Artikel ini saya ambil dari blog rakan saya Nur Haniza Ismail
__________________________________________________________
Sejuk sungguh petang ini.Aku duduk di suatu sudut di beranda sambil menikmati angin petang yang bertiup lembut selepas hujan reda. Tiba-tiba Mak Jah datang,"Za, ko nak minum apa petang ni?" tanya Mak Jah. "Macam biasalah Mak Jah, kopi ye," kataku sambil tersenyum. "Baiklah," balas Mak Jah sambil berlalu pergi.Aku meneruskan melayan perasaan sementara menunggu Mak Jah menghantar minuman petangku.
Tidak lama kemudian, Mak Jah datang dengan setalam kopi dan juga kuih kegemaranku,karipap pusing berinti kentang. Aku memang suka dengan karipap buatan Mak Jah kerana ianya mengingatkan aku kepada arwah nenek ku yang sering membuat karipap untukku. Nenek memang pandai memasak.
Aku menjamah sebiji karipap sambil Mak Jah menuangkan kopi ke dalam cawanku. "Mak Jah, minum lah sama dengan Za di sini. Dah lama kita tak bersembang panjang, " pelawaku kepada Mak Jah. "Ha, yelah.Nanti Mak Jah ke dapur ambil satu lagi cawan ye," jawab Mak Jah.
Tidak lama kemudian Mak Jah datang semula ke beranda sambil membawa sebiji cawan. Kemudian, Mak Jah duduk di sebelah ku. Mataku menyoroti setiap perbuatan Mak Jah menuang air kopi ke dalam cawannya. Aku menikmati kopi panasku dan kuhirup perlahan-lahan. "Ermmm...masih seperti biasa kopi Mak Jah ni. Sedap, pekat, gulanya juga seimbang," aku berkata dalam hati.
Semasa Mak Jah menghirup minumannya, tiba-tiba aku bersuara, "Mak Jah, kenapa Mak Jah guna cawan plastik tu? Kan ke ade banyak lagi cawan atau mug yang elok-elok Za beli.Kenapa Mak Jah tak guna?" tanyaku kepada Mak Jah.
"Tak pelah, kan sama aja cawan kaca atau plastik," jawab Mak Jah sambil tersenyum. "Yang penting nak minum kopinya, bukan cawannya," sambung Mak Jah lagi. "Mana ada sama Mak Jah, lain la. Minum dalam cawan kaca lebih bergaya, cantik, konfiden je bila minum. kalau guna cawan plastik ni biasa-biasa je rasanya Mak Jah," kataku dengan yakin.
Mak Jah tersenyum lagi sambil memandang aku. "Za," tiba-tiba Mak Jah bersuara. "Iye Mak Jah," jawabku. "Za perasan tak hidup kita ni ibarat secawan kopi?"tanya Mak jah kepadaku. "Entah, tak perasan pulak Mak Jah. Apa kene mengena kopi dengan hidup kita. Makan untuk hidup tu biasa lah Mak Jah," jawabku selamba tanpa memikirkan apa makna persoalan Mak Jah itu. Aku meneruskan menikmati minuman kegemaranku disulami dengan karipap.
"Za, air kopi Za dengan Mak Jah ni serupa ke tidak?" tanya Mak Jah kepada ku. "Eh, Mak Jah ni. Mestilah sama, serupa. Kan Mak Jah buat seteko besar ni. Soalan apa ni Mak Jah. Buat lawak pulak," jawabku. "Cuba Za perhatikan betul-betul nak. Ada beza ke antara air kopi ni dalam cawan Za dan Mak Jah ni? Rasa, warna, semuanya sama,kan?" soal Mak Jah lagi. "Samalah Mak Jah. Kenapa?"aku mula tertanya-tanya.
"Air kopi ni lah ibarat kehidupan kita Za. Takde bezanya antara satu sama lain. Yang kita cari dalam dunia ni pun,yang ingin dinikmati dan dikecapi inilah dia, macam rasa dan nikmat air kopi ni," Mak Jah mula mengulas. "Yang semua orang rasa adalah sama tetapi apa yang di sekeliling kitalah yang membezakan kita untuk merasai kehidupan kita," Mak Jah menyambung kata-katanya lagi. "Mak Jah, Za tak faham la kata-kata Mak Jah ni. Cuba Mak Jah terangkan dengan lebih jelas dan ringkas," jawabku sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Iyelah Mak Jah. Za baru sedar rupanya hidup kita ni ibarat secawan kopi jer. Tak sangka pulak Za. Bertahun-tahun Za minum air kopi ni dan dah menjadi minuman kegemaran Za pun tapi Za tak nampak ianya begitu. Kopi tetap kopi tapi cawan yang kita gunakan berbeza-beza. Ada orang tak kisah dengan kehidupan yang biasa-biasa, tapi ada segelintir suka dengan kehidupan yang berstatus. Hishhh..tak sangka pulak Za ni tergolong dalam kumpulan yang gila status ye Mak Jah," kataku sambil tertawa.
Kami meneruskan menikmati minuman air kopi yang masih bersisa. Kehidupan tetap kehidupan, jangan dicemari dengan kerakusan menakluki dunia kerana yang hidup akhirnya akan mati jua, dan mati itu suatu yang pasti. Sepertimana yang disebutkan dalam Al-Quran surah Ali 'Imran ayat 185: "Kullu nafsin za iqotul maut"(Tiap yang bernyawa itu pasti merasai mati). Allahu 'alam.
p/s : kopi tu boleh jadi manis...kurang manis...pahit...kurang pahit...terpulang bagaimana kita 'menikmati'nya........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan