Isnin, 25 November 2013

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah.. Majlis Taklimat dan Penyerahan Surat Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan 2014 telah selamat berlangsung pada 19 November 2013 yang lalu.



Seramai 100 orang akan mengikuti program PhD dan 400 orang  akan mengikuti program Master telah menerima surat tawaran HLP masing-masing. Daripada jumlah 500 tersebut, seramai 66 calon akan ke luar negara. Kebanyakan mereka memilih untuk ke United Kingdom. Sebilangan kecil memilih untuk ke Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain negara. Nanti kami akan berkursus di BTN bersama-sama. Tapi masih belum tahu bilakah tarikhnya.







Seharian mendengar taklimat daripada pihak JPA dan INTAN. Saya bersama rakan-rakan calon PhD yang lain akan mula berkursus Persediaan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Intan Bukit Kiara mulai 6 Mei 2014 sehingga 13 Jun 2014. Rakan-rakan Master pula akan berkursus mulai Disember 2013.






Ini surat tawaran yang saya terima. Bidang yang saya pilih adalah Kejuruteraan. Manakala pengkhususannya adalah Kejuruteraan Industri. Kami tidak dibenarkan menukar bidang yang ditawarkan. Tapi mungkin pengkhususan boleh berubah asalkan tidak lari daripada bidang tersebut.


Maka bermulalah episod mencari tempat pengajian. Kami perlu memilih sekurang-kurangnya 3 tempat pengajian / universiti. Seterusnya perlu mendapat tawaran daripada Universiti daripada senarai universiti yang disenaraikan oleh kerajaan.  Kami perlu memulakan pengajian selewat-lewatnya pada 31 Disember 2014. Masih panjang lagi masanya. Tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Pastinya masa berlalu dengan amat pantas nanti.




Bila dah dapat GL ni senang la nak mohon tempat pengajian sebab dah ada pembiayaan. Amat besar amaun yang kerajaan laburkan untuk pembangunan  modal insan seperti kami. Kami bukan sahaja menggalas harapan kami dan keluraga. Malah harapan negara. Bukan satu tugas yang mudah. Jalan perjuangan ini juga penuh liku-liku. Apa pun perjuangan ini baru sahaja bermula... Moga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Amin.

Mulai sekarang kena buat persediaan secukupnya. Banyak prosedur yang akan ditempuhi. Dah kena buat check list mana yang lebih prioriti dan mana yang kemudian perlu diselesaikan. 

Yang paling penting kenalah hantar Borang Setuju Terima Tawaran Bersyarat Hadiah Latihan Persekutuan 2014 (Lampiran A)  sebelum 30.11.2013. Alhamdulillah saya dah emailkan borang tersebut pagi tadi. 

Misi mencari universiti akan diteruskan kembali. Beberapa bulan yang lalu dah cuba memohon. Malangnya atas kesilapan sendiri, saya salah memilih School.. heheh.. Gara-gara nak cepat. Takpe...kita cuba lagi sekali.



Agaknya universiti dan negara mana yang akan saya pilih?? 

.
.
.
.


Cerita selanjutnya..
di entri akan datang....








5 ulasan:

  1. tahniah ye..hehe..kita jmpa di INTAN nanti k..ehh, gmbr sy pun ada tertangkap dlm kamera tu ;-) ..berdebar rasanya ni nak teruskan perjuangan kembali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ker?? hari tu tak berkenalan lagi dengan umie. Jumpa di INTAN nanti :-)

      Padam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)