Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk membuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
....erm...macam saya...kalau nak pergi mana2 tak perlu nak minta izin suami. nak buat apa pon saya boleh decide sendiri. nak jalan2...shopping..tengok wayang...nak keluar dengan sesiapa pon boleh...hehehe...syok per!!!
...boleh terbang tinggi macam ni...
2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
...saya ada BFF....best friend forever....bukan boy friend forever yer....tapi BFF sy semua dah kawin...huhuhu...tp kami pernah la outing sama2...g makan2...pastu tengok wayang...derang la perasan kejap jadi orang bujang...hahaha
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
..bila dah takde aktiviti apa2...memang memerap je kat rumah la jawabnya...main dengan anak buah jer la....tapi sekarang saya ada rutin lain..hujung2 minggu saya mengajar untuk Latihan 1 Malaysia... macam tu la saya habiskan masa lapang..paling2 pon boleh tambah duit poket...hehehe...
4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
...hehehe...yang ni pon bagus...hujung2 minggu saya mengajar part-time...dapat gak la menambah pendapatan..selain berbakti kepada anak bangsa...menjana ekonomi & pembangunan negara...hahaha....ayat tak ingat seh....
5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
...jimat ke??? takde la jimat mana pon...sebab saya ni suka shopping.....tak pon saya enjoy sendiri....
6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.
...erm...tanggungjawab?? kurang la sket kot.. kalau dh kawin kan besar tanggungjawab dia........sementara masih single ni..enjoy la puas2.....
p/s: artikel ni saya copy-paste dar sini. ni sesuai la utk couple2....tp ayat yg bawah tu saya tambah2 sendiri sket...konon2 review la.....
Banyak nyer alasan.. hehheheee
BalasPadamhehehe...manusia & alasan xdpt dipisahkan...hehehe
BalasPadammanusiakan banyak alasan..
BalasPadamkadang2 alasan yang diberikan pun x munasabah (=
reason..alasan...sebab...semua tak bleh nk pisahkan bila kita bergelar manusia...
BalasPadam