Moga warna-warna kelam
yang telah tercorak dan terlakar dulu
akan pudar dan hilang...
lenyap terus dari diari hidup ini...
Moga hari-hari yang mendatang
akan kita corakkan
penuh dengan warna ceria dan bahagia..
Moga bunga-bunga
kegembiraan dan kebahagiaan
akan terus menguntum dan mekar
dalam taman kehidupan
Moga hari-hari yang akan kita lalui
lebih baik dan bahagia
berbanding dari hari-hari yang telah kita tinggalkan
Pergilah jauh
duhai kedukaan dan kelukaan
penuhilah hidupku
dengan kebahagiaan..
Ya Allah...
Aku hanyalah insan yang lemah
Aku insan yang selalu lupa
Aku insan yang sangat kerdil
Aku selalu mengharapkan pertolongan dariMu...
Ya Allah....
lindungilah aku
bantulah aku
bimbinglah aku
kurniakanlah taufik dan hidayahMu
Ya Allah...
Moga setiap langkah yang bakal ku selusuri
hanya menuju jalanMu yang lurus
Jalan yang Kau redhai
biarlah hidup dan matiku
hanya untuk terus sujud padaMu....
~Naj Ahmadi ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan