Ahad, 4 Disember 2011

Amer Najhme.. sinar hidup saya..


Amer Najhme... itu lah nama yang saya pilih buat seorang bayi kecil yang kala itu hadir dalam hidup saya. Hadirnya dia dalam hidup saya tanpa diduga. Namun perancangan Allah Maha Hebat. Dia Maha Mengetahui segalanya. Amanah dan tanggungjawab yang datang secara tiba-tiba.. Saya redha memikulnya walaupun saat itu pelbagai rintangan dan halangan mendatang.



Amer Najhme.. berusia 4 hari...


Saya masih ingat lagi bagaimana saya berjuang untuknya. Saya lemah apabila melihat wajah tulus dan suci itu. Wajah comel yang betul2 meruntun naluri kewanitaan dan keibuan. Saya memang belum pernah berkahwin dan mempunyai anak.. tapi saya memang amat menyayangi kanak-kanak. apatah lagi bila melihat wajah si kecil itu...seolah2 meminta saya melindunginya...mengharapkan pembelaan dan kasih sayang. Hati saya benar-benar luluh saat itu.


Saya tahu benar...saat itu saya memang belum bersedia..saya belum layak untuk membesarkan mendidik seorang anak.. tetapi saya tahu...seandainya Allah menguji kita... Dia pasti memberikan sesuatu yang kita mampu untuk hadapi. Bila Allah menguji kita.. itu tandanya Dia amat menyayangi kita.. Dan saya tahu ujianNya kala itu adalah satu bukti kecintaan saya padaNya yang Maha Agung

.

Saya insan dan kerdil dan lemah. Kadang-kala saya tidak mampu untuk menjaga diri sendiri. Inikan pula untuk menjaga dan mendidik seorang bayi tanpa seorang yang bernama suami. Pelbagai persoalan ...bantahan...bentakan...rintangan...dan halangan muncul . Namun, saat itu saya kuatkansemangat dan bulatkan tekad di hati. Saya perlu berjuang demi seorang bayi kecil yang baru melihat dunia. Yang belum tahu apa-apa. 


 Saya tak rela melepaskan dia ke tangan orang lain yang saya belum pasti bagaimana nanti dia akan dididik. Saya takut membiarkan dia jauh dari mata saya kerana saya tak mahu suatu hari nanti dia datang dan mempersoalkan pada saya..mengapa saya tidak mahu menjaga dia..membesarkan dia dan menyayangi dia....saya benar-benar tak mampu untuk menjawab segala persoalan itu kelak.


Dengan sisa-sisa kekuatan yang ada dalam diri.. saya tidak berpaling lagi. Wajah tulus itu saya kucup tanpa henti..air mata ini berjujuran di pipi dia...tubuh kecil itu saya rangkul erat. Saya berjanji yang saya akan melindungi dia walau apa rintangan yang mendatang. Saya berjanji akan terus kuat dan berjuang  demi dia. Kerna dialah SINAR baru hidup saya.

Hanya Allah sandaran saya. Padanya tempat saya mengadu. Padanya juga saya mohon agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Moga Allah melindungi kami kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.

Terima kasih kepada semua sahabat yang menghulurkan tangan dan bantuan. Jasa kalian akan kami kenang hingga akhir hayat. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi kalian.


kucupan pertama seorang abang kepada adiknya



Najah & Najhme

Najah & Nahjme


Hari ini.. 4.12.2011... buah hati saya genap berusia 2 tahun. Selamat Hari Lahir Sayang...  Moga  menjadi anak yang soleh.  Menjadi pemimpin terbilang... sesuai dengan namamu Amer Najhme...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)