Khamis, 18 Oktober 2012

Semanis Kurma.. Manisnya Ustazah Siti Nor Bahyah..

Assalamualaikum wbt.


Siapa tak kenal Datuk Ustazah Hjh Siti Nor Bahyah?? Pengacara program SEMANIS KURMA yang ke udara di TV 9 setiap hari Khamis (Malam Jumaat @ MJ) jam 9.30 malam. Personaliti ni amat saya kagumi. Ibu saya sangat meminati beliau. Saya bertemu muka dan dapat mendekati beliau semasa menghadiri Seminar Setaiusaha Kebangsaan di UiTM Shah Alam pada tahun 2008. Itulah kali pertama dapat berjumpa dengan beliau. Bila dapat peluang untuk mendekati beliau saya pun tak lepas peluang untuk minta autograf dan bergambar dengan beliau. Sempat saya sampaikan salam ibu saya pada dia dan saya beritahu dia yang ibu saya amat meminati beliau dan takkan ketinggalan mengikuti ceramah beliau. Masa itu, memang rasa sangat terharu dan seronok. Saya amat mengagumi beliau yang begitu lemah lembut dan memikat hati. Kalau dengar ceramah yang beliau sampaikan memang tak jemu walaupun dengar berulang kali. Hebatnya personaliti ini. Saya juga penah mengikuti kursus yang bersama suami beliau Ustaz Wan Akashah semasa Kem Kepimpinan MTM Kolej 11. Tak silap masa tahun 2006 sewaktu saya menjadi Presiden di Kolej 11. Dah lama tak jumpa dia..tapi dapat jumpa hari2 di FB.. hehehe




Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah


Kenapa saya tetiba tulis cerita pasal dia?? hehehe.. Hari Selasa yang lepas...saya dapat email ini...






Rasa macam mimpi jadi kenyataan!! Seronok sangat!! Tapi sebenarnya lebih berdebar, macam tak percaya je dapat peluang ni. Saya ingat sahabat saya Shadiya Abbas main-main bila dia tanya saya nak tak jadi tetamu jemputan Semanis Kurma. Saya yang selalu terover excited ni terus je kata NAK!!!! 

Mula-mula ingat nak rahsiakan dari semua orang. biar suami saya je yang tahu. Tapi...tu la..saya ni kan ringan mulut. Tak dapat bendung perasaan dan debaran hati sendiri.






Dalam sibuk nak cari bahan dan siapkan skrip bila ke udara secara langsung nanti..sempat la jugak minta komen kawan2 saya di muka buku...






Macam-macam input berguna yang boleh saya muatkan dalam skrip saya. Terima kasih kepada semua kawan2 yang banyak menyokong saya. Jasa & kasih sayang semua amat saya hargai... (bajet ayat macam artis popular???)


Kalau takde kawan2 semua siapalah saya. Saya ni bukan banyak pengalaman pon. Kawin pun belum sambut anniversary lagi... Apa sangat la yang saya tahu dan faham tentang asam garam rumah tangga ni kan? Tapi takpe la.. orang kata peluang tak datang banyak kali. Tapi sebenarnya saya dah dapat banyak peluang tetapi saya TOLAK.. sebab saya belum bersedia. Dah lama dah sahabat saya ni pujuk saya muncul di TV. tapi siapa lah saya? Insan kerdil yang masih kurang ilmu. Mana layak nak memimpin orang lain.

Tapi kali ini, saya kasihan pulak nak tolak permintaan sahabat suka duka..tawa dan air mata saya.. Terima kasih Shadiya Abbas keran memberi peluang & kepercayaan kepada saya. Anda memang sahabat saya dunia & akhirat. Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke syurga... Saya sangat SAYANG awak kerana ALLAH.


Skrip pun dah siap ni.. Aduhai ntah saya ingat tak apa yang telah saya taip ni...



Sebenarnya ada 4 soalan. apa soalannya? Kena la tengok TV9 malam ni jam 9.30 malam. Semanis Kurma.. isu.. ISTERI BUKAN BIBIK!!!... hehehe jumpa kat depan TV ye!!!



ada gaya macam ustaz & ustazah tak?? hehehe


Kawan-kawan semua..doakan saya dipermudahkan segalanya malam ni. Saya sangat nervous ni... risau sangat. tak pernah masuk tv.. (ye ker?? bukan pernah masuk Melodi ke dulu??) tu lain la.. tu masuk sebab tempias duduk ngan artis.. kali ni saya kena interview. pastu duduk sekali dengan personaliti hebat pulak tu. keciknya saya!!! hehehehe


Okey la.. Jumpa malam ni ye!!! 

Wassalam






2 ulasan:

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)