Jumaat, 19 Oktober 2012

Semanis Kurma...Manisnya Kenangan itu...

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Di hari yang penuh keberkatan dan barakah ini. Pagi ini hujan renyai-renyai. Nyaman sangat rasanya. Terjaga dari lena yang tak berapa nak lena kerana malam tadi susah nak lelapkan mata. Malam Jumaat @ MJ la katakan... hehehe.. MJ paling bermakna buat kami suami isteri.

Kawan-kawan semua sempat tak tonton Semanis Kurma di TV 9 jam 9.30 malam tadi?? Sapa tak tengok rugi sangat tau. Lagi-lagi untuk isteri berkerjaya. Banyak tips dan ilmu yang amat berguna untuk diapllikasikan bersama. Topik malam tadi ialah ISTERIKU BUKAN BIBIK. Saya ada tulis sedikat entry sebelum bersiaran bersama personaliti terkenal Ustazah Siti Nor Bayah Mahamood dan CR Haji Hushim.


bersama barisan personaliti hebat..terasa kerdilnya saya....


Saya nak kongsi sedikit pengalaman yang takkan mungkin saya lupakan seumur hidup saya ini. Siapa sangka dapat bersiaran secara langsung dan muncul di TV9 malam tadi. Ramai yang bertanyakan pada saya bagaiman saya boleh dijemput?? Sukar nak jawab sebenarnya. Ada yang tanya..adakah saya yang mohon untuk dijemput?? huhuhu..kelakar punya ada.. mana boleh mohon cik kak.. Bukan ada borang permohonan untuk diisi pun untuk terpilih ke program hebat tu.

Pada saya, peluang keemasan ini datang dengan tiba-tiba. Saya mendapat panggilan pada hari Selasa yang lepas daripada pihak penerbitan rancangan Semanis Kurma. Terima kasih kepada krew yang menjemput saya. Terima kasih atas peluang ini. Syukur padamu Ya Allah kerana mengizinkan saya muncul di kata TV secara LIVE pulak tu.

Mula-mula menang saya tak percaya sangat. Orang pertama di pejabat yang tahu adalah kak Idharoyani. Saya tunujkkan email berkenaan soalan yang akan diajukan di rancangan tersebut. Dalam nada menjerit..macam tak percaya...dia tanya..betul ke?? Memang rasa excited sangat!!! Tuhan je yang tahu macamnya perasaan saya. pastu mula lah jadi bual mulut di pejabat. Sebelum pulang ke rumah hari tu, saya minta pandangan kauselor di pejabat saya...merangkap sahabat saya juga. Pn Noorziha... Saya tanykan pada dia apak perlu saya jawab nanti?

Saya amat baru di dalam alam rumah tangga. Belum pon setahun jagung. Apa la sangat yang saya tahu dan faham tentang asam garam rumah tangga ni. Tapi tu la..saya suka berkongsi dengan kawan-kawan saya yang lebih berpengalaman. Kalau nak tanya pengalaman saya sendiri yang tak seberapa ini..entahlah...

Keesokan harinya saya mula la tulis skrip..konon takut tak tahu nk jawab apa kan bila Ustazah Siti Noor Bayah tanaya nanti. Taip skrip bukan main panjang berjela lagi. Tak silap saya 8 muka surat jugak la untuk jawapan bagi 4 soalan yang bakal ditanyakan nanti..

Bila tiba hari Khamis..debaran semakin terasa..rasa semua serba tak kena. Takut..Risau..Gementar..Teruja pun ada. Mula la bermain di fikiran nanti baju apa sesuai nak pakai..tudung warna apa..kasut apa..tu pun nak kena fikir sebab nak masuk TV punya pasal. Semua orang nak tengok nanti.. (macam la orang nk tengok saya??)

Alhamdulillah..kerana kata-kata semangat dari kawan-kawan yang tak putus...dari FB..SMS..siap ada yang call jugak!!! Terima kasih kawan2. Balik je dari pejabat terus pecut laju-laju sampai rumah. Samapi rumah pon dekat pukul 6.00 petang. Suami saya tak balik lagi dari sekolah. Mandi dan solat Asar dulu. 6.30 petang..suami tak sampai lagi. Aduhai.....mana dia pergi ni??

Suami sampai je dekat kul 7.00 malam saya suh cepat2 mandi dan pakai baju yang dah saya sediakan tuk dia. Mula-mula dia macam tak nak pakai sebab dia kata nak pakai baju melayu pulak. Adoi..nape tak cakap awal2 abang???? Tapi dia pakai jugak la baju yang saya pilih tu.

Selepas Solat Maghrib berjemaah bersama...Doa yang dipanjatkan oleh suami agak panjang pulak kali ni. Ke sebab hati dah berdebar jadi rasa masa tu berjalan lama sangat?? Bersalaman dan peluk suami sambil cium dia...sambil masih mencuba untuk memujuk agar dia ke udara sekali bersama.. tetapi HAMPA... Dia masih dengan pendirian dia. Tak mahu muncul di TV bersama saya. Takpe la... Nak buat macam mana. Degil jugak suami saya ye... Tahu la Guru DISIPLIN kat sekolah.... sikit pun tak makan pujuk tau!!

 Lepas tu terus make-up dan touch up. dan tepat jam 7.45 terus memandu ke Sri Pentas. Tapi dalam perjalan sempat singgah kat McD.. alas perut sebab lapar la pulak. Sambil suami memandu.. saya layan dia makan...adegan suap-menyuap berlaku...suami saya kan MANJA... hehehe... masa dalam kereta pun ramai yang call tanyakan betul ke kami akan muncul di Semanis Kurma malam ni??

Tiba di Sri Pentas jam 8.30 malam. Terus call penerbit Semanis Kurma Pn. Shadiya Abbas?

Saya : Assalamualikum Shadiya..
Dia : Walaikumsalam...Kat mana ni??
Saya : Ady, minta maaf banyak-banyak. saya nervous sangat la. Tak boleh la nak penuhi jemputan awak malam ni. Saya takut la....
Dia: Ha?? (terkejut!!) Najah, awak jangan la macam tu.. Siaran Langsung ni. Macam ne nak cari pengganti ni.. (pasti Ady risau sangat time tu...)
Saya: Ala..saya betul-betul tak boleh la. Takut la..
Dia : ......(terdiam)
Saya: hehehe..acah je la...Dah sampai la... Kat depan Sri Pentas ni. Saja je.. Cuak yer.. Hahaha (boleh melawak lagi..Siapa tak cuak..Siaran langsung wei..kalau rakaman ok lagi...)
Dia: Heeeee...sabar je la..ok2. 
Saya : Jangan la marah..saje nak gurau la...macam ne...boleh terus masuk parking ker??
Dia: yela..mahu tak cuak kan.....Aha..masuk terus jer..beritahu awk tetamu jemputan Semanis Kurma...

Hahaha...Sorry la sahabat.... Bukan apa.. Saje je gak nak tengok awak macam ne. Nasib baik xde sakit jantung kan??? Masuk je terus dapat parking  VVIP kot. Betul2 depan lobby tu...Boleh pulak sambung makan McD tu dalam kereta..

Terlihat kelibat CR Haji Hushim dan isteri di pintu masuk. Kami pun turun dan tunggu dulu kat lobby tu. Sempat la posing sambil tengok Buletin Utama.

nampak tak muka nervous??

suami tengah bagi kata2 perangsang la konon...


Tak lama kemudian, krew Semanis Kurma turun dan jemput kami ke holding room. Bertemu dengan CR Haji Hushim dan isterinya. Sempat beramah mesra sambil menunggu ketibaab Ustazah & suaminya. Suami saya rancak berborak keran rupanya mereka dah kenal lama. Tuan Haji Hushim pernah terlibat dengan program bersama suami saya dan rupa-rupanya dia pernah offer nak carikan jodoh untuk suami saya. Nak ustazah...cikgu matematik..cakap je yang macam mana nanti dia carikan. Amboi....nasib baik la tak sempat...saya dah sambar dulu. Kalau tak melepas la saya...heheheh

Tak lama kemudian Usatazah Siti Nor Bayah pun sampai.. Saya terus bersalaman dan cium tangan Ustazah. Ya Allah...terkesima seketika. Betul ke ni?? Berbual dengan Ustaz Wan Akshah dan bercerita yang Ustaz pernah bagi ceramah motivasi masa saya berada di Kolej Sebelas UPM dulu. Ustaz masih ingat rupanya. Sebab yang bawa ustaz ke Kolej Sebelas kami yang tercinta tu..adalah rakan sekerjanya yang juga suami kepada pengetua kolej ketika itu.. Pn. Hajah Rosnani...dia lah orang yang banyak menyokong saya semasa saya menjadi Presiden Kolej Sebelas dulu. Saya ingat lagi yang saya pernah jumpa dia sebab nak letak jawatan. Dia dan suaminya kata.. Najah..takkan la belum pun pergi berperang..Najah nak berundur dan tarik diri?? Tidak kah macam seorang yang penakut dan bacul?? (lebih kurang la kot dialog tu..) hehehe.. memang saya penakut...saya tahu saya tak layak jadi Presiden. tak pernah pun mimpi nak jadi ketua kepada kira-kira 800 orang pelajar kolej. Ramai lagi yang layak? Banyak kata-kata semangat dia beri. samapi nak nagis saya tau....(sadis la pulak bila kenangkan semua memori masa belajar dulu..)

Eh...dah meleret pulak cerita saya....Okey...Ustazah masa tu tengah bersiap dan make-up. pastu turn saya pulak make-up. Hehehe..rasa macam artis pulak ada orang make-up kan saya. Tapi dia tak make-up sangat sebab dia kata saya make-up dan ok. Cuma dia bwt shading sket dan touch up bedak nak bagi muka tak berkilat sangat. Seronoknya....(feeling artis.....)

Pastu siap-siap pakai mikrofon tu.. Susah gak nak pakai sebab kita bertudung...pastu mic tu goyang2 bila kita bergerak. Krew tolong pakaikan sebab saya memang tak reti.. Pastu terus bergerak ke Studia C. Bestnya....masa berjalan tu rasa macam mimpi jadi realiti jer...pernah mimpi macam ni...orang kata deejavu....(ye ker??)

Masuk studio..ada banyak set rupanya... Saya selalu ke Sri Pentas. Tapi saya tak masuk studio. Teringat kenagan masa Form 5, masa lawatan beramai2 ke Sri Pentas. Hehehe.. hari ini semuanya jadi kenyataan... Alhamdulillah...

Saya masih berdiri dan nervous. Risau dan takut. Ustazah dan Ustaz dan ambil tempat. Pastu saya dijemput masuk ambil tempat sebelah Ustazah Siti Nor Bayah. Ya Allah!! Betul ke ni?? Saya macam tersentak dari mimpi-mimpi indah.. Ha?? Dah nak start ke ni Ustazah?? Saya tanya ustazah..betul ke nanti dalam TV kita nampak gemuk?? Ustazah kata..kita nampak lebih besar 30%. Ha?? alamak?? rasa menyesal plak tak kuruskan badan..kalau tahu saya nak masuk TV macam ni..awal2 saya dah DIET!!!!!! Ah...semua dah terlambat Najah...Dah nak ON AIR la......

Saya terus pandang kamera..Ada 3 kamera. Krew bagi arahan untuk testing mic. Saya terdiam..Ha..nak cakap apa...testing 1..2..3..ke?? Sebut nama...Saya Safinatunnajah Ahmadi bersiaran bersama anda di dalam Semanis Kurma dengan topik kita hari ini ISTERIKU BUKAN BIBIK....ceh...bukan main lancar lagi...(tu testing jer)

Tapi bila betul2 dah ON AIR...lain pulak ceritanya ya.... apa yang berlaku?? kita tunggu selepas iklan komersil ini.....hahahahhahahaha.....


                             

terima kasih kepada  my Ex-Bos yang sempat capture pic ni.. Mohamad Ammar Kamilin...




p/s: nanti sambung balik..nak g shopping dan lunch!!!! Okey bye!!!








4 ulasan:

  1. Nak tanya soalan sama gak. Mcm mn kak najah dpt jd jemputan ni, hebatnya....saya dah record utk episod ulangan sb ketingalan smlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...kawan akak personaliti glamor Noor...akak tumpang tempias la.....

      Padam
  2. salam akak..saya tgk akak semalam dlm tv..arini terus add akak tuk jd kawan saya dlm fb..selamat berkenalan yer..best semalam...tahniah..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam yaya...selamat berkenalan.. kat Fb awk guna ID per???

      Padam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)