Jumaat, 31 Disember 2010

CINTA seperti di dalam Al-Qur'an



Allah dicinta dan Dia mencintai. Cinta-Nya akan menyebabkan kesalahan-kesalahan orang-orang yang mencintai-Nya diampuni. Dia dicinta dengan mengikuti wahyu yang diwahyukan melalui Nabi-Nya. Firman Allah,


"Katakanlah, 'Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih.'" (3:31)
Cinta pada-Nya mengatasi segala cinta lain, termasuk cinta pada manusia yang dijadikan rakan-rakan bagi Allah, atau pemberi petunjuk, seperti Nabi, Rasul, Imam, Tok Guru, dan sebagainya. Menyamakan cinta pada Allah dengan mereka selain daripada-Nya adalah suatu kezaliman. Firman Tuhan,
"Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab." (2:165)
 
Kerana mencintai-Nya amalan-amalan kebajikan seperti memberi makan kepada orang-orang miskin, anak yatim dan tawanan perang dilakukan. Firman Tuhan:
"Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan," (76:8)
Mereka yang berbuat demikian berkata, 
“Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak menghendaki balasan daripada kamu, dan tidak juga terima kasih," (76:9).
Kaum yang Dia mencintai adalah yang mencintai-Nya, rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya, berjuang di jalan Allah dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Maksud firman Allah:
"maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela." (5:54)

Cinta manusia tidak terhad pada Tuhan sahaja. Dia selanjutnya mewujudkan cinta dan pengasihan terhadap teman-teman hidup manusia supaya mereka dapat berehat pada mereka. Ayat yang menentukannya berbunyi,
"Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan." (30:21)
Perasaan cinta yang diwujudkan Allah berterusan hingga hari akhirat. Ayat berkenaan berbunyi:
"Dan Kami membuatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar, Penuh cinta, sebaya," (56:36-37)
 
Cinta di sana mungkin berlainan sedikit kerana tanpa sebarang kesedihan. Di dunia, terdapat cinta yang membawa kesusahan. Al-Qur'an memberi contoh sebuah cinta tidak dibalas, iaitu cinta isteri gabenor pada Nabi Yusuf. Ayat yang mengisahkannya berbunyi,
"Wanita-wanita tertentu di kota berkata, 'Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami melihat dia dalam kesesatan yang nyata.'" (12:30)
Akibat cinta tersebut Nabi Yusuf dipenjara, bertahun-tahun lama.

 bersambung.....




 Rujukan: Kalimat Cinta/Sayang di dalam al-Qur'an.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)