Isnin, 7 Mac 2016

Nota Inspirasi #38 : Best Women Win!

Bismillah.

Perjalanan hidup ini amat panjang bila kita kenangkan bagaimana kita melaluinya .Seperti di dalam babak filem, ada babak gembira dan ketawa. Ada juga babak sedih dan menangis. Hdup saya juga seperti kalian semua. Walaupun mungkin hari ini kalian menilai saya yang sedang senyum bahagia dan seronok bercuti di luar negara. Tahukah kalian saya juga pernah jatuh?

Ya, saya pernah jatuh hingga hampir mustahil untuk saya bangun semula. Tiada sesiapa mahu membuka pekung di dada. Untuk membuka buku lama yang telah saya tutup rapat dan buang di lautan paling dalam. Bukan mudah, peritnya masih terasa. Tapi sengaja saya kongsikan agar menjadi pedoman untuk sesiapa yang memerlukan di luar sana.

Begini ceritanya....

Saya pernah gagal dalam percintaan dan putus pertunangan. Hubungan yang dibina hampir 8 tahun akhir rebah sebelum sampai ke jinjang pelamin. Semuanya gara-gara orang ketiga. Dia perampas cinta saya dan dia. Dia wanita yang amat yakin bahawa " Best women. WIN"

Masih jelas perkataan itu saat saya bersemuka dengan 'dia' yang saya namakan R (bukan nama sebenar). Ketika itu saya sedang membuat persiapan untuk majlis gemilang yang kami nantikan selama ini. Ikatan sah sebagai suami isteri. Yang memang saya angankan sejak menyulam cinta bersama dia.

Entah kenapa, dalam masa saya membuat persiapan untuk majlis kami, saya didatangi mimpi yang bukan-bukan. Mimpi berkenaan saat pernikahan kami, saya dan dia berpakain serba putih. Saya duduk di pelamin nan indah dan ketika dia ingin menyarungkan cincin kejari saya, tiba-tiba bukan jari saya yang disarungkan tetapi orang lain. Pelik? Tapi itulah alamat yang Allah berikan pada saya.

Saya gusar, bimbang dan pelbagai emosi hadir ketika itu. Adakah benar mimpi itu? Adakah si dia sedang bermain kayu tiga di belakang saya? Saya tanyakan pada dia yang bernama A. Tetapi A menafikan sekerasnya. Dia menyakinkan saya, sudahlah jangan fikir bukan-bukan. Dia sayang saya dan kami dah nak kahwin kan?

Tapi.....

.
.

Diam-diam saya menyelongkari segalanya. Zaman itu Facebook belum popular.  Zaman Friendster. Dalam pencarian saya, saya menemui foto A dan R. Hancur luluh hati saya hanya tuhan yang tahu. Allah telah mengirimkan berita tu melalui mimpi saya.

.
.
.
Dipendekkan cerita akhirnya kami bersemuka. Saya datang secara mengejut ke pejabat R. Saya bertolak dari Melaka ke Putrajaya dengan deraian air mata. Tapi, ketika itu saya amat yakin dan tabah. Apa pun terjadi selepas itu, saya akan terima dengan hati yang rela.

Saya seorang yang masih rasional. Tidaklah ada adegan tarik tudung atau tampar menampar seperti di dalam drama TV. Dalam perbualan kami, saya tanyakan pada R mengapa sanggup hancurkan kebahagian saya. Jawabnya 'Best Women , Win!' 
.
.
.
Tak cukup baguskah saya selama ini yang banyak berkorban untuk A. Kami berkawan sejak Diploma hingga habis Ijazah. Susah senang kami bersama. Saat dia putus wang belanja, sayalah bank dia. Saat dia tak dapat selesaikan tugasan, tugasan saya yang dia tiru. Saat dia susah, sayalah orangnya yang sentiada ada di sisi dia.
.
.
.
Saya tertanya apakah lebihnya dia berbanding saya? Tanpa saya sedari A muncul dengan tiba-tiba. Mungkin R menghubungi A untuk datang dan mengatakan bahawa saya menyerang dia. Saya masih ingat riak wajah A. Sangat marah. Mungkin juga malu. Kerana ramai mengenali dia di situ. Kerana A dan R pernah bekerja sepejabat. Tidak lama. Tapi mereka sempat menyulam cinta.

. .
.
Tak pernah saya lihat A semarah itu. Tak pernah saya lihat berkata sebegitu. Sepanjang saya mengenali dia, dia tidak pernah memarahi saya. Kalau saya buat salah sekalipun, dia akan mengeur dengan baik. Tetapi keran seorang wanita lain dia tergamak buat begitu.
.
.
.
Hati saya pilu, pedih, sakit tak terkata. Tapi, saya senyum sahanja. Tiada langsung airmata untuk ditangisi. Saat itu, A merayu agar R tidak meninggalkan dia. Saat melihat A menggengam tangan R hati saya hancur. Terus saya tanggalkan cincin pertunangan kami dan serahkan ke tangan A.
Saya berlalu pergi, tak sanggup melihat adegan romantis mereka.
.
.
.
Ya Allah. Inikah balasannya atas segala kesetiaan dan pengorbanan. Dalam kereta saya menangis sepuasnya. Hanya Allah sahaja tahu betapa deritanya saya. Sudahlah ketika itu saya di Melaka. Saya merancang membina perniagaan di Melaka. Negeri di mana A dan keluarganya tinggal. Segala impian dan harapan berkecai satu persatu. Sudahlah impian membina mahligai bahagia diragut insan ketiga. Impian untuk menjadi usahawan ICT pun saya buang jauh-jauh. Untuk apa lagi saya berada di Melaka?


.
.
.
Saya kesat airmata. Saya terus membawa kereta menuju ke UPM Serdang. Saya bertemu dengan junior saya. Mereka ketika itu merancang untuk sambung Master. Mereka mengajak saya untuk isi borang permohonan. Antara sedar atau tidak saya cepat-cepat mengisi borang permohonan dan mendapatkan sokongan. Mujurlah semua sijil ada dalam kereta. Saya segera ambil gambar passport. Dengan mata yang merah akibat menagis, buruk rasanya gambar itu.



UPM sentiasa di hatiku. Di sini aku belajar tentang HIDUP. Foto ihsan Google




.
.
.
Dipendekkan cerita, permohonan untuk melanjutkan pengajian saya diterima. Saya kembali menjadi pelajar Master  sepenuh masa.
.
.


Pengajaran yang ingin saya sampaikan melalui kisah ini adalah kekecawaan adalah pemangkin untuk kita lebih berjaya. Saya membawa hati yang kecewa dan lara ketika membuat keputusan nekad itu. Saya tidak fikir panjang pun ketika ambil keputusan untuk melanjutkan pengajian Master dahulu. Tanpa wang untuk membiayai pengajian saya, bukan mudah sebenarnya.

.
.
Tetapi kerana hati saya tekad. Saya serahkan sebulat-bulatnya pada Allah. Saya percaya Allah mengaturkan yang terbaik untuk saya. Semuanya berlaku dengan izinnya. Mungkin R hanyalah penyebab dan perampas cinta saya. Tetapi bukankah semuanya berlaku dengan izin yang Maha Esa? Tapi ada hikmahnya bukan. 

.
.
Dan
.
.
.

Yes! Best women Win
Win the Best Man! 
I win the best Man too. 
My husband is the Winner.
He deserved to get the best of me.




Kami di Old Trafford, Manchester. 
Impian masa kecil untuk sampai ke sini tertunai bersama tuan suami.



Terima kasih kerana sudi membaca cerita lama saya. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)