Sabtu, 25 Disember 2010

My Notes : An Opportunity To Meet Prime Minister






Assalamualaikum YAB Dato' Seri

Saya telah menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications bersama Saudara Yusof Zaky Omar, pengasas SCHOOL OF LIFE™ dan telah melaksanakan demonstrasi prototaip SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer di YTL Communication pada 21 Disember 2010 yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan projek tersebut, saya melihat bahawa negara kita mempunyai banyak potensi untuk mengetengahkan idea dan hasil innovasi kepada seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan mampu bersaing di peringkat global.

Sebagai seorang Pegawai Latihan Vokasional yang berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, saya telah terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan latihan kemahiran / vokasional. Saya berbangga kerana dapat melatih anak bangsa Malaysia menjadi tenaga mahir yang berketrampilan kepada negara. JTM telah menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia melalui program Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan secara sepenuh masa. Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dalam melatih pekerja kurang mahir, separa-mahir dan mahir bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian melalui pelbagai kursus separuh masa.

Melalui pengamatan saya, pelajar-pelajar latihan kemahiran / vokasional masih dianggap sebagai pelajar Kelas Kedua di mata masyarakat. Latihan kemahiran juga masih kurang mendapat perhatian dan bukan merupakan pilihan UTAMA untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM. Adalah kurang bijak sekiranya masyarakat kita mengganggap latihan kemahiran negara tidak berkualiti ataupun "2nd Class" kerana modal insan yang dilahirkan sebenarnya telah menerajui kemajuan sektor perindustrian di Malaysia kini.

Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, saya berpendapat bahawa seharusnya latihan kemahiran dan vokasional ini perlu diberi perhatian yang serius setanding dengan aliran akademik seperti IPTA/IPTS yang lain. Latihan kemahiran perlu dijenamakan semula (rebranding) agar masyarakat kita sedar bahawa kemahiran dan kepandaian (IQ) haruslah seiring dan perlu dititikberatkan. Insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan moral serta berkemahiran tinggi merupakan ASET UTAMA negara yang tidak akan pupus bahkan akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa seterusnya mampu menjana perkembangan sektor perindustrian negara mahupun dunia kelak.

Saya percaya sekiranya masyarakat mula sedar dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap latihan kemahiran dan vokasional, negara kita pasti dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi yang mampu menerajui sektor perindustrian dan menjana perkembangan ekonomi negara kelak. Seterusnya, hasrat dan impian menjadi negara maju menjelang 2020 bukanlah impian semata-mata tetapi satu REALITI.

Malaysia Boleh.

Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Safinatunnajah Ahmadi
Pegawai Latihan Vokasional
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.




P/S: kawan-kawan blogger, LIKE please!!!


link : http://www.1malaysia.com.my/blog/an-opportunity-to-meet/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)