahwin derang



orang terdekat dengan saya pon ada jugak...berkenalan di facebook.. ye la kalau dah jodoh kan.. jumpa kt FB...kenal2 sekejap...pastu kahwin...alhamdulillah... selamat pon menjadi suami isteri....


Tahniah Siti Juliana Ahmadi & Mohd Izhan Khalid...
moga jodoh kalian berkekalan..dikurniakan anak2 yg comel.. mcm auntie dia.. hehehe...


hari pernikahan


adik beradik saya


bersama sepupu

Jom kita layan lagu ni...best!! juara carta HOT FM tau!!!. Kenal tak Najwa Latif?? Najah..Najwa..macam similar jer kan..tapi saya tak menyanyi..apa lagi nak main gitar... apa pon...cayalah Najwa!!! Suka sangat lagu awak ni....




CINTA MUKA BUKU

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku

Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh oh hatiku rasa sesuatu


Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oh oh benarkah rasa itu

Bagaimana
Harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita
Beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa


Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata puja
Otak kata jangan hatiku rasa sayang
Hidup tak menentu adakah ini cinta


Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja


Pabila kau renung tajam tajam mata aku

Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oh oh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkelu tak tahu mana nak tuju
Oh oh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku






p/s: agak2 saya akan jumpa tak cinta muka buku saya?? hehehe

















LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)