Khamis, 4 Oktober 2012

Ceritera BAJET 2013






BAJET 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia secara terang-terangan membuktikan bahawa kerajaan begitu serius dan komited menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Menerusi peruntukan di peringkat sekolah menengah menerusi pendidikan teknikal dan vokasional, juga kepada lepasan sekolah menengah dan menaiktaraf peralatan latihan kemahiran dilihat sebagai pelengkap dalam konteks membangunkan modal insan berkemahiran yang mempunyai minda kelas pertama dan berpengetahuan tinggi.


PERKARA 1: TAHUN 2013, SEJUMAH RM 3.7 BILION AKAN DISEDIAKAN UNTUK MELATIH PELAJAR DALAM BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia menyambut baik kesungguhan kerajaan untuk pembangunan belia berkemahiran dalam usaha secara holistik menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Saya berkeyakinan peruntukan yang akan diagihkan kepada semua kementerian yang menjalankan latihan kemahiran mampu merealisasikan hasrat itu.


Sasaran negara mencapai 40 peratus tenaga kerjanya adalah tenaga kerja berkemahiran tinggi akan tercapai menerusi gerakan bersepadu semua institusi latihan kemahiran awam dan swasta (ILKA/S). Ini benar-benar menjadikan Persijilan Kemahiran Malaysia di martabatkan dan pelaburan domestik dan antarabangsa akan lebih meningkat dengan keyakinan sistem latihan sedia ada mampu melahirkan tenaga mahir secara berterusan.


PERKARA 2: PERUNTUKAN RM 440 JUTA KEPADA PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK) BAGI MEMBERI PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA BELIA YANG MEMILIH LATIHAN KEMAHIRAN DIPERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 1 HINGGA 5


Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyelami dan mendegar denyutan nadi para belia berkemahiran yang rata-ratanya adalah dari golongan tercicir akademik, keluarga berpendapatan rendah, miskin dan luar bandar. Menerusi peruntukan yang dilihat agak memberangsangkan ini, saya menaruh keyakinan agar sistem kuota yang diamalkan oleh PTPK akibat kekurangan dana dalam member bantuan pinjaman dapat di hapuskan. Maka dengan itu, lebih ramai golongan sasar berkenaan akan berpeluang menjalani latihan kemahiran seterusnya menempatkan diri dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir untuk keperluan industry negara. Pada masa yang sama juga, Institusi Latihan Kemahiran (ILKS) di sarankan agar dapat meningkatkan lagi kualiti latihan dan juga penambahbaikan fasiliti dalam memastikan mutu latihan benar-benar menepati keperluan industri negara. Diulangi sekali lagi, menjadi satu harapan besar agar sistem kuota yang diamalkan kini dapat dihapuskan supaya 40,000 orang belia yang dinyatakan di dalam pembentangan Bajet 2013 ini benar-benar menikmatinya.








PERKARA 3: SEBANYAK RM366 JUTA BAGI MENAIK TARAF SERTA PEMBELIAN PERALATAN DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) DAN INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN)


Pembangunan belia berkemahiran tidak hanya mencakupi soal latihan sahaja, tetapi kelengkapan latihan yang memenuhi keperluan industri juga perlu seiring. Saya melihat, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan adalah sebagai pelengkap dalam melahirkan tenaga mahir untuk keperluan industri. Dengan adanya peruntukan ini, institusi latihan kemahiran awam terbabit seharusnya lebih menumpukan kepada kursus atau program yang berkemahiran tinggi atau pun yang mendapat permintaan tinggi industri seperti automotif, perhotelan, pelancongan,gas dan minyak dan perkapalan.


PERKARA 4: PERUNTUKAN SEBANYAK RM 50 JUTA UNTUK MELATIH 3,200 ORANG BELIA INDIA BAGI MEMPERLENGKAPKAN MEREKA DENGAN KEMAHIRAN YANG AKAN DI KENDALIKAN OLEH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN KOLEJ-KOLEJ DI BAWAH PERLAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah sebuah sistem terbaik di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di mana ianya melibatkan secara terus pihak industri di dalam pembangunan latihan. Dengan adanya insentif ini, diharapkan lebih banyak institusi latihan kemahiran swasta (ILKS) akan tampil membantu kerajaan dalam melahirkan lebih ramai lagi golongan belia berkemahiran. Pihak industri yang seringkali mengeluh kerana kekurangan tenaga kerja disarankan mendaftar sebagai rakan kerjasama menerusi sistem ini yang diyakini mampu mengatasi masalah tersebut.


Akhirnya sekali, ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran serta para pejuang pembangunan belia berkemahiran yang bersungguh-sungguh mahukan Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Tahniah semua.


petikan dari : sini



Komen saya pula bagaimana?? Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memartabatkan latihan vokasional & kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi. Moga matlmat tersebut dapat dicapai dan diharapkan semua pihak KSM, MOE, MOHE dan lain-lain agensi terlibat dapat menggembling tenaga merealisasikan hasrat murni ini. Peruntukan RM 3.7 Billion bukan nilai yg sedikit... Ketelusan & integriti yang tinggi perlu diterapkan agar semua objektif dapat dicapai dan pelaksanaan mencapai sasaran yang diharapkan.
sekian. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)