Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Monolog #38 : Puasa dan Pahala






Alhamdulillah..Hari ini sudah 8 Ramadhan 1434H. Sekelip mata sahaja masa berlalu pergi. Diam tak diam, Ramadhan berbaki 21 hari sahaja lagi. Masihkan sempat kita meraikan dengan Syawal nanti. jangan pula keriangan untuk menyambut Syawal menyebabkan kita meninggalkan ibadah sunat di bulan Ramadhan. Dan jangan pula perbuatan kita yang lain menyebabkan kita kurang pahala puasa nanti.




Ingat ye.. Kita buka sahaja kena berpuasa menahan lapar dan dahaga. Tetapi, kita juga kena pastikan  mata, lidah dan telinga kita turut dipuasakan. Jauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan menyebabkan pahala kita berkurangan. 





Bagi yang uzur pula, jangan pula gusar sebab rasa rugi tak dapat melaksanakan amal ibadah di bulan ramadhan ini. Kita boleh  memperbanyakkan zikir . Insyaallah, amalan-amalan ini kalau kita praktikkan di bulan ramadhan setiap hari, ia akan jadi kebiasaan kelak. Bersama-sama kita raih sebanyak mungkin pahala dengan melakukan kebaikan. 


Amalkan 3 cara berikut untuk meraih pahala yang sentiasa berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.





Cara paling senang ialah SHARE entri ini bersama saudara-saudara kita. Tak keluar tenaga dan keluar modal apa pun kan?? Bukan payah pun...Mudah sahaja kan??

Semoga entri ringkas ini meberi manfaat kepada kita semua. 




Selamat beramal dan menjalani ibadah puasa.





p/s: siapa yang SHARE.. FREE je dapat pahala hari ini. Insyaallah.


 Astagfirullah. Wallahua'lam















Selasa, 23 Ogos 2011

Seumur hidup berpuasa..pernah tak???




Hari ini genap la 23 Ramadhan 1432H...yeah!!! maksudnya lagi 5 hari jer nak RAYA!!! ceh..macam kanak2 ribena la pulak..over-excited?? 

Sepanjang hidup korang la kan..apa benda2 peliks yang terjadi kat korang sepanjang korang berpuasa??? ala..apa2 yang pelik yang tak pernah2 jadi masa tengah puasa ker?? masa berbuka ker?? masa pergi terawih ker?? apa2 je la yang berkait dengan puasa....cerita la eh...

Semalam...23 Ramadhan 1432H...dalam sejarah seumur hidup saya berpuasa..erm..agaknya baper tahun eh... kalau kira dari 1st time puasa...rasanya dah 26 tahun kot puasa?? fuyoo....lama jugak!!! So, semalam nak tahu ape yg pelik berlaku???  

Cuba teka???
.
.
.
.
.
.
okey la...tengok la gambar berikut...agak2 korang tahu la ape dia??



.
.
.
.


La...tak tahu jugak apa yg jadi?? kalau nak tahu tak?? tak kira..saya nak bagitahu jugak...semalam kami sekeluarga telah ber'candle light' masa berbuka puasa semalam. eh...jangan pulak kata..elektrik kat rumah kami kena potong la pulak...bukan rumah kami jer....abis semua rumah kat sepanjang jalan ni ha bergelap....ala2 paparazzi plak...

Ni semua gara2 pemandu kontena yang bengong.  ada ke patut dia lalu jalan kat kawasan rumah kami yang kecik tu. bukan je membahayakan keselamatan penduduk setempat...tapi tengok...abis dia rodok tiang elektrik....x pasal2 tiang elektrik tu patah..wayar elektrik kat rumah saya pon putus dibuatnya...tak cukup dengan itu.....sampai pondok telefon pon ranap dibuatnya.. kalau lah saya berada di tempat kejadian masa tu..saya dah snap dah gambar kejadian tu & muka pesalah tersebut. buat bahan bukti. tapi masa saya balik kerja semalam dah takde da..sbb ia berlaku waktu tengahari. saya balik tengok2 jalan kena block & tengok staf TNBD tengah buat wiring....

So...benda pelik yang berlaku sepanjang berpuasa seumur hidup adalah....berbuka puasa diterangi cahaya lilin....romantik kan??? 




....hahaha....






LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)