Rabu, 11 Disember 2013

Gaji lebih tinggi bila ada Sarjana, PhD?



Assalamualaikum wbt



Saya pasti ramai dah dah baca / dengar berita ini hari ini. Saya juga pasti berita ini menggembirakan hati penjawat-penjawat awam yang memiliki sarjana dan PhD. 




Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak 33 skim perkhidmatan akan terlibat termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik. 



Agaknya Skim Pegawai Latihan Vokasional termasuk tak?






Teringat kata-kata sinis orang dulu...ada master ke PhD ke tak kemana.. Gred macam tu gak..Gaji macam tu jugak. Walaupun saya tak merasa bergaji Master..saya puas hati dengan pencapaian diri sendiri. Dapat tunaikan impian mak ayah yang tak merasa nak belajar tinggi sebab keuarga susah dulu. Masih ingat lagi saya pakaikan mak ayah saya jubah konvo dulu..

Nak sambung PhD ni pun bukan sebab naik gaji ke naik pangkat ke.. Cuma impian kecil saya.. Berangan-angan jer.. Mana tahu impian akan jadi kenyataan. Lepas kahwin, suami yang beria-ia galakkan saya sambung PhD. Berkat doa suami, keluarga dan sahabat-sahabat dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang jadi idaman penjawat awam macam saya yang nak sambung belajar dengan biasiswa.

Sesungguh rezeki milik Allah. Sebagai hambanya kita jangan berhenti berusaha dan memohon padanya. Moga-moga rezeki lepas dapat PhD nanti melimpah ruah. Berita yang diterima hari ini disambut dengan harapan dan kegembiraan oleh sahabat-sahabat saya yang sedang buat Master dan PhD. Moga perjalanan Master dan PhD kalian dipermudahkan Allah dan beroleh kejayaan yang cemerlang.



Berita penuhnya seperti berikut :



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.


Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).


"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.


Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.


Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.


"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.


"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.


Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.



sumber : BERNAMA



p/s: Bila dengar berita macam ni bertambah semangat nak sambung PhD. 

2 ulasan:

  1. Benar.. sy cam anda jg.. smbung master kerna minat blaja.. walaupun mndpt kritikan rakan2 da master phd x ke mana.. abis rm je.. bg sy blaja tu suatu kepuasan disamping menaikkn profesionalisme diri.. sbenarnya tujuan utama sy nak mak sy tengok sy brada d atas pentas.. sy sdih smasa trima degree mak x dpt hadir kerna sakit.. sejak tu sy pasang niat sambung blaja.. alhmdulillah.. tq kerajaan kerna beri iktiraf sbg suntikan bonus kpd kami.. alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajar pon dikira jihad Ana. Insyaallah..ganjarannya Allah pasti beri. Selamat berjuang. Apapun tahniah ye

      Padam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)