Sudah hampir sebulan blog saya ini ditinggalkan. Dah hampir bersawang agaknya. Banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi kekangan masa menghalang saya untuk menulis. Cerita tentang RIID 2012 pun saya tak habis ceritakan lagi. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya.
Hampir tiba ke lokasi. Dulu semasa belajar di Kolej UNITI saya kerap juga lalu jalan ini.
Akhirnya tiba di UiTM Kampus Alor Gajah. Selama ini jalan ini sahaja. Baru berpeluang masuk ke sini. Kampus yang indah & permai. Seronok kalau dapat belajar / bekerja di sini. Jauh dari hiruk-pikuk kota.
Sampai di Dewan Taming Sari. Mereka sediakan booth ini. Siap dengan lapik meja.
booth kami no 84 & 85
suasana pentas utama. ketika ini mereka tengah buat rehearsal.
Tapi booth yang disediakan agak kecil. Mesin yang kami bawa besar. Nasib baik la dapat sebelah tepi. Lepas setup booth beginilah gambarannnya.
pandangan sisi
Poster CCM
Poster APF
Rakan seperjuangan saya hadir agak lewat. Gara-gara tersesat ke UiTM Melaka. Patutnya ke UiTM Alor Gajah. Nasib baik ketika juri sampai ke booth kami mereka dah selamat tiba. Kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli iaitu saya sendiri, Ahmad Nizam Yaacob selaku ketua kumpulan, Mohd Azmi Abd Rahman, Hemi Azwan Ikhwan dan Shahruddin Abdul Rahman. Mereka semua dari Bahagian Teknologi Pembuatan. Walaubagaimanapun hanya 2 orang ahli kumpulan saya yang dapat hadir akibat kekangan tugas/modul. Minggu itu mereka sangat sibuk dengan tugas pengajaran & peperiksaan.
Penjurian RIID 2012 adalah selama 2 hari. Juri kami daripada MIDA. Semasa penjurian, ahlhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Cuma kami kurang mata kerana belum membuat permohonan pendaftaran harta intelek.
Hari kedua, terdapat dua sesi ceramah sebelum majlis penutup dan pengumuman pemenang dilakukan.
ceramah GENOVASI
persembahan yang kreatif
Gimik perasmian. siap ada maskot lagi..
Akhirnya penantian kami berbaloi. Memang sangat berdebar masa nak tunggu pengumuman.
Akhirnya...pingat perak..milik kami...
silver- projek Steering Wheel Alignment Jig
Tidak disangka-sangka kumpulan kami berjaya mendapat 2 pingat emas
Gold - Can Crusher Machine & Automatic Poultry Feeder
Sejarah yang terukir..memang manis.
Hilang segala jerih payah....
untuk berada di tahap ini bukan suatu yang mudah...
Sebenarnya ini adalah penglibatan pertama kami bersaing dengan IPTA lain. Selama ini hanya merasa bertanding di peringkat JTM sahaja. Tetapi tidak beroleh apa-apa. Ramai yang kurang yakin pada awalnya. Tetapi berkat kesabaran dan semangat yang tidak berbelah bagi dari rakan seperjuangan, akhirnya ternyata kami mampu. Mungkin ada produk lain yang lebih baik daripada projek yang kami pertaruhkan. Tetapi, hakikatnya kejayaan ini boleh dijadikan batu loncatan dan pemangkin untuk meraih kejayaan lain yang lebih besar di masa akan datang. Moga ianya jadi inspirasi kepada pelajar-pelajar kami dan juga rakan seperjuangan yang lain.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada kami. Tanpa kalian, siapalah kami. Tanpa sokongan dan iringan doa kalin, kejayaan ini hampir mustahil.
p/s: mimpi suami saya jadi kenyataan. mimpi saya juga jadi realiti....tak salah kita bermimpi..insyaallah..jika diizinkan olehNya..tiada yang mustahil.....