Sabtu, 11 Disember 2010

Pendidikan Awal Pelaburan Terbaik Negara


Pembangunan dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak berusia bawah lima tahun merupakan kaedah paling efektif untuk mengurangkan jurang kemiskinan rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendidikan pada usia muda merupakan asas untuk membentuk kualiti dan karismatik seseorang apabila meningkat ke usia dewasa kelak.
Menurut beliau, ini kerana sejak dari kecil kanak-kanak akan didedahkan dengan cabaran semasa dan akan datang menerusi sistem pembelajaran yang berkesan.

"Laporan Bank Dunia pada 2006 mengenai pembangunan aspek pendidikan kanak-kanak merumuskan bahawa sejak lahir sehingga usia enam tahun merupakan masa yang terbaik untuk pembinaan modal insan.
"Kanak-kanak yang dididik sedari awal pastinya bukan sekadar mampu meghadapi cabaran yang berlaku pada masa sekarang tetapi juga pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kit panduan Bagaimana Untuk Menyediakan Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Tempat Kerja. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin dan Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam, Hans Olsen.

Kit panduan itu merupakan dokumen yang akan melengkapkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) 1/2010 berkaitan pengekalan dan kebajikan kanak-kanak dalam persekitaran korporat yang dilancarkan pada 28 Januari lalu.

Pekeliling dan kit panduan itu menyentuh tentang garis panduan dan syarat-syarat penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja oleh majikan swasta.

Menurut Rosmah, dalam proses penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak di pejabat, setiap majikan perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan keperluan menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti supaya dapat membentuk tahap potensi maksimum dalam diri kanak-kanak.

"Untuk mencapai tahap terbaik dalam mencungkil potensi kanak-kanak, setiap aktiviti dan kurikulum yang disediakan perlu mengajar mereka menggunakan kesemua deria untuk meneroka pengalaman baru dalam proses pembelajaran," ujarnya.


sumber : http://permata-media.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)