Sabtu, 15 Oktober 2011

Monolog # 13 :Bagaimana Menyayangi Seseorang ??




  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke semasa.
  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
  6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.
  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

p/s: mr. RH...ni kira tips2 la ni...hehehe...



Saya Pergi Test Shoot Cover Majalah NUR

Ini cerita jumaat minggu lepas, 7 Oktober 2011. Lepas subuh saya duk engadap godek2 ZTE Blade saya. Biasa la sekarang dah jadi rutin check FB...update status...check-in..macam2 la bleh buat skrg apabila semuanya dihujung jari runcing saya ni jer.

Dalam duk godek2 FB saya tu saya tengok page NUR.. alamak ada post menarik la...


Terus saya excited jadinya. Saya call no yang tertera...tapi tak berjawab.... Then saya komen la kt Fanpage...



Pastu SMS pun masuk...Cik Azza dah reply. dia suh datang kat pejabat Karangkraf. Hish...macam tak caya jer... saya pun apa lagi...siap-siap terus. Kebetulan hari tu saya ambil cuti sebab nak pergi panjat gunung ngn Mr. RH. Saya pun call Mr. RH bgtau berita ni. 

Me: Ayg... Syg nak g photo-shoot tuk Cover Majalah Nur. Boleh?
Mr. RH : ha....photo-shoot... tak bgtau pun?? macam ne boleh dapat?
Me: ni nak bgtau la ni...ntah..td tengok FB..pastu dia post offer. Syg call orang tu tak dapat. tapi pastu dia sms suh dtg kat Karangkraf. Start 9am-12pm.
Mr. RH : ok..pergi la....(macam x bg jer)
Me : Ayg teman Syg...boleh??
Mr. RH : Ok. Nnt Ayg hantar Syg. Nak pergi kul baper?
Me: Yeah...Sayang awak!!! Start kul 9. Kita pergi kul 8.30 pagi ye. Nak pakai baju ape yer?
Mr. RH : Sayang pakai ala2 busana muslimah la...
Me: Nak pakai baju warna per??
Mr. RH: better sayang pakai warna putih...nampak suci jer....
Me: .....erm....kalau macam tu syg pakai baju biru..seluar & tudung putih. ok??
Mr. RH : Ok.

Erm...mcm tu la lebih kurang dialog hari tu. Seronok sangat hari tu. Sebabnya saya memang dah lama meminati majalah NUR. selalu berangan jadi cover... dulu siap beli Safi Rania semata2 nak masuk contest pencarian cover Nur. Banyak kali isi borang...tapi tak hantar...malu...bukan cantik mana pun nak jadi cover... pastu...x confident langsung...

Tapi tak tahu kenapa...time ni saya teruja sangat. pastu bila Mr. RH sangat2 sporting dan menyokong saya.. Terus confident. walaupun sebenarnya masa tu saya cuak.

Kami sampai kat Karangkraf dalam kul 9.15 pagi. 



Karangkraf..tapi studio bukan kat sini..kat bangunan kaler merah tu...


Sampai kat sana terus call Cik Azza... dia suh datang ke studio terus..Sampi kat studio tu..kena tunggu jap..tak ramai orang pun. maybe pagi sangat lagi kot. tengah saya menunggu tu datang sorg lagi nk test-shoot gak. sementara tu...borak2 ngn Mr. RH. dia kata kawan dia keje kat situ.. 




hish...isipadu pipi yang kian bertambah tidak dpt disembunyikan lagi..huhuhu




Mr. RH saya ni ala2 model plak....sape yg test-shoot ni???


Tak lama pastu dia suh masuk studio. Kena isi borang. pastu photo-shoot. Memang nervous la sebab saya tak pernah photo-shoot macam ni...dia ngan lampu2  yang banyak.. dia suh pose...ntah macam mana la rupa saya posing tu... layan kan jer... 

Tak lama pun kejap jer..pastu siap dah...Lega... dapat ke tak dapat jadi Cover NUR bulan Disember ni tak tahu la.. Kalau dapat memang BEST la... Tapi kalau tak dapat pun saya bersyukur. sekurang-kurangnya merasa la pergi photo-shoot tu jadi penghias majalah. tu pun dah satu kejayaan bagi saya. hehehe...

Tapi yang paling bermakna ialah..saat manis tu saya kongsikan dengan insan tersayang...Mr. RH...
Ayang..terima kasih sebab temankan sayang. Thanks coz make my dream comes true!!


mata Mr. RH macam tak cukup tidur jer...hehehe


Terima kasih kerana bagi support kat saya.
Mr. RH.. Saya sayang awak tau!!!




p/s: agak2 dapat tak saya jadi Cover NUR bulan Disember ni??? tapi kan..Mr. RH yang dapat offer tuk jadi cover. tapi bukan majalah NUR la..Maskulin kot?? 
Ayang...amek je la offer tu.. Sayang akan menyokong Ayang.. Siapa tak bangga kalau orng kesayangan dia jadi COVER. Bangga tau!! cuma...mesti nnt ayg makin ramai peminat...tapi jgn lupa peminat no.1 ni tau!! 



Jumaat, 14 Oktober 2011

Our Love Story




me & him

MOOD: Tension..Blogspot kena block


Hari ini saya sedikit tension. Semua gara-gara bila pagi2 saya buka blogspot..tapi dah kena sekat!! Blogspot telah disekat!!!! Tension tau!!!


blogspot kena block...huhuhuhu


Aduhai... saya memang la boleh melayari internet dengan sewenangnya melalui ZTE Blade saya... dengan unlimited broadband service lagi tu.... tapi x puas la ..sbb skrin kecik kat smart phone saya tu..

Minggu ini saya ditugaskan untuk mengajar Blog & Web Design dalam Latihan 1 Malaysia. Kalau blogspot dah disekat macam ne nak mengajar???  Aduhai...bukan saya je cuak...opismate saya pun cuak gak la...Kursus nak dijalankan sabtu dan ahad ni. tapi kalau kena block macam ne nak mengajar...

Opismate saya pun sibuk macam saya gak...saya dari pagi duk call staff kat BPSM (Bahagian Pusat Sumber & Multimedia). Setahu saya KB BPSM tengah kursus...pastu kawan saya Azana Hafizah selaku System Admin & Webmaster kat sini pun tengah cuti sakit (MC)...kesian dia...dia keguguran.....pastu Webmaster lagi sorang...Azita...dah bersalin....abis..siapa yang sekat ni..semalam ok jer... 

Geram tau....tension jadinya hari ni... Kecoh gak la blogger2 kat pejabat ni... Lydia John....Miss Sempoi....dan lain2 lagi. Bukan saya sorang je blogger kat office ni tau...hehehe....

Tapi dalam kul 11.30 pagi tadi... En. Rasuzam Rashid selaku KB BPSM telah nyah-sekat Blogspot.. so... blogspot telah beroperasi seperti biasa... 



yeah!! najahmadi.blogspot.com kembali beroperasi



Yahooo!! baru seronok macam ni... 
Walaupun saya bukan blogger tegar..tapi blogging ni satu terapi bagi saya.....

Ok la... Selamat kembali ber-blogging..hehehe


p/s: tolong jangan block lagi yer....kalau nak block semua...block terus internet..tak payah ada internet kat office ni...kalau semua komunikasi nak disekat kan...kita kembali je ke zaman 70-an dulu...kata sekarang dunia tanpa sempadan...globalisasi...semua di hujung jari..lagi pun kita kan pengguna bijak dan celik IT... jangan la JUMUD sangat....





Rabu, 12 Oktober 2011

Kisah Dongeng



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati









Monolog # 12 : Hidup Ini Ibarat Secawan Kopi


Artikel ini saya ambil dari blog rakan saya Nur Haniza Ismail

__________________________________________________________


Sejuk sungguh petang ini.Aku duduk di suatu sudut di beranda sambil menikmati angin petang yang bertiup lembut selepas hujan reda. Tiba-tiba Mak Jah datang,"Za, ko nak minum apa petang ni?" tanya Mak Jah. "Macam biasalah Mak Jah, kopi ye," kataku sambil tersenyum. "Baiklah," balas Mak Jah sambil berlalu pergi.Aku meneruskan melayan perasaan sementara menunggu Mak Jah menghantar minuman petangku.

Tidak lama kemudian, Mak Jah datang dengan setalam kopi dan juga kuih kegemaranku,karipap pusing berinti kentang. Aku memang suka dengan karipap buatan Mak Jah kerana ianya mengingatkan aku kepada arwah nenek ku yang sering membuat karipap untukku. Nenek memang pandai memasak.

Aku menjamah sebiji karipap sambil Mak Jah menuangkan kopi ke dalam cawanku. "Mak Jah, minum lah sama dengan Za di sini. Dah lama kita tak bersembang panjang, " pelawaku kepada Mak Jah. "Ha, yelah.Nanti Mak Jah ke dapur ambil satu lagi cawan ye," jawab Mak Jah.

Tidak lama kemudian Mak Jah datang semula ke beranda sambil membawa sebiji cawan. Kemudian, Mak Jah duduk di sebelah ku. Mataku menyoroti setiap perbuatan Mak Jah menuang air kopi ke dalam cawannya. Aku menikmati kopi panasku dan kuhirup perlahan-lahan. "Ermmm...masih seperti biasa kopi Mak Jah ni. Sedap, pekat, gulanya juga seimbang," aku berkata dalam hati.

Semasa Mak Jah menghirup minumannya, tiba-tiba aku bersuara, "Mak Jah, kenapa Mak Jah guna cawan plastik tu? Kan ke ade banyak lagi cawan atau mug yang elok-elok Za beli.Kenapa Mak Jah tak guna?" tanyaku kepada Mak Jah.

"Tak pelah, kan sama aja cawan kaca atau plastik," jawab Mak Jah sambil tersenyum. "Yang penting nak minum kopinya, bukan cawannya," sambung Mak Jah lagi. "Mana ada sama Mak Jah, lain la. Minum dalam cawan kaca lebih bergaya, cantik, konfiden je bila minum. kalau guna cawan plastik ni biasa-biasa je rasanya Mak Jah," kataku dengan yakin.

Mak Jah tersenyum lagi sambil memandang aku. "Za," tiba-tiba Mak Jah bersuara. "Iye Mak Jah," jawabku. "Za perasan tak hidup kita ni ibarat secawan kopi?"tanya Mak jah kepadaku. "Entah, tak perasan pulak Mak Jah. Apa kene mengena kopi dengan hidup kita. Makan untuk hidup tu biasa lah Mak Jah," jawabku selamba tanpa memikirkan apa makna persoalan Mak Jah itu. Aku meneruskan menikmati minuman kegemaranku disulami dengan karipap.

"Za, air kopi Za dengan Mak Jah ni serupa ke tidak?" tanya Mak Jah kepada ku. "Eh, Mak Jah ni. Mestilah sama, serupa. Kan Mak Jah buat seteko besar ni. Soalan apa ni Mak Jah. Buat lawak pulak," jawabku. "Cuba Za perhatikan betul-betul nak. Ada beza ke antara air kopi ni dalam cawan Za dan Mak Jah ni? Rasa, warna, semuanya sama,kan?" soal Mak Jah lagi. "Samalah Mak Jah. Kenapa?"aku mula tertanya-tanya.

"Air kopi ni lah ibarat kehidupan kita Za. Takde bezanya antara satu sama lain. Yang kita cari dalam dunia ni pun,yang ingin dinikmati dan dikecapi inilah dia, macam rasa dan nikmat air kopi ni," Mak Jah mula mengulas. "Yang semua orang rasa adalah sama tetapi apa yang di sekeliling kitalah yang membezakan kita untuk merasai kehidupan kita," Mak Jah menyambung kata-katanya lagi. "Mak Jah, Za tak faham la kata-kata Mak Jah ni. Cuba Mak Jah terangkan dengan lebih jelas dan ringkas," jawabku sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Mak Jah yang memang terkenal dengan kesabaran dan kelembuatannya itu, tersenyum sambil memandang aku. Mak Jah mula membuka mulut untuk berbicara lagi. "Semua orang menikmati kehidupan ni kan. Semua orang juga ada kehidupan tetapi yang menjadi pengahalang kepada kehidupan yang sama ialah luaran kita, sekeliling kita. Contohnya, cawan yang Mak Jah gunakan ialah cawan plastik yang murah, Za pula menikmati air kopi yang sama macam Mak Jah minum dalam cawan kaca yang mahal. Begitulah kehidupan kita yang sebenar Za. Macam yang Za cakap awal tadi, bila Za minum dalam cawan kaca yang mahal ni Za rasa ada status, Za rasa berkeyakinan dan rasa kopi tu sedap, berbeza dengan cawan plastik. Sedangkan air kopi tu jugalah yang Mak Jah minum ni ha. Sama je, bukan Mak Jah buat yang lain, tapi sudah fitrah manusia ni suka nak bersaing, nak berlumba dan bangga bila ada status yang tinggi, suka dipuji orang jika ada rumah besar, pangkat besar, kereta yang cantik, perhiasan emas dan berlian yang banyak dan berkilau, dan apabila kita tengok orang lain lebih kita akan rasa diri kita tak berguna, tak berkeyakinan, tidak hebat dan tidak bagus seperti orang lain. Kita akan cuba pula bersaing untuk menyamakan taraf kita dengan orang lain. Itu yang kadang-kadang sampai sanggup khianat kawan sendiri, sanggup berbunuhan, sanggup pula mengenakan dengan ilmmu-ilmu yang salah semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. betul tak, Za?" jelas Mak Jah dengan panjang lebar. Aku hanya mendiamkan diri dan mengangguk-anggukkan kepala mendengar kata-kata Mak Jah dan cuba memahamkan kata-katanya itu.

"Iyelah Mak Jah. Za baru sedar rupanya hidup kita ni ibarat secawan kopi jer. Tak sangka pulak Za. Bertahun-tahun Za minum air kopi ni dan dah menjadi minuman kegemaran Za pun tapi Za tak nampak ianya begitu. Kopi tetap kopi tapi cawan yang kita gunakan berbeza-beza. Ada orang tak kisah dengan kehidupan yang biasa-biasa, tapi ada segelintir suka dengan kehidupan yang berstatus. Hishhh..tak sangka pulak Za ni tergolong dalam kumpulan yang gila status ye Mak Jah," kataku sambil tertawa.


Kami meneruskan menikmati minuman air kopi yang masih bersisa. Kehidupan tetap kehidupan, jangan dicemari dengan kerakusan menakluki dunia kerana yang hidup akhirnya akan mati jua, dan mati itu suatu yang pasti. Sepertimana yang disebutkan dalam Al-Quran surah Ali 'Imran ayat 185: "Kullu nafsin za iqotul maut"(Tiap yang bernyawa itu pasti merasai mati). Allahu 'alam.



p/s : kopi tu boleh jadi manis...kurang manis...pahit...kurang pahit...terpulang bagaimana kita 'menikmati'nya........













Monolog # 11 : Tak Solat Pun Boleh Berjaya ??


Assalamualaikum...

Dah lama saya tak tulis entry yang ilmiah. Sejak akhir2 ni saya sangat sibuk. Betul!! Saya benar2 sibuk dengan berbagai program rasmi dan tidak rasmi. Memang tak sempat nak update blog saya ni. Walaupu sebenarnya banyak benda yang ingin saya kongsikan dengan rakan2 blogger yang lain.

Tadi saya sempat la mengengah ke blog Syazwan Che Deraman. Saya tertarik dengan entri dia. Ok la...malas nak story-mory panjang... Saya pun tengah sibuk ni. Ni curi2 masa sket sambil hilangkan stress bekerja... Jom baca.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

post script : Kita ni golongan yang mana?

post script 2 : setinggi mana pangkat dan darjat kita, semuanya adalah milik Allah, jangan sesekali sombong.

post script 3 : manusia sentiasa buat salah, dan sentiasa diberi peluang selagi masih hidup ni..tapi, esok, hidup lagi ke kita?



copy-paste dari SINI.





Wordless Wednesday # 10 : One vs Million





....it's true...






Selasa, 11 Oktober 2011

MOOD : Busy..huhuhuhu


Assalamualaikum....

saya sangat sibuk sejak akhir-akhir ini.. dengan tahap kesihatan yang tidak menentu...gara2 serangan virus2 jahat...bencinya!!! okey...jangan fikir banyak2..jangan tension...jangan stressss




Walaupun keadaan diri saya sekarang ni amat2 sibuk..konon2 jadual dah penuh la..dari pagi sampai malam... nak update My-Diary ni pun takde masa..kena curik2 masa tau....



Kerja saya dah melambak2 ni... hari tu dh buat 5S...kejap je clear...sekarang ni dah penuh balik meja saya ni...tapi belum la samapi menimbun macam gambar kat bawah ni.....






Okey la... Selamat bekerja semua... Oleh kerana tahun ni dapat bonus...pastu next year gaji naik kan...semangat la sket!!! CAIYOK!!!!


p/s: alhamdulillah..rezeki tahun ni....SUKA!!!!!!




Isnin, 3 Oktober 2011

MOOD : Hari pertama bekerja di bulan OKTOBER

Hari ini saya bersemangat sangat nak pergi kerja... seawal 5.30 pagi dah bangun...pastu kejut Mr. RH...bersahur dengan susu strawberi & roti raisin....kemas2 bilik... pastu solat subuh... kul 6.50 pagi dah keluar dari rumah. Peh! awalnya saya keluar hari ni...(selalu punch card ade je merah)

Sampai office kul 7.30 pagi...seronok memulakan hari pertama bekerja di bulan OKTOBER. caiyok!!! lepas sampai office telefon Mr. RH. saje gediks...buat morning call lagi... mood pun bertukar lebih ceria..seolah2 mendapat energy tambahan...konon la...kata orang cinta adalah motivasi terhebat!!! betul tak??? hehehe.. saya kembali berCINTA ker?? macam kelakar je bila orang 'tua' bercinta. kalah remaja muda mudi tau!!

Lepas call Mr. RH saya pun memulakan tugas... buka PC... nak update status kat FB la kononnya...nak check email. kot2 ada benda urgent yg perlu diselesaikan.... tapi HAMPA.... internet down......bencinya!!


kucing pun ada mood tau..



Saya pun cuba aplikasikan kepakaran yg ada..konon2 nk renew ip..godek2 la setting....hampeh... x boleh jugak... terus mood saya bertukar menjadi DOWN. terus Tensi...tahu apa itu tensi??? TENSION....



konon nak pakai command prompt la....


Hampeh betul la...spoil mood saya tau. Saya malas nak layan perasaan it.....terus la kemas2 meja.. sambung kerja2 5S hari jumaat hari tu. Punyanya banyak kertas2 yang tidak berguna lagi...tu baru SEIRI@ SISIH tau....pas sisih kita SEITON @ SUSUN...susun la kertas2 yang ada tu... saya terus ubah kedudukan PC...kurangkan barang2 yang ada kat atas meja...baru rasa lapang sket!! 




5S


Sebenarnya belum siap kemas lagi..tapi saya dah mula BOSAN...tu nak buat entri ni...lagipun internet baru boleh beroperasi pada jam 9.30 pagi,...huhuhu..nasib baik la dh ok..kalau tak ok...memang spoil la mood saya 1 hari ni....

ok la...nak sambung buat 5S lagi....meja pon tengah berselerak lagi  ni...


SELAMAT BEKERJA
CAIYOK!!!!!





LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)