Asam garam kehidupan, kita tak selalu dapat apa yang kita mahukan. apa yang kita miliki tak mungkin kekal abadi. begitu juga cinta... tak semua cinta bersatu... cinta yang telah bersatu pun boleh terlerai.. hakikatnya, tiada apa milik kita. semuanya milik Allah juga. Semua hanya pinjaman buat kita di dunia ini.
saya pernah tulis entry tentang mengapa kita ditemukan dengan orang yang salah. Dulu saya selalu bertanya pada diri...
mengapa mesti saya kecewa??
mengapa mesti saya dicurangi??
mengapa mesti saya disakiti??
saya seoarang yang terlalu menjaga hati orang lain. Saya seorang yang kadang kala terlalu lurus dan tidak tahu bersangka tidak baik. Oleh kerana itu, saya mudah tertipu. saya mudah terpesona dengan kebaikan dan janji manis yang ditaburkan orang pada saya. saya mudah percaya. Saya mudah meletakkan harapan dan memasang impian pada sesuatu yang belum pasti.
Sebagai insan kerdil di muka bumi ini, saya pasrah akhirnya. Kerana saya tahu mengapa Allah menemukan kita dengan orang yang salah. Mengapa??
Beginilah jawapannya...
Beginilah jawapannya...
- supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
- supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
- supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
- supaya kita dapat kasih sayang terbaik khas untuk diri kita. .
- supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
- supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya
- supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya
- supaya kita lebih faham bahawa cinta terbaik hanya ada bersama Allah.
- orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
Benar.. hikmahnya amat besar sekiranya kita mengambil setiap perkara negatif yang berlaku dalam hidup kita melalui perspektif yang lebih positif. Apabila kita dapat mencari kebaikan dalam keburukan. Apabila kita dapat melihat pelangi selepas hujan membasahi bumi.
Benar.. setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. setiap keburukan akan dibalas dengan keburukan. Kitalah insan yang paling beruntung sekiranya kita dapat mencari sebutir permata yang terpendam dalam selut lumpur penuh noda. Kita insan yang bertuah apabila kita mampu bangkit kembali dari kegagalan masa lalu. Pastinya kita akan menjadi orang yang lebih berjaya di masa akan datang.
Percayalah....Allah tidak penah menganiaya hambanya... Allah tidak pernah zalim pada kita. Allah Maha Pengasih...Allah Maha Penyayang...Dia tidak pernah melupakan kita. Sedangkan kita selalu alpa dan lupa serta ingkar dalam mentaati suruhannya.
benarlah kata pepatah...
"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis
supaya awak sedar bahawa awak layak
mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum"
(Shafaza Zara, 2011)
Dan...Allah telah mendengar rintihan hati saya... dimana akhirnya dia memakbulkan doa saya. Terima Kasih Allah..terima kasih kerana mengizinkan dia hadir dalam hidup saya..merawat segala kelukaan dan kedukaan...diganti dengan kebahagian yang tidak berbelah bagi....
Buat insan tersayang....
Terima kasih Sayang kerana hadir dalam hidup saya. Awak memberikan SINAR baru dalam hidup saya. Saya amat bersyukur pada Allah kerana akhirnya dia menemukan saya dengan orang yang TEPAT. Setelah berbagai liku dan ranjau kehidupan yang pernah kita lalui dulu, kini kita sama-sama sedar bahawa pengalaman lalu mengajar kita tentang kehidupan. Menjadikan kita insan yang lebih MATANG untuk menempuhi cabaran dan melayari bahtera kehidupan. Semoga awak adalah JODOH terbaik pilihanNya buat saya.
Terima kasih sayang..... I ♥ U Sayang......
p/s:
cerita cinta kami boleh dinovelkan tau...hehehehe
tahniah sis..
BalasPadamalhmdulillah,akhirnya kegembiraan menjelma kan..
syukur..
setiap masalah insyaALLAH ada penyelesaiannyaa
BalasPadamtu la..hadiah hari jadi terbaik seumur hidup ni... Tq kepada semua yg mendoakan....
BalasPadampenulisan ko dah cukup cantik najah...sila bukukan...tahniah n alhamdulillah...semoga berbahagia selalu
BalasPadamye ke hawa...sedang dalam usaha memperbaiki hasil penulisan ku..memang bercita-cita begitu...hehehe
BalasPadam