Apa khabar semua? Semoga kalian sentiasa berada di dalam lindungan dan limpahan rahmat dari Allah SWT. Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita mensyukuri sebgala nikmat yang telah Allah berikan. Segalanya hanyalah PINJAMAN buat kita. Semuanya milik Allah.
Suami kita milik Allah..anak-anak kita pun milik allah..Diri kita sendiri juga milik Allah. Selama mana ia masih milik kita, sama-samlah kita hargai dan pelihara ia. Buat yang terbaik kerana Allah SWT.
Sebagai isteri tentunya kita semua tak sanggup untuk berkongsi kasih suami dengan orang lain. Seboleh-bolehnya, biarlah kasih sayang suami hanya untuk isterinya seorang dan anak-anak serta keluarga. Siapa yang tak sayangkan suami kan?? Untuk menjadi isteri yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan suami dan keluarga, bukanlah tugas yang mudah bagi isteri. Saya percaya kita sebagai isteri sentiasa melakukan yang terbaik untuk memenangi hati suami terutamanya dan juga anak-anak.
Saya telah kongsikan TIPS 4 H - Tips Pikat Hati Suami. Salah satu tips untuk memikat dan menambat hati suami adalah melalui HIDANGAN. Jadi sebagai isteri kalau kita tak pandai memasak takpe.... yang penting kita kena rajin memasak. Nanti lama kelamaan kita mesti jadi mahir.
Kalau isteri tak pandai masak, sedangkan suaminya suka makan..isteri kenalah belajar masak..terutamanya masakan kesukaan suami. Cara paling mudah kalau anda masih mempunyai ibu atau ibu mertua, cubalah bertanyakan pada ibu mertua masakan kegemaran suami. Belajar dengan ibu mertua anda. Bukan sahaja suami bertambah sayang pada kita, ibu mertua pun akan lebih gembira dan merasakan kita amat menghargai beliau dan bertambah kasih pada menantunya.
memori perkahwinan kami...
Inilah cara saya mengambil hati suami dan ibu mertua saya. Lagipun ibu mertua saya memang pandai masak. Di awal perkahwinan, suami selalu sangat memuji ibunya di hadapan saya. Ibunya pnadai buat nasi goreng..cekodok ikan bilis ibunya paling sedap..ibunya paling terror buat sambal nasi lemak..semuanya tentang ibunya. Al-maklumlah...suami saya ni memang ANAK EMAK. Suami saya memang sangat rapat dengan ibunya. Sebagai isteri saya cemburu juga. Kadang-kala saya rasa macam saya BERMADU pula dengan ibunya..
Tetapi sebagai isteri, kita kenalah BIJAK. Takkan kita sanggup sampai 10-20 tahun nak mendengar suami asyik memuji ibunya atau orang lain lebih dari isteri sendiri kan? Saya akui, memang ibu mertua saya pandai memasak. Ibu mertua saya sewaktu mudanya, beliau berniaga menjual nasi lemak dan kuih muih. Saya sendiri pernah merasa nasi lemak dan kuih muih buatan beliau memang sangat enak. Jadi rugilah kalau saya tak cedok ilmu dari ibu metua saya. Saya rajin belajar dengan ibu mertua saya dan merujuk beliau, terutamanya resipi dan menu kegemaran suami saya.
Seronok sangat berada di dapur dan belajar dari yang pakar. Walaupun ibu mertua saya tidak pernah mengikuti kursus masakan apatah lagi memiliki sijil atau diploma dalam bidang masakan, tetapi air-tangan beliau memang menambat hati kami sekeluarga. Tidak hairanlah suami saya selalu memuji.
Tapi itu dulu...sewaktu awal perkahwinan kami. Saya pun dah pandai masak hidangan yang suami saya gemar. Sekarang kalau pergi ke restoran yang dulu dia sangat suka makan di sana pun, dia dah mula komplen kata tak sedap. Dia kata saya masak lagi sedap! Hehehe..seronok jugak kan.. Siapa tak suka dipuji, lagi-lagi pujian dari suami sendiri. Suami saya sekarang dah jarang nak puji masakan ibu dia depan saya. Saya yang selalu dipuji itu dan ini...(kembang juga hati ini....)
Kepada kalian yang tidak mempunyai ibu/ibu mertua lagi, jangan gusar. Di zaman teknologi yang serba canggih ini segalanya mungkin. Saya sendiri pun selalu mencari resepi-resepi secara online. Taip sahaja google...nak resepi apa?? semuanya ada.
Satu amalan yang jarang-jarang sekali saya terlupa. Bibir ini sentiasa BERSELAWAT semasa memasak. Terutamanya bila memasak khas untuk suami tersayang. Moga-moga tertambat selera suami pada masakan saya. Setakat ni alhamdulillah, selawat membuatkan masakan saya CUKUP RASA. Tak payah pakai perencah dan ajinomoto bagai. Alhamdulillah...
Ketika di dapur jangan lupa amalkan petua dan doa berikut ye...
Doa Masuk Dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]
Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya an kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kalau ikut lawan jam)
Doa Potong Sayur & Buah (Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]
Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]
Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan (Baca 3 kali)
Sama-sama kita amalkan ye. Moga kasih suami tetambat pada kita. Kasih anak-anak sentiasa bersama kita. Keluarga bahagia milik kita.
Sekian, terima kasih kepada yang sudi membaca entri ini.
Wabillahitaufik Wal Hidayah.. Wassalam.
bagus seme yg dikongsikan nie...tq so much..boleh amalkan
BalasPadamMrs Lurve...tq again....jom amalkan bersama ;-)
PadamTrima ksih.sgt bguna utk isteri yg sygkn fmly.
BalasPadamterima kasih sebab sudi membacanya..
PadamNak tanye kalu bc maksud dia je bleh x?
BalasPadamkalau baca maknanya lebih faham kan..terkesan di hati terus..
PadamTerima kasih mohon digunakan
BalasPadam