Ahad, 18 September 2011

10 Tanda Dia Jodoh Kita



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3. Terima kita seadanya.

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.





4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.





6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?






7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.





8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.




9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.





10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?


“ Manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan.”




artikel ini saya ambil dari SINI



p/s: saya harap awak adalah jodoh terbaik untuk saya.


Monolog # 4 : Pelengkap Hidup


Buat insan yang bernama lelaki.....


"Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya".
(Surah az-Zumar:6)


"Yakni Dia menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat".
(Tafsir al-Manar 4: 327)


Abu Muslim dan Ar Razi dalam tafsirnya berkata:
" Erti Dia menciptakan daripadanya pasangannya, Dia menciptakan dia dari jenis yang sama, maka adalah ia serupa dengan dia (tidak berbeza)".

" Dan dari antara kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu dari anfusikum - dari bahan yang sejenis dengan kamu - beberapa pasangan untuk kamu menenteramkan fikiran padanya, dan Allah membuat di antara kamu sekalian kecintaan dan kasih sayang".
(Surah Ar-Raum: 21)


Kerana sesungguhnya....


"Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kaki untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengan untuk dilindungi, dan dekat dengan hati untuk dicintai"






p/s: Mr. RH....awak pelengkap hidup saya tau :)



Nak LELAKI yang macam mana??




Soalan-soalan berikut ditujukan khas buat yang belum bercinta, sedang bercinta, bertunang atau kepada yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga. kepada mereka yang dah berkahwin...maaf la ye... anda dah tak boleh buat pilihan lagi.. tapi boleh la minta pasangan anda UPGRADE sket2 eh....


Bagi yang belum ada calon lagi senang... boleh gunakan check-list ini jer sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang... tak payah susah-susah. Okey...Persoalannya ialah lelaki macam mana yang anda mahukan dalam hidup anda???

  1. TINGGI, atau yang tinggi imannya?
  2. HENSEM, atau yangg hensem akhlaknya?
  3. TEGAP, atau yang tegap akidahnya?
  4. COMEL, atau yang comel ibadatnya?
  5. COOL, atau yang cool kesabarannya?
  6. PUTIH, atau yang putih hatinya?
  7. CUTE, atau yang cute tawadduknya?
  8. KAYA, atau yang kaya ilmunya?
  9. PEMALU, atau yang pemalu kepada dosanya?
  10. GAGAH, atau yang gagah melawan nafsunya?


Jadi, suka yang mana? Kalau saya pilih SEMUA yang ada. hehehe... Alhamdulillah...saya rasa calon yang saya pilih tu memang dah ada semua kriteria di atas. dan sebab tu juga saya pilih dia!! Saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sebaik dia. Saya amat yakin dia mampu menjadi IMAM untuk memimpin keluarga kami nanti. So, awak dapat markah penuh la ye... 10/10...hehehe...






p/s: awak....terima kasih atas segalanya... saya ♥sayang♥ awak tau!!










Sabtu, 17 September 2011

Kematian : Takziah buat Aza Zahri sekeluarga



Assalamualaikum...
Salam Takziah kepada sahabatku Azarizan Zahri @ Aza Zahri atas pemergian suaminya Noor Azreen ke rahmatullah pada jam 11.30pm 16 September 2011. Semoga dirimu & keluarga tabah menghadapi dugaan daripadaNya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solihin...Amin....

Artikel berikut ingin saya kongsikan untuk renungan kita bersama...



Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasanubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.

Artikel ini saya ambil dari SINI

p/s: Hidup di dunia ini tiada kepastian...hanya satu yang benar-benar pasti...kita semua akan MATI.. bersediakah kita menghadapi saat itu???






Jumaat, 16 September 2011

MAMPU.......s



situasinya begini.......

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : hah?

Suami : In English, “satu” is one, “dua” is two,”tiga” is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : In English, kena paham tentang “singular”  atau “plural”. One car adalah singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : mmm..tambah huruf “s” untuk yang plural.

Isteri : pandai abg, khas utk abg...

Suami : pesal lak?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, dua isteri jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?



...pic ni...ada kaitan ker?? MAMPU...



p/s: nak single ke plural?? jawab la sendiri eh...








Fanpage : bajet artis ker???



tak tahu kenapa..saya tergerak nak buat fanpage ni...
bukanlah bajet diri ni artis sampai perlu ada fanpage kan..
tapi saya selalu dpt friends request..kadang2 dari orang yang tak kenal saya. 
bukan saya taknak accept...
tapi entah la...
pada saya kalau siapa yang saya tak betul2 kenal...
saya tak add dia...
minta maaf banyak2
so, kalau sesiapa yang betul2 nak kenal saya....
 boleh la follow saya kat blog ni... setakat ni saya dah ada 108 follower... 
lepas join segmen...bertambah2 follower saya dengan jayanya... 
saya suka!!!! 
nak minta jasa baik kawan2 semua untuk like kat sini 
dan kalau memang nk sangat berkomunikasi dengan saya...
sila lah kunjungi saya di sana eh. LIKE!


saya memang tak reti nak buat fanpages ni. main buat jer....
 kalau u all suka sila la LIKE okey!!!



p/s: ini entri meraih undi...sila UNDI saya ok!!! sebenarnya saya nak launch fanpage ni masa birthday saya...tapi excited la pulak..xpe la ambil sempena Hari Malaysia..akan ingat sampai bila2...






Monolog # 3 : Bicara hati







Duduk termenung didepan laptop melihat keluar jendela. Terasa angin sejuk bertiup, mengigil, dirasai hingga ketulang. Dipandangnya kedinding sambil mengusap rambut yang semakin hari semakin panjang. Dibukanya pautan Facebook, refresh, refresh, refresh, hampir berpuluh kali diulangnya benda yang sama. Right click dan refresh lagi. Menggosok gosok mata dan merungut kecil didalam hati "datang lagi penyakit hati, uughhhh."

Seketul darah hitam yang beku dikurniakan Allah diletakNya disebelah kiri dada. Sangat signifikan nilainya. Apabila dirasakan diri aku sedikit tergelincir dijalan tarbiyyah, hatilah yang bisa memberi isyarat. Bila mana titik titik hitam kembali menapak dan ingin menebal kembali, akan ada perasaan yang sukar digambarkan. Seolah perasaan kosong dan resah itu mahu kembali menunjukkan diri.

Aku kira ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendakinya. Mesti akan ada saat saat segala benda dirasakan tidak kena. Saat saat begini, mulalah kalut mencari Al Quran dan berdoa bagai nak rak. Pointnya disini, tidak kiralah ape sahaja cara untuk menyembuh kan hati itu akan muncul juga rasa tidak senang itu. Berulang, penyakit hati. Yang membezakan antara kita, seberapa cepat rasa itu muncul, dan seberapa kerap ia tiba.

Ada orang, rasa ini muncul hampir hari hari. "Oh hari ni tersentuh wanita bukan muhrim", terus rasa resah (hati). "Oh hari ni terlihat aurat seorang wanita bukan muhrim, lagi" (gagal lagi). "Alaaa hari ni satu muka surat pun tak belek Al Quran". Makin terkumpul dosa dosa dan segala macam maksiat makin cepat hati rasa resah. Terlebih gurauan, tergelak tak ingat dunia "ahhh hati makin kotor!". Hati perlahan lahan mengeluarkan isyarat tidak senang. Bagi yang cepat sedar akan rasa itu, Alhamdulillah. Masalah yang besar bila rasa ini tidak timbul timbul. Ditunggu tunggu, tak muncul muncul.

Membimbangkan dan malah mengejutkan, rasa tidak senang itu muncul enam bulan sekali, iaitu bila nak final exam. Time ni tunggang terbalik, rajin solat hajat. Solat selalu ontime. Iye lah nak result gempak. Malah lagi teruk, setahun sekali, ketika Ramadhan tiba. Nauzubillah. Mulalah, bercakap pasal agama, status facebook pun nak share tazkirah je memanjang. Eh nak mati ke ni tiba tiba macam ni? Ini lah tindakan tindakan refleksi bila hati kesakitan. Dan Allah itu maha pemurah. Bila hati sakit, hambaNya pasti meminta. Dan biasanya Allah akan bagi. Secara perlahan akan rasa tenang kembali. Seminggu kemudian, habis exam, Ramadhan berakhir, mula balik tabiat lama. Keluarlah segala macam lagu mengarut di wall. Tweet pun segala benda yang cacamarba. Itu sudah menjadi cycle. Bagi manusia yang normal.

Tapi bukan itu yang ku mahu. Aku tak mahu jadi normal. Aku tak suka cycle ini. Jenis tarbiyyah, taubat mee segera. Susah cari Allah. Senang cari hiburan. Apebenda? Nilai iman yang tinggi ku kira bila waktu paling gembira dan bahagia tapi masih ada iman dan agama yang kukuh disisi. Apetah lagi waktu bersedih, Allah lah menjadi tempat mengadu. Oleh itu ape yang aku perlu lakukan? Jeng jeng jeng. Kuncinya, tarbiyyah kan diri sendiri. Bangun malam, tahajjud? Check. Solat diawal waktu? Check. Menjaga batasan pergaulan? Check. Al Quran disisi 24/7? Check. Oihhh susah nih. Mana pergi life aku? Awak, hidup hanya sekali. So live life to the fullest, be happy. Salah! Hidup hanya sekali, sebab itu kena beribadah ibarat mati itu keesokan hari (monolog dalaman). Ingat, awak diciptakan sebagai seorang hamba. I repeat, hamba.







"Allah rindukan aku", bisik hati kecil, merintih. Nauzubillah, mungkin aku sedikit terlena hampir terlupa tugasku. Hamba apekah aku ini?




_____________________________________________



enty di atas saya copy paste dari blog Kamal Effendi dari entri INI. Saya memang sentiasa follow blog dia. Saya mengenali dia daripada cik epal. Siapa yang tak kenal cik epal blogger yang gorgeous & glamour tu kan??



entah kenapa...apa yang ditulis oleh KE ni betul2 menyentuh hati saya. saya percaya 'benda' ni berlaku pada semua orang. cumanya kita sedar atau tak je. macam kenyataan dia ni :



"Aku kira ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendakinya. Mesti akan ada saat saat segala benda dirasakan tidak kena. Saat saat begini, mulalah kalut mencari Al Quran dan berdoa bagai nak rak. Pointnya disini, tidak kiralah ape sahaja cara untuk menyembuh kan hati itu akan muncul juga rasa tidak senang itu. Berulang, penyakit hati. Yang membezakan antara kita, seberapa cepat rasa itu muncul, dan seberapa kerap ia tiba."




Sejujurnya..'benda' ini kerap berlaku pada saya. sangat2 kerap berlaku dan saya sangat bersyukur kerana Allah masih sangat mengasihani diri ini walaupun sebagai hambanya saya selalu lupa & ingkar dalam mentaati suruhannya. Saya akui, saya bukan seorang yang 'baik'. saya bukan seorang yang layak untuk disanjung mahupun dijadikan role model. Tapi hakikat yang perlu saya terima, sebagai seorang pensyarah @ pendidik, secara tidak langsung setiap apa yang saya lakukan menjadi perhatian di mata masyarakat. terutamanya anak didik saya. ini menyebabkan saya rasa amat bersalah sekiranya saya menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. bukan saya nak jadi hipokrit. tidak!!! saya sentiasa menjadi diri saya yang sebenar. dan saya sentiasa berusaha memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa.



kasih sayang Allah pada hambanya Maha Luas. tak bertepi!! Allah Maha Penyayang & Maha Pengasih. Allah amat menyukai hambanya yang selalu dekat dengannya. Tapi kita sebagai hambanya selalu lupa padanya apabila kita 'senang', apabila kita bahagia, apabila kita dilimpahi kemewahan dunia. tapi apabila kita susah dan hilang tempat bergantung, kita pasti cari DIA. Apabila tiada satu pun yang boleh kita sandarkan harapan di dunia ini, kita akan 'pergi' kepadanya. merintih...menangis dan meluahkan segala kekesalan yang terbuku di hati.





tidakkah kita malu padaNya?? terus terang saya katakan bahawa saya amat2 malu untuk meminta padaNYa...saya malu bersemuka denganNya..dengan membawa dosa yang menggunung tinggi..meminta belas ihsan daripada Yang Maha Mengasihani. tapi saya sedar...saya amat-amat sedar bahawa setiap yang berlaku pada diri saya ...semuanya adalah daripadaNya. semuanya telah tertulis di Luh-Mahfuz lagi.. baik dan buruk yang berlaku semua telah ditakdirkan kepada kita. sebagai hamba kita tidak boleh lupa pada bahawa kita perlu percaya pada Qada dan Qadar. 



Oleh itu, apabila saya berasa diri ini benar2 lemah...saya memohon agar DIA pinjamkan saya kekuatan untuk menghadapi segalanya...kerana saya tahu hanya dia yang Maha Kuat. Apabila saya berasa diri ini betul2 kurang....saya memohon agar Allah mencukupkannya kerana saya tahu hanya dia yang Maha Mencukupi...



Ya Allah!! kerdilnya hambamu ini.. sangat2 kerdil. tetapi kenapa bila kita 'di atas' kita mendabik dada ... seolah2 tiada yang lebih besar dan berkuasa di dunia ini. Ya..kita lupa...bahawa semua yang menjadi milik kita di dunia ini...bukanlah milik abadi... kita lupa yang hadirnya kita ke dunia ini...kita memegang amanah dan perjanjian denganNYa. lupakah kita dengan apa yang kita ungkapkan dulu padaNya? sebelum kita lahir ke dunia ini...sebelum kita kenal siapa ibu dan ayah kita?? sebenarnya kita kenal DIA dahulu..kita kenal..bahawa dialah PENCIPTA...dia lah tuhan kita.






Ya Allah...
pelihara dan lindungilah diri ini...
kerana diri ini benar2 tidak mampu...

Ya Allah...
ingatkan lah diri ini ...
pandulah diri ini agar sentiasa berada di jalanMu.







p/s: kawan2 tolong ingatkan ye bila saya LUPA :)
















Selamat Hari Malaysia





Kepada semua rakyat Malaysia...
Selamat Menyambut Hari Malaysia. 
Saya nak menyatakan disini bahawa :

"Saya bangga menjadi anak Malaysia"

dan saya berjanji akan berbakti kepada tanah tumpah darah ini.

Selamat Hari Malaysia!!!!













Khamis, 15 September 2011

Spontaneous Thursday # 2 : MILIK




" Salah ke kita menyukai sesuatu yang menjadi 'MILIK' orang lain?? "




p/s: hakikat sebenar tiada satu pun MILIK kita...semuanya milik ALLAH semata-mata.. hanya pinjaman sementara buat kita....






update sket: entry ini telah direview dan diterjemahkan dengan begitu bermakba oleh cik adik comel yang mirip Hana Tajima....
bangga saya...x pernah orang review entry saya...
hehehe...sila BACA ye....










LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)