Rabu, 26 September 2012

Mari amalkan bersama.. Doa Dhuha

Rabu, 12 September 2012

Mood busy --> SOLAR 2012

Assalamualaikum wbt.

Kebelakangan ini saya sangat2 sibuk. Lebih sibuk dari biasa. Sebab apa yer?? Sebabnya saya dilantik jadi setiausaha lagi.. tahun ni dan tahun lepas kerap sangat jadi setiausaha. letih sangat jadi setiausaha ni. kalau memang kerja hakiki ni setiausaha xpe la jugak. 

Yang terbaru saya jadi setiausaha untuk program ni. Sesiapa yang berminat nak join bleh hubungi saya secara telefon di talian 03-51612622 ext. 187 atau emelkan kepada najah@jtm.gov.my. 



Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web berikut : 



orait.. nak sambung buat kerja balik...


p/s: ni kira promosi la jugak kan!!!





Ahad, 9 September 2012

Openhouse Raya 2012

Ceritera Majlis Aqiqah & Kesyukuran AidilFitri Keluarga En. Ahmadi semalam..




Khemah untuk tetamu jemputan



supervisor kecik melawat kawasan....




X-schoolmate.. Nurhaniza Ismail & family...


Bunga sedang beramah mesra bersama baby yg lain


my office-mate.. Hasfa & family


my x-boss.. En. Ammar Kamilin & family


Duta cendol hari itu...


Ni ntah kali ke berapa top-up kambing golek.. sedap sgt katanya...


my BFF.. Azlia Mashudi & family


my hubby with his friend.. Ustaz Azmi @ Azlia's husband



my fav. pics.. bunga & her mother + little sister...


Sebenarnya..banyak lagi pic hari tu..tapi tak larat nk upload... layan jer la...

Kepada semua tetamu yg hadir..terima kasih.. 
Kami sekeluarga memohon maaf seandainya terdapat kekurangan semasa majlis berlangsung.

Sayang kamu semua...










Selasa, 4 September 2012

Jemputan Rumah Terbuka


Assalamualaikum...

Kami sekeluarga dengan rendah hati ingin menjemput semua rakan2 blogger ke 
Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Aidilfitri di kediaman kami 
pada 8 September 2012 mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang.

Semoga kehadiran tuan/puan semua akan menambahkan keberkatan majlis kami nanti.





p/s: mesti you all ada banyak jemputan masa tu kan.. saya sendiri pun ada 3 jemputan..pening nk arrange masa.. nak gak berkunjung ke openhouse kawan2 yang lain...huhuhu

Selasa, 28 Ogos 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri


Sempena Syawal yang mulia ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Ampun Maaf Zahir & Batin 




p/s: jemput la datang beraya....



Khamis, 16 Ogos 2012

Ramadhan kian berlalu pergi...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan

Diam tak diam tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bersama kita. 
Alhamdulillah tahun ni kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. 
Tahun hadapan belum tentu lagi kita akan dipertemukan dengannya. 

Sementara kesempatan masih ada...

 Sementara masih dipinjamkan nafas.. 

Marilah bersama-sama kita mengimarahkan bulan penuh barakah ini 
dengan melipat-gandakan amal ibadah 
dan memohon keampunan 
dari Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Pengampun.




p/s : rebutlah keberkatan hari-hari terakhir ramadhan.... penuhkan saf-saf di rumah Allah...


Selasa, 14 Ogos 2012

Kad ucapan pengganti diri...



Assalamualaikum wbt...


Ditujukan khas buat semua sahabat2 blogger yang disayangi...



p/s : tahun pertama beraya bersama suami...tak sabar rasanya nak raya tahun ni...



Jumaat, 10 Ogos 2012

Monolog # 22 : Bertuahnya kita...


Hati ini sangat tersentuh menonton iklan raya ni....



p/s : sedihkan...bukan semua orang bertuah mempunyai keluarga..hargailah keluarga kita..terutama ibu bapa kita...sementara mereka masih ada.....

Isnin, 7 Mei 2012

Monolog # 20 : Suami terCINTA...




SUAMIku yang tercinta... CITA-CITAku adalah redhamu...


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...




p/s: Cinta..Kasih...Sayang abang dunia akhirat ;-)


sumber : incik google + makcik mukabuku....

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)