Jumaat, 19 April 2013

Monolog # 33 : Belajarlah dari sekolah kehidupan..



Assalamualaikum


Sepanjang perjalanan hidup, saya telah bertemu dan bersama insan-insan yang hebat. Golongan profesional yang tinggi nilai integriti dan baik akhlaknya. Golongan pertengahan yang tidak mengenal jemu untuk meningkatkan potensi diri. Malah insan biasa..yang langsung tidak mempunyai kelayakan akademik tetapi berJIWA besar dan berusaha keras memastikan anak-isterinya CUKUP segalanya. 
Mereka insan yang tidak dikenali masyarakat umum tetapi menjadi inspirasi terbaik untuk saya. 
Itulah sekolah kehidupan saya. 
Diri saya hari ini adalah hasil didikan dan adaptasi daripada tokoh-tokoh besar yang hadir dalam hidup saya. 
Terima kasih semua kerana menjadikan saya insan yang BERJAYA..

 sesuai dengan nama yang diberikan NAJAH @ KEJAYAAN




"Ramai orang hanya melihat 1% kejayaan orang lain..
tetapi mereka tidak tahu bahawa terdapat 99% kegagalan yang telah ditempuhi sebelum berjaya... 
Jadi mengapa harus dengki pada kejayaan orang..
seharusnya ia dijadikan inspirasi dan motivasi anda untuk berjaya.."





CITEC 2013 ILP Ledang


RIID 2012 Universiti Teknologi MARA, Melaka




p/s: Lain orang lain sekolah kehidupannya.... 


Jumaat, 12 April 2013

Monolog #32 : 10 SURAH dalam Al-Quran

Assalamualaikum


Perkongsian hari ini adalah
.
.







p/s : mari kita amalkan bersama :-)


Monolog #31 : Ramadhan....

Assalamualaikum...





p/s: sekejap benar masa berlalu...kepada yang kena ganti puasa...dah habis ganti belum?? heheh.. tahun lepas saya puasa penuh.. alhamdulillah

Khamis, 11 April 2013

Demam PRU 13



Assalamualaikum wbt



Tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 adalah seperti yang berikut:

Tarikh Keluar  Writ        
:
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya        
:
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon
:
20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal
:
30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi 

:
05 MEI 2013 (AHAD)

Anda yang telah layak mengundi jangan lepaskan peluang dan hak kalian. Masing-masing ada pendirian politik masing-masing bukan?

Tapi sebelum itu, dah buat semakan daftar pemilih dan lokasi tempat mengundi belum??

Kalau belum.. sila semak disini..




Pesanan daripada pihak SPRM:


Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon agar semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU Ke-13. Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan oleh SPR.



Saya nak kongsi sedikit pandangan daripada Dr. Hazrul Syazwan yang saya temui di FB.


Oleh: DrHazrul Syazwan,
Saya menonton TV 1, 2, 3 dan juga Astro, serta membaca pelbagai jenis akhbar samaada yang pro kerajaan atau Pakatan Rakyat (PR), serta mendengar radio yang pro BN dan pro PR. Saya juga menonton video-video ceramah politik di You Tube dari pemimpin BN dan PR. Berdasarkan pelbagai sumber maklumat, saya telah membandingkan perbezaan pentadbiran antara negeri2 yang ditadbir oleh BN dengan negeri yang ditadbir oleh PR. Saya tidak hanya fokus kepada kekurangan PR yang dipamerkan oleh media2 pro BN, tetapi saya fokus kepada kelebihan dan perubahan yang dibawa oleh PR dalam negeri yang ditadbirnya, walaupun negeri mereka disekat dengan pelbagai cara, contohnya Kelantan yang disekat hak royalti minyak mereka, namun negeri yang ditadbir PR masih boleh berjasa kepada rakyat dengan pelbagai cara. Itu dalam keadaan disekat, apatah lagi jika PR mentadbir Malaysia, sudah tentu pelbagai kebaikan dan jasa yang boleh mereka berikan kepada kita sebagai rakyat. Dan saya menilai dari banyak sudut dan akhirnya saya jauh lebih yakin dengan PR. Pendedahan saya ini tiada sebarang kepentingan, kerana adik beradik malahan saudara mara saya tidak ada seorang pun yang menjadi wakil rakyat samaada mewakili parti BN atau PR. Saya hanya mahu seluruh rakyat Malaysia buka minda dengan melihat dan mengkaji politik Malaysia dari pelbagai sudut dan sumber termasuk memanfaatkan info2 dari halaman politik di Facebook dan website yang berautoriti. Jangan kita sempitkan minda dengan hanya menilai dari sebelah pihak samaada dari media yang pro BN atau PR, tetapi lihatlah dari pelbagai sudut, add lah rakan FB kita dari pelbagai bangsa dan agama, yang menyokong BN atau PR. Ingatlah bahawa, negara ini teramat kaya dengan pelbagai hasil bumi serta aset, jadi kaji lah betul-betul parti yang akan kita undi, kerana kekayaan yang kita miliki sepatutnya dinikmati oleh kita semua. [nak share, dipersilakan]




Saya juga seperti beliau. Saya tidak memihak kepada mana-mana parti. Saya tiada kepentingan dalam mana-mana parti. Adik beradik saya..keluarga saya...tiada yang bertanding dalam mana-mana parti. Walaupun mungkin kami berbeza ideologi politik.. Saya percaya kita cukup matang untuk menilai..membandingkan dan seterusnya membuat keputusan.


 Biarpun pelbagai berita..cerita..skandal..video dan sebagainya dipaparkan di dada akhbar, laman sosial mahupun youtube... Kalian buatlah pilihan yang betul! kita sebagai rakyat mempunyai hak! Hak untuk memilih. Jadi, pilihlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga, masyarakat, agama dan bangsa serta negara tercinta. Jangan lepas tangan okey!!!




Jangan hanya jadi jaguh di pentas FB, twitter dan pelbagai media sosial sahaja. Jangan hanya tahu memaki, mengutuk dan mengeluarkan kata-kata nista. Baik kepada PR atau BN. Silalah bertanding secara adil dan bersih. Tunjukkkan DEMOKRASI yang sebenar-benarnya!!




Selamat maju jaya buat semua calon yang bertanding nanti!!





p/s : Ini bukan kempen ye. Sekadar pandangan peribadi saya sendiri. 






Monolog # 30 : C♥ NTA kerana Allah

♥ ♥ Assalamualaikum wbt ♥ ♥ 

Perkongsian hari ini untuk renungan bersama




Sabda Rasulallah s.a.w. :

“Ada tiga perkara yang barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan kemanisan) iman, iaitu;

1. Orang yang cinta kepada Allah dan Rasulnya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.
2. Orang yang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah SWT.
3. Orang yang benci untuk kembali kepada kekafiran, setelah Allah SWT melepaskannya daripada belenggu kekafiran itu, sama dengan kebenciannya daripada dijatuhkan ke dalam neraka.”

(daripada Anas bin Malik r.a.)

p/s: 
"Tanpa cinta hidup tak bermakna. kerana cinta kita lahir ke dunia ini. Dek kerana cinta juga manusia boleh hilang pertimbangan. Apapun..pastikan kita paksikan cinta kita baik pada sesiapa pun.. adalah hanya kerana ALLAH. Kerana dialah pemilik segalanya. Moga cinta yang dibina adalah cinta sejati, tulus, ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Insyaallah.. cinta itu sampai ke SYURGA..... Saya  ♥  suami saya.. Abang... terima kasih kerana sudi menerima  ♥ ini..




Rabu, 10 April 2013

Monolog # 29 : Hati terluka...


Assalamualaikum...








p/s: kata-kata yg menghiris lebih tajam daripada pedang. Walaupun tak nampak di pandangan mata..hati yg berdarah....luka yang tinggalkan takkan hilang begitu sahaja....


Wallahua'lam






Monolog # 28 : Memilih pemimpin...


Assalamualaikum...





p/s: pilihanraya dah dekat ni. gunakan hak kita untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui masa hadapan. Jangan nafikan hak diri sendiri. Kalau tersilap pilih bukan sahaja diri sendiri yang rugi..tapi masa depan..anak bangsa..agama dan negara jadi taruhan..


Wallahu'alam...




Selasa, 9 April 2013

Ohhh....my PhD...


Assalamualaikum wbt. 


Hi semua. Apa khabar?? Dah berkurun lamanya saya tak update blog ni. Banyak nak cerita. Tapi kekangan masa menghambat diri.(chewah...)  .sibuk dengan pertandingan kemahiran.. pertandingan inovasi dan yang sewaktu dengannya bermula dari awal tahun sampai sekarang ni. Sekarang ini baru mula nak bernafas sedikit. Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Yang Maha Esa.. Yang Maha Kaya.. Yang Maha Mengetahui..... 
Hati ini.. semangat ini.. jiwa ini NEKAD kali ini!!! Tak akan berpaling lagi.. impian akan jadi kenyataan. Usaha telah dicurahkan. Moga Allah mempermudahkan segalanya buat saya. 

Semoga rezeki berpihak pada saya. Amin...

Saya baru apply ......
.
.
.
.
.
.
.




Hihi...baru isi borang online.. tengah bersemangat ni. Banyak pulak dokumen nak kena upload..  Jom kawan2! kita apply sama-sama. Mari kita tingkatkan potensi diri!!!!



p/s : Doakan agar semuanya dipermudahkan Allah ye... <3 p="">





LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)