Sabtu, 20 Ogos 2011

Novel...siapa yang tak suka kan???




Hari ini dalam sejarah...ceh..konon sejarah apanya pulak la...sebenarnya dah berkurun lama saya tak baca novel. rasanya kali terakhir baca novel masa tahun 2002 kot. masa tu masih di zaman remaja. mood jiwang la katakan.. bila baca novel tu mesti berangan yang kita ni watak dalam novel tu. kalau part lawak dan mencuit hati tu..layan la gelak sorang2. kalau part sedih dan meruntun jiwa..apa lagi..berderai la air mata.. huh..memang x boleh tahan la...terbawa2 dengan cerita dalam novel tu dibuatnya.



hari ini...tengah bosan2 kat rumah tunggu waktu berbuka puasa...belek2 la novel yang ada kat atas katil adik. kat rumah saya ni masing2 'hantu novel'. lagi2  adik saya si Zahra yang montel tu..huhuhu... dia tu kalau dah mengadap novel tu..memang melekat je la novel tu kat tangan selagi tak habis...apa pon dia tak buat... macam tu jugak ngan si Ana...terperuk je la kat bilik dengan novel dia...jangan tak tahu...dia la antara supplier novel kat rumah ni.. siap sewa2 novel la bagai...




ini la hantu2 novel kat rumah yang saya maksudkan tu...hehehe....derang single lagi tau..nak berkenalan?? boleh jer...hehehe...kasi promo lagi ni....




...cik Zara @ hantu novel...




...cik muli @ hantu novel II + supplier novel....






okey. berbalik pada topik asal...hari ini saya tertarik nak baca novel ni. ntah...tajuk je macam best jer...."HINGGA KE AKHIRNYA"... setakat ni ...saya baru baca sampai page 74.







Siapa yang pernah baca novel ni? best tak? bagi saya setakat ni ok la jugak jalan cerita dia...siapa yang belum baca ..saya kongsikan sinopsis novel tu eh....




" Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?"



apa yang terjadi seterusnya??? kena la baca sendiri...baru best....hehehe...


banyak la part lawak insiden derang suami isteri yang buat saya tergelak sorang2. antaranya ialah...part yang mana Mimi Atia tu sembur mata suami dia dengan perfume masa first night derang...ada ke patut?? kesian suami dia....pastu siap kena tumbuk la pulak...hish2....ade ke perempuan yang garang macam tu dalam dunia nyata ni eh???






okey....saya nak ber'jiwang' baca novel ...nak tahu apa yang jadi kat derang pasni pulak.....daa.....








4 ulasan:

  1. Waa! sya tak suka baca novel..bca dua 3 page dah nguap..bgi tips skit..mcm mna suka bca novel ^^

    BalasPadam
  2. hehehe...sy pun xde la suka sgt..ni pon baca asyik skip2 jer...part yang x best baca gitu2 jer....dah khatam pon...huhuu

    BalasPadam
  3. hi.. last baca novel bertajuk Doktor Cinta.. Lawak dan sedih..

    1 novel tu gua perlukan 2 3 4 5hari nak habiskan. hahaha.. belum mencapai tahap hantu novel ar..

    BalasPadam
  4. sy pun suke bace novel! :)

    SALAM KENAL..DONE FOLLOW U..FOLLOW BACK YE :) ^^

    BalasPadam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)