Isnin, 27 Disember 2010

My Story : Putus CINTA??

CINTA vs AIRMATA

Cinta dan air mata..memang tak dapat nak dipisahkan. Kalau jatuhnya airmata sebab gembira tidak mengapa. Tapi selalunya kita menangis kerana cinta sebab TERLUKA dan KECEWA. Erm.. baru2 ni jumpa kawan lama masa belajar kat UPM dulu. Mini reunion la katakan.. Seronok sangat jumpa mereka. Tapi dalam masa yang sama ramai berkongsi cerita yang mereka kecewa & putus cinta. HUH!!




Putus cinta memang la sesuatu yang membuatkan sesiapa pun sedih..terluka..kecewa..frust dan semua yang sewaktu dengannya. Saya sendiri pun pernah DERITA sebab putus cinta. Apatah lagi hubungan tu sudah terjalin sangat lama.. dekat 8 tahun ... dengan restu kedua orang tua kedua belah pihak.. Saya fikir hubungan kami pasti berkekalan sampai ke AKHIRnya..


Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia boleh membolak-balikkan hati manusia. Insan yang dulu mengatakan dia AMAT mencintai saya.. berjanji akan SETIA hingga ke hujung nyawa (kononnya...) dan pelbagai janji MANIS & SUMPAH palsu diberikan pada saya. Sebagai wanita biasa yang pada masa itu belum mempunyai APA-APA.. masih comot.. tak pandai BERGAYA. mungkin masih kurang CANTIK dimatanya.. sayaTEWAS di tangan wanita lain yang lebih CANTIK dan BERGAYA.




Segala pengorbanan selama 8 tahun ditepis begitu sahaja kerana dia memburu CINTA yang BARU yang lebih menyeronokkan baginya. Walaupun pada masa yg itu pinangan telah diterima..itu semua tak meninggalkan kesan kepadanya...semua tangisan & pujuk rayu tidak memberi apa-apa makna. Lemahnya seorang wanita di mata lelaki pada saat itu.


PASRAH...




Akhirnya saya pasrah. Mungkin Allah telah memakbulkan semua doa saya agar DIA tunjukkan pada saya jalan yang BENAR dan semua KEBENARANnya. Walaupun PAHIT terpaksa saya telan juga. Bukan mudah untuk saya melupakan semua itu dan berdepan dengan situasi paling SUKAR dalam hidup saya. Tapi saya sangat bersyukur kerana Allah SAYANG saya melebihi cinta2 manusia yang lain. Dia sentiasa pelihara saya. Dia beri hidayah.. Dia beri pertolongan dan kekuatan yang Maha HEBAT. 


Walaupun pada mulanya saya tidak YAKIN yang saya mampu menempuhinya. Tapi kini ALHAMDULILLAH.. Saya dapat melihat dan merasai semua hikmah & hikmat disebalik semua yang  telah saya alami. Saya mampu BANGKIT dari KEGAGALAN. Kini saya jadi wanita yang lebih KUAT.


SAHABAT...


Kepada sahabat2 yang sentiasa menyokong saya di kala susah & senang.. TERIMA KASIH. Saya sangat SAYANG pada kalian semua. Tanpa kalian..saya tak mampu hadapi semua itu. Kini..masa kalian pulak yang tiba. Kita semua tak mahu ianya terjadi.


Tapi apakan DAYA.. Allah Maha Mengetahui SEGALANYA.. Percaya lah pada segala KETENTUANNYA. Dia merancang sesuatu yang LEBIH BAIK untuk kita. Saya telah mengalaminya. PERCAYA & YAKIN pada diri. Allah tak menjadikan sesuatu itu SIA-SIA. Besar Hikmah disebaliknya. 


Moga kalian semua TABAH & SABAR. Doa ku sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu SAHABAT. Kita semua sama..hanya INSAN yang LEMAH...




Ya Allah...Ampunilah segala dosa-dosaku. Jadikanlah aku HAMBAmu yang sentiasa mengingatimu di dalam apa juga keadaan dan situasi..SUSAH & SENANG.. Ku tahu CINTAmu adalah cinta yang paling AGUNG!!!



...AMIN..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)