Jumaat, 16 September 2011

Monolog # 3 : Bicara hati







Duduk termenung didepan laptop melihat keluar jendela. Terasa angin sejuk bertiup, mengigil, dirasai hingga ketulang. Dipandangnya kedinding sambil mengusap rambut yang semakin hari semakin panjang. Dibukanya pautan Facebook, refresh, refresh, refresh, hampir berpuluh kali diulangnya benda yang sama. Right click dan refresh lagi. Menggosok gosok mata dan merungut kecil didalam hati "datang lagi penyakit hati, uughhhh."

Seketul darah hitam yang beku dikurniakan Allah diletakNya disebelah kiri dada. Sangat signifikan nilainya. Apabila dirasakan diri aku sedikit tergelincir dijalan tarbiyyah, hatilah yang bisa memberi isyarat. Bila mana titik titik hitam kembali menapak dan ingin menebal kembali, akan ada perasaan yang sukar digambarkan. Seolah perasaan kosong dan resah itu mahu kembali menunjukkan diri.

Aku kira ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendakinya. Mesti akan ada saat saat segala benda dirasakan tidak kena. Saat saat begini, mulalah kalut mencari Al Quran dan berdoa bagai nak rak. Pointnya disini, tidak kiralah ape sahaja cara untuk menyembuh kan hati itu akan muncul juga rasa tidak senang itu. Berulang, penyakit hati. Yang membezakan antara kita, seberapa cepat rasa itu muncul, dan seberapa kerap ia tiba.

Ada orang, rasa ini muncul hampir hari hari. "Oh hari ni tersentuh wanita bukan muhrim", terus rasa resah (hati). "Oh hari ni terlihat aurat seorang wanita bukan muhrim, lagi" (gagal lagi). "Alaaa hari ni satu muka surat pun tak belek Al Quran". Makin terkumpul dosa dosa dan segala macam maksiat makin cepat hati rasa resah. Terlebih gurauan, tergelak tak ingat dunia "ahhh hati makin kotor!". Hati perlahan lahan mengeluarkan isyarat tidak senang. Bagi yang cepat sedar akan rasa itu, Alhamdulillah. Masalah yang besar bila rasa ini tidak timbul timbul. Ditunggu tunggu, tak muncul muncul.

Membimbangkan dan malah mengejutkan, rasa tidak senang itu muncul enam bulan sekali, iaitu bila nak final exam. Time ni tunggang terbalik, rajin solat hajat. Solat selalu ontime. Iye lah nak result gempak. Malah lagi teruk, setahun sekali, ketika Ramadhan tiba. Nauzubillah. Mulalah, bercakap pasal agama, status facebook pun nak share tazkirah je memanjang. Eh nak mati ke ni tiba tiba macam ni? Ini lah tindakan tindakan refleksi bila hati kesakitan. Dan Allah itu maha pemurah. Bila hati sakit, hambaNya pasti meminta. Dan biasanya Allah akan bagi. Secara perlahan akan rasa tenang kembali. Seminggu kemudian, habis exam, Ramadhan berakhir, mula balik tabiat lama. Keluarlah segala macam lagu mengarut di wall. Tweet pun segala benda yang cacamarba. Itu sudah menjadi cycle. Bagi manusia yang normal.

Tapi bukan itu yang ku mahu. Aku tak mahu jadi normal. Aku tak suka cycle ini. Jenis tarbiyyah, taubat mee segera. Susah cari Allah. Senang cari hiburan. Apebenda? Nilai iman yang tinggi ku kira bila waktu paling gembira dan bahagia tapi masih ada iman dan agama yang kukuh disisi. Apetah lagi waktu bersedih, Allah lah menjadi tempat mengadu. Oleh itu ape yang aku perlu lakukan? Jeng jeng jeng. Kuncinya, tarbiyyah kan diri sendiri. Bangun malam, tahajjud? Check. Solat diawal waktu? Check. Menjaga batasan pergaulan? Check. Al Quran disisi 24/7? Check. Oihhh susah nih. Mana pergi life aku? Awak, hidup hanya sekali. So live life to the fullest, be happy. Salah! Hidup hanya sekali, sebab itu kena beribadah ibarat mati itu keesokan hari (monolog dalaman). Ingat, awak diciptakan sebagai seorang hamba. I repeat, hamba.







"Allah rindukan aku", bisik hati kecil, merintih. Nauzubillah, mungkin aku sedikit terlena hampir terlupa tugasku. Hamba apekah aku ini?




_____________________________________________



enty di atas saya copy paste dari blog Kamal Effendi dari entri INI. Saya memang sentiasa follow blog dia. Saya mengenali dia daripada cik epal. Siapa yang tak kenal cik epal blogger yang gorgeous & glamour tu kan??



entah kenapa...apa yang ditulis oleh KE ni betul2 menyentuh hati saya. saya percaya 'benda' ni berlaku pada semua orang. cumanya kita sedar atau tak je. macam kenyataan dia ni :



"Aku kira ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendakinya. Mesti akan ada saat saat segala benda dirasakan tidak kena. Saat saat begini, mulalah kalut mencari Al Quran dan berdoa bagai nak rak. Pointnya disini, tidak kiralah ape sahaja cara untuk menyembuh kan hati itu akan muncul juga rasa tidak senang itu. Berulang, penyakit hati. Yang membezakan antara kita, seberapa cepat rasa itu muncul, dan seberapa kerap ia tiba."




Sejujurnya..'benda' ini kerap berlaku pada saya. sangat2 kerap berlaku dan saya sangat bersyukur kerana Allah masih sangat mengasihani diri ini walaupun sebagai hambanya saya selalu lupa & ingkar dalam mentaati suruhannya. Saya akui, saya bukan seorang yang 'baik'. saya bukan seorang yang layak untuk disanjung mahupun dijadikan role model. Tapi hakikat yang perlu saya terima, sebagai seorang pensyarah @ pendidik, secara tidak langsung setiap apa yang saya lakukan menjadi perhatian di mata masyarakat. terutamanya anak didik saya. ini menyebabkan saya rasa amat bersalah sekiranya saya menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. bukan saya nak jadi hipokrit. tidak!!! saya sentiasa menjadi diri saya yang sebenar. dan saya sentiasa berusaha memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa.



kasih sayang Allah pada hambanya Maha Luas. tak bertepi!! Allah Maha Penyayang & Maha Pengasih. Allah amat menyukai hambanya yang selalu dekat dengannya. Tapi kita sebagai hambanya selalu lupa padanya apabila kita 'senang', apabila kita bahagia, apabila kita dilimpahi kemewahan dunia. tapi apabila kita susah dan hilang tempat bergantung, kita pasti cari DIA. Apabila tiada satu pun yang boleh kita sandarkan harapan di dunia ini, kita akan 'pergi' kepadanya. merintih...menangis dan meluahkan segala kekesalan yang terbuku di hati.





tidakkah kita malu padaNya?? terus terang saya katakan bahawa saya amat2 malu untuk meminta padaNYa...saya malu bersemuka denganNya..dengan membawa dosa yang menggunung tinggi..meminta belas ihsan daripada Yang Maha Mengasihani. tapi saya sedar...saya amat-amat sedar bahawa setiap yang berlaku pada diri saya ...semuanya adalah daripadaNya. semuanya telah tertulis di Luh-Mahfuz lagi.. baik dan buruk yang berlaku semua telah ditakdirkan kepada kita. sebagai hamba kita tidak boleh lupa pada bahawa kita perlu percaya pada Qada dan Qadar. 



Oleh itu, apabila saya berasa diri ini benar2 lemah...saya memohon agar DIA pinjamkan saya kekuatan untuk menghadapi segalanya...kerana saya tahu hanya dia yang Maha Kuat. Apabila saya berasa diri ini betul2 kurang....saya memohon agar Allah mencukupkannya kerana saya tahu hanya dia yang Maha Mencukupi...



Ya Allah!! kerdilnya hambamu ini.. sangat2 kerdil. tetapi kenapa bila kita 'di atas' kita mendabik dada ... seolah2 tiada yang lebih besar dan berkuasa di dunia ini. Ya..kita lupa...bahawa semua yang menjadi milik kita di dunia ini...bukanlah milik abadi... kita lupa yang hadirnya kita ke dunia ini...kita memegang amanah dan perjanjian denganNYa. lupakah kita dengan apa yang kita ungkapkan dulu padaNya? sebelum kita lahir ke dunia ini...sebelum kita kenal siapa ibu dan ayah kita?? sebenarnya kita kenal DIA dahulu..kita kenal..bahawa dialah PENCIPTA...dia lah tuhan kita.






Ya Allah...
pelihara dan lindungilah diri ini...
kerana diri ini benar2 tidak mampu...

Ya Allah...
ingatkan lah diri ini ...
pandulah diri ini agar sentiasa berada di jalanMu.







p/s: kawan2 tolong ingatkan ye bila saya LUPA :)
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)