Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2016

PhD #12 : Terus Melangkah




Seawal jam 3 pagi saya sudah terjaga. Ikutkan rasa hati mahu terus lena menyambung mimpi. Tetapi hati kecil bermonolog sendiri. Masih banyak perlu saya sediakan sebelum mesyuarat bersama penyelia hari ini.

Usai solat tahajud, dalam sendu sempat saya menulis bait kata sebuah puisi - DALAM TAHAJUD CINTA. Itulah nukilan rasa di keheningan pagi. Dari jiwa yang merintih mengharapkan kasih dan ihsan Illahi.

Sungguh. Masih terlalu jauh destinasi PhD ini. Masih banyak yang perlu saya lalui. Jika dibandingkan dengan sahabat seperjuangan yang lain, saya jauh ketinggalan. Namun, tak pantas kita membandingkan nasib kita dengan orang lain. Seolah menyesali takdir Tuhan
Yang Maha Berkuasa mengurus tadbir takdir hambaNya.

Saya cuba usahakan untuk menyediakan dokumen yang sepatutnya. Menyudahkan apa yang termampu sebaiknya. Tepat jam 10.15 bergegas bersiap, untuk mengejar bas No. 76 yang dijadualkan tiba jam 10.26.

Sampai di perhentian bas, jam di tangan menunjukkan jam 10.27 pagi. Bas mungkin sudah terlepas agaknya. Tapi pasrah sahaja. Mesyuarat dengan penyelia telah saya ditetapkan pada jam 11.00 pagi. Hati gundah juga, bimbang terlewat.

Jam 10.32 pagi, bas No. 76 tiba di perhentian bas Ritson Street. Hebatnya Allah mengaturkan waktu, bas lewat tiba seolah menantikan saya. Alhamdulillah.

Turun dari bas sempat saya rakam foto ini. Buat bingkisan memori hari ini. Selepas itu sempat lagi ke Harold Cohen Library untuk mencetak dokumen yang akan dijadikan agenda mesyuarat nanti.

Alhamdulillah.. Semua seolah diatur oleh Allah dengan sangat rapi. Saya tiba di pejabat jam 10.51 pagi. Sempat melepaskan hela dan menenangkan diri sebelum bertemu penyelia.

Penyelia saya pun sudah bersedia. Saya lihat pintu pejabatnya sudah terbuka. Seolah-olah sedang menanti kehadiran saya. Saya masuk dahulu ke pejabat saya. Meletakkan beg dan mengambil buku catatan. Sempat lagi menulis nota ringkas untuk perbincangan dalam mesyuarat nanti.

Tepat jam 11.00 pagi, saya ketuk pintu pejabat penyelia. Sesudah bertegur sapa dan bertanya khabar, mesyuarat berjalan seperti biasa.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Mesyuarat bersama penyelia hari ini berjalan dengan sangat lancar. Betapa rapinya perancangan dan pengurusan oleh Allah SWT. 
.

Di akhir pertemuan tadi apabila penyelia berkata begini

"I am happy today. You are making good progress... "

Panjang lagi ayat yang diucapkan oleh penyelia. Saya tak ingat semuanya. Bila melihat senyuman yang terukir di wajah penyelia saya hari ini, itu sudah cukup buat saya rasa gembira. Hati berasa sangat lapang dan tenang. Walaupun saya sendiri tahu progres saya tak sebagus mana.

Tapi saya sangat percaya. Allah sentiasa ada bersama. Allah sangat teliti menjaga dan mengurus tadbir seluruh alam semesta. Semuanya berada di dalam genggamannya. Tiada apa yang perlu kita gusarkan. Apabila kita serahkan seluruh jiwa dan raga untuk mengabdikan diri hanya pada Dia.


Terus melangkah. 
Semua yang baik-baik telah Allah sediakan buat kita.


Insyaallah.


Alhamdulillah. Allahuakbar.





Yang memilih ALLAH sebagai penyelia utama

Liverpool, UK.

10.11.2016

Selasa, 3 Februari 2015

Nota Inspirasi : Doa untuk Kekasih


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Ya Allah , Tuhan pemilik semesta alam.




Aku sekarang tinggal di rumah impianku
Aku mempunyai rak buku yang amat besar
Aku punyai sofa yang sangat empuk dan selesa
Aku punya capaian internet yang pantas dan murah di rumahku
Aku punya gajet yang sangat praktikal dan yang ku idamkan
Aku langsing, sihat dan bertenaga
Aku punya kerusi urut di rumahku
Aku punya pendapatan tetap dan lumayan
Aku punya bisnes yang maju
Aku menikmati hidup yang indah dan bahagia
Aku menikmati waktu tidur yang cukup
Aku sentiasa tenang, relaks dan positif
Aku percaya hidupku mudah dan indah
Aku susun perjalanan hidupku
Aku percaya Engkau mempermudahkan segalanya
Aku menikmati hari yang bahagia dan membahagiakan
Aku suka setiap apa yang aku lakukan
Aku lakukannya dengan penuh minat dan bertenaga
Aku sentiasa memberi inspirasi kepada insan lain
Aku sentiasa dapat membantu makhlukmu
Aku sentiasa tersenyum dan ceria
Hidupku sangat indah seindah syurgamu
Aku tahu aku sentiasa dalam bimbinganmu
Aku tahu Engkau sentiasa menjagaku
Engkau sentiasa memerhati gerak-geriku
Aku percaya Engkau sentiasa ada di sisiku
Setiap saat dan ketika
Aku bahagia kerana aku ada Allah
Aku amat menyayangi suamiku
Aku selalu solat berjemaah dengan dia
Aku dapat bimbingan dan tunjuk ajar darinya
Kami saling lengkap melengkapi antara satu sama lain
Kami mempunyai hobi yang sama
Kami mengembara ke seluruh dunia
Kami menjelajah alam ciptaanmu yang indah
Kami menikmati bahagianya hidup di dunia
Kami sentiasa seronok mencari ilmu
Kami sentiasa suka berkongsi ilmu yang kami miliki
Kami suka melihat makhluk ciptaanmu juga bahagia
Kami sentiasa tenang dalam apa jua situasi
Kami saling memberi inspirasi
Kami berjaya mencapai impian kami
Kami memimpin keluarga kami
Kami sama-sama mencari cinta yang kekal abadi
Cintamu Ya Rabbi.

Amin Ya Robbal 'Alamin.




P/S : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke- 3 buat suamiku, Mr. RH. Inilah hadiah teristimewa buat abang sempena ulang tahun pernikahan kita. Tiada yang lebih bermakna, melainkan doa untuk kita terus kekal bahagia. Agar kita terus mengejar cinta Allah. Menuju bahagia dunia dan akhirat sana.




Rabu, 18 Disember 2013

Monolog #40 : Makna Hidup Ini



Hidup kita penuh warna-warni. Ada suka..ada duka. Ada tawa..dan juga airmata. Tetapi pastinya, semua inginkan ketenangan dan kebahagian di dalam hidup ini. Kerana,  hidup ini bermakna dan seharusnya memberi makna kepada kita. Bila saya flash back perjalanan hidup saya, banyak pengajaran dan pengalaman hidup yang telah tercatat di dalam diari hidup ini.





Keputusan yang saya pilih 20 tahun dulu menentukan apa yang saya ada hari ini . Pilihan yang saya buat dahulu dan jugakeputusan yang saya ambil dahulu menentukan siapa diri saya dan dimana saya hari ini. Kejayaan yang datang bukan bergolek begitu sahaja. 



Saya masih ingat lagi, saya bukanlah pelajar yang pandai. Tetapi saya tahu saya seorang yang cekal dan kuat berusaha. saya memilih untuk menjadi cemerlang dan berjaya. kerana makna nama yang diberi kepada saya Najah = Kejayaan. 


 






Keperitan hidup mengajar saya bagaimana untuk bangkit dan berjuang. kita tidak boleh menyalahkan takdir jikalau kita miskin. Mungkin ibu dan ayah kita tidak bernasib baik seperti kita. Tetapi tidak boleh mengubah nasib diri kita dengan iktihar dan usaha. Usaha saya adalah dengan menuntut ilmu. Perjuangan saya adalah mencari ilmu dan mengamalkan apa yang saya tahu dan faham. saya mencari makna hidup ini dengan ilmu juga. 






















Adalah amat penting bagi kita mencari makna kehidupan. Kita lahir ke muka bumi ini dengan tujuan. Bukan sekadar memenuhi keperluan dan tuntutan untuk hidup. Tetapi bagaimana untuk menjadikan hidup kita bermakna dan memberi makna kepada orang lain? Hidup kita kan bermakna bila mana kita mengenal Allah. Orang yang kenal Allah, takut pada Allah tidak akan tergamak untuk berbuat kejahatan dan kerosakan di muka bumi ini.









Insya allah, bila kita beri kebaikan kepada orang, kita akan dapat kebaikan juga. Dan bila kita membalas kebaikan atas keburukan yang orang lakukan kepada kita.. kebaikan akan datang kepada kita. Sekalipun ianyan perit..maafkanlah..mungkin dia tidak sedar apa yang dilakukan. 

Buangkan rasa EGO dalam diri kita.  Kita sebagai manusia juga berbuat banyak kejahatan dan keburukan. tetapi kerana kasih sayang Allah..Ya Rahman..Ya Rahim dan juga kerana sifat Ya Ghafur..kita sentiasa diberikan ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri. 

 



Buatlah pilihan yang bijak dan keputusan yang tepat. Keputusan yang kita buat masa lalu menentukan siapa kita hari ini. Keputusan dan pilihan kita hari ini menentukan siapa dan dimana kita pada masa hadapan. Alhamdulillah..saya tak pernah kesali apa yang telah saya lalui dahulu. Allah akan berikan apa yang kita minta semasa kita berdoa kepadanya. Jangan pernah kita berputus asa dan lupa bahawa Allah sentiasa ADA bersama kita.








Dikongsikan Celik Hati TV9- Makna Hidup Ini..





Wallahua'lam..





Isnin, 28 Oktober 2013

Home ALONE


Assalamualaikum


Kemanakah anak-anak anda cuti persekolahan nanti?
 Apa kata sertai Kem Home Alone yang dianjurkan oleh EMKAYS Future Training & Consultancy.








Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh hubungi : 

019-6342942 / 011-11323433 / 011-27247558

Jangan berlengah lagi. Tempat adalah TERHAD kepada 100 orang peserta sahaja.



LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)