Isnin, 19 September 2011

KE : Kulit lelakiku yang haram.





Entry ini diambil dari blog Kamal Effendi (KE)


Bangun sahaja dari tidur, kukira hati terus tedetik. Mampukah aku jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat. Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu cohort (batch) ku 80% wanita. Belum lagi termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki. Aku sangat sedar akan hakikat dugaan ini.

Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih, menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.

Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar kencang bila dirasakan hanya aku seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Aku cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang bernama wanita masih tidak faham.

Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.



Courtesy of Google Images


Berlapik bila tertepuk. Tapi.. aku masih rasa tak selesa sebab? Itu aku kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh. Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu. Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, aku muak dengan dosa begini mengotorkan hatiku sedang aku bersusah payah untuk bermujahadah dengan perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. 

Aku juga silap, diakui. Aku takut menyuarakan hak diriku. Hak untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri aku juga. Mungkin aku patut memberanikan diri. Please, stay two hundred meters away from me. I wish. Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang tinggi. Haruslah aku bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan muhrim yang semenjak aku baligh yang aku tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf. Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu aku menerima dengan terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila aku gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan. Gagallah aku menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan muhrim dalam hari itu.




p/s: Beruntungnya wanita yang mendapat lelaki seperti Kamal Effendi. Ya Allah..ampunilah segala keterlanjuranku dulu. Aku hambamu yang sering lalai dan lupa :'(





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)