Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Monolog #38 : Puasa dan Pahala






Alhamdulillah..Hari ini sudah 8 Ramadhan 1434H. Sekelip mata sahaja masa berlalu pergi. Diam tak diam, Ramadhan berbaki 21 hari sahaja lagi. Masihkan sempat kita meraikan dengan Syawal nanti. jangan pula keriangan untuk menyambut Syawal menyebabkan kita meninggalkan ibadah sunat di bulan Ramadhan. Dan jangan pula perbuatan kita yang lain menyebabkan kita kurang pahala puasa nanti.




Ingat ye.. Kita buka sahaja kena berpuasa menahan lapar dan dahaga. Tetapi, kita juga kena pastikan  mata, lidah dan telinga kita turut dipuasakan. Jauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan menyebabkan pahala kita berkurangan. 





Bagi yang uzur pula, jangan pula gusar sebab rasa rugi tak dapat melaksanakan amal ibadah di bulan ramadhan ini. Kita boleh  memperbanyakkan zikir . Insyaallah, amalan-amalan ini kalau kita praktikkan di bulan ramadhan setiap hari, ia akan jadi kebiasaan kelak. Bersama-sama kita raih sebanyak mungkin pahala dengan melakukan kebaikan. 


Amalkan 3 cara berikut untuk meraih pahala yang sentiasa berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.





Cara paling senang ialah SHARE entri ini bersama saudara-saudara kita. Tak keluar tenaga dan keluar modal apa pun kan?? Bukan payah pun...Mudah sahaja kan??

Semoga entri ringkas ini meberi manfaat kepada kita semua. 




Selamat beramal dan menjalani ibadah puasa.





p/s: siapa yang SHARE.. FREE je dapat pahala hari ini. Insyaallah.


 Astagfirullah. Wallahua'lam















Isnin, 8 Julai 2013

Monolog # 37 : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum wbt





Alhamdulillah..insyallah kita bakal bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah. Semua umat islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)





Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan keranaAku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Kelebihan Bulan Ramadhan 

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.





Niat Puasa Ramdhan dan Doa Berbuka Puasa







Sama-samalah kita meraih sebanyak mungkin ganjaran yang ditawarkan di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Marilah kira bersama-sama kita saling ingat-mengingati, memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.





p/s: Alhamdulillah...Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut dan meraikan Ramadhan bersama suami tercinta untuk tahun kedua.  




LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)