Selasa, 14 Disember 2010

SCHOOL OF LIFE™



Program Simulasi SCHOOL OF LIFE™ yang diasaskan oleh The Finishing Academy of Malaysia ini dikesan oleh MINDA sebagai sesuatu yang hebat dan unik kerana kaedah pembelajaran yang diperkenalkan tidak berpijak pada kaedah konvensional dan pendekatan yang digunakan sangat ringkas, santai dan menghiburkan serta dapat dijadikan medium alternatif penyampaian ilmu dan medium menurunkan pengalaman dan ianya boleh diubahsuai kepada pelbagai kumpulan sasar iaitu pelajar menengah/rendah, pelajar IPTA/IPTS, kakitangan awam/korporat, usahawan dan OKU.

Terdapat beberapa produk dari program ini iaitu Latihan Korporat, Simulasi Dari Rumah, Slot Acara dan juga boleh dijadikan program TV.

Simulasi Dari Rumah adalah dalam bentuk yang menghiburkan dan santai yang boleh dibuat di mana sahaja seperti dalam bas, sambil menonton TV, ketika rehat dan ketika menunggu rakan di restoran atau di mana sahaja yang terluang seorang diri atau boleh juga membuat simulasi ini dengan keluarga dan rakan.
Asasnya ialah melalui ‘Peta Simulasi’ dan simulasi ini dilakukan untuk mencapai sasaran dalam tempoh yang paling cepat. Kejayaan simulasi bergantung kepada keseimbangan penghasilan kekayaan dan nilai diri.
Data kewangan silam  amanah saham, saham, bon, emas, sukuk, hartanah, peluang perniagaan dan semua bentuk pelaburan yang berada di persekitaran  dan yang boleh diambil faedahnya oleh golongan makan gaji atau ahli perniagaan dalam mengurus kewangan peribadi dihimpun dalam dua bahagian iaitu Senario Suka/ Subur dan Senario Duka/ Tandus yang berada dalam kitaran ekonomi dijadikan situasi untuk pilihan dalam simulasi ini.

Dengan strategi dan kepintaran, maka pilihan dan keputusan yang tepat perlu dibuat untuk mencapai sasaran dalam tempoh yang singkat tetapi nilai diri perlu dikutip untuk digunakan dalam meniti ‘Jalan Neraca’  untuk ke ‘Tapak Sasaran’.

Nilai ini boleh sesuaikan kepada subjek, mata pelajaran dan perkara-perkara yang perlu diingat jika ianya untuk edisi pelajar UPSR, PMR, IPTA atau modul sesuatu latihan bagi memangkin daya ingatan.
Ianya boleh juga dimasukkan dalam mana-mana latihan korporat pada akhir sessi bagi menguji kefahaman dan keberkesanan sesuatu program latihan dan sangat berguna kepada pihak sumber manusia untuk menilai dan mengumpul data kefahaman peserta.

Ianya telah diuji mulai January 2010 untuk semua peringkat umur dan pendidikan dan terbukti dapat memangkin daya ingatan, membuka minda kepada bentuk pelaburan yang positif seperti menjauhi ‘main saham’ tetapi ‘melabur’ dengan bijak dan ‘sabar’, memberi kesedaran kepada masalah utama dalam pelaburan iaitu emosi, memberi fokus kepada kerjaya kerana kebebasan kewangan adalah milik sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan kerjaya, memberi keyakinan untuk belajar bersungguh-sungguh kerana kesukaran yang lebih jika tanpa pendidikan, kesungguhan menabung kerana dapat melihat kehebatan penjanaan pendapatan dan keajaiban faedah kompaun, dapat melihat kebaikan kaedah Dollar Cost Averaging dalam pelaburan, dapat menghargai masa dan dapat menerima maklumat atau nasihat yang disalurkan kerana ianya disampaikan dalam bentuk santai dan menghiburkan.

Pada 9hb Oktober 2010, SCHOOL OF LIFE™ telah terpilih antara inovasi berkualiti tinggi dalam Malaysian Inventors Challenge 2010 yang dianjurkan oleh Sirim, Mosti, Proton dan TV3 . SCHOOL OF LIFE™  Alat Asas dengan saiz A5 yang mudah dibawa ke mana sahaja dan akan diisi dengan data kewangan silam untuk diambil manfaat dari sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)