Assalamualaikum wbt
Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1434H jatuh pada 4 November 2013 (Isnin) dan 1 Muharram 1435H jatuh pada 5 November 2013 (Selasa).
Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1434H) dan doa awal tahun (1435H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435H (Hari Isnin malam Selasa).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Wassalam.
salam maal hijrah sis..
BalasPadam