.......Sedikit perkongsian untuk renungan kita bersama.....
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
Allah s.w.t. melalui ayat ini menyatakan bahawa antara kemuliaan dan fadhilat bulan Ramadhan ialah peristiwa penurunan al-Quran yang berlaku di dalamnya.
Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang disebutkan namanya di dalam al-Quran. Penisbahan rukun Islam yang ketiga iaitu ibadah puasa fardhu kepada bulan Ramadhan juga merupakan penambahan kemuliaan kepada Ramadhan. Kemuliaan berganda kemuliaan.
Jadi...marilah kita bersama-sama mencari keberkatan di bulan yg mulia ini dengan menggandakan amal ibadah kita...
Selamat Beramal.....
sumber: dari sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan