Jumaat, 12 Disember 2014

PhD Journey #1 : Malaysia - London - Manchester - Liverpool (part 1)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Sekian lama menyepi. Tanpa sebarang coretan sejak Februari 2014. Diam tak diam kita sekarang berada di penghujung tahun 2014. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang 2014. Tak banyak yang saya kongsikan di blog ini. Insya allah, nanti akan dikongsikan secara throwback satu persatu.

Antara cerita yang benar-benar ingin saya kongsikan di sini adalah my PhD journeyAlhamdulillah, segala urusan permohonan saya dipermudahkan Allah. Insya Allah akan saya kongsikan bagaimana perjalanan saya ketika mula-mula hendak memohon universiti, mencari supervisor, membuat urusan visa dan sebagainya. Banyak prosedur yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, kita merancang.. Allah Maha Mengetahui dan perancanganNya adalah yang terbaik buat kita.


Part 1: Malaysia - London - Manchester - Liverpool

Macam episod drama?? Ya!  berbagai episod kehidupan kami lalui. Ini filem kami! Filem kehidupan kami. Ada babak sedih..ada babak gembira..ada babak ketawa..ada babak air mata juga.. Inilah realiti kehidupan. Kita hanyalah manusia biasa...hamba Allah swt.

Yang dahulu sedih, kini bila kenangkan balik terasa manisnya. Pahit akan manis akhirnya.. Teringat lagu popular kumpulan UKAYS..tahun 1990an dahulu..

Bila dikenangakan semua itu, terasa betapa kerdilnya kita sebaagai hamba dan betapa besarnya kuasa Allah SWT. Suatu yang kami rasakan mustahil pada awalnya, kini menjadi realiti. Impian menjadi kenyataan! Ini bukan penamat segalanya. Kerana bagi saya, ianya baru bermula. Mungkin kisah yang akan saya kongsikan nanti, boleh dijadikan panduan untuk orang lain suatu masa nanti. Siapa tahu kan? 


Cukuplah setakat ini.. sebagai intro..


I'm back!!! I'll write my PhD Journey stories here again! 



Antara gambar yang telah dikongsikan di facebook. Masih dalam proses menyusun semula album digital. Dengan ICT album gambar tidak lagi simpan di rumah kita.. Semuanya tersimpan di server..merata-rata.. FB.. Intagram..Twitter..What's App..Telegram dan sebagainya. Mudahkan??


Throwback... ketika di Heathrow Airport, London.

seronok dapat online wifi..terus update status FB

...Heathrow Airport, London.


menanti penerbangan seterusnya ke Manchester....


Akhirnya kami sampai di Manchester.




Ketika mula-mula sampai di Manchester Airport


akhirnya sampai ke destinasi dituju.. LIVERPOOL.. 
You never walk alone!! 



Wassalam.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)