Memaparkan catatan dengan label UK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UK. Papar semua catatan

Ahad, 16 Oktober 2016

Nota Inspirasi #54 :Musim Luruh Yang Mendamaikan



Di antara pengalaman manis yang saya perolehi sepanjang penghijrahan di United Kingdom (UK) adalah dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang mencipta 4 musim ; musim luruh, musim sejuk, musim bunga dan musim panas.


Jika di Malaysia sepanjang tahun kita menikmati cahaya matahari sepanjang tahun. Di UK, terutamanya Liverpool nikmat itu bukan setiap hari dapat kami kecapi. Tetapi ia tetap satu nikmat yang tiada bandingan.


Tupai yang sedang melompat kegirangan




Ianya bukti betapa Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa dalam mengatur alam sejagat. Allah berfirman di dalam Al Quran, maksudnya :


"Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (Az-Zumar : 21)


Sekarang ini kami berada di musim luruh. Di sini kami meyaksikan daun-daun yang kehijauan mula bertukar warna kekuningan dan keperangan. Musim luruh ini sangat mendamaikan jiwa.

Sefton Park, Liverpool





Di musim luruh, segala dedaunan mula berinteraksi dengan alam dan mengaptasikan dirinya dengan menggugurkan daun-daunnya untuk menyambut musim sejuk datang. Daunan yang berguguran membentuk satu pemandangan yang sangat indah.




Kenangan Musim Luruh 2014


Angin bertiup yang menyapu di pipi turut menerbangkan daun-daun yang berguguran. Musim luruh memberi inpirasi tersendiri yang menenangkan jiwa. Sangat indah perasaan itu, sehingga tak mampu saya luahkan dengan perkataan. Hanya zikir dan puji-pujian kepada Tuhan Pencipta yang mampu saya ungkapkan.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
.


“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”

.




Wallahua'lam
Hanya Alllah yang lebih mengetahui segala-galanya.




Safinatunnajah Ahmadi
Menikmati musim luruh dengan kesyukuran
Sefton Park, Liverpool.




#throwback #autumn2014

Sabtu, 10 Januari 2015

Life in UK # 2 : My Botanical Project


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




Definisi Agronomy & Botanical










Pertanian dari Perspektif Islam

Bagi umat Islam, kegiatan di dalam bidang botanik ini merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT, disamping ini juga memberikan manfaat yang banyak kepada manusia dan alam sejagat.

Nabi Muhammad SAW ada menyebut berkenaan pahala dan ganjaran orang-orang yang menjalankan bidang botanik ini sebagaimana riwayat Anas bin Malik, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah” (Hadis riwayat Al-Bukhari)


Maksudnya: “Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah – dalam riwayat yang lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari Kiamat”. (Hadis riwayat Muslim)

Nabi Muhammad SAW juga telah menekankan tetang keperluan bercucuk tanam sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad yang ermaksud:

"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya."


Jelasnya bahawa bidang pertanian atau botanik merupakan suatu bidang yang amat penting dan wajar diterokai oleh kita.

Sedikit ilmu untuk dikongsikan di dalam penulisan ini. 



Projek Botanik Saya


Saya juga ingin berkongsi pengalaman dan mini projek botanik saya di sini. Walaupun tiada tanah yang luas untuk bercucuk tanam, saya usahakan untuk menanam di dalam pasu. Seronok sebenarnya bertani ni. Selain dapat pahala daripada Allah SWT, kita juga dapat udara yang bersih dan segar. Selain itu, kita dapatmelihat tumbuhan yang hijau dan indah yang mana baik untuk mata kita. Dan yang  paling penting sebenarnya ialah melihat bukti kebesaran Allah SWT dan seterusnya mengkagumi Pencipta kita Allah SWT.

Subhanallah. Allahuakbar.


Inilah mini projek botanik saya di Liverpool.


benih bunga tulip sudah bercambah


setelah dipisahkan dan disemai di pasu berasingan



selain tulip ada lagi pokok yang lain


mereka ditempatkan di tepi tingkap agar dapat cahaya matahari


 beratur panjang nampaknya



Alhamdulillah, semuanya subur belaka. 
Tak sabar tunggu musim bunga. 
Insya allah. 



Isnin, 25 November 2013

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah.. Majlis Taklimat dan Penyerahan Surat Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan 2014 telah selamat berlangsung pada 19 November 2013 yang lalu.



Seramai 100 orang akan mengikuti program PhD dan 400 orang  akan mengikuti program Master telah menerima surat tawaran HLP masing-masing. Daripada jumlah 500 tersebut, seramai 66 calon akan ke luar negara. Kebanyakan mereka memilih untuk ke United Kingdom. Sebilangan kecil memilih untuk ke Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain negara. Nanti kami akan berkursus di BTN bersama-sama. Tapi masih belum tahu bilakah tarikhnya.







Seharian mendengar taklimat daripada pihak JPA dan INTAN. Saya bersama rakan-rakan calon PhD yang lain akan mula berkursus Persediaan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Intan Bukit Kiara mulai 6 Mei 2014 sehingga 13 Jun 2014. Rakan-rakan Master pula akan berkursus mulai Disember 2013.






Ini surat tawaran yang saya terima. Bidang yang saya pilih adalah Kejuruteraan. Manakala pengkhususannya adalah Kejuruteraan Industri. Kami tidak dibenarkan menukar bidang yang ditawarkan. Tapi mungkin pengkhususan boleh berubah asalkan tidak lari daripada bidang tersebut.


Maka bermulalah episod mencari tempat pengajian. Kami perlu memilih sekurang-kurangnya 3 tempat pengajian / universiti. Seterusnya perlu mendapat tawaran daripada Universiti daripada senarai universiti yang disenaraikan oleh kerajaan.  Kami perlu memulakan pengajian selewat-lewatnya pada 31 Disember 2014. Masih panjang lagi masanya. Tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Pastinya masa berlalu dengan amat pantas nanti.




Bila dah dapat GL ni senang la nak mohon tempat pengajian sebab dah ada pembiayaan. Amat besar amaun yang kerajaan laburkan untuk pembangunan  modal insan seperti kami. Kami bukan sahaja menggalas harapan kami dan keluraga. Malah harapan negara. Bukan satu tugas yang mudah. Jalan perjuangan ini juga penuh liku-liku. Apa pun perjuangan ini baru sahaja bermula... Moga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Amin.

Mulai sekarang kena buat persediaan secukupnya. Banyak prosedur yang akan ditempuhi. Dah kena buat check list mana yang lebih prioriti dan mana yang kemudian perlu diselesaikan. 

Yang paling penting kenalah hantar Borang Setuju Terima Tawaran Bersyarat Hadiah Latihan Persekutuan 2014 (Lampiran A)  sebelum 30.11.2013. Alhamdulillah saya dah emailkan borang tersebut pagi tadi. 

Misi mencari universiti akan diteruskan kembali. Beberapa bulan yang lalu dah cuba memohon. Malangnya atas kesilapan sendiri, saya salah memilih School.. heheh.. Gara-gara nak cepat. Takpe...kita cuba lagi sekali.



Agaknya universiti dan negara mana yang akan saya pilih?? 

.
.
.
.


Cerita selanjutnya..
di entri akan datang....








LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)